Mukadimah dialamaya memperjuangkan agama, bangsa dan negara menjadi resolusi dasar perjuangan teman... Tiada yg sangkut hidup atau mati... PERJUANGAN PESAKA @ MARTABATKAN BANGSA
01 Januari, 2019
SEKAMPUNG BANGKITKAN MELAYU DI NOSTALGIA KAMPUNGKU
Assalamualaikum, tak ada apa yg bezanya tahun baru, yg membezakan adalah kita bagi teman dan orang kampung kali ini mengambil kesempatan cuti tahun baru berpakat sekampung berhimpun dan menjadikan kamping era 40an dizaman perjuangan tok moyang teman. Setidak-tidaknya anak-anak teman dan orang kampung dapat merasakan bagaimana suasana dahulu kala dan mengenali bangsa MELAYU dengan lebih bangga dan berani.
Ini kali pertama kami adakan, dengan berbaju busana, bertanjak, bersampin bagi lelaki, Bagi kaum perempuan pula mereka berbaju kurung kedah, songket, bertudung kain batik. Bukan para ibu bapa sahaja yg nampak ghairah nak berpakaian dahulu, anak-anak pun teman nampak kesungguhan mereka yg mula mencari baju lama atau kurung kedah merata tempat. Majlis juga diserikam dengan lagu-lagu deli atau lama. Boleh bayangkan betapa suasana ketika bersantap ketika itu laksana orang dulu jadinya.
Suasana tambah Meriah bila ada menu lama yg dijamu kepada semua, jenis kuih muih, ubi kayu dan beberapa menu diselitkan antara hidangan. Malah hadiah cabutan juga dibuat dan hadiahnya tidaklah semahal beg perwakilan tetapi memadai barangan lama seperti sabun kapak, bedak botol, asam ketong, asam duit, sikat kutu, penyapu lidi, Beg raga, roti lutut dan banyak lagi barangan yg menjadi ruji bagi nenek moyang kita satu ketika dahulu.
Satu sudut dibuat utk semua tetamu utk bergambar, diletakan gambar-gambar asykar Melayu, British Army dan barangan kama sepeeti streka arang, Jala, buku-buku, keris dan senjata pendek, pelbagai jenis kliwang atau parang. Tambah menarik tuan punya mencatatkan sedikit nota di senjata yg dipamerkan. Teman terbaca ada satu kokri dan paarang pedang yg tertera senjata ini digunakan oleh datuknya semasa peristiwa 13 Mei dan satu lagi dikatakan bahawa kokri ini adalah milik orang kampung semasa menjadi asykar British mementang komunis dan digunakan semasa operasi sebelum Merdeka.
Lebih membanggakan ianya semua dibuat oleh anak-anak remaja kampung dan bukan golongan usia seperti teman. Nampaknya mereka mula belajar dan bangga dengan bangsa MELAYU mereka. Nampaknya majlis kecil sebegini besar ertinya bagi penduduk kampung ditambah malam sambutan tahun baru zaman sekarang yg kebiasaanya menjadi pilihan bersama atau trend meraikan diluar dengan pelbagai majlis sambutan dan bunga api yg dibuat besar-besaran, majlis dapat juga sambutan.
Apa lagi dengan kehadiran Dato Azian Osman kampung cukup berbangga dan berbesar hati. Manakan tidak, kebiasaannya kita dapat lihat ramai VIP yg akan bersama menyambut bersama Rakyat dengan pelbagai aktiviti sambutan besar atau pesta yg diringi dengan pelbagai persembahan nyanyian, tarian dan ledakan bunga api. Begitu pun nampaknya kampung kami jadi pilihannya.
Semuanya kerana memikirkan betapa kekeliruan, kerosakan, perpecahan bangsa Melayu ketika ini akibat dari anak muda yg terpengaruh dgn zaman moden dan perang saraf agenda Komunis yg masih lagi hidup dan semakin berjaya memecah belahkan bangsa kita ketika ini. Jadi kami sekampung berusaha mengadakan majlis seperti begini supaya warisan kita nanti tau sebenarnya bangsa Melayu sebenarnya Pejuang, berani, cerdik dan akan bangkit bersatu menentang pengkhianatan.
Alhamdulillah semua berjalan baik walaupun semasa persiapan tergendala agak lewat sedikit akibat hujan lebat. Majlis dimulai dengan Majlis Tahlil dan doa serta LIVE Streaming berkisah kisar tentang asal usul kampung dan peristiwa didalam kampung yg didedahkan kepada generasi baru di kampung.
In sha Allah akan kami teruskan majlis berbentuk begini bagi fokus kepada menguatkan ukuwah dan saliturrahim sepertimana teman pernah katakan kepada kamping semasa menjawat Ketua Kampung bahawa kita mesti sematkan semua penduduk kampung sebagai 'SEKAMPUNG KITA BERSAUDARA' untuk semua penduduk kampung supaya ada tanggung jawab sebagai salah seorang KELUARGA BESAR didalam kampung.
Pesan teman kepada semua, BANGKITLAH MELAYU, Sedarlah bangsaku, Kita sedang dimusnahkan dan dihancurkan sehingga Melayu sudah berani dan bangga melakukan pengkhianatan terhadap BANGSA MELAYU dan ISLAM, Wallahualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...