18 Mei, 2013

KISAH BENAR 2 : THE LITTLE GENERAL, ANTARA PISTOL, KANAK-KANAK DANBISKUT



KISAH BENAR 2 : Pada kisah kali ini teman nak ceritakan bagaimana Anwar ditugaskan dalam satu misi membawa bekalan dan menghantar kepada satu kawasan atau penempatan yang menghadapi kebuluran serta diserang wabak penyakit. Agak melucukan dan tak kurang juga sedih melihat bagaimana mereka yang putus bekalan makanan dan ubatan akibat perang dinegara Mereka yang sehingga kini menjadi troma pada mereka malah berputus asa untuk mengharap negara kembali aman dan makmur. (Sambungan Kisah Benar 1)

Walaupun tugasan menghantar bekalan dianggap mudah tetapi sebaliknya tidak di Somalia yang sedang dalam peperangan apatah lagi membawa bekalan boleh mengancam nyawa. Lebih merbahaya Anwaro dalam misinya tanpa sebarang senjata. Disini juga agak sukar mengenali siapa pemberontak dan siapa pula yang memihak kepada kerajaan. Membawa konvoi bekalan makanan dan perubatan di negara yang bergolak serta kebuluran boleh dianggap seperti membawa Emas kalau dinegara kita,    sebenarnya teramat Merbahaya dan terdedah dengan pelbagai risiko

Saya hanya bersenjatakan Biskut, sebelum perjalanan saya isikan semua poket saya dengan kampit-kampit kecil biskut. Bagi negara yang mengalami kebuluran apa sahaja mereka sanggup lakukan sekalipun terpaksa membunuh. Jangan tak percaya, biskut adalah senjata yang paling selamat dan efektif. Biskut juga menjadi alternatif untuk satu-satu kes yang boleh mengancam nyawa kita sendiri...

Setiap hari pasti ada anak-anak yang terkorban..

Bagi misi begini kena ada pengalaman dan pengetahuan, pada pendapat teman Anwaro memang paling layak kerana punya pakage untuk misi seperti ini. Sekalipun tanpa senjata kita cukup faham keupayaan mereka termasuklah menentang atau membunuh musuh dalam satu-satu kejadian tidak perlu dipertikaikan. Ini juga lah antara kelebihan Komando Elit kita dari PASKAL. 

Bantuan perlu dihantar sekalipun terpaksa melalui pelbagai dugaan dan ancaman sama ada dari pemberontak maupun dari Askar Kerajaan, terpaksa menempuh kawasan yang dijajah oleh kumpulan pemberontak, kawasan Ambush, kawasan periuk Api dan macam-macam lagi yang tentunya menjadi penghalang kepada Anwaro dan rakan

Kanak-kanak yang hanya berusia belasan tahun (sekolah rendah) boleh dilihat bermain dengan rakan dengan membawa senjata kehulu kehilir, 'kadang-kadang memegang pistol apatah lagi AK 47 {buatan Russia) pun tak kemas dan Hogeh (hoyong hayang) sebab senjata yang dipegang terlalu berat.

Tiada ihsan untuk pengkhianat yg jadikan negara Neraka


Konvoi bekalan makanan dan ubatan yang Anwaro terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Sekali tu saya dan rakan terpaksa melalui lorong yang kiri dan kanan nya diapit dengan dua bukit, mereka juga dibantu oleh seorang Guide ataupun penunjuk arah sepanjang beliau disana. Dialah yang paling banyak membantu terutama dari segi laluan selamat dan cukup Arif dengan kawasan terutama bila merujuk kawasan yang dikuasai oleh pihak mana.

Kita tak punya pilihan tuan, terpaksa melalui jalan ini sekali pun ianya amat merbahaya dan belum tentu selamat kata pembantu Anwaro nie, Apa yang merbahaya dan tidak selamat nya? Tanya Anwaro untuk mendapat kepastian, adakah kita terpaksa melalui kawasan pemberontak?

Sambil mengeleng kepada dia menjawab kepada Anwaro, ' tiada jalan lain, insyallah tuan akan tahu nanti, kalau ada tuah kita akan selamat, tunggu la nanti bila sampai kekawasan itu dia akan maklumkan kepada Anwaro

Perjalanan diteruskan tanpa ada sebarang masalah sehinggalah mereka sampai disuatu kawasan, sebaliknya Anwaro mula perasan dengan kawasan yang dia mahu lalui, dapat mengagak kemungkinan ini jalan yang dimaksudkan pembantunya. Anwaro sebaik memalingkan muka ke pembantunya pembantunya terus mengangguk tanda mereka tiba di kawasan yang dimaksudkannya sebelum nie,

Laluan ini sebenarnya merupakan kawasan penduduk atau pun tempat beberapa keluarga yang berlindung serta menjadikan tempat ini sebagai penempatan yang selamat untuk semua keluarga yang melarikan diri dari terlibat dengan kancah peperangan. Dari jarak yang agak jauh Anwaro mula perasankan seorang remaja dengan bersenjata duduk termenung dilaluan yang mereka akan lalui...

