31 Mei, 2016

DOA DAN HIKMAHNYA... Hanya kehendaknya sahaja...




Kekuatan DOA... setakat mana keyakinan kita...
Hari nie dua berita dan peristiwa yg aku lalui...
baik dan  menyedihkan...
ianya ada kaitan doaku kepadanya
Maka aku amat percaya kehendak Allah swt khabulkan doa umatnya... keyakinan aku terhadap kekuasaan Allah tidak ada sangkalnya lagi...

Semenjak peristiwa ini didepan mataku...  aku amat yakin dengan kuasa Allah swt utk menjadikannya tertunai... berserta hikmah yg kita patut menerimanya..

1. Seorang ibu mohon mendoakan anak perempuannya yg terlantar di hospital selama bertahun-tahun lamanya kerana sakit misteri sehingga nampak segala tulang belulang...

Sebuah kereta berhenti tengahari tadi lalu...
Nama aku disebut...
Seorang ibu.. seorang bapa
Seorang anak perempuan kesayanganya
Dan seorang lagi baru begelar menantu...

Ha... sambil menegur puteri kesayanganya... inilah abang yg mendoakan kamu semasa sakit teruk bila dia di mekah mukaramah dan di raudah madinah mukaramah...

Lega sungguh aku melihat keceriaan wajah pengantin baru yg cukup sihat dan berseri tidak seperti mana bila air mata ibunya memgengam sekeping kertas yg tertera nama puterinya itu yg terlantar di katil sakit hospital selama 7 bulan sang ibu tekun menunggu setiap hari...

Alhamdulillah... tiada nikmat sebesar itu bila aku mendengar dan menyaksikan depan mata ku tentang keluarga tersebut...

2. Seorang ibu yg mahu mengandung juga menghubungi aku... sebelum ini menyampaikan bahawa dia memgandung kembali... ada harapan mendapat seorang putera yg diidamkannya...
Aku amat bersyukur dengan berita dua minggu lepas
....

Tetapi petang tadi setelah mulai kelmarin mula terjadi pendarahan... aku terima berita tentang keguguran kandungannya... terasa amat menyedihkan... apa pun aku tetap percaya dengan segala hikmah dari Allah swt.. ada sebab atas kehendaknya...

Jadi hari ini mengajar aku tentang betapa Allah swt punya hak terhadap setiap manusia yg berdoa kepadanya. Tidak sesekali akan aku cuba-cubaa berdoa utk kehancuran keamanan yg sedia ada. Apatah lagi pemimpin yang berusaha memberi khidmat dan kelebihan utk rakyat dan tanah air... cuma...

Mereka yg rasa lebih besar pangkat dan kepala dari pemimpin memang aku nampak paling rapi mengampu dan menghimpun reta... apakah mereka rasa cukup selamat?

Jadi percayalah... doa itu menunggu masa Allah akan kabulkan... jangan inaya orang lain... biarlah org mendoakan yg baik-baik sahaja... kalau merunggut pun itu tetap doa jugak... mungkin kali yg seribu tuhan khabulkan... mungkin yg ke sejuta... tetapi jangan lupa ia juga mungkin yg pertama atau kedua yg terus tuhan khabulkan... wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...