SEDERHANA TETAPI TEGUH PERJUANGAN...
Tak ramai yg dapat hadir, tetapi hakikatnya pejuang sudah kembali... nyata tampil utk kemedan perang maya sudah lama mebuak-buak. tak perlu nama atau penghargaan yg bolehkan seorang pejuang itu hilang tumpu atau fokus kepada sasaran utama. Kerana ini saja yg mampu... memadai...
Teman tabik spring dgn kehadiran mereka yg kembali pada majlis berbuka PCT malam ramadhan ke 20. Tiada janji imbuhan, tiada janji menu istimewa dalam majlis. tiada letak harapan besar laba malam ini. yang penting kehadiran tanda sudah sedia utk sertai division dalam peperangan maya...
Alhamdulillah teman masih mampu ingat usul mereka yg ada diantaranya mencecah lebih 7 tahun malah masih ada yg ingat bagaimana penyatuan PRU 2009. Arah datangnya mereka...
Gerik, Taiping, Kuala Kangsar, Setiawan, Lumut, Parit, Ipoh timor, Batu Gajah, Ipoh Barat, Gopeng, Kampar, Sg siput, dan lelain hadir sekalipun bukan kerana lauk pauk yg terhidang diatas meja utk berbuka. Sekadar penyebab utk kehadiran...
Mereka juga antara nyata yg tidak diraikan majlis besar... bersama pemimpin besar... serta ganjaran duit raya yg besar... sering dilupakan atau tersisih dari senarai. Tapi itu bukan punca yg boleh meluluhkan semangat serta hati seorang pejuang.
INILAH KELEBIHAN YG SUKAR KITA CARI DALAM MENTERJEMAHKAN PERJUANGAN... Tak mengapalah kalau dilupakan, tak berkecil hati sebaliknya ini bukan pengertian kepada kehebatan yg dicanangkan utk kreteria sebagai seorang pejuang maya.... itulah pandangan teman hadir mereka tadi yg amat-amat mengharukan dan membanggakan teman. terima kasih kalian...
PCT memang punyai snipers diseluruh 24 kawasan, kekangan membuat rakan lain tak dapat bersama malam ini, mereka punya jarak mastautin yg begitu jauh, tanggung jawab yg perlu dilunaskan dan banyak pekara yg menjadi penghalang. Bukan kerana menuerah awal. Apa pun nyata dalam group mereka lahirkan kerugian tidak bersama dalam majlis kecil ini. selain itu juga masih kekal dgn hubungan negeri-negeri lain diseluruh negara. PCT ada dimana-mana...
Bagi kami negeri perlu dipertahankan Negara perlu didaulatkan. mana mungkin Negara yang tak berNegeri... sebaliknya azam pertahankan sesuatu kedaulatan lebih kepada pemimpin tak kiralah negeri atau negara.
Mungkin ini dilihat selayang pandang perjuangan Marhain mereka. Tersisih bukan sendu utk seorang perwira negara. Peperangan perlu ada kekentalan jiwa pendekar. Senjata memang perlu, lebih canggih maka akan lebih efektif serangan. Bedasarkan kepada kemampuan yg ada... Sudah terbukti Tok Moyang berjaya serang atau pertahankan hanya dgn senjata yg orang sekarang lucukan bernama Keris.
Paling penting kehebatan peperangan itu adalah bagaimana ketangkasan serangan... Bagaimana mencatur pertempuran... yg dicari adalah bernama kemenangan. Bukan kegairahan nama dan kesenangan. Yang dicari ialah penyelesaian tentang utuhnya Keamanan dan kestabilan negara demi anak cucu serta generasi mendatang. Biarlah negara kekal aman dari pengkhiañat dikala tubuh kita sudah sebati dengan tanah dialam berlainan alam bernama barzah yg kekal. Nama dan kemewahan bolehkah menjanjikan kesinambungan yg dicari?
Soal division mana datangnya dari yg lain dalam satu saf perang maya tidak sesekali kami persoalkan. Yang penting perjuangan tetap kita bersama walaupun adakala begitu rendah mertabat kami diletakan seolah kemenangan seluruhnya hasil perjuangan mereka. Bab itu bukan pekara besar buat kami... ambilah segala nama dan kemahsyuran yg kamu mahu... bersebab itulah dari awal sudah kami perkatakan yg kami tidak perlukan segala mahsyur yg dituntut. Ambilah perkataan LAGENDA... Ambilah ayat KERANA KAMI sebab kemenangan. Tulislah sebanyak mana tentang kehebatan kamu yg perlu dicanangkan.... ikhlas.... kami tidak perlukan lansung. sudah diperkatakan awalan lagi....keramat kata PCT...
LAGEND WE ARE K'NOT....
* Nukilan berulang kali sama sekupang yg pernah diungkap dan diperkatakan....
Alhamdulillah atas kehadiran kalian pada malam tadi... Terima kasih kerana masih bersama tanpa sebarang janji serta kelebihan dari sudut laba kemenangan...
Pada mereka yg sealiran fahamlah dgn jelas apa yg telah diperkatakan. Jangan membezakan... Marilah kita cari pengertian tentang kekuatan. Bersamalah kita pertahànkan dari mereka yg sedang mengkhianat Agama Bangsa dan negata ketika ini. Tiada perasaan kecil hati dalam perjuangan kami utk dibezakan mau pun utk diejekan.
In Sha Allah marilah bersama kita pertahankan dan kita teruskan kekekalan kedaulatan NEGARAku....
BERSATU DALAM SAF PERANG MAYA...
INI PERANG KITA YG PERLU DISELESAIKAN...
MOGA ALLAH MERAHMATI PERJUANGAN....
#gengPCT
#letsRumblee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...