Tiga Watak Di Akhir Zaman
Kedatangan Imam Mahdi
Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.
Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.
Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan
dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah
remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga
antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil.
Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung
berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga
penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia
yang berpenyakit.
Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api
yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan
menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti
lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi
berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung
di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia
ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang
menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari
langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di
dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami
oleh semua orang.
Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris
faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa
Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya.
Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang
mendengar dalam bahasanya sendiri.
Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang
menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak
pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di
jalan-jalan raya. Orang semakin berani berbuat jahat tidak kira
tempat dan waktu.
Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin
pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang
dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia
pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok
paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang
mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.
Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya
sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama
menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan
pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang
diredai Allah SWT.
Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan
tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk
menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya
dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.
Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari
keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya)
nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh
dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.
Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika
itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak
kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia
dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang
cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu
yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke
dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi
pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah
Imam Mahdi.
Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak
berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen
mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia
dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia
tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang
makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti
arahannya.
Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang
dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan
zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu
buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan
dunia, orang pun terus mengikutnya.
Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah
melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang
paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan
sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh
dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.
Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah
s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah
beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula
yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur
serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia,
tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.
Kedatangan Dajjal
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti
Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w
memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama
Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas
mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan
ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.
Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan
ada yang pulang? Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih
tahu.
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku
me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan
memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa
Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai
aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah
tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang
telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut
dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar
membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak
dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas
laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau
menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang
itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya
sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa
engkau ini? Binatang itu menjawab: “Saya adalah
Al-Jassasah. Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah? Binatang
itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat
ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin
berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan
oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat
besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar
itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi,
begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya:
“Siapakah anda? Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu
telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya:
“Siapa kamu ini?
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab.
Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar
membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan
selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan
tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang
sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya.
Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya
dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat
ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin
berjumpa dengan kamu.
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang
kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan
sebenarnya. Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan
mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku
keadaan kebun kurma yang di Bisan itu, nama tempat di negeri
Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu
berbuah? Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah,
orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku
tentang sungai Tabarah. Mereka menjawab: “Tentang apanya yang
tuan maksudkan? Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah
masih ada. Mereka menjawab: “Airnya tidak susut. Lelaki itu
berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau
begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia
buat? Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke
Madinah Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh
orang-orang Arab? Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh
orang-orang Arab. Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa
pula tindakan dia terhadap mereka? Mereka ceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai
pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah,
padahal mereka beruntung jika taat kepadanya. Kata orang besar
itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah
Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan
menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku
jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat
memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat,
maka aku tidak dapat menembusinya.
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w
menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri
yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara
sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu? Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah Rasulullah s.a.w
berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya
lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan
kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang
dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di
lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia
dari arah timur, kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah
timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal
akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan
datang dari Khurasan atau Asfihan.
Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya
itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:
“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling
hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi
yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal.
Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang
terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan)
kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah
kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia
datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan
sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara
Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali.
Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya
terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh
nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya
sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu
nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar
tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya
sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan
juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca
oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga
dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya
itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya
dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan
hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan
sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada
orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang
sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai
Tuhanmu? Orang Arab itu akan berkata: “Tentu. Maka syaitan
pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama,
sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata
kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah
Tuhanmu.
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,
yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada
orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini,
sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati
tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa
Tuhanmu? Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman,
menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh
Allah.
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya
juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun
turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya
tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia,
Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak
me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya
kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan.
Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan
tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang
tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu
tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia
hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian
ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota
Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik
kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.
Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi
pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu
daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian
mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang
demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak
turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak
mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka
disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan
hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka
mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu
tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak
dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak
dipercayai.
yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu
datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup
memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah),
kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di
Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian
mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling
banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah
membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat
besi.
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari
Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke
rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau
bertanya: “Mengapa menangis? Saya menjawab: “Ya Rasulullah,
engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku
masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia
datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada
agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh
hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang
terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu,
kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang
terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?
Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima
waktu itu.
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya? Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari
itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya
matahari itu berjalan? Mereka semua menjawab: “Ya, kami
ingin. Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan
satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di
tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti
apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun.
Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah
Urwah bin Masud dan kemudian membunuh Dajjal itu.
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir
semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal.
Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000
lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.
Kedatangan Nabi Isa
Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Saman
bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun
berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai
pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua
malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila
dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian
mutiara.
Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di
Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur.
Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata:
“Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah
timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di
sebelah timur Damsyik.
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara
disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan.
Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling
dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami.
Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk
me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia
memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air
walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang
kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala
agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya,
bahkan di tangannya.
Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga
harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu,
serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan
ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama
empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan
oleh kaum muslimin.
Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada
lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan
menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan
segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya,
beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan
sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh
agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi,
sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.
Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang
dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada
umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman
beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama
atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu? Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu? Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya qiamat dibacakan untuk engkau. Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.
“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah:
“Bukakan pintu itu. Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba
Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi
lengkap membawa senjata.
“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.
“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan
dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi
tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap
atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah
dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang
bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan
memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok
Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata:
“Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah
dia.
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di
dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah
tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu.
Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu
berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai
kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.
Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana
kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya
Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah jaraknya
dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.
Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan
memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan
salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi.
Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak
perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana
tidak ada orang yang berhak menerimanya.
“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan
tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan
mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan
yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya,
begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika
itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan
ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak
ada yang disembah selain Allah.
“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali
semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan
tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan
memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang
memakannya.
Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy
berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis
ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya
dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah
bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi
orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga
batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang
muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.
Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala
khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia
dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada
lagi orang yang berhak menerima zakat.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim
yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan
salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah.
Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian
alam.
Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Masud, dari
Rasulullah s.a.w: “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah
berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari
kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi
beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat.
Cuba kalian tanya kepada Musa.€ Mereka tanya Nabi Musa tetapi
beliau juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba
kalian tanyakan kepada Isa.
“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata:
“Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah.
Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan
di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu
melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena
panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir
lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai
orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan
bunuhlah dia.
Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan
mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing.
Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni
bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.
Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu
tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka
memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa
mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah
yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang
bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau
bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga
bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke
laut.
Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di
udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT
menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya.
Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan
haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan
haji.
Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu
Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia
nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim,
dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7
tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun.
Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya
kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian
turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau
diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa
wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu
A'lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub
dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa.
Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu
malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan
mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Kaab Al-Quraiziy
berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka
akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di
Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan
berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.
Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan
bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar
dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.
CERITA PENUH : (KLIK SINI)
Dipetik dari portal Jabatan Agama Islam Perak, terlalu banyak ralat ejaan, maaf teman cuba perbetulkan sebaik yg boleh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...