28 September, 2011

KANTOI LU MEMANG KANTOI LA NUWA! KASI JAWAB LA...



TAK YAH CITA, ELOK TENGOK DAN JAWAB SENDIRI! TEMAN SUKA DENGAN VIDEO NIE SEBAB KORANG BOLEH PIKIR SENDIRI, KORANG BOLEH JAWAB KAT SESAPA YANG BANYAK BUNYI. KALAU BUTA PERUT SURUH SAJA DEMA TANYA KAT NUAR KENAPA TAK BOLEH JAWAB 8 SEBAB YANG TERTERA DALAM VIDEO NIE, ELOK JUGAK PADA SESAPA YG NAK MENGHURAIKAN PADA HARAM JADAH YANG KAKI PUTAR YANG SOKONG SI JUBRI NIE! ANY WAY AAA..AAA.A.A.AAA MEMANG KAK ONE DAN NURUL LAWA MEMANG GAGAP TAK BERJAWAP! HEHEHE!

19 September, 2011

MAT SABU PENGKHIANAT! ANTARA MARUAH DAN PENGORBANAN

BACA KISAH INI KALAU KAMU SEBAGAI BANGSA MELAYU YANG MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH! Sekupang BERTENTANG MATA dan berkongsi APA BEKAS PEJUANG 2COY BRITISH ARMY yang meletak nyawa demi kesinambungan Keamanan Negara, dari berjuang hingga berkawad di baris hadapan semasa MALAYA mendapat kemerdekaan! Wajah ini juga yang sekarang siSABU gelarkan PENGKHIANAT atau PENGGANAS NEGARA!
Sebaik Sekupang bersama rakan bloggers kinta dan kamunting memasuki highway menuju utara selepas selesai tugas di Ibu kota, tak banyak kami nak bercakap dek keletihan, sebaik selesai dan menyambung kembali perjalanan selepas membasahi tekak di Kawasan Rehat Rawang, Kinta Jauh termenung lama dan tiba-tiba terpacul ayat, KITA ADA SATU KERJA LAGI! KENA PEGI! terkejut teman... apa lagi yg tak selesai. Amenda bro? Kinta ingatkan teman 'kita kena pergi terus rumah Pakcik Bekas British Army tu' tak banyak lari tajuk sepanjang perjalanan kami menjadi teka teki apa Orang Tua tu akan jawab tentang Pemimpin PAS yang belajor jurusan Memasak separoh jalan tapi sekarang sudah bercakap malah mahu mengubah SEJARAH yg sedia ada malah merosakan pemikiran anak-anak yang masih dibangku sekolah bila sudah terpahat dihati mereka sejarah perjuangan menuntut KEMERDEKAAN. Sapa lagi... Mat Sabu ler yang sekarang cukup berbangga mengguris hati semua pejuang Kemerdekaan serta berjaya menjadikan Bangsa Melayu berbalah sesama sendiri dan menjual maruah bangsa serta mengaitkan agama untuk Popular dan mungkin UNTUNG BESAR bukan hanya dia tetapi kepada TUAN BESAR nya juga
Ini bukan kali pertama bagi Sekupang dan Kinta, sebaliknya pertama kali bagi Kamunting bertemu dengan Orang Tua yg kami maksudkan, Bro... Gua ikut bro! kata Kamunting walaupun dia diantara kami adalah orang terakhir akan sampai rumah kerana terpaksa menyambung perjalanan ke utara lagi nampaknya berminat sungguh dengan apa yg diperkatakan oleh Kinta. Sebaik lepas magrib, kami tiba kerumah Orang Tua tersebut, kelihatan agak malap kawasan serambi rumah beliau kerana Cuma ada satu lampu yang menyala selainnya tidak diaktifkan, Uiiiihhh luasnya serambi (porch) ni kata kamunting sebaik keluar kereta kami. mau ker dia jumpa kita ni? Talipon tidak main terjah jer... risau si kamunting. Kinta jawab pendek jer… Nanti Hang Tau la, sambil selamba bersuara Assalamualaikum... heheha macam rumah sendiri jer, Kamunting makin pelik, mana tak, buat macam rumah sendiri jer, selamba jer teman dengan kinta duduk dibangku serambi tu macam sudah biasa jer, buat kamunting makin pelik. tetiba dua biji lampu kalimantang menyala... sambil dengar bunyi pintu papan dan grill berbunyi. Haaa.. eh duduk ler... ayat dan wajah pertama kali kamunting tengok semacam kehairanan...Tetiba terpacul seorang Bekas pejuang yang bertongkat dengan senyum yang berusia lewat mencecah 80 tahun, berkopiah dan jalan agak perlahan dengan faktor usia.... sambil bersalam dengan sekupang dengan kinta. 

