26 November, 2015

KHAS UTK TATAPAN PEJUANG MAYA, SPIN LAGI... KONONNYA PAU KALI NIE TERTUTUP TANPA WARTAWAN?


Naib Presiden merangkap timbalan perdana Menteri hari nie menafikan kononnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini telah ditetapkan akan diadakan secara tertutup tanpa wartawan luar (agen pembangkang). katanya lagi Majlis tertinggi UMNO (MT) belum lagi memaklumkan kepada beliau tentang cadangan ini dan belum pun bersidang (MT) untuk buat keputusan atau tindakan. nampak sangat jenih talibarut komunih yang  sentiasa mendapat laluan mudah masuk keluar dewan ikut suka pak mak dema jer, malah dah lama bloggers menyuarakan kenapa wartawan seperti MK dan sekutu harbik roket boleh mendapat pas MEDIA untuk berada didalam dewan yang bersidang dan urusetia tercari-cari siapa yang memaparkan apa saja yang boleh diburukan dalam dewan untuk dihebahkan, malah kalau tersasul sahaja maka ianya pasti jadi headline dan berita panas untuk dispin diakhbar, majalah harbik, dimaya dan portal setiap kali bersidang PASTI ada keburukan yang akan diadakan untuk pandangan masyarakat luar supaya ianya memualkan rakyat.

Tengku Adnan juga secara jelas perkatakan sebenarnya apa yang telah berlaku semasa ditemuramah yang disiarkan diberita TV3 jam 8 tadi, cukup jelas dia katakan MT belum pun buat keputusan dan media sudah mengatakan akan dilaksanakan. nampaknya cukup jelas kita tau wartawan jenis spesis tembolok roket nie dah mula spin walaupun PAU belum bermula. atau harbik roket nie merasakan peluang kali ini agak tipis untuk mereka jadi syaiton setiap kali dalam PAU mungkin terlepas...



Sedang  teman tercari-cari gambar yang pernah teman paparkan merupakan Tag Media yg teman buat guna kertas A4 satu ketiaka dahulu, seorang sahabat yang juga diantara menjadi melagut luar dewan bersama teman memaparkan dalam laman FB beliau, jadi teman pinjam ler gambor nie dari Dwan Junid RMF (KLIK). dia juga bersama teman ketika ini bila kami sebagai bloggers bebas yang jadi ahli UMNO, mengundi BN dan UMNO pun kena duduk diluar dewan kerana tidak ada tag MEDIA yang membolehkan kami masuk dewan utk tujuan mencari bahan atau cerita untuk diposting dalam blog kami (ketika itu FB tak popular seperti sekarang) Cuba bayangkan wartawan portal yg kuat memfitnah dan spin apa sahaja menjadi burok bagi pandangan masyarakat boleh keluar masuk ikut suka mereka kerana TAG MEDIA dan keistimewaan sebagai wartawan yang dilayan dengan istimewa oleh pihak urusetia sendiri... bukan sahaja TAG, Jaket Media malah bilik yg berhawa dingin disediakan untuk tujuan siaran fitnah mereka.

Gambar (TAG MEDIA) ini sebenarnya ada cerita disebaliknya, sebenarnya teman dan rakan bloggers yang lain terutama perak cyber Troopers (PCT) memang nekad akan pakai TAG MEDIA yg kami buat nie bagi memperjuangakan nasib bloggers seperti kami yang sudah tentunya berdarah UMNO yang dilupakan dan dinafikan hak perjuangkan kami. tag ini sebenarnya sebagai sindiran kepada urusetia yang lansung tak ambik kisah tentang kami yg tak sapa pun bayar...

