Mukadimah dialamaya memperjuangkan agama, bangsa dan negara menjadi resolusi dasar perjuangan teman... Tiada yg sangkut hidup atau mati... PERJUANGAN PESAKA @ MARTABATKAN BANGSA
21 November, 2022
IN SHA ALLAH, AKU... PASTINYA YANG TERAKHIR
10 Oktober, 2022
BUBAR PARLIMEN, RAYA YANG DINANTIKAN RAKYAT
Alhamdulillah PARLIMEN DIBUBARKAN untuk dikembalikan kepada Hak Rakyat semua… sudah terlalu lama, sudah terlalu Rosak… Terjual Hasil, Terjual Maruah, Terjual Negara, Terang Sudah Simpanan, Terang sudah segala Kekayaan, Terang sudah segala Harta Negara…
Rosak sudah integriti, Rosak sudah Amanah, Rosak sudah Tanggung Jawab dan Rosak sudah Perpaduan serta keamanan… semua itu rakyat yg menanggung, berapa lama Rakyat harus menanggung dan berdoa? Kita cuma ada pilihan hidup dgn bertahan selama ini… Allah swt meletakan kita kesabaran dgn memberi ketenangan utk kita semua.
Maka inilah masanya kita kembali bangkit demi Agama Bangsa dan Negara… demi genarasi dan anak cucu… semua utk masa depan mereka
Moga tidak tertipu lagi, Agama jelas ingatkan kita jgn jatuh kelubang yg sama buat kali kedua… Soal retorik dan alasan Banjir bukan ukuran buat dinilai kita sicerdik atau bahalol yg sentiasa meangguk, kita yg alaminya bukan mereka…dimana mereka ketika itu?
Cuma nak ingatkan dlm Belanjawan BAJET Pakatan sebelum ini oleh MOF Mr Lim lansung TIDAK tersenarai Bantuan Bencana atau Banjir sdgkan dia sendiri kita saksikan dgn muka monyok terpapar seluruh negara dlm kaca TV memohon bantuan bila Penang dilanda Banjir besar sebelum ini…
JADI JANGAN LAH BERDRAMA LAGI SEBAGAI WATAK DUKUN PENYELAMAT…
Teringin jugak nak tengok muka semua nie dikawasan Banjir… Dah jemu dah tengok cerita masa banjir dia Main Ski, Sibuk Nikah lagi dan keluar Negara seisi keluarga makan angin…
Penonton sekarang yop bijak meneka siap Hero dan siapa Dajjal dlm cerita…
05 September, 2022
KEYAKINAN RAKYAT SUDAH HILANG. BENARKAH NAJIB SAKIT?
Sakit atau telah disakiti? |
Bila Rakyat tertana-tanya kenapa semuanya nak dipercepatkan? kenapqa anwar yg hanya ada satu kes boleh ambil masa sehingga lebih 6 tahun lamanya, kenapa lebih berpuluh kali boleh ditangguhkan , kenapa tiada tindakan gerakan kebangkitan rakyat diatas jalan dan perhimpunan haram tidak diambil tindakan, kenapa ceramah mereka merata menghasut tidak pulak diambil tindakan.... semua itu tidak tejawab! dan kenapa pula bila rakyat mahu tahu kenapa tidak diberi masa dan membawa bahan bukti baru dinafikan? adakah ini dipanggil perbicaraan?
Kekhuatiran dan syak sukar disembunyikan… kalau dari awal terdapat niat mmg mahu memenjarakan tanpa kira salah atau tidak, mmg sgt sukar utk aku redakan hati berfikir baik. Kalau benarlah ada niat jahat panjarakan sbb kehendak hati yg hitam dan menebal niat jahat. Maka lebih dari itu syaknya hati ini mereka lebih kejam dan sanggup lakukan. Harap itu hanya lamunan.
17 Mac, 2022
ARAK DISIMPAN SETEMPAT HALAL, SUSAH SANGAT KER NAK SELESAI KAN?
SUSAH SANGAT KER? MANA MENTERI DAN PENGUATKUASA?
Bila teman melihat ada juga NGO yg perihatin ttg Negara yg Agama Islam dijunjung dan diutamakan. Terfikir dimanakah mereka yg sepatutnya punya kuasa malah dihormati sebagai taraf Ulama membetulkan sepatutnya?
Adakah mereka mengkaji atau meneliti atau sibuk berebut adan mengekalkan kedudukan selesa yg sedia ada? Kita nampak yg bangkit perjuangkan adalah golongan NGO-NGO tetang isu sensitif dalam tegahan Agama. Kenapa sunyi? Banyak isu yg ada kaitan terlepas begitu sahaja sebenarnya telah merobek tuntutan sepatutnya malah melemahkan pandangan terhadap Islam itu sendiri? Susah sangat ker?
Dah Takda cara lain ker nak selesaikan masalah begini mudah? Kenapa tak pandang termasuklah NGO Pertubuhan Kabajikan Nusa Sejagat Malaysia (klik) yg membangkitkan isu minuman yg jelas Haram dicampur aduk dalam satu Peti Sejuk dikebanyakan Pasaraya dan sebagainya.
Miskin sangat ker Pasaraya yg mendapat pulangan untung ratusan ribu malah berjuta setiap bulan? Kenapa degil tidak buat tempat yg berasingan?
Dalam tempoh kauritin teman jelajah di Medsos isu nie nampak hambar seolah tidak dipedulikan. Apakah boleh selesai dgn pandangan Ahli atau Ulama Fekah ttg hukumnya?
Paling Hangin teman bila melihat ada video yg memperlihatkan bagaimana seorang kakitangan muslim yg tak mahu menyentuh Arak bila pembeli terus dengan bangganya mempermainkan dgn menyindir semasa merakam. (klik) Korang mmg tak ada hati dan ptak ker nak selesaikannya?
Betullah makruh jika terpaksa sbb kerja, malah ada ustaz yg beri pandangan bahawa gaji ketika jual beli minuman haam itu Haram dan wajib diasingkan.
Ulama dah bagi penyelesaian ttg hukum kenapa mereka yg sepatutnya bertanggung jawab tidak mahu menghalusi dgn lebih baik dgn tindakan atau cara perlaksanaan dgn baiak?
Bukan soal ttg hukum penjualannnya sahaja tetapi kena fikirkan juga bagaimana jika pembeli yg membeli tanpa sedar minuman itu Haram? Minuman sekarang pun dah pelbagai bentuk dan cara dipack blh jadi salah memilih oleh pembeli yg terdiri dari pelbagai golongan yg belum tentu blh menilai Halal atau Haram jika dianya bercampur dlm satu tempat. Kenapa tak diwajibkan diasingkan dgn tanda NON HALAL ATAU HARAM? supaya memudahkan serta menyelesaikan masalah yg ada.
Kenapa tak diasingkan Kaunter bayaran utk menerima pembeli barangan Haram. Lebih baik lagi petugas boleh sahaja diambil dari bukan islam?
Apa pun teman tetap bersama dgn perjuangan NGO seperti Pertubuhan Kabajikan Nusa Sejagat Malaysia yg diterajui oleh Sdr Meor Mohd Hilmi MZ dalam memperjuangakan soal syiar islam yg sepatutnya di Negara Islam seperti kita.
Dah kalau mereka yg sepatutnya konon bijak dan ada kuasa tapi menutup mulut dan mata, baik NGO jer diserahkan menagani masalah yg sebegini kecil tetapi memerlukan kuasa dan jentera sepatutnya…
KENYATAAN MEDIA : PENGERUSI PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUSA SEJAGAT MALAYSIA
PASARAYA TIDAK PEKA DENGAN PERCAMPURAN PRODUK HALAL DAN TIDAK HALAL
Oleh: MEOR MOHD HILMI BIN MEOR ZAINUN
PENGERUSI PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUSA SEJAGAT MALAYSIA
1. Pertubuhan Kebajikan Nusa Sejagat Malaysia (Nusa Sejagat Malaysia) menerima aduan dari masyarakat awam khusus umat islam berkaitan isu percampuran produk halal dan tidak halal di rak-rak beberapa pasaraya premium di Lembah Klang serta perletakkan produk tempatan yang mempunyai pensijilan halal JAKIM diletakkan bersama dengan produk dari negara China yang tidak mempunyai pensijilan halal atau logo halalnya diragui, dan keraguan dari segi kandungannya serta pemprosesannya.
2. Walaupun produk tidak halal tersebut diletakkan pelekat tertera perkataan mengandungi alkohol dan “Non Halal”, namun sewajarnya produk tersebut tidak sepatutnya diletakkan di tempat, mahupun rak yang mempunyai produk halal. Ini boleh mengelirukan pengguna-pengguna muslim yang datang berbelanja di pasaraya premium tersebut.
3. Samada pengurusan pasaraya premium ini tidak peka, tidak sensitif atau besar kepala dengan keadaan dimana isu percampuran produk halal dan tidak halal ini adalah satu perkara yang amat sensitif. Kita tidak menghalang pasaraya premium ini untuk menjual produk tidak halal di pasaraya mereka, Cuma kita minta untuk mereka cakna dan sensitif dengan keadaan masyarakat di negara ini yang sebilangan besarnya beragama Islam.
4. Sepatutnya semua produk yang tidak halal dan mengandungi alkohol dan mempunyai unsur tidak halal perlu ditempatkan disatu sudut dan ruangan khas dengan memaparkan papan tanda produk “NON HALAL”. Ini lebih baik kepada semua masyarakat, tidak terhad kepada masyarakat Muslim malah memudahkan kepada pelanggan yang bukan muslim agar tidak berlaku kekeliruan dan percampuran produk halal dan tidak halal khususnya bagi segment barangan kering seperti kicap, sos dan lain-lain.
5. Pihak pengurusan pasaraya seharusnya mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa khususnya KPDNHEP yang wajib dipatuhi oleh semua pasaraya termasuk pasaraya premium yang beroperasi di negara ini agar status produk halal tidak tercemar dan seterusnya boleh mengakibatkan menjadi ragu-ragu.
6. Antara contoh produk yang kita dapati bercampur antara produk halal dan tidak halal adalah produk air minuman seperti minuman kordial berbotol, serta minuman didalam tin duduk sebaris dilorong bahagian minuman. Produk makanan dalam tin yang tidak halal kita temui diletakkan serta disusun dengan produk makanan dalam tin yang mengandungi alkohol dan semestinya tidak halal.
7. Antara isu lain yang kita dapati adalah produk kicap dan sos keluaran syarikat tempatan yang mempunyai status cop halal dari JAKIM diletakkan di laluan serta rak yang selari bersama dengan produk kicap dan sos yang diimport dari negara China yang tidak mempunyai cop halal dan diragui kandungannya serta kesuciannya. Seperti kita maklumkan tadi, produk yang diragui kehalalan dan diragui kandungannya, lebih-lebih lagi produk ini datang dari negara China yang kita semua sedia maklum muktakhir ini sering menimbulkan kontroversi dalam isu halal, proses pembuatan serta kesucian yang diragui telah menimbulkan kegusaran masyarakat awam khusus umat islam.
8. Nusa Sejagat Malaysia mempunyai bukti bergambar dalam isu ini dan perkara yang mengelirukan pengguna muslim seperti ini mesti dihentikan dengan segera. Nusa Sejagat Malaysia juga akan membuat laporan kepada pihak berkuasa KPDNHEP berkaitan isu dan kita akan minta pihak berkuasa khususnya KPDNHEP untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pasaraya yang tidak peka dan sensitive sebegini.
9. Nusa Sejagat Malaysia menggesa kepada masyarakat awam khususnya umat islam agar berbelanja di pasaraya atau premis yang patuh syariah serta pasaraya yang mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak KPDNHEP kerana mencari yang halal itu adalah wajib bagi kita yang beragama islam. Kami mengalu-alukan anda semua termasuk peniaga-peniaga kecil muslim untuk menjadi ahli kami, agar melayu tidak diperkotak-katikkan dalam ekonomi terutamanya dalam segmen-segmen industri yang dimonopoli oleh bangsa asing. Marilah bersama, agar kita lebih kukuh dalam memperjuangkan ekonomi ummah demi ummah itu sendiri.
Sekian.
#NusaSejagatMalaysia
#BersamaBantuBersama
#TabungAmalNusasejagat
14 Januari, 2022
BEZA AKHLAK PEGAWAI DAN TABUNG MASJID