GAMBAR DINDING ALA MINI MUZIUM YANG TEMAN AMBIL KEESOKANNYA DENGAN KINTA
Kamunting bertambah hairan sebaik semua lampu terpasang, mana tak nya, di sepanjang dinding teratur rapi gambar-gambar lama tentera British Army semacam sebuah MUZIUM MINI yang penuh pelbagai kisah sebelum kemerdekaan. Ishhh ini semua gambar original nie, gambar kawad masa merdeka pun ada, biar betoi! bila kamunting tengok semua gambar-gambar siap berbingkai lebih seratus lebih keping yang ada. bukan itu sahaja siap dengan bendera menghiasi keliling rumah dan rasanya kamunting pun tak pasang bendera semeriah tu. Jalan jauh korang nie? sambil senyum bagai dapat mengagak kami nampak macam keletihan. Kami berempat berborak kosong dulu sehingga ler kinta mula bertanya macam-macam dan sehingga soalan akhir nanti yang kami dah sepakat masa dalam kereta akan tanya APA YANG PAKCIK RASA PASAL MAT SABU BUAT SEKARANG NI?

SEMASA BELIAU DI KELUANG
Dia orang tau ker kenapa British cuma boleh ada 16 tahun sebelum balik? apa dia tau ker (sabu) walaupun meletak nyawa sekalipun sebaik abih (bersara) askar pun bukan ada pencen, bukan ada janji boleh hidup atau mati dan semata-mata mahu Malaysia ni aman kami berjuang.kata Orang Tua ni dengan penuh semangat, memang nampak matanya bergenang menahan rasa bila hari ini PAS yang diterajui Mat Sabu dan bukan lagi Mursyidul yang makin hilang identitinya. Memang betul ler sepatutnya si Sabu Pelajar jurusan Tukang Masak yang tak seberapa umur berlagak macam dia lah yang memegang Mark 3, Mark 4 atau staingun yang berperang dengan Jepun dan Komunis. macam dia ler HERO yang patut disejarahkan lebih besar dari Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan membangkitkan rakyat supaya MALAYA mesti MERDEKA! Berapa umor Mat Sabu ketika tu yang beriya-iya yang begitu berani menghina pejuang-pejuang Negara   

WAJAH WAJAH SERIKANDI, ADA DIANTARA MEREKA YANG MENERIMA MAYAT SUAMI DEMI KEMERDEKAAN AKIBAT KOMUNIS
Sebab iitu British hanya ada 16 tahun dalam perjanjian membantu kita merdeka. Lepas tu dia orang kena balik. Dalam tempoh tu kita kena berkorban untuk merdeka. Semua Orang Tahu kita dijajah Jepun dan Komunis yang sakan membunuh walaupun hanya berbelas hari dapat menjajah! kata orang tua ini lagi... Kamunting nampaknya makin termanggu dengan cerita pejuang ni. Kinta menyapa kamunting ' Bro kita ikut sejarah, tapi pakcik ni dalam sejarah yang kita citakan ni'  Abih tu pakcik... Macamana pulak Mat Sabu kata kita tak pernah dijajah, macam dia ada masa perang tu, la ni pun abih semua Melayu kucar kacir dibuatnya, Sebab itu Pemimpin kita macam Tunku dan Raja-raja buat perancangan berani, dalam masa British ni ada ler kita kena rancang MERDEKA. Kalau tak ada dema makin senangler komunis meratah kita, apa yang kita nak lawankan dema kalau tak ada senjata. kita bukan ada askar, yang adapun cuma senapang patah jer, itupun kat kampung-kampung senjata yang Home guard ada. dia tak tau macamana komunis Macam kawan Pakcik PC (Police Centri) Haji Bahari Yeop yang kita pegi cari dia kat Sungkai sebelum korang pegi serawak tu, sambil tunjuk gambar salah seorang anggota yang bergambar beramai semasa dia dan kawan-kawannya di Kem yang sekarang ni menjadi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

