Semalam sempat teman ajak isteri dan puteri bongsuku ke satu Majlis yg diadakan dilubuk Timah. Kawasan perkelahan yg agak jauh dari rumah teman. Tapi siangnya LubukTimah memang port habiskan waktu dgn berendam dan mandi manda, tempatnya dulu jauh berbeza, dah elok dan ada macam-macam... kata anak dan isteriku yg dah hampir lebih 7 tahun pernah datang kesini... itu dema... aku nie lagi lama tak peronah datang sejak beranak sorang jer masa tu... sekarang dah bertiga ... sampailah bila ada majlis diadakan disini tahun lepas barulah bukak mata.
Semalam juga merupakan ulangtahun teman dan isteri yg ke 24 tahun. jadi bayangkanlah berapa lama tak pernah dtg ke lubuk timah. jadi teman ajak dema ikut sekali sebab majlis yg nak dihadiri cukup istimewa pada teman. Harap isteri dan puteri teman dapat selami majlis dan pengertian ramadhan yg teman bawak mereka kali nie.
'Mereka bukan sahaja berjaya jadi kapten tentera... malah sebagai engineer doktor dan macam-macam lagi... kamilah keluarga mereka. Itulah kata-kata dari Prof Dato' Tengku Mahmud bin Mansur yang juga sebagai penaung PEYATIM atau Persatuan Anak yatim se Malaysia. Nyata keikhlasan yh diungkap menyentuh hati teman dan hadirin yg lain.
Bila teman tanya berapa ramai persatuan dan anak yatim yg ada? Rupanya 600 kesemuanya yang melibatkan 13 pertubuhan atau rumah penjagaan anak yatim dalam majlis tersebut. Rupanya saluran bantuan pada malam itu ditanggung atau diberi oleh Pusat Reakrasi Lubuk Timah iaitu Sdr Fadhil Akma bin Datuk Wira hj Mohd Yusoff
Teman mula terfikir sebelum lena atau bersahor... Begitu banyak majlis meraikan atau memberi bantuan kepada yg memerlukan dibulan Ramadhan Al mubarak. Tetapi ada keistimewaan majlis tersebut. Berbeza dgn majlis yg teman teñgok sebelum nie...
Dalam Majlis Meriah ini teman nampak kehadiran di hampir semua meja kebanyakan untuk anak yatim. manakala yg dijemput sebagai pemerhati boleh dikira berpa meja sahaja yg disediakan. selalunya amat berbeza dimajlis lain kebanyakannya Meja VIP di ruang hadapan dihujung buculah tempat anak-anak ini ditempatkan. dah kenapa dan sapa sebenarnya yg nak diraikan?
Apa pakedahnya VIP diberi layanan istimewa. kalau setakat dua tiga meja tu ok lah jugak. nie dema pulak yg macam diraikan dalam majlis. kekadang tu majlis dibuat utk tamu dan utk bagi duit raya bukan utk orang susah. Yang hidup senang pulak jadi fokus. Anak yatim diambil utk sekadar tajuk atau tema majlis jer.. anak-anak setakat dua tiga meja dan duduk celah-celah tiang kemàh. Makan dema amik sendiri VIP siap dihidang dan ditunggu tepi sang Waiter. Nyata dalam majlis nie teman tengok tetamu yg lain siap bagi ruang utk anak-anak yatim didahulukan...
Walaupun bukan semua majlis... tapi kebanyakannya memang the very clear.. anak-anak yatim atau fakir miskin nie sebagai gimik atau simbolik... teman puji cara majlis ini dilaksanakan dgn mengutamakan anak yatim yg diraikan dlm majlis.... otulah patutnya bukan lah sebagai gimik jer... nak menjadikan atau memenuhi konsep majlis jer kehai yg datang atau yg nak dibagi duit raya pada yg lain bukan utk anak-anak yatim yg dijemput.
Pulak tu bila sebelum itu doa, azan dan anak yg mengimamkan sholat maghrib oleh anak-anak kesayangan Allah swt nie punyalah merdu dan sayu teman dengor. Memang menyentuh jiwa kita apa lagi mereka yg tiada ayah dan ibu yg mendidik...
Masya Allah... betapa mereka yg menganjurkan majlis sebegini Allah swt sahaja dapat membalasnya...
Setidak-tidaknya Ramadhan kali ini membuat teman amat merasa bangga ada yg masih ikhlas membantu. menghayati dan memenuhi tuntutan bulan yg mulia ini. Bukan sekadar jadikan Ramadhan sebagai majlis yg nak diikuti sebab ada benda lain atau laba yg dinantikan.
Harap-harap ramai lagi yg akan tampil dan buat sebegini... cukup-cukuplah majlis slapstick sekadar adakan gimik hanya nak jayakan hasrat majlis yg tersembunyi... Belajarlah erti sebenar apa yg dituntut di Bulan Ramadhan Al Mubaruk yg mulia nie... Ambillah kesempatan kita dinegara yg aman dan makmur nie. Bagaimana pula negara saudara seagama kita yg lain yg hidup dalam serba serbi daif dan susah...
Terpacul dari mulut teman semasa sedang memandu 'Kalaulah ayah kaya... ' tanya puteri teman... kenapa ayah? Kalau ayah kaya kenapa? Tak la.... kalau ayah kaya ayah akan buat cara yg sama sambil teman tersenyum ngelamun sorang diri... mungkin tu sebab tuhan tak kasi ayah kaya lagi... tuhan kasi ayah tengok bezakan dulu kalau ayah kaya nanti... hehehehe... sebab tu yg tak kaya kot... hehehehe
Tahniahlah kepada semua yg jayakan Majlis malam tersebut dan semua yg berbakti dan memberi sedikit keriangan kepada mereka -mereka yg susah dan memerlukan... Moga anda di rahmati oleh Allah swt. in sha Allah...
Maaf menulis pakai tel... hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...