Seorang bloggers otai sdr Azri akhirnya memaklumkan kepada kami bahawa disaat akhir hampir ke hari perhmpunan PAU 2014 terkial-kial menyiapkan sebuah bilik dari plywood untuk menempatkan bloggers bebas sperti kami dalam masa yang suntuk. akhirnya perancangan untuk memakai TAG MEDIA nie tidak diteruskan walaupun aku dan Dwan Junid masih tidak dapat tag media yang kononnya disediakan untuk bloggers, peristiwa PAU 2014 nie sehingga sekarang masih lagi dalam ingatan, dan aku masih lagi menyimpan TAG yang aku lakarkan ini kerana nekad akan pakai balik jika urusetia masih pekakkan telinga dan rabunkan mata ataupun memang jenis bongap dan lembab. bagi aku dan Dwan sudah boleh terima sekali pun kami tak dapat masuk tetapi ada bloggers lain yang dapat masuk kedalam dewan sebagai petugas MEDIA atau wartawan blog atau portal masing-masing... ianya boleh di Ampunkan   

Agak mengejutkan jugak bagi kami keraan bila masuk kedalam bilik tersebut lansung tak kenal kebanyakan bloggers yang ada terutama yang tersohor atau yang otai dalam berblogging. banyak yang tak peronah nampak muka pun sebelum nie, mungkin yang otai dah hilang selera nak harap mimpi yang dah tak larat nak mimpi. apa pun tak kisah bagi kami kerana ianya dilihat sebagai kejayaan sebagai hak bloggers tidak dinafikan...



Isu ini dah lama teman bangkitkan... setiap kali PAU akan bermula maka setiap kali itu teman akan menulis pekara yang sama seolah bersembang dengan orang pekak, tunjuk gambar pada si rabun... bermula tahun 2011 lagi teman dah menulis tentang isu nie, setiap kali juga akan dapat dilihat dikaca TV bagaimana wartawan diberi taklimat dan ditunjukan semua kemudahan yang disediakan seperti bilik berhawa dingin, tag media, jaket media yang berwarna merah biru, kemudahan WIFI, makan minum, tenaga elektrik untuk  kemudahan pengunaan caj laptop atau kamera dan bamyak lagi. sementara pejuang maya yang cukup jelas memperjuangkan UMNO  sekadar melopong dan nadi yang sepantas 400kn sejam melihat layanan istimewa yang ditayangkan disiaran tv termasuk lah yang bakal dikecapi mereka yang melapokan fitnah, spin apa saja yang boleh malah cukup jelas menjadi agen kepada roket yang sekarang secara terang berhasrat menjatuhkan pimpinan tertinggi serta mengapankan parti UMNO itu sendiri...

Beberapa posting atau artikel yang pernah dipaparkan sekitar 2011 yang pernah teman posting disini (KLIK SINI) dan (SINI). bukan sahaj teman malah rakan seangkatan juga berbuat begini demi melahirkan kerisauan kerana ketirisan dan kesilapan urusetia yang berterusn, teman dan rakan-rakan bloggers perak (PCT) juga nekad aka teruskan perjuangan ini demi maruah bloggers yang menjadi pejuang maya walau dimana sekali pun. malah resolusi kami juga berharap kenapa tidak wakil bloggers bebsa tidak diberikan besuara kalau tidak dalam dewan diluar dewan dipentas ceramah bebas yang diadakan... 

tak kan korang tak ingat mana perginya sicantik manis yang kononnya kehebatan beliau diangkat dan disanjung dan diberi bersuara dalam dewan keramat perihal bloggers, tak paham apakah kerana dia sebagai bloggers yang seriang diserang dari segi mental dan fizikal serta tindakan turun naik makamah kerana memperjuangakan kebenaran yang diangkat sebegitu tinggi dan diberikan keistimewaanbegitu sekali... duit tiket atau tambang kapal terbang dari luar negara untuk ke tanah air serta elaun dan sebagainya lebih dari cukup menampung makanan ringan dan air minuman kosong untuk semua bloggers yang menumpang bilik rakan-rakan macam sardin dan bertonggok ditepi bucu dinding dan ruang legar jalanan hanya kerana mahu dapat cerita untuk disiarkan dalam blog masing-masing secara marhain...hanya sayangkan UMNO dan sebagai saf perjuangan maya.

persoalannya apakah kesannya bloggers dari russia dah berbakti kepada parti yang diagungkan? sepatah haram aku tak paham bahasa russia yg dia banggakan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...