WAJAH ARWAH HAJI BAHARI YEOP
Kamunting makin faham 'korang dengan pakcik ni pergi cari pakcik dalam gambor ni sebelum pergi Sarawak ker?' Teman dan Kinta senyum tak payah menjawab pada kamunting yang dah mula paham. Masa korang kat sana (Sarawak) pakcik cuci gambar ni banyak-banyak dan bagi kat kawan-kawan masa jumpa kat sana (macam reunion), masa tu anak saya yang bawak saya pergi jumpa balik kebetulan dia buat kenduri kawin anak dia... sambung Bekas pejuang ini lagi, tapi ajal nak buat macamana, dia baru jer meninggal dunia bulan lepas, masa pegi hari tu nampak elok jer sihatnya. Memang ketara nampak kesedihan diwajah Orang tua didepan mata teman ni. Sekupang dan kinta cukup faham sebab memang kami tahu kebelakangan ini dia memang gigih mencari kawan-kawan seprjuangannya, ada yang di temui dan ada juga yang didapati telah pun menyahut seruan ilahi 
INILAH GAMBAR YG DICUCI & DIBINGKAIKAN DIBERI KEPADA RAKAN-RAKAN LAIN TERMASUK ARWAH

Lepas tu British mula tubuh 1 Malay (Rejimen Askar Melayu Diraja) yang pertama di Port Dikson yang sekarang ni dia orang dah jadikan Muzium Tentera, tapi masih ada lagi kem di belakangnya. Kamunting makin heran macamana pakcik ni tahu semua ni walaupun yang sebenarnya teman tersenggeh bila megenangkan dia tak tahu teman juga yang bawak pakcik ni ke Kem dan Muzium tu. 'Kat sini ler 1 Melayu yang dalam percubaan ditubuhkan cuma ada 25 anggota saja, termasuk ler leftenan Adnan yang mati terbunuh tu', tu yang sekarang ni jadi banyak 2, 3, 4 dan makin banyak Ratus kor Melayu sampai sekarang ni. Masa Pakcik pegi muzium tu pegawai CO (Comander Officer) yang incharge muzium tu siap bagi pakcik bawak kereta naik sampai depan pintu muzium, bukan apa pakcik mana larat nak jalan atas bukit tu, hmmm patut kita tulis surat ucap terima kasih kat satu crown tu kata pakcik tu lagi, 'tak caya tanyaler dia' sambil tunjuk teman. Pecah tembelang jugak bila kamunting tengok teman dan kata Patutler... Dia (CO) dah nak keluar dah bila Kopral (driver) dah masuk start keta (start injin) tapi keluar balik dan ikut pakcik masuk dalam Muzium tu... 'Yeker pakcik, baguih officer tu pakcik, dia ikut pakcik masuk sekali dalam muzium tu ker?' tanya kamunting. Betul tanyaler dia orang ni kata pakcik tu lagi. 
Memang teman ada sekali masa dia masuk bersama CO kedalam Muzium tu, tapi mungkin Kamunting tak tahu, teman sendiri menyaksikan macamana dia dengan kuderat yang lemah digagahi jugak masuk kemuzium walaupun memang teman nampak pakcik ni memang amat keletihan, tapi disebabkan semangat seorang pejuang semua dilupakannya, itu yg kamunting tak tau... CO tu pun mengiringi diatas hormat atau respek keatas seorang bekas pejuang dia  masuk sekali dan menerangkan segala gambar dan artifak yang ada sepanjang laluan didalam muzium walaupun beberapa kali pakcik ini terpaksa berhenti dan duduk berehat untuk hilangkan lelah dan mengah yang menjangkau usia. Memang menyedihkan hati teman tetapi membakar semangat yang ada menyaksikan didepan mata bagaimana gigihnya semangat seorang Pejuang. Kadang-kadang mata tua pakcik ni  terhenti dan terpaku melihat gambar-gambar wajah pejuang yang terkorban termasuk Leftenan Adnan yang turut terkorban menentang penjajah dimana dinafikan si Mat Sabu yang korang boleh nilaikan betapa jijiknya pemikiran serta hatinya bila menyentuh dan menguris hati bekas-bekas pejuang seperti pakcik ni. Teman bertambah berbangga dengan satu peristiwa yang disaksikan dengan dua bijik mata ni bila sebelum CO tersebut beredar. Ya ALLAH kau peliharalah pakcik ni, kau berilah aku semangat sekuat pakcik ni. Dengan nama Allah aku menyaksikan pakcik ni berdiri didepan Pegawai tersebut dengan usia setua itu, dengan terketar-ketar tangannya memberi TABIK HORMAT kepada pegawai tersebut seperti seorang Tentera adanya dan dibalas hormat semula pegawai tersebut sepertimana dia memberi tabik kepada seorang Tentera. Demi Allah segalanya benar dan tuhan perlihatkan aku apa sebenarnya erti perjuangan. Demi Allah inilah pertama kali aku menulis cerita ini tanpa aku tahu bagaimana airmata aku menitik dan terus menitik tanpa aku paksa! Apalagi bila melihat anak-anak aku sedang tidur nyenyak bergelimpangan pada jam 4.28 pagi ketika ini. kalaulah korang di tempat aku pasti korang juga rasa apa yang aku rasa sekarang.... Kamunting dan Kinta... teman mintak maaf kerana pekara ini juga yang korang tak tau kerana aku rahsiakan, insyallah sebaik korang baca, teman rasa korang akan faham kenapa. bagi teman inilah peristiwa yang tak akan aku lupa selagi hayat! Allahuakbar! Besar BUDI dia terhadap Agama, Bangsa dan Negara sekalipun tuduhan Mat Sabu mereka ini sebagai pengkhianat sebaliknya komunislah wira yang patut disanjung!
TERGANTUNG DIDINDING DALAM BENTUK ASAL
Satelah lebih sejam kami bersembang memang di akhiri dengan soalan yang dinantikan, Kamunting tanya pakcik tu 'Apa rasa pakcik bila Mat Sabu tuduh British lah Pengkhianat dan komunislah (Mat Indera) sebenarnya pahlawan atau wira?' sambil merenung... ayat yang keluar dari Pejuang ini 'Apa yang dia tau? PAS LAH SEBENARNYA KOMUNIS!' Apa kebenarnya? kita fikirkan. kalau dahulu usaha mengagalkan kemerdekaan memang ada bila kita bersyarat kena bertahan Aman sesudah merdeka selama 10 tahun, kita berjaya berdikari sebagai negara MALAYSIA merdeka walaupun usaha komunis diserap dan cubaan huru hara hanya terjadi selepas 12 tahun kita didatangi peristiwa 13 Mei. 1969. Sebagai bangsa yang bertanggungjawab di negara MALAYSIA  Jangan biar bangsa diperbodohkan dengan idealogi sempit seperti Mat Sabu dan PAS yang mengkhinati PEJUANG TERDAHULU dan bangsa sendiri. Jangan biar Darah bangsa ini mengalir kembali untuk keamanan dengan segelintir pengkhianat bangsa yang tiada bermaruah. Cukup-cukuplah bila dulu Komunis mengunakan MELAYU seperti Mat Indera untuk gagalkan kemerdekaan Malaysia, hari ni SEDARLAH BANGSA... jangan biarkan DAP mengulangi dengan menggunakan PAS sebagai pengkhianat bangsa! Bukan kita tak tahu memang ada bangsa sendiri yang menjadi talibarut kepada komunis, mereka lah menjadikan keturunan Melayu hilang, sehingga sekarang masih ada keluarga yang kehilangan Waris mereka yang dibawa pergi Komunis, Entah hidup atau matinya dimana, adakah mereka ini pernah diperjuangkan atau diperkatakan oleh Mat Sabu? MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

P/s : Terima Kasih semua, hanya aku, Kinta dan Kamunting sahaja yang tau siapa sebenarnya Pakcik ini sebenarnya, biarlah menjadi rahsia untuk kami, demi Allah kami akhiri bersalaman dengan mencium tangannya kerana inilah bertuahnya kami dipertemukan dengan seorang pejuang, 'Pakcik kamulah sebenarnya diantara pejuang dan wira... sesungguhnya terimalah kami sebagai anakanda! ya Allah kau peliharalah semangat nya dan kau berikanlah kesihatan yang sempurna buat ayahanda kami.... Amin ya rabul a'lamin!

09 September, 2011

ADAKAH MAT SABU MENGHALALKAN DARAH PEJUANG MELAYU LEBIH HINA DARI KOMUNIS?

BARU SEKEJAP TADI SEKUPANG TERBACA ARTIKAL DARI SALAH SEORANG KUMPULAN SAHABAT YANG BARU MENYERTAI MEDAN BLOG SEBAGAI WACANA PEMIKIRAN SUPAYA BOLEH MENILAI SETIAP KEBENARAN, SEKUPAN NAK UCAP WELCOME TO TO THE CYBER WAR. SEKUPANG AMA TERTARIK DENGAN HURAIAN AP (ANGKATAN  PEMIKIR) YANG MENGHURAIKAN PERSOALAN TENTANG SIAP SEBENARNYA PEJUANG DAN SIAPA SEBENARNYA PENGKHINAT NEGARA YANG BERSENGKONGKOL DENGAN KOMUNIS DENGAN MENGHALALKAN DARAH PEJUANG BANGSA MALAH MENGHINA PENGORBANAN NYAWA MEREKA MALAH ANAK-ANAK KECIL MEREKA YANG TURUT TERBUNUH DALAM PERISTIWA BUKIT KEPONG. (KLIK SINI)


HALALNYA DARAH MELAYU...!!!


Belum pun habis isu tentang Mat Sabu menyatakan Polis Bukit Kepong adalah talibarut British, kini Mat Sabu sekali lagi cuba mengeruhkan lagi isu Polis Bukit Kepong dengan penyelewengan Fakta. Malam tadi Mat Sabu sekali lagi mempertahankan kenyataannya yang jelas cuba memesongkan fakta sejarah dalam ceramahnya di Bukit Jana, Taiping Di Markas Pas Bukit Jana bahawa kononnya membandingkan keadaan sebelum merdeka dan selepas merdeka. 

            Mat Sabu beria-ia benarnya menyatakan bahawa polis Melayu Islam yang bertugas pada masa sebelum merdeka adalah talibarut British dan tindakan Mat Indera yang mengetuai Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya adalah betul sebagai seorang pejuangan kemerdekaan. GILA!!!!! Pada masa yang masa tidak menafikan kebenaran bahawa Mat Indera dalam buku tulisan Samsiah Fakeh (Komunis) dan Abdullah CD (Komunis) adalah seorang Pemimpin Parti Komunis Malaya.



Adakah HALAL darah-darah Anggota Polis Islam yang berkhidmat di Bukit Kepong yang telah dibunuh oleh komunis yang di ketuai oleh Mat Indera??? 

Apakah HALAL bagi Mat sabu, darah-darah orang kampung Islam Bukit Kepong yang dibunuh oleh komunis yang di ketuai oleh Mat Indera???

Apakah HALAL bagi Mat sabu, darah-darah merah isteri-isteri dan anak-anak Anggota polis Islam Bukit Kepong yang dibunuh oleh komunis yang di ketuai oleh Mat Indera???

Dan kami percaya..”HALAL lah jawapan yang akan dikeluarkan atas nama sokongan undi Ultra Kiasu kepada Parti ysng mengaku islam itu. 


Dan untuk itu Persoalan yang paling besar  buat Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia ini atas kenyataannya bahawa kerajaan Malaysia ini adalah warisan dari penjajah British, maka atas nama warisan British...undang undang Negara ini adalah warisan British, Parlimen Negara ini juga didikan British ..

maka nyatalah Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia itu sebenarnya TALIBARUT ATAU PENGKHIANAT Warisan British kerana menerima gaji sebagai Ahli Parlimen Negara WARISAN BRITISH INI.

Juga Jawapan terbaik untuk PENGKHIANATAN itu ialah HALAL!!!!

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND