24 Oktober, 2017

MUKTAMAD HANYA DIPENJAGA GARISAN?

Sebaik jer tengok Game Bola yang senget sebelah walaupun belum habis masa Mood mula hilang tah kemana. Apa taknya insiden ditonton oleh semua keluarga termasuk anak-anak yg ada bersama. Malu diperlihatkan betapa keadilan tidak semua mahu dipertegakan hak yg benar...

Menjadi kebiasaan selalunya teman maleh melayan visual begini, apatah lagi anak-anak terus mencapai tel dan terus tak memandang layar TV yg sdg hangat satu Malaya... TV pulak yg tengok kita sekalipun game masih belum habis...Elok dikalihkan siaran supaya anak-anak tidak dipertonton satu keputusan yg sangat-sangat tidak adil bila gol penyamaan dinafikan tanpa sebab yg benar...

TV pulak tidak pulak nak perlihatkan semula tayangan semula jaringan dari pelbagai sudut sepertimana JDT dapat Gol sebelumnya sebaliknya pertontonkan wajah Ref dan penjaga garisan yg bersembang tah apa topik yg mmg kita tak dengar seperti perlawanan hoki ataupun terkini sepak takraw yg noleh kita dengar perbualannya.... biasalah PENGADIL KAN MUKTAMAD... walaupun sebenarnya ayat yg sedap dihalwa telinga PENGADIL KENA ADIL...

Apa lagi menunggu tayangan semula jaringan dari pelbagai sudut yg tak ditayangkan... seluruh Malaya tertanya-tanya dan akan buat kesimpulan sendiri terutamanya siapa yg kita fanatik menyokong. Soal kepuasan lebih utama sekalipun sebagai umat tegakan kebenaran dilupakan sebentar janji blh ke final apa cara sekali pun. walhal semua mata yg melihat tau apa yg salah dan yg benar tapi tak akan bersuara demi kepuasan hati diutamakan dulu.

Tak ada kah yg melihat atau dipadang itu sendiri yg berani pertahankan kebenaran dan memperlihatkan betapa ada jugak walaupun seorang berani kerana mahu kebenaran dituntut. bukan seorang puluhan ribu yg hadir termasuk pemain sendiri tidak kah mahu pertahankan apa yg benar?

Sehingga sekarang masih sunyi dan nampaknya tak ada yg boleh perkatakan ttg kesilapan yg patut dimohon maaf dan disesali. Sudah terlambat sebaik sahaja gol persamaan dinafikan sudah tentu dari segi semangat dan hilang kawalan pemain akibat peristiwa yg berakhir kukuh dgn MUKTAMAD pengadilan sekalipun ada kesilapan ego atau dorongan jangan sekali berubah. itu KEKAL dan WAJIB teríma sebagai BENAR.

Sebelum teman terus melalak dan mula dgn pelbagai sindiran tajam dalam medium Maya. kebiasaannya teman akan tukar jer siaran lain... biorlah game masih belum habis... sebabnya Teman ada banyak kengkawan dan sedara mara dari Johor yop! Nanti berbalah pulak hanya kerana ke egoan seorang penjaga garisan yg perlu dipertahankan... demi kepentingan masing-masing.

Bila teman kalih ke siaran lain sehinggalah teman tengok perlawanan Hoki bila Malaysia menentang Korea. Terdiam teman bukan sahaja kerana kesungguhan pemain sebàliknya mutu pengadilan dalam perlawan Hoki lebih jauh baik. bukan sahaja Hoki malah takraw pun makin baik dengan càra pengadil membuat ketentuan atau menetapkan keputusan termasuk playback kejadian sebelum buat keputusan MUKTAMAD bukan bergantung kepada mulut penjaga garisan.

Apalah Hebatnya Bola yg sampai kita dipertontonkan betapa rakusnya orang besar berebut jawatan dan saling bertelagah. Apalah mewahnya bila dikaitkan pembayaran yg tinggi melambung, Jumlah pembangunan yg melibatkan jutaan ringgit. Apalah Gahnya sukan tumpuan nombor satu dinegara yg melibatkan kos besar dan puluhan ribuan penonton dan peminat kalau mutu pengadilannya jauh ketinggalan dari sukan lain seperti Hoki ataupun Takraw sekali...

Takda ker yg berani utk pertontonkan kepada ribuan yg hadir tentang kesilapan tersebut sekalipun pemain itu sendiri demi berkata BENAR?

Apa pun insiden tersebut sedikit sebanyak ada kebaikannya jugak bila perlawanan Akhir nanti mungkin agak sukar berlaku bila insiden semasa perlawanan lepas disedari oleh penyokong-penyokong sudah nampak betapa pengadilan dan memang memanjang senget.

Tapi sapa tau... kot jadi pekara yg sama pulak dgn Kedah? Chittt... takda sorang pun yg ada atas padang berani dan ikhlas berkata benar... Apa ada yg rugi atau takut nanti rugi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...