Anwaro akhirnya meminta mereka berhenti bila kenderaan mereka semakin dekat dengan kawasan tersebut, remaja tersebut yang beliau nampak tadi betlari menuju kekenderaan mereka. No, you cannot go! Stop, danger, danger... No, no danger...
Anwaro agak kehairanan kenapa dia tidak dibenarkan oleh remaja tersebut, tetapi lebih bersedia kerana dimaklumkan awal oleh pembantunya.

Anwaro turun berjumpa terus dengan remaja tersebut, I Come in Peace! We Talk ok, we Friend ok, pujuk Anwaro, dia memujuk dan minta supaya konvoi beliau boleh melalui jalan tersebut, sebaliknya remaja tersebut tidak membenarkan Anwaro melintasinya, No, No... If you go, you death. No, no Danger, go back, go back jerit remaja tersebut yang terus menghalang. Sebagai seorang Komando sudah tentulah sukar untuk berputus asa, Anwaro terus memanggil pembantunya supaya boleh berunding.



Anwaro cukup bimbang dengan kejadian ini kalaulah mungkin mereka jadi sasaran, remaja tersebut mungkin sebagai umpan, untuk langkah berjaga-jaga hanya beliau dan pembantunya sahaja yang turun berunding manakala yang lain berkawal dengan kenderaan mereka. Pembantunya terus berbincang sementara Anwaro mengawasi jika ada sebarang pergerakan sabotaj. Remaja tersebut tetap berdegil tidak membenarkan mereka melaluinya... No, No.. Itu yang Anwaro fahamn tentunya tidak dibenarkan

Akhirnya pembantu beliau menjelaskan apa yang telah terjadi sebenarnya...
Remaja tersebut adalah diantara yang ditugaskan oleh mereka, laluan ini sebenarnya menjadi laluan utama kepada semua termasuk pemberontak dan pengganas. Remaja dikawasan ini akan bergilir menjaga laluan tersebut. Setiap hari mereka bertugas secara shif, mereka terutamanya remaja akan ditugaskan untuk menjaga laluan tersebut

Untuk keselamatan semua, laluan ini akan ditanam periuk api ataupun bobby trap sebaik hari mahu malam, mereka akan memerhatikan jika ada musuh yang melaluinya tentu bunyi letupan akan kedengaran, sebaliknya bila siang hari petugas atau remaja tersebut akan mengeluarkan semua periuk api tersebut bagi membolehkan laluan itu digunakan oleh mereka semula

Anwaro terus bertanya, bukankah sekarang ni dah siang jadi bolehlah kita melaluinya, kenapa dia tak benarkan kita lalu, dia memang tak menghalang konvoi kita tetapi ada problem sikit tuan. Kenapa pulak? Begini tuan...

Dia baru masuk shif siang gantikan shif rakannya semalam, masalahnya rakan dia semalam telah menanam 10 periuk api semasa shif dia, pagi ini saya gantikan atau sambung shif dia. Yang jadi masalah lagi besar dia dah keluarkan semua 8 periuk api yang dia tanam. Baki lagi dua periuk api yang ditanamnya belum dikeluarkan kerana dia lupa dimana yang dia letakan. Dah puas dia cuba ingat tapi dia lupa dimana periuk api tu ditanam, kerana itulah tuan tidak boleh lalu ikut sini...

Lucu pun ada tetapi nasib Anwaro juga baik, kalau ditakdirkan remaja ini tiada menghalang maka sudah tentulah konvoi mereka terkena periuk api yang ditanam oleh rakannya semalam. Bagaimana pun konvoi akhirnya berjaya melepasi laluan tersebut. Semuanya selesai apabila akhirnya Anwaro sendiri mencari dan mengeluarkan semua periuk api yang ditanam, lebih memeranjatkan bukan dua periuk api yang dia jumpa sebaliknya 4 kesemuanya yang masih tertanam si laluan tersebut.

Konvoi tersebut akhirnya dapat melalui dengan selamat, remaja tersebut juga berpesan kepada Anwaro, berhati-hati kerana dihadapan nanti dia akan melalui satu lagi kawasan yang dibawah kuasa pengganas Kanak-kanak dibawah ketua mereka yang digelar dengan nama THE LITTLE GENERAL....

Insyallah kita sambung lagi cerita Anwaro menerusi misi menghantar bantuan kemanusiaan disana. Sebagai tanggung jawab yang diamanahkan Anwaro tetap memegang amanah tersebut, kita sambung lagi nanti, ada yang lagi menarik...

