Setiap Menang Kalah bukan blh kita Pilih tapi kuatnya semangat perjuangan menerima keputusan dan berlapang dada itu adalah satu sifat pejuang yg jatuh akan bangun balik selagi ada nyawa.
Dah... bentuklah kerajaan kalau dah rasa menang besar dan mampu, tak siapa yg halang atau caci maki, ejek spt mana yg kami dapat dulu... kita UMNO steady je bukan jenis merapu nak fitnah ejek maki hamun macam komer, tahniah lagi dan tak kacau pun nak bentuk kerajaan malah mendoakan kerajaan baru komer bangkit cepat perbaiki kerosakan besar negara 22 bulan jadi negara kaki lelongan dan 18 bulan berdesup 6 ratus billion lesap kononnya utk tangani kobid... moga berjaya dipulihkan parah negara.
itu semua bukan UMNO punya kerja! UMNO sdh bertugas lebih 60 memelihara dan mengekalkannya, sudah masak pahit maung dialami demi ABATA tapi sebagaimana lazimnya itulah taruhannya dan tanggungjawabnya, kini sebagai satu lagi kerajaan terbaru itulah taruhannya dan tanggung jawab kembalikan kesejahteraan, keamanan dan ekonomi negara. Rakyat sudah memilih, maka segeralah jadi kerajaan yg mendapat restu serta doa rakyat yg mengundi. kebijaksanaan dan kepakaran yg didakwa dan masa utk membuktikannya...
Fokus untuk terus berkerja dan bertindak, tolak hanky panky standard bebudak. amendalah pulak yg tajuk utamanya SURUH PRESIDEN UMNO letak jawatan sebab kalah? siapa pulak yg menang? peliklah pulak kenapa UMNO jadi sasaran bagaimana pulak Tun Mahathir, Zuraida, Shafie dan semua party lain yg tak dapat jadi kerajaan sampai la nie. Naper tak suruh jugak letak jawatan, fokus yop... FOKUS... tunjuk steady bukan meracau meraban...
Adat juga warisan yg dijaga, kalaulah ngaku bangsanya Melayu dan Agamanya Islam, kalau mahu meminang yop, berpantun dan seloka utk nambah mesra bila nak mintak anak orang... Bukan diserogah maki hamun, tuduh perasuah, penyamun, siap buat kenyataan janji TIDAK akan bersama diulit dgn pelbagai caci maki, tetiba endak pulok! udoh komer maki lepas tu angau ndak pulak, yg bestnya bagi perumpamaan Anjing lagi mulia dan boleh terima...
Teman tak tau komer macamana... tapi nak bagi tau dan pesan ler
UNTUK SEMUA ORANG HATI UMNO SEJATI.
Mengundur Setapak tak semestinya Kalah,
Kalah sekali Perang Bukan Bererti Akhir Kisah,
Kalau Parah hikmahnya kita ambil jangan berulang,
Biar Perang lagi dengan ilmu penuh pejuang...
Usah diganggu dema membentuk Negeri dan Negara, kita kalau Kalah buat cara kalah tetapi bermaruah, yang utamanya kita kukuhkan UMNO itu sendiri, itulah Nadi, urat dan saluran yg memercik darah pejuang ketika kalah menang dimedan Perang. itulah juga yg kita patut rawat sebelum bangkit semula berjuang.
Bagi teman, kalaulah pengkhianat parti mahu hancur, memusnah dan meluputkan terus UMNO dimuka bumi ini, maka percayalah satu-satunya orang yg paling Akhir tegak berdiri memegang panji dan tidak menginjak sekalipun puluhan armada sdg mara menyerang...
Itulah teman... itulah Aku...
Akulah yg ahli terakhir pasti tegak terus pertahankan UMNO.
dan kalian dimana?
sebelah sana bersama menyerang?
hilang tiada dalam episode akhir?
atau disebelah Aku... juga menjadi yg terakhir memastikan Panji
terus Tegak Berdiri demi Abata
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...