Siapa sangka PROGRAM yangg dijayakan oleh mereka yang satu ketika dulu digelar KUTU BAS STAND cukupmeriah bila hampir 500 orang yang hadir terdiri dari umur semuda berapa bulan hingga ke peringkat yang boleh dipanggil atuk! Sekupang merasakan ukuwah pertemuan ini sejernih-jernihnya, tanpa ada halangan dari segi pendapat, politik, persefahaman dan sebagainya,
Pertemuan kali ke 4 bagi budak-budak bas stand ni yang rata-rata menjangakau usia separuh abad bukan berkisar pada mereka sahaja malah keluarga turut ikut sama, isteri, anak-anak, cucu serta menantu turut hadir, hujan yang renyai-renyai bukan penghalang untuk sampai keakhir acara majlis, tiada siapa bertelagah dan bermasam muka... memang terbukti kerana ramai yang mengetahui arah perjuangan sekupangdua dan lansung tiada membangkitkan perihal marah dengan artikel sekupangdua yang kadang kala PEDAS... apalagi kalau cukup kenal dengan penulisnya, sekupang rasa cukup berbangga dengan warna kemesraan dimalam itu, bukan sekupan tak kenal denan beberapa sahabat yang tidak searah dengan sekupang tetapi mereka menepikan persoalan pendapat terutama PARTI yang sentiasa di bibir mulut bila berbicara,
Tiada sebarang rasa rendah diri ataupun siapa hebat dari mula perancangan seingat teman sebanyak lima kali bermesyuarat selepas terawih dalam bulan ramadhan yang berakhir hingga ke 3-4 pagi sentiasa berbincang menjayakan yang jadi fokus perjumpaan, di hari majlis yang akhirnya menemukan hampir semua yang telah berpisah sehingga ada yang mencecah 30 tahun berpisah sungguh mengharukan... setiap pertemuan tidak didahului dengan salam tetapi pelukan sebagai seorang sahabat yang kita juga tahu ianya sunnah sebagai mana Rasulllah lakukan dengan para sahabat! Bayangkan mereka-mereka yg satu ketika dulu di gelar kutu bas stand memang dianggap ganas dan tiada arah tuju kini dipertemukan semula didalam satu pelukan yg penuh rasa keinsafan dan kesyukuran atas nikmat tuhan yang mengizinkan dapat bertemu semula,
Apapun sekupang tabik tentang hamba Allah yang bernama Garry ni, berkerja sendiri... tetapi setiap tahun di bulan ramadhan confirm akan telefon teman utk menjayakan Malam REUNION yg seolah bagi nya kemestian setiap kali menjelang syawal, soal duit langsung tak di timbulkan. apa yang teman kalah dengan semangat nya ialah bila dia kerap berbincang perihal sahabat-sahabat yg jauh terpisah, berjiwa besar terhadap kawan-kawan, berkira tentang nasib kawan-kawan yang susah, mencari cara membantu... pernah dia cuba merancang mencari penaung supaya setiap kali menjelma ramadhan bersama kawan-kawan menjejak sahabat-sahabat lain yang lebih susah untuk di bantu! Agar raya mereka sama dirasa... Buat kali pertama juga sekupang akan mencabar setiap pemimpin yang sekarang duduk diatas! APAKAH KALIAN TIDAK MAHU MEMBERI GOLONGAN SEPERTI INI MENERUSKAN USAHA MURNI? dan rasanya bukan pekara besar bagi YB-serta pemimpin yang ada menjadikan mereka sebagai salah satu kerja amal demi untuk sahabat mereka yang serba kekurangan yang juga namanya RAKYAT! lagi pun bukan susah sangat untuk berikan kuota utk fakir miskin kepada sahabat mereka yang memerlukan, walaupun buruk pandangan satu ketika dulu sebagai kutu bas stand tetapi mereka lebih telus tanpa persoalkan fahaman parti duduk satu meja dan mesra sebagai sahabat dari yang menggangur sehingga yang berkerjaya besar, rasanya susah untuk dicari keadaan seperti ini. ukuwah pertemuan sebagai seorang sahabat yang saling memahami, Apalagi yang hadir tidak lansung terfikir kedudukan mereka... Mus, Yus, Man dan abu dari kumpulan May... Tajul ftg, Ucop syj/angel heart, Zuel, Nasir, Bombay, Yed Teja, Zack, Man & Lie kembor, jinggo, Yain dan kumpulan Ikrar, hidayu, Sekala, Driyadh, Affan. Li afro, Nuar besi, Shah, Bud, Kanda Aman, Nan, Jie, Hanif, Razak, Din chuk Norris, Ali, Garry, Peacock, Din kasut, Jeff, Nan urut, Dijan, Adam dan banyak lagi group Rock yang sekarang ni berstatus PAPA ROCK yang hadir pada malam itu. Sememangnya mereka hadir bukan kerana berjaya untuk di banggakan tetapi bagai saudara yang terpisah merindukan keluarga yang besar! TERIMA KASIH SEMUA!
Buat saudara Garry ini janji Sekupang dua selagi teman masih upaya selagi itulah teman akan bantu miker... dan teman amat terharu bila semua pertemuan kita simulakan dengan umul kitab dan berakhir dengan wal as' apa yang dapat teman katakan memang jiwa teman rebah bila kita bersedekah Al fatihah untuk sahabat kita yang mendahului kita, insyallah anak-anak mereka adalah anak-anak kita juga. sekupang juga merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa hamba Allah yang sudi menjayakan department yang teman jaga iaitu CABUTAN BERTUAH dan sumbangan untuk anak-anak arwah sahabat yang telah mendahului kami, terima kasih atas bantuan sekalian, cuma teman berharap dan berdoa sepertimana saudara Garry dan sahabat-sahabat yang lain pernah suarakan kepada teman... berhasrat menjemput YB Dato' Zainol Padzi Paharuddin sebagai penaung dan meresmikan majlis insyallah akan tercapai di REUNION akan Datang, kalau boleh biar bersama kami membantu sahabat-sahabat yang memerlukan sebagai satu aktiviti tahunan Insyallah!
Buat semua yang mendahului kami... Radhi, White, Benjo, Duat, Ujang dan yang lain... kami doakan kalian tenang disisi Alllah... Amin! ALFATIHAH!
salam, blog tuan sudah dipaut
BalasPadamsalam...
BalasPadambrotherhood.......biar seribu tahun xberjumpa tp jika namanya sahabat selamanya menjadi sahabat.....terharu ngan artikel bro.....
yeop sekupang, Zainol Padzli pernah jadi budak Ipoh tahun 1982/83
BalasPadamyup sepatUtnya dia dalam reunion sekali tetapi sebab ada komit lain tak dapat hadir.... insyallah next nanti, RASANYA YB PUN TAHU DAN MISS THE WAVE OF REUNION!
BalasPadamIKAN KECIL... LAMA TAK DENGAR SUARA BESAR ANDA!
AZLI THANK'S FOR YOUR'S WORDS!