17 Mei, 2013

TAHUKAH ANDA? : KENAPA PERLU HINDAR NEGARA DARI HASIL RAMPASAN ATAUPEMBERONTAKAN





KISAH BENAR 1 : KITA KONGSI IKTIBAR, Lebih 10 tahun lalu teman dan beberapa rakan diberi tugasan untuk membongkar dan medokumentasikan pelbagai Peristiwa yang dilalui Tentera kita dimana selama ini dicatat dan direkodkan tanpa disentuh atau dibuka. Semua KES yang kami gelarkan THE HIDDEN FILE, Bagaimana pun teman akan cuba ceritakan dari sebuah kisah ke sebuah kisah yang pernah teman lalui buat semua tatapan dan pandangan serta boleh dijadikan iktibar serta panduan kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan... Teman juga memohon maaf jika ada sebarang ralat atau kesilapan kerana ianya puluhan tahun yang lepas ianya berlaku, bagaimana pun teman rasa ia boleh dikongsi bersama terasuk harapan teman dapat bertemu kembali unit ini semua dengan pendedahan kisah yang bakal teman paparkan

Dalam Kes 1 nie adalah mengisahkan seorang wira kita yang kini diberi penghargaan pingat PGB tertinggi, beliau sebagai Komando Elit dari unit Paskal mempunyai Visi ke Somalia yang ketika bergolak dalam kancah peperangan, tugasan Sdr Anwar (leftenan kolonel) di pikul oleh beliau yang juga sebagai Leftenan kolonel sebagai ketua Comander ke Somalia bagi menyelamatkan seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan Orang besar Petronas yang terperangkap dalam peperangan di Somalia, tugasan beliau bukan mudah kerana disamping peperangan juga dia hadir dengan tangan kosong atau tidak bersenjata. Bagaimana pun bagi seorang komando itu bukan sebab untuk terus hidup. Nyawa boleh hilang bila-bila masa kerana hujan peluru lebih kerap dari hujan air, kalau mahu di bezakan betapa nyawa bukan boleh dijanjikan selamat ketika itu

Kanak-kanak terpaksa berlatih guna senjata dan membunuh


Sekitar 1960 Somalia bergelut dalam usaha mendapatkan kemerdekaan dari Great Britain dan Italy. Kerajaan baru Somalia bedasarkan kerajaan demokratik bagaimana pun masih mengharap bantuan Britain dan Italy untuk membangunkan infra struktur dari segi kewangan, ntuk membina Jalan, Bangunan dan juga perladangan atau pertanian yang juga merupakan sumber ekonomi bagi rakyat Somalia. Bagaimana pun pembangunan begitu lembab sehingga lahirlah pemimpin baru Said Barre yang mengantikan Shermaarke sebagai Presiden kerana rakyat yang mahukan pembangunan pesat dan merasakan terlalu lembab semasa beliau menjadi Presiden.

Said Barre juga menghapuskan beberapa dasar kerajaan yang kononnya menyebabkan negara tidak progresif seperti National Assembly dan rancangan kerajaan sebelum nie, dia juga memansuhkan beberapa hak bumiputra Islam sehingga pada tahun 1976 dimana dia mencetuskan peperangan antara Somalia dan Ethiopia.

Somalia tewas akhirnya di tangan Ethiopia pada tahun 1978. Dalam peperangan ini juga dilihat bagaimana kuasa asing Ikut campur bila Ethiopia dibantu Russia manakala Somalia pula bersama Amerika. Sikap diktatornya menjadikan wujudnya pemberontak yang menentang, selain kumpulan besar Pemberontak yang datangnya dari Askar kerajaan sebelumnya

Pada tahun 1991 Barre di gulingkan oleh ketua pemberontak Mohammad Farra Aidid dengan kumpulannya Somoli United Congress dengan menyerang Mogadishu, manakala Ali Mahdi Muhammad pula mengantikan Said Barre sebagai presiden baru. perbalahan semakin teruk antara mereka sehinggalah pada 3hb Disember 1992 UNOSOM terlibat sebagai pengaman begitu juga UNITAF yang juga dikenali pengaman yang dikatakan condong kepada Amerika yang dikatakan campur tangan kerana Harta lumayan Somalia yang tentunya adalah sumber Minyak yang dikenal pasti diSomalia. Malah dikatakan mahu manjadikan Kristian bertapak di Somalia. Atas dasar ini jugalah alasan utama Aidid menentang

Peperangan makin merebak dan semakin teruk bila angka korban mencecah lebih 1000 yang terkorban...peperangan kecil juga melibatkan pengaman dengan rakyat tempatan, hari ini juga bumi Somalia telah pun mengorbankan lebih sejuta nyawa termasuk rakyat mereka sendiri.

Anak-anak diajar membunuh untuk hidup? 
Apa pun Anwar yang mendapat jolokan nama ANUARO oleh penduduk tempatan menceritakan bagaimana dia dengan kumpulan pengaman pernah menyelamatkan sekumpulan anak-anak kecil yang sedang lari bertempiaran di kejar askar Aidid yang memburu dan mahu membunuh kanak-kanak tersebut, saya sendiri memberi komand kepada pemandu condor (PC) (kereta Perisai pengaman) memintas ditengah-tengah antara drama kejar mengejar dan tembak menembak kearah kanak-kanak tersebut sekalipun mereka sepatutnya tidak mencampuri urusan mereka, Sebagai seorang manusia tidak tergamak saya menyaksikan kejadian pembunuhan tersebut didepan mata! apatah lagi sebagai pengaman anwaro tak punya senjata kecuali GPMG yang sedia ada di Makenise.

Sejujurnya saya tidak sanggup melihat bagaimana anak kecil yang hanya berumur sekitar 10-12 tahun yang melarikan diri untuk menyelamatkan diri dari ditembak dengan penuh ketakutan, bayangkan saya tak tahu dari mana datangnya kederat memegang budak-budak nie kiri dan kanan lalu campakan mereka kedalam makenise kesemua 8 orang anak-anak ini. Mereka juga sebenarnya baru pulang dari sekolah! Beliau mengarahkan pemandu dan mengambil tanggung jawab terhadap tindakannya demi menyelamatkan kanak-kanak ini.

Bagaimana pun anwaro terlepas dari tindakan kerana beliau menyelamatkan kanak-kanak ini yang juga sebenarnya adalah dilindungi oleh peraturan perang dimana beberapa kategori yang dilindungi seperti kanak-kanak, ibu mengandung, orang tua dan sebagainya

Sebagai pengaman memang saya dan semua pengaman tidak ada senjata dan kami hanya berharap pada senjata pada Condor, apatah lagi kita kena berhadapan dengan mereka yang terusan menembak, saya minta gunman mengacukan kepada mereka sebagai mengacah dan juga memberi psyco terhadap pengganas, dengan cara menyerongkan kenderaan sebagai dinding makenise sebagai penyelamat, Condor menembak keluar bom asap untuk mengaburkan pandangan kumpulan yang menembak kanak-kanak ini, bukit disebelah kanan juga menghalang dari anak-anak ini dari menjadi sasaran peluru mereka...

Mangsa yang tidak berdosa 


Apa sebenarnya kaitan cerita ini dengan kejadian demonstrasi, perhimpunan Haram bagi mengulingkan kerajaan kita, mahu mengajak rakyat bangkit menentang dan meruntuhkan kerajaan sekarang?

Apa kaitannya dengan kisah budak yang mahu dibunuh ini dengan hasrat melulu yang mahu Negara yang sedia aman di UBAH hanya kerana hasrat Pengkhianat yang mahu menjadi Perdana Menteri?

Apakah mereka sedar kesudahannya nanti disebalik terjebak dalam himpunan Haram kerana terpengaruh dengan pemimpin mereka yang gagal memenangi Pilihan raya dan gagal membentuk kerajaan mereka di Malaysia bila cukup jelas Rakyat Menolak pemimpin yang bernama anuar Ibrahim?

Pernahkah mereka terfikir siapa paling selamat jika negara huru hara dan bagaimanakah negara selepas pembrontakan terpaksa bergelumang puluhan tahun untuk kembali bangun? Adakah mereka tahu betapa nilainya harga nyawa mereka?

Tidak ketinggalan kaum ibu terpaksa memikul senjata utk melindungi keluarga


Sebenarnya anak-anak ini menjadi mangsa, pembunuhan kanak-kanak adalah wajib semasa peperangan tanpa belas kasihan atau berperi kemanusiaan, semuanya bermula bila ada sekumpulan rakyat yang tidak berpuas hati bangkit dan menjatuhkan negara dengan cara rampasan kuasa ataupun pemberontakan yang menyebabkan negara mereka sendiri hancur dan juga bila ada negara luar campor tangan dengan tanpa disedari menjadi dalang kepada pergolakan.

Seperti di Somalia, bila negara mereka hancur kerana peperangan dan tidak aman lagi seperti sebelum ini, maka bagi mereka yang mencetus dan punca negara terlibat dalam pergolakan sehingga negara menemui kehancuran sudah tentu lah dianggap pengkhianat negara, maka disebabkan merekalah segalanya hancur, mereka lah punca pengkhianatan dan pastinya layak dibunuh sehingga seluruh keturunan

Mereka membunuh tanpa mengira batasan usia maupun dari yang paling tua sehingga anak didalam buaian, bagi mereka siapa sahaja yang belot dengan perjuangan, bersekutu dengan orang asing maka mereka dipertanggung jawabkan kemusnahan negara kesayangan mereka. Cuma cara ini sahaja yang boleh memuaskan hati mereka akibat pengkhianatan mereka terhadap negara sehingga negara hancur dan tidak aman lagi sehingga kini.



Realitinya sehingga kini tiada negara dalam dunia yang bertambah maju dan lebih aman selepas pemberontakan atau digulingkan, malah ianya melarat berabad untuk kembali aman.
Negara juga tidak akan kekal aman hasil rampasan jika mereka tidak punyai sokongan 2/3 dari rakyat, apatah lagi jika pembangkang dan kerajaan yang seimbang ataupun sama rata pengikutnya mana mungkin perampas kuasa dapat bertahan lama, maka tidak hairanlah kebiasaannya ketua pemberontak mendapatkan sokongan negara luar secara terang atau pun di sebaliknya tanpa kita sedari telah lama dibelakangnya sebagai penyalur dana untuk memastikan negara dapat digolakan oleh pengkhianat yang ditaja...

Tentunya kalau negara dalam kancah pergolakan tiada siapa yang akan selamat kecuali mereka yang menjadi dalang memusnahkan negara yang tentunya di lindungi... Terutama negara asing yang mula menjajah dan sebagai balasan pengkhianat ini akan mereka lindungi, selagi pengkhianat ini masih selamat maka pada mereka juga mendapat Hak untuk apa sahaja hasil dari bumi peperangan tersebut...

Maka berfikirlah secara waras, apakah kamu telah melakukan tindakan yang sebenar-benarnya dan tahu akibatnya apabila negara diheret kedalam pemberontakan? sudah selayaknya kita faham kenapa begitu ganas dan zalim tindakan mereka terhadap pengkhianatan mereka, pada hakikatnya mereka lah yang menyebabkan negara huru hara, hancur dan rakyat terbunuh dek kerana tindakan mereka memberi ruang kepada kuasa asing yang sekian lama menanti ada pengkhianat yang menjadi pelaksana nawaitu sebenar mereka.

NEXT EPISODE : KISAH BENAR 2 : THE LITTLE GENERAL, ANTARA PISTOL, KANAK-KANAK DAN BISKUT

TAHNIAH! SELANGOR DIBAWAH PENTABIRAN PKR TETAP DAN MAKIN HEBAT!!!



Macamana jiwa tak meruntun, bagaimana nak bersabar lagi, dimana rasa kemanusiaan? Semuanya bila terpampang gambar seorang anak yang masih belasan tahun dijumpai mati dibunuh dan dirogol, hanya kerana beberapa jam ibunya lewat pulang. Tragisnya kejadian begini kenapa masih berlaku

Anak ini pulang kerumah malangnya kerana rumah berkunci dia turun ke tingkat bawah mungkin untuk bermain sementara menanti ibunya Pulang, manakala ibunya yang menyedari rumah yang terkunci segera pulang, malangnya semua tidak berakhir dengan baik, nyata yang si Ibu rasakan akhirnya  diketahui bahawa anaknya terbunuh, malah dirogol sevelum dibunuh



Makin banyak soal keruntuhan akhlak dan perbuatan keji begini kian kita ketahui, macam manusia yang tidak bertamadun dan tak punya perasaan sebagai seorang insan  yang di gelar manusia, mana pergi rasa keinsanan sesama manusia, semuanya bukan kerana hukum alam, sebalaiknya ia datang dengan pelbagai punca dan sebab.
Dunia sebenarnya bukan penentu arah kehidupan dan warna hidup, manusialah yanh sebenarnya menjadikan dunia ini aman, makmur dan maju. Manusialah juga yang mencorakkan kerakusan dan kejahilan sifat isani yang sepatutnya. Dan kita sebenarnya sedar punca begini sebenarnya bukan lah datang dengan sendiri, sebaliknya atas punca yang kita sendiri lakukan, jika kita semua punyai rasa kemanusian, anak belasan tahun Ini tidak menemui ajal sebegini rupa


Bukan yang memimpin tidak sedar atas segala kejadian dan punca, kalau kita lihat hari ini rakyat dicorakkan dengan pelbagai keganasan, Malaysia yang aman kini diajar supaya menjadi samseng diatas jalan, menentang kedamaian yang sedia ada hanya kerana kerakusan pemimpin yang mengejar cita-cita haloba kuasa, sekalipun gagal mendapat kuasa ia todak berakhir disini, maka ramailah dihasut menjadi samseng dan bangkit menentang dan diterjemahkan dalam perhimpunan haram, demonstrasi hanya kerana cita-cita mahu berkuasa kepada pemimpin yang ditolak oleh rakyat.

Soal keruntuhan akhlak bukan saja diperingkat dewasa malah anak-anak yang disekolah sudah mula mempraktikan kepuasan sebagai samseng dengan memukul rakan disekolah, salahkah mereka buay begini sedangkan yang lebih dewasa lagi hebat menjadi ikutan mereka. 

Demi mahukan kuasa mereka tidak peduli dengan kesudahan kehidupan manusia yang menjadi rakyat kepada negara yang dikongsi di Malaysia, buruk laku mereka diadaptasikan sebagai Fitnah oleh lawan. Bukankah sepatutnya kita menyedari sehingga kini bukan lagi luar biasa bila anak sekolah pun sudah pandai menyimpan video dan gambar lucah di talipon bimbit mereka, memang kerana pemimpin lah yang tidak bermoral menjadikan perubahan minda kepada rakyat, yang jelas anak-anak yang terdedah dengan segala keburukan oleh mereka.

Untuk apa sekalipun alasannya, kita jelas tertipu, mana mungkin sekadar 10, 20, 30 ataupun berapa puluh ribu sekali pun Boleh kah mereka dinisbahkan dengan rakyat yang berjumlah 28 juta ataupun pengundi yang jumlahnya mencecah lebih 8 juta. Adakah dengan perwatakan begini mengajar manusia ataupun menjadi tauladan? 

Pemimpin Mudah terlepas hanya kerana memisahkan oemikiran supaya semua yang berlaku adalah perancangan jahat yang kononnya menjadi musuh politik, bukan kah mereka lah sebenarnya memperlihatkan bagaimana kerosakan Moral, rasuah, samseng, berzina, homoseksual, kejam, bersekutu dengan yahudi dan banyak lagi yang tentunya semua ini sekadar ciptaan musuhnya.

Tak serik kah lagi dengan apa yang kita dah lalui diSabah, angkara kerana kuasa nyawa terus melayang tanpa mengira erti kematian Pejuang negara, rakyat diperlihatkan betapa kejamnya mereka yang rakus mahukan kuasa menjadikan sabah sebagai darurat yang juga membolehkan kerajaan hilang sokongan atau deposit utama serta hilang sokongan. Bukan kita tidak tahu dalam peristiwa ngeri ini dipaparkan kepada rakyat sedangkan tukang karut sedang bergembira di merata-rata ceramahnya dengan lagu...

Tanya pada Najib, apa pasal goyang...
Nanti jawab Najib, Sabah dah hilang...

INSYALLAH MALAM NIE : KISAR BENAR, KENAPA KITA KENA TOLAK KERAJAAN HASIL DIGULINGKAN? SOMALIA OH SOMALIA... TUNGGU  8.30 Malam nie...

16 Mei, 2013

Awas!!!! SETAN BLACK OUT PUN ADA DI SEKOLAH?

Murid diheret ke kancah politik

Jamil Mohd. Isa (kiri) dan Nor Azman Mat Nasir mewakili sekumpulan bapa menunjukkan salinan laporan polis dan laporan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana berhubung tindakan seorang guru mengheret anak mereka ke kancah politik di Shah Alam, kelmarin.
SHAH ALAM 13 Mei - Sekumpulan bapa melahirkan rasa kesal dengan tindakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 di sini yang didakwa mengheret anak mereka untuk membicarakan tentang isu politik baru-baru ini.

Wakil kepada kumpulan bapa tersebut. Jamil Mohd. Isa, 44, berkata, pihaknya kesal dengan tindakan guru penolong ko-kurikulum di sekolah tersebut yang tergamak bertanya parti politik mana yang disokong oleh anaknya yang baru berusia 11 tahun iaitu murid tahun lima.
''Anak saya yang berumur 11 tahun diperlakukan seperti orang dewasa, guru tersebut meminta murid yang menyokong Barisan Nasional (BN) supaya berdiri di atas kerusi manakala yang memilih pakatan pembangkang diminta duduk.

''Bayangkan kanak-kanak yang masih mentah dalam soal politik disuruh memilih parti mana yang mereka sokong. Seramai 17 murid yang menyokong BN diarahkan oleh guru itu untuk menjelaskan mengapa mereka menyokong BN dan setelah itu dibenarkan duduk," katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Jamil berkata, guru tersebut turut membuat perbandingan dan menulis di papan kenyataan dengan mengatakan pakatan pembangkang adalah pandai dan BN adalah bodoh.
Tambahnya, tindakan tidak bertanggungjawab guru tersebut turut melibatkan dua lagi kelas di sekolah tersebut sekali gus memberi mesej tidak baik kepada murid yang masih mentah dalam dunia politik.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya telah membuat laporan polis dan laporan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Perdana minggu lepas berhubung insiden terbabit.
''Saya mohon agar siasatan dilakukan ke atas guru terbabit dan tindakan setimpal dikenakan sekiranya terbukti benar aduan tersebut," katanya.


Seorang lagi bapa, Nor Azman Mat Nasir, 36, turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap seorang insan bergelar guru yang sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada anak didiknya.
''Anak-anak dihantar ke sekolah untuk belajar supaya mereka menjadi pandai dan menghormati orang lain bukannya belajar mengenai politik dan diasuh supaya benci membenci antara satu sama lain.
''Kami ibu bapa mahu guru-guru di sekolah terbabit menanggalkan baju politik di pintu pagar dan didiklah anak-anak kami dengan ikhlas dan amanah," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Hashim Anang berkata, pihaknya telah mendengar penjelasan guru berkenaan mengenai dakwaan tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Selangor untuk tindakan lanjut.
''PIBG berpendirian agar kes tersebut disiasat oleh Jabatan Pelajaran Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana kerana perkara tersebut melibatkan prosedur sedia ada untuk penjawat awam," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130514/po_07/Murid-diheret-ke-kancah-politik#ixzz2TQoPyQ3X
© Utusan Melayu (M) Bhd

15 Mei, 2013

 
Azmin cuba menafikan ada pergolakan dalam merebut jawatan Menteri Besar antara dia dan Khalid, walau apa pun tak perlu lah nak bersembunyi dengan masalah nie, malah PAS dan DAP pun turut terheret dengan beberapa pendapat mereka supaya memberikan harapan pada PAS atau DAP juga dalam senarai Suapa sebenarnya MB Selangor sebelum ini

Malah Wanita mulut Jaws pulak makin labang mulutnya bila terasa campur tangan dilihat dalam meletakan siapa sebenarnya yang patut jadi MB,  soal menjadi Menteri Besar ini jelas kita lihat ada kekeruhannya disini, persoalannya apakah kekal nanti Menteri Besar yang dilantik? Belum dilantaik pun dah ada pertikaian inikan dalam tempoh 5 tahun lagi, kita juga sedar bahawa Selangor bakal menghadapi beberapa krisis dan tentangan

Hari ini persatuan Ibu Tunggal pula membawa isu tuntutan mereka ke makamah Faderal.... Semuanya  kerana segala janji yang tak ditunaikan oleh kerajaan Selangor yang di terajui oleh Khalid gaygap, itu baru isu tuntutan, berlambak lagi yang kita tau soal tanah pasir yang diterokai untuk untung, padang untuk pangsapuri mewah, rumah rakyat Miskin yang tak diusahakan, soal peniaga yang diusir dan banyak lagi termasuk lah soal Air yang dijangkakan selangor bakal berdepan krisis air pada 2015 nanti akibat  tidak bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk mengatasi masalah ini.

Apap pun cukup Jelas kita dapat melihat betapa wanita mulut Jaws ni sound tepat kat DAP dan PAS supaya tidak payah nak sibuk pasal MB  di selangor kerana itu hak PKR dan bukan PAS dan DAP, tak payah nak bagi nama calon PAS dan DAP sebagai calon Menteri Besar... Hehehe... Ini baru nak lantik, kita tunggu ler esok nanti apa akan jadi... Bukan sehari beb tapi 5 tahun lagi tu... Kalau kepala asyik ingat nak menyamun dan membedal jer maknanya pakat hancor ler Selangor nanti beb! Masa tu kita kena ucap tahniah ler kat orang Selangor... Errr atau pun takziah kot!!!

MANA SATU NIE GAMBAR SEBENAR? DOA MUSIBAH TUHAN KABULKAN!!!



                         

Kalau  dah lupa peristiwa seperti digambar diatas bila perhimpunan diadakan di Stadium Alor Setar. Sebelum nie kitatahu bukan sahaja perhimpunan yanh dinamakan perhimpunan Hijau ( hehehe...  Katak Hijau ler pulak) pada masa yang sama perhimpunan ini juga merupakan satu majlis yang amat sonsang, dalam perhimpunan ini juga menjadikan rakyat malaysia marah apabila kerabat Nik Aziz juga mendoakan kehancuran kepada UMNO dan pemimpinnya...

Bukan kah mereka (PAS) patut belajar dengan kehendak tuhan menurunkan bencana, adakah mereka juga seperi Firaun sehingga Allah juga disanggah, Allah tak pernah suruh umat Islam mendoakan kehancuran sesama mereka, sebaliknya hari ini telah terbukti orang yang didoakan elok sedia ada sebaliknya stadium di kedah ini jatuh kembali ketangan Barisan Nasional, malah mantan  Menteri Besar pula kini terlantar sakit tenat... Bagaimana lah hati mereka nie? Kalau hati dah hitam maka tertutup lah segala perasaan dan kemanusiaan seorang umat Muhammmad rasulullah...

Dia terlantar sakit tenat dan dizairahi oleh mereka yang pernah mendoakan kehancuran dan bala, sekalipun begitu busuk hati mereka mencerca dan memfitnah mereka, nampaknya pemimpin inilah yang hadir melawat Mantan Menteri Besar ini bila dalam kesakitan, manakala yang lain yang jadi rakan kononnya sedang sibuk mencari tempat dan pangkat sebagai kuasa mereka didunia...

14 Mei, 2013

ALJUBRI ALIH TUMPUAN DAN HIMPUN SOKONGAN KERANA KANTOI...




Kenapa sekarang nak buat BLACK OUT? semacam terancang Plan B digunakan kalau kekalahan kepadanya di PRU 13 lepas, bagi semua sahabat Roket percaya kepadanya dengan pelbagai janji dan kata yang meyakinkan kepada geng Roket supaya nampak beliau seperti ada pengaruh atau aura sebagai Pemimpin yang paling layak sebagai ketua kepada semua pakatan Roket

Sebaliknya semua keyakinan Aljub kepada rakan Roket terjawab bila PRU 13 dengan kehendak Allah swt tidak memberikan dia peluang atau memakbulkan apa yang pernah dia tegaskan sebagai takdir di tangan dia bahawa dia mahu seluruh Rakyat Malaysia percaya bahawa sumpah beliau Keramat dan tepat. Dia jadikan pengikutnya taksub dan percaya takdir bagai ditangannya atau lahir dari mulut dia, soal hukum pun nampaknya dihakimi oleh mulut dia sendiri...

Memang dia licik tapi bukan semuanya bodoh seperti penyokong Fanatik dia yang cukup jelas dilembukan. Kalau sekali... Mungkin boleh lagi diterima dengan alasan belum rezeki, sebaliknya apabila yang kedua kali, ketiga, keempat dan seterusnya... Siapa nak percaya lagi spdah kalau kaki kencing...


Kencing... 16 September, tahun tak tau ler pulak


Kalau jadi cikgu dah boleh ucap sambutan hari  guru 

Banyak yang dikencingkan termasuk  baru-baru nie untuk menyakinkan Semua mulut dia bagai sang kelembai yang boleh jadi keramat, bagai firaun yang mahu menyaingi tuhan, dia juga percaya dan memaksa rakan yanhdilembukan supayabulat mempercayainya 

Kerana dia sedar semua yang dia tuturkan dan disumpah keramatkan tidak diizinkan Allah  buat dia sedar masa makin suntuk, kepercayaan makin pudar, taksub makin goyah dan keadilan bakar membongkar jadi tak heranlah dia terdesak dan gunakan Black Out yang mereka sebelum ini digemparkan dengan BACK Door supaya mengalih tumpuan serta mencari sebanyak mana sokongan terhadapnya yag  tentunya bakal menghadapi pelbagai tuduhan terhadapnya kerana janji menjadi Cikgu kalau tak berjaya menawan Putrajaya, 16 September, yang tidak bertahun, isu dalang Dilahat Datu, janji pamerkan klon dan banyak lagi. Jadi tumpuan perlu dialihkan dengan segera supaya segala Isu dia termasuk lewat dan leeee what 

Bukan setakat mengalihkan isu janji beliau malah dia menggunakan kesempatan iniuntuk mendapat atau mencari sokongan seramai yang boleh sebagai menjaminkan dia ada Back Up yang ramai seolah memperlihatkan penyokongnya yang maksum dan tidak bersalah dan diinaya... Harapan nya juga dilihat kebangkitan sebagai menyokongnya seolah seluruh rakyat Malaysia menyokognya... Sebenarnya kalau dilihat nisabahnya amat jelas dan ketara mereka yang terlibat sekalipun mencecah 15-20 ribu yang hadir sebenarnya lansung tidak boleh disamakan dengan suara rakyat Malaysia yang sekarang mencecah 28 juta, peratusnya tak sampai 1% pun dari keseluruhan sekalipun dengan pengundi yang berjumlah lebih 8 Juta yang sedia ada... 

Sepatutnya dia dah boleh tunaikan segala janjinya termasuk menjadi seorang Guru, sekali punrasanya tak de sesapa yang nak biarkan dia mengajar anak mereka mungkin kerana  unsur  keselamatan tetapi dia boleh mengajar di tadika PASTI... Huk, hikhik.... 

Apa pun kalau dah kaki kencing, fitnah  atau putar  belit nie memang kita tau akan spin selagi boleh dan kita tahu kesudahannya UMNO lah yang dia persalahkan... Mungkin juga ada logik nya klau dia bagi Alasan 'Saya sedang mengajar lah nie, saya mengajar mereka sebagai pengkhianat dan jadikan mereka hero diatas jalan, bukan kah ini juga sebagai guru yang mengajar mereka jadi KURANG AJAR!'  Polis Malaysia sepatutnya bertegas dan  ambik tindakan terhadap pengkhianat dan penderhaka nie, percayalah  memang tindakan begini adalah 100% disokong oleh kami sebagai Rakyat, sememang nya Rakyat tak perlukan pengkhianat dan punca segala kehancuran keamanan dan  kemakmuran yang selama ini kita pertahankan...

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND