02 Disember, 2014

TIAN CUAK KANTOIKAN BANG NON DILARANG MASUK SIAM!




POSTING DARI RAKAN...

Selepas disenarai hitam daripada memasuki negara Jepun Januari 2014, hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenarai hitam memasuki Thailand pula.

Anwar dijadualkan ke Bangkok pada Rabu 3 Disember 2014 untuk menyampaikan ucapan dalam satu majlis anjuran di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT). 

Anwar yang telah mendapat maklumat awal daripada pihak Kementerian Luar Thailand tentang namanya telah disenarai hitam, memaklumkan kepada FCCT bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut atas nasihat peguamnya berikutan kesnya masih dalam perbicaraan.

Difahamkan Kerajaan Thailand menyenarai hitam Anwar kerana tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengadakan demonstrasi membantah lawatan Perdana Menteri Thailand , Jen Prayuth Chan-ocha ke Malaysia pada Isnin 1 Disember 2014.
Tak berapa nampak dalam pic nie sbb tak bawa cermin mata. Kabur-kabur.gambar atas nie dua ekor beruk atau sia mang atau tapir? 

28 November, 2014

LAGI SODALITARIS UPAHAN BAKAL CARI NAHAS KERANA BANG NON?


Masih lagi menjadi balaci sekali pun tempoh krusus akan ditetapkan... Memang carik nahas bila berselindung sebagai mahasiswa kononnya memperjuangkan beberapa kampung yang terinaya yang juga hasil kerja pakatan roket oleh bang non jugak... Malangnya segala rosak dipersalahkan kerana UMNO, ishhh berapa agaknya nilai kerja mencari nahas nie....

Kenapa mahasiswa tak mahu persoalkan tentang kerosakan moral mahasiswa sendiri? Kenapa tak pulak nak bagi tau yg mahasiswa diheret jadi balaci sodilitaris yang ada ijazah atas jalan? Paling tidak bagi lah tau taukey kenapa tak mahu jadi beruk katakan bantah keputusan kekalkan akta ISA? Paling tidak besar sikit scola yg bang non akan agihkan... Nama terpelajar tapi masih lagi jadi balaci dan ditipu bagai budak tadika... Letih duduk di menara gading tapi tahap benggang masih lagi jadi tuakang angguk yg tak secerodik gelaran mahasiswa... Apa nie, soliditaris apa namanya ataupun boleh di ubah sikit sole di tourist bang non... Dah kalau nak duduk dijalan maka pakat lah meniaga dan bagi peluang anak bangsa yg lain nak belajar... Boleh gitu...

Nie. Nak berarak ke PWTC yg memang nak disambut bangku kerusi botol dan bermacam lagi... Pikir lah sendiri... Berbaloikah sebagai balaci? Dah berkali-kali soal penempatan dibahaskan dalam dewan, yang itu dia tau kah... Oppsss sori lupa pulak tahap pasal minda below two pointer... Cuma masih tertanya-tanya jambu mana pulak akan lead... Nak sesangat tengok bowling kerusi meja yg akan dapata strike... Sila lah, sila lah tunjukan kehebatan nya menjadi balaci peliwat... Teman nunggu... Seronok jugak kot hari nie membuktikan kulit muka jambu lebih tebal dan kuat dari besi bangku atau meja... Sejarah tu... Hahaha...

24 November, 2014

PIALA PIDATO PRESIDEN UMNO... AZMI ISMAIL PILIHAN TEMAN!

Kebiasaan nya teman tak berapa ghairah untuk hadir setiap hari pertama Perhimpunan Agung UMNO. Lewat tengahari barulah teman bergegas ke PWTC untuk turut bersama ribuan yg hadir ke perhimpunan keramat bangsa Melayu oleh UMNO. Tak banyak aktiviti segar dipagi hari mula PAU sebaliknya mula panas bila tengahari dimana PWTC akan dibanjiri bangsa Melayu yg dilihat masih bersatu dengan perjuangan Bangsa, Agama untuk  negara.

Ini juga kali pertama teman sampai awal sehari sebelum... semuanya kerana mahu melihat sahabat teman Azmi Ismail yg  bertanding akhir Pidato piala presiden esok jam 8.30 pagi di dewan Merdeka PWTC. Tak ada bau bacang atau soreh-soreh dengan dia pun... tapi semuanya terpanggil kerana mata dan hati yg mendesak. Terasa bagai sejarah kepuasan melihat aksi beliau yg sangat teman gemarkan.

Azmi Ismail punya low profil, dari segi sahabat akrabnya tiada kasta atau pun tembok darjat. Sesiapa sahaja menkadi sahabatnya tetap sama sekali pun menteri tidak dibezakan. Sehingga kini dia masih ungkapkan ayat ' Miker jugak guru teman!' Baginya apa sahaja teguran sahabat menjadi petunjuk dan panduan baginya. Masih ingat apa saja yg kita beri setiap keramat kata... apa saja yg baik bukan sebelah telinga dia mendengar sebaliknya selagi ada aura yg boleh digunakan akan ditafsirkan nya dihati dan disimpan kedalam kotak  fikirannya.. baginya segala baik maupun burok adalah ilmu panduan pedoman.

Pernah juga teman persoalkan... jika yg baik tentulah boleh diambil kira sebagai ilmu bagaimana pula yg dangkal bin binggung...  apa pulak faedahnnya? Jawabnya tidak terfikir akal selama teman mencari jawabnya... 'sekali pun jawabnya memang bodoh dan tidak ada nilai tetapi pengajaran nya yg boleh kita iktibarkan sebagai panduan dan peringatan kita supaya tidak khilaf bagi kita...'

Apa pun pada aku dan khabarnya ramai lagi yg akan bergerak subuh hari dari kampung  hanyalah kerana mahu melihat bakal juara... bagi teman dia tetap juara sekali pun dibelakang johan yg diumumkan. In sya Allah teman peminat nombor satu. Azmi Ismail... semoga berjaya... bravo yop...

16 November, 2014

BERITA GEMBIRA BUAT PENYAMUN...

Sejujurnya aku kesian dengan PM kita DS Najib... dah macam kena jual 3 serengget jer...  Berbuih PM kita bercakap termasuk baru kejap tadi dalam Buletin TV3... betapa dia menegaskan berkali-kali sebelum dan sebentar tadi.. PENTING NYA MEDIA SOSIAL...

Yang disebalik ketegasan dan harapan PM kita rasanya korang pun tahu. Sapa yg nak bantu korang? Jangan mimpi la lu org berangan macam lu dihargai... hehehe korang ingat macam lu org ada yg peduli? setakat pengamal media sosial termasuk la bloggers kalau lu org nak mampus pun dia org peduli apa...

Mungkin itu harapan PM kita serta penghargaan buat usaha kita dan jasa meneuteralkan serangan dan isu mainan pembangkang...
Yang tukang ampu pakat sengeh sampai telinga boleh tambah reta, keta, rumah dan apa saja. Maklum lah berita GUMBIRA diterima bila sebaik apa yg Najib katakan secara jujur... tapi PENYAMUN dah tentulah suka giller... perghhh rezeki lagi.. samun jangan tak samun...

Alaaa setakat bloggers cabuk bukan boleh buat apa pun. Lama mana sangat nak kecoh. Lagi pun pegi mampuslah korang. Yg penting boleh samun dan samun...

Apa pun aku tetap sokong dan berbangga dengan DS Najib dan berterima kasih kerana penghargaan kepada pejuang maya sekali pun rasanya tak harap lah kesudahan seperti diharapkan. Hehehe penyamun dah boleh lah carik katalog atau pemplet keta atau banglo baru..

Kita tunggu ler nanti berapa kerat yg terbela... rasanya banyak yg bungkus dan tumpor ada ler...

26 Oktober, 2014

LAGI SEKOR... DAH TAK DA KER KERJA LAIN UTK PUBLISITI

Ni sekor lagi... Opsss.. Tambah dua ekor lagi, dengan terkembang-kincup lubang hidung dan kekadang tersengeh mintak maaf... Tah untuk apa? Malah tak boleh pulak disoal dan belah lepas tu... Dapat liputan meluas... Dah tak da benda lain ka... Yg ko keluar belanja yg banyak macam tu kan elok bagi jer kat rumah anak yatim ker atau sedekah kat yg memerlukan...

Kala na selamat kan maruah hanjing ada banyak cara lagi la... Pegi jer sergah kat yg makan anjing, bunuh anjing dengan kejam, siar kulit anjing hidup-hidup... Bunuh anjing macam-macam cara dengan kejam... Kenapa tak terjah dan tentang, ajak ler semua yg hadir macam kat pesta yg ko buat tu... Apa barang suruh peluk hanjing pastu mintak maaf dengan kembang kempis hidung ko... Dah takda kerja lain ker sampai sanggup jadi hanjingan...



Ikutkan aku punya pendapat korang patutnya kena taubat nasuha... Kelirukan umat islam la bodo... Jangan kembang kempis hidung korang pasal masuk TV... Kahak ptuiiihhh...

23 Oktober, 2014

ADOI... APA CITA NIE?

Apa cita nie? Kita tunggu la nanti apa sudahnya... dalam blog cilipadi ada cerita sambungan video? Ishhh rosak betul la...

14 Oktober, 2014

AYAHANDA MB PERAK DS DR ZAMBRY ABDUL KADIR MENINGGAL DUNIA

Inalillahi wainnalillahirojiun... Ayahanda kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meninggal dunia awal pagi tadi akibat serangan jantung.Abd Kadir Mohamad, 73, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor.

Allahyarham yang merupakan bekas ketua kampung Teluk raja bayang selama 23 tahun sebelum bersara tahun lepas, Jenazah Allahyarham akan disemadikan di tanah perkuburan masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor selepas solat zohor. Allahyarham meningalkan 7 anak termasuk Dr Zambry. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kesayangan Allah swt. Alfatihah...

08 Oktober, 2014

STOPA & HARAKAH DIDENDA RM 100.000 KERANA FITNAH FELDA BERURUSAN DGN ISRAEL


Nampaknya muka tegar yg popular dengan isu 'stopa spenda' dan Akhbar nombor satu paling kuat fitnah hari ini didapati bersalah kena membuat fitnah terhadap Felda. Mungkin Dengan tujuan tertentu samada Felda cukup kebal untuk ditembusi atau sukar dirancuni pemikiran mereka supaya membenci kerajaan dan menyebelahi serta terus menyokong Parti Ajaran Sesat...

lebih menjijikan bila mereka secara terang mengaitkan kononnya Felda juga turut berurus niaga dengan Iisrael padahal hakikatnya Felda tidak pernah ada kaitan dengan israel sebaliknya menghantar kepada negara Palestine. Nyata serangan dan pelbagai cara demi menjatuhkan institusi yg teguh kerajaan menjadi fokus kepada hasrat jahat mereka...



Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) dan empat lagi defendan supaya membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selepas mereka didapati bertanggungjawab memfitnah Felda berkaitan artikel bahawa agensi itu menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Hakim Lee Heng Cheong turut memerintahkan Mustafa dan empat lagi defendan - Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd - membayar kos berjumlah RM30,000 kepada Felda.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Felda terhadap defendan pertama, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan memerintahkan Felda membayar RM30,000 kos perundangan kepada Mazlan.

"Defendan pertama membuktikan pembelaannya berhubung perlindungan bersyarat dan komen berpatutan," katanya.

Ketika membenarkan saman Felda terhadap lima defendan itu, Lee mendapati kedua-dua artikel yang disiarkan Mustafa dalam Harakah mampu menimbulkan fitnah terhadap plaintif (Felda).

Hakim itu turut mendapati Felda membuktikan dengan jelas bahawa agensi berkenaan tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel dan lima defendan itu juga gagal membuktikan pembelaan mereka berhubung perlindungan bersyarat dan komen berpatutan.

Lee dalam keputusannya berkata Felda ialah entiti sah yang berasingan daripada Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dan selain itu tiada penjualan minyak sawit mentah dilakukan kepada Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat berpusat di Singapura.

"Bunge Agribusiness bukanlah sebuah syarikat Israel," kata hakim itu yang membuat keputusan selepas mendengar keterangan daripada enam saksi.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Felda manakala Azhana Mohd Khairuddin mewakili keenam-enam defendan.

Mohd Hafarizam memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada akan merayu berhubung keputusan mahkamah menolak saman Felda terhadap Mazlan.

Pada 7 Januari tahun lepas, Felda menyaman keenam-enam mereka dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berhubung beberapa artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat", bertarikh 27 November 2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Felda berkata Mazlan memuat naik dalam laman Facebook beliau pada 19 Nov 2012, gambar invois dan kapsyen yang berbaur fitnah terhadap Felda selain turut membuat kenyataan yang sama semasa perhimpunan di hadapan pejabat Felda empat hari kemudian (23 November 2012).

Felda mendakwa kenyataan itu diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam dalam beberapa artikel akhbar Harakah antara 26 dan 29 November 2012.

Ia menegaskan kenyataan itu menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa defendan berbuat demikian dengan niat mencapai agenda peribadi mereka untuk memusnahkan kepercayaan orang ramai terhadap Felda.

Bagaimanapun, pada 21 April kes saman fitnah Felda terhadap Saifuddin itu diselesaikan secara baik.

Saifuddin juga bersetuju untuk menerima dan mengakui bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd membuat penghantaran ke Palestin dan bukan Israel pada Mac 2010, dan Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

Beliau turut mengakui Felda dan Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd adalah dua entiti berasingan yang sah di sisi undang-undang. – Bernama, 30 April, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jual-minyak-sawit-mentah-kepada-israel-felda-menang-saman-peroleh-ganti-rug#sthash.1B8tLJEQ.dpuf




07 Oktober, 2014

DUA KUPANG LEBIH MAHAL DARI PESTA ARAK? GILO KO PUKETAN ROKET NIE?


Satu Dunia bagi negara bukan islam akan meraikan hari yg diigelar October Fest. Kononnya bagi meraikan hari beer sedunia. Dalam majlis tersebut akan disambut penuh meriah yg ada kaitan dengan beer atau arak. Beberapa pertandingan minum arak akan diadakan termasuk yg dipanggil beer boots dimana juganya berupa kasut but yg besar dipenuhi oleh arak dan siapa yg dapat menghabiskan paling awal maka dialah juara yg akan pulang dengan hadiah lumayan. Disamping itu semua minuman kebiasaanya percuma. Malah hotel yg menjadi tempat keramaiannya juga ada juga yg menyediakan buffet berbuka puasa sebelum ini...


   

Lebih jijik lagi alasan yg diberi oleh ahli parlimen shah Alam tak jadi hal kalau ianya diadakan kerana membabitkan orang bukan islam... apa yg dia cakap seolah membuktikan gelaran bin gereja nampaknya. Apakah Jaminan kepada pesta tersebut  bila semuanya mabuk pulang selepas pesta? Apakah pula yg bileh kita nilaikan bagaimana ianya berlaku dinegara yg agama rasmihya islam... dah benggong dan terdesak bin gereja nie... dulu pasal geraja sekarang arak pulak ldpas nie apa... gay pulak ker yg boleh diadakan di selangor...

02 Oktober, 2014

NAIK DUA KUPANG LAGI... NAK BERGOLEK ATAS JALAN KE LAGI.

Biorlah apa dema nak kata... pada teman setakat 2 kupang nie rasanya idok lah sampai teman nak menghasut dan apatah lagi jadi samseng diatas jalan. Nampaknya terbeban ler teman lagi bulan nie. Kalau diikutnya teman dah kira terpaksa lah tambah RM 5 utk kos setiap bulan. Kalau diikutkan kenalah catu beberapa aktiviti seperti ngeteh sampai 2 ke 3 gelas sekali lepak

Tapi sebenornya tgh adjust kalau boleh kurangkan rokok sekotak setiap bulan dah boleh cover duit minyak tu selama 2 bulan setengah... ahhh padulila....

Kekadang pelik jugaj manusia nie. Korang tengok ler nanti pasai 2 kupang punyalah dia menghasut... punyalah dia punya sembor macam kerajaan tengah sembelih beribu-ribu umat. Harga diri seseorang nilainya hanya 2 kupang...

Pelik jugak kenapa tak ada yg nak berguling pering dengan elaun @ gaji adun di selangor yg naik sampai 400% yg membolehkan hingga puluhan ribu setiap bulan utk setiap adun dan bukan utk setiap rakyat sebenarnya sekalipun itu lebih jelas duit rakyat yg dikutip oleh pelbagai agensi khusus utk memastikan tembolok tuan-tuan yb yg kerjanya viralkan semangat supaya rakyat jadi cai atas jalan

Melihat dari sudut kelebihan yang tersurat dan tersirat. Menghebahkan nawaitu sebenar mestilahencapai KPI kehendak perancangan sebaliknya jangan mendadak dan tergesa-gesa. Ini rasanya menimbulkan tanda tanya dan menjadi kemarahan bila ia nya dicurah minyak dan dinyalakan supaya boleh membakor jiwa rakyat. Dah memang dasar penyamun bersabda... dgn ketayap kononnya marhaien sebaliknya itulah penyamun besor..

Apapun teman tidak akan melatah sebab dua kupang... hakikatnya dema tentulah jadikan point penting utk jadikan ianya sebagai tembelang yg tak terkawal baunya. Bukan teman ada 3 ke 4 bijik kereta mewah pun. Setakat dua kupang tu tak jejas apa-apa pun... dwma lagi beso pelahapnya kalau ditanyakan berapa sekilo ikan pun dema tak tau... apatah lagi 3-4 bijik kereta dema tu takdanya ngesahkan sangat. Adaker sampai nak jual sebuah dua. Isok jugak tetapi yg pasti katalog kereta baru memang dema tunggu... apa 0un kita cer tengok apa yg sebenarnya dua kupang boleh buat...

1. Selama ini rakyat Malaysia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di stesen-stesen minyak.

2. Jumlah subsidi Kerajaan utk RON95 & diesel tahun lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Malaysia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Untuk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Malaysia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kerajaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2 billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sebabnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm 2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kepada rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dan lain-lain.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kerajaan. Begitulah hakikinya yg tersirat adanya...

Jadi nilaikanlah berapa keikhlasnnya anda dengan harga 2 kupang yg kononnya bokeh buat anda kusut otak sepanjang hidup...
Pada teman lantak ler 2 kupang.... teman ikhlas... rokok yg naik berengget dan turun berengget pun idakbpulak dema nglupor....

Bagaimana pun secara peribadi teman berpendapat perlulah ada mekanisma bagaimana membolehkan rakyat memahami ttg usaha dan tujuan sebenar...

Bukti juga perlu mungkin dgn usaha menubuhkan department yg bertanggung jawab menzahirkan hasrat kerajaan dan hasilnya seperti membina sekolah, Masjid, perubatan dan lain-lain  perlu dibuktikan hasil dari kenaikan harga minyak yg sebenarnya dimenafaatkan dgn kenaikan harga minyak...

Macam papan tanda yg terpacak kat merata projek yg sedang dibagunkan. Tak payah selindung. Tulis jer projek kerajaan hasil sumbangan dari usaha minyak dan pengurangan subsidi...

22 September, 2014

CERITA DISEBALIK ROTI CANAI KOSONG...



Bro... roti canai kosong jer? Hehehe... alkisahnya mmg aku dari semalam carik roti canai kosong. Bukan apa aku rasa roti canai kosong nie la paling lazat dan menu yg penuh nikmat dan cerita disebaliknya... sekadar sembang kawan -kawan ttg kenapa aku makan roti canai kosong dgn amat puas hati dan nikmat... semuanya bermula...

Puteri teman yang sulung ketika ini sedang menjalani peperiksaan di U yg jauh letaknya dan utk kesana 7 ke 8 jam perjalanan. Memang dapat denyut pinggang kalau kita jalan tanpa singgah. Dah lah jauh serba serbi kekurangannya memang banyak. Bukan pasal tidak membangun tetapi kaitan beberapa pekara yang membataskan pegerakan tak banyak pilihan atau menu yg menarik boleh dinikmati. Kenderaan dan jarak juga buat kita batalkan niat utk menikmati apa yg dibayangkan.

Bukan itu sahaja sebaliknya aku pun ada sebab lain... Mungkin belanja yang aku kirim tidak banyak boleh ditunaikan selera yang ada. Almaklumlah semua nak kena bayar dan terkini yuran perlu dijelaskan sebelum periksa, semuanya gara-gara biasiswa belum dapat respon atau jawapan, malah dari mula hingga kini masalah online yg terganggu buat pendaftaran begitu lewat... Jawapnya kopak ler jugak membayar dengan segala yg ada dan kena diadakan... Itu tak penting bagi aku...

Aku berjanji jika anak aku nak belajar banyak mana pun akan aku carik, cumanya dari sego teknikal yg buat semuanya jadi lambat soal biasiswa dan mak bapak kena bertanggung jawab dulu sebelum biasiswa dapat membantu kerana nak periksa kena bayar dulu... Apa la sangat kalau dibandingkan dengan tekad aku... Aku pun nak belajar tinggi jugak dulu, tapi semuanya terpaksa dilupakan kerana peluang sekadar 7000 kekosongan setiap kali tawaran kemenara gading beranding sekarang ratusan ribu kekosongan dibuka malah dah boleh lupakan masalah mak bapak memajak geran tanah atau pajak reta atau emas yg ada... Janji nak belajar semuanya beres...

Tak macam zaman aku dulu... Nak ke universiti orang kampung buat kenduri dan buat kutipan membolehkan keluarga menghantor anak belajar... Hantar pulak tu macam lah niat nak balik kampung selalu atau sakan sudah boleh dilupakan, ini serius berjuang bukan nak main-main dengan bellow 2 pointer dah boleh memalukan mak bapak jadi bodo tunjuk berani dengan upah yang lumayan jadi hero sodilitaris atau samseng popular atas jalan. Boleh lah dapat anugerah pelajar popular universiti atas jalan... 

Berbalik cerita pasal roti kosong yg nikmatnya.... Adehhh tak terhingga sekali pun hanya sekeping roti canai kosong yg banjir.. Pelik kan mana blh lawan menu yg lebih mahal dan ter...amat lazat atau sedapnya... Memang ada cerita kenapa roti kosong sekeping mengatasi segala keeanakan makanan yg jauh lebih sedap dan istimewa

Sejujurnya apa yg buat roti kosong nie sedap sudah tentulah ada sebalik kisahnya...

Aku dan familiku sendiri... Kekadang kami sekeluarga menikmati makanan yg agak mewah, mahal dan sedap. Tak lah mewahnya macam menu raja-raja atau khusus kegemaran orang kaya-kaya atau berada... Tetapi bagi family aku chicken Chop, Ayam Goreng, burger ternama istimewa, seafood @ tomyam memang dalam kategori mewah... Dan dinikmati selalu... sekali pun ianya bukan tiap-tiap hari.

Bila menjamah jer yg pastinya kekadang terfikir apalah puteri aku yg jauh di perantauan sedang makan. Mungkin aku sedang melahap steak black paper dan memacam lagi bersama anak-anak aku yang lain... Dalam masa yg sama juga dia sedang menikmati sekadar roti canai kosong banjir...  Atas beberapa sebab dan kemampuan mungkin menunya tak seimbang, aku makan western dia kat kedai mamak ataupun di rumah makan mee segera... Jadi bisik hati kecil aku terasa amat bersalah dan agak kejam kerana nikmat yg sedang di lalui amat berbeza...

Jadi bila aku menjamah roti canai sekeping ini... Maka dah tentulah aku juga berkongsi dengan apa yang puteri aku sedang nikmati... Sekali pun dia tidak tahu tetapi aku juga mahu berkongsi Rasa. Seimbang dengan apa yg dia lalui... Pelbagai sebab atau kekangan yang menyebabkan dia menjamah hidang disana... Aku tau sangat macamana hidup dia.... Kekadang susah sikit tak terbit niat dia untuk hubungi aku sebagai ayah semata-mata menu ataupun kelazatan yang dia sedang jamah ketika itu... Memang dia jenis tidak mahu menyusahkan... Apa tah lagi kekadang dia tau ketika itu ekonomi ataupun kemampuan aku sebagai bloggers cabuk nie...

Tak mustahil bukan sebab utama berkenaan hanya sebab ongkos tetapi sebab lain seperti tiada transport, sedang tekun belajar di rumah, atau kurang restoran ditempatnya yg agak terpencil dan betul-betul pesat membangunan dan punyai pelbagai kemudahan dan pilihan seperti bandar-bandar lain...

Jadi diatas apa yg aku fikirkan bermaksud tak salah juga aku berkongsi dengan RASA yg sedang puteri aku hadapi... Kena cuba... Korang kena cuba... Hayati lah se jauh mana yg boleh... Hasilnya nanti sekalipun hanya sekeping Roti canai Banjir.... Dengan apa yg sedang kita fikirkan... Roti canai tu kekadang terasa amat nikmatnya... Kepuasan dengan apa yg sedang kita lakukan kerana disebaliknya kejadian itu apa sahaja yg kita jamah dan harganya murah tetapi akan terasa nimatnya...

Ye la...segalanya sekadar tanggapan serta apa yg kita rasa atau bayangkan. Bukan lah sebab lain termasuk kita perlu berjimat, kedekut, kelaparan dan hidup tak sesekali pernah susah. Bukan sebab tengah koyak atau pokai sebagai alasan... 

Mungkin sebab lain...atau pun memang benar KITA TENGAH POKAI... Hehehe... (Masih nak berlagak) 



13 September, 2014

LAMA DAH ADA HARAM JADAH SPESIS BANG NON KAT PENDIDIKAN




Pasal soklan bocor nie mmg lama dah agak dah... Berbuihlah rakyat, bloggers dan pejuang Maya sudah dendang dan melalakan isu nie...


Rosaknya satu-satu badan atau kementerian atau jabatan semuanya bermula bila wujudnya parasit atau virus dalam jabatan, kementerian dsbgnya...


Dah la dia org nie duduk dalam jabatan dsbgnya, makan duit gaji, dapat pelbagai benda keistimewaan dalam jabatan. Bukan setakat menentang kerajaan tapi Dia org jugak yg buat benda buruk, rosakan institusi, aibkan jabatan, menyokong si peliwat tu, pecah amanah ttg kerahsiaan dan banyak lagi... Jelas lembu-lembu roket menentang malah aibkan majikan...


Lagi pun otak hijau nie secara zahirnya semua tindakan menyongsang, selagi boleh diAIBkan majikan yg tak peronah pulak tak bagi bonus, kenaikan gaji setiap tahun dan sbgnya...


Apalah nak bimbangkan setakat bocor soklan pada puak-puak parti macai merangkap barua roket macam nie, kalau ada pendedahan pun bukan hanjing roket nie yg kena sebaliknya Kerajaan yg akan dapat AIB... Kan itu juga tujuan Parti yg dikepalai si perlerwat negara punya objektif atau sasaran...


Setakat kerja bocor soklan peperiksaan nie kacang jer buat dia org... Fitnah pasal Altantuya, fitnah Datin Rosmah, jadi barua Bershit, Sokong 'Am big A, sokong lead gereja utk gereja, mainkan hudud, kafirkan umat islam yg lain, Fatwa ikut kepala bapak dia orgdan macam-macam lagi..


Tak habis buat kerja fitnah dan memesong akidah umat siap benda yg cukup jelas terang ditegah oleh Agama pun dia org boleh spin dan halalkan macam bang non balun china doll, stopa spenda dalam siri lawatan dan membalun bakal isteri, nafikan boss yg suka serta hobi ikut belakang, balun jantan comel, balun kawan dan balun bini kawan dan banyak lagi yg dia org kata fitnah dan defend gila babi serta halalkan...


Cer kita nilai pakai akai dan pertimbangan dari hati... Kekadang tak masuk akai...


Contohnya : tang jelas kita dan jugak lebai mereka dapat saksikan adengan membalun china doll atau bang stopa membalun dan memberi nafkah batin awal kat bakal bini... 


Jelas dan cukup terang... Dema kata Fitnah semua tu tetapi tang gambar yg diedit pulak gambor Najib kononnya dengan altantuya diWAJIBkan percaya... Takat gambor yg diedit nie sebagai bukti hingga ketahap najib @ Isteri  dikatakan membunuh altantuya...


Pada pemimpin kenaler bukak mata dan dengor lah keluh kesan rakyat terutama kami yg marhain berjuang di Maya tanpa minta sebarang upah ataupun tidak pernah korang nak hargai pun...


Tak susah nak tengok Haram Jadah nie... Banyak dan merata mana pun dema ada dan yg pastinya duduk ataupun memang sebagai kakitangan dalam JPN samada pegawai, cikgu, kakitangan dan sebagainya...


Merata PRK  dan terkini PRK. N01 Pengkalan Kubor nanti, memang berlambak jenis yg mengkhianati sesama rakan dan jabatan ataupun kementerian. 


Toksah terkejut dia org nie yg menjadi orang kuat parti gay nie, tengok lah sendiri dia org jugak yg lantang mengutuk, mengeji, memfitnah, mencarut dan macam-macam lagi bila setebal kulit kinzir dia org nie melalak bantu parti kaki rogol nie.... 


Nak tengok? Tunggu hari mengundi di depan pusat mengundi, dia org nie akan transform jadi kera, beruk dan kerobau pendek cai roket....



24 Ogos, 2014

#MH17 RBA DAN BOSS @ TUAN / TAUKEH MEMANG HARAM JADAH@

Betapa terkutuknya dan kejinya perbuatan RBA. Untuk menghina dan mengaibkan negara malah lebih tepat lagi untuk diihat bagaimana kerajaan mengamalkan double standard menghina semua jenazah yg diadakan upacara menyambut dengan tujuan penghormatan negara malah bagi seluruh dunia melihat betapa negara amat perihatin dengan rakyat malah dunia patut menerima ianya sebagai tindakan betapa seriusnya kita terhadap perbuatan terkutuk oleh penganas di sempadan ukrine dan rusia yg wajib dihukum dan dipertanggung jawabkan.

Penyebaran fitnah RBA melalui FB dan rangkaian Whatapps menular rata-rata secara senyap... pertikaian cara kita bertafakur, juga berkabung yg kononnya dilihat menyonsang dan lari dari akidah. Apa sahaja yg boleh dikaitkan terutamanya memburukan usaha meredakan perasaan sedih rakyat dilebelkan sebagai kufur dan kurafat.

Yang pastinya segala usaha dilakukan merujuk kepada yg arif. Mufti, Ulama, Jabatan Ugama Islam dan banyak lagi. Bukan sahaja semasa menerima jenazah malah ianya bermula dari pencarian dilokasi nahas, mengenal pasti mayat, mengkafan, malah solat jenazah, Solat ghaib dan banyak lagi. Semuanya merujuk melalui yg arif dan mereka yg memang sepatutnya tahu hukum hakam dalam Agama...

Susah sangat kah diminta untuk membaca atau sodakah ummul kitab @ Alfatihah kepada tuntutan seperti tertera dalam Islam. Rajin pulak RBA nie buat spekulasi dan menjadikan pemikiran rakyat supaya meragui tentang apa yg kerajaan buat sebagai penghormatan ini?

Peliknya masa inilah ada soal hasutan memfitnah dan seolah dilihat songsang. Hasad ini boleh kita lihat bila artikel yg si tambah dengan beberapa rujukan. Malah yg terkini kononnya datang dari salah seorang balu mangsa yg terkorban lahat datu tanpa meletakan nama pengadu. Untuk dilihat macam begitu benar sanggup mereka meletakan gambar dari peristiwa serangan pengganas di lahat datu tempohari...

Tidak kah sebenarnya mereka (isteri dan saudara mara  peristiwa lahat datu) pastinya turut simpati? Palint tidak sudah tentu mereka juga merasakan kesedihan dengan peristiwa #MH17 dan #MH 370.
Bagi mereka dapat juga melihat wajah arwah dan fizikal mereka dan pastinya mayat mangsa akan diuruskan dikebumikan di halaman kampung masing-masing.

Mereka juga tentu simpati bagaimana bencana #MH17 hasilnya memang sukar. Hanya seorang mangsa di johor kembali dengan fizikal yg hampir sempurna.

Sebaliknya bagaimana pula mereka yg lain kembali dalam bentuk cebisan mayat yg hancur dan reput dan tidak sama sekali boleh dikenali. Apatah lagi wajah dan anggota badan yg berkecai dan dinilaikan melalui ujian DNA sahaja... 
Mana mungkin mangsa #MH17 kembali sebagaimana kesayangan mereka.

Bagi mereka yg sebagai balu kepada yg terkorban... pastinya mereka juga turut merasakan pekara yg sama. Sedih dengan kematian kesayangan mereka. Mana myngkin mempertikaikan... kerana mereka juga merasa keadaan yg sama... malah tentunya mereka juga dapat merasakan kesedihan bagaimana mangsa menerima mayat yg tak dapat dilihat kali akhir kerana keadaan mayat tersebut.

Kenapa masa ini lantang mengkritik dan mah aibkan rakyat serta kerajaan. Sedangkan kita tahu mereka (RBA & Puak tokeh RBA) sebelum ini senyap dengan segala kurafat dan songsangnya pada diri mereka sendiri,

Bagaimana pula mereka yg cukup jelas dan terang sebagai umat islam yg memegang lilin dan tunduk mengikut upacara agama kafir. Bagaimana isu pemimpin utama bang non, Stopa dan lain-lain tak diserang bila cukup jelas melakukan zina, korupsi, berebut kuasa di selangor dan lain-lain. Kenapa tak dipertikaikan perbuatan sebegini

Kenapa pula sebelahi komunis dan mahu Chin Peng serta pengganas komunis supaya diberi penghormatan tertinggi dari segi kerakyatan, penempatan khusus, pahlawan negara, keistimewaan malah tak lupa juga pengkhianat negara ini diminta supaya dikelaskan sebagai pejuang negara. Kononnya mereka menentang british sebagai penjajah.

Kenapa tak diserang mereka yg juga sekutu menjadikan negara huru hara dengan pelbagai demonstrasi haram, cubaan gulingkan kerajaan, menghina dan memperlekehkan mangsa serangan pengganas di Sabah. Kenapa tak keluar artikel berantai seperti sekarang?

Apakah org lain juga boleh pertikaikan pekara yg sama di lahat datu? Leftenan adnan, kanang (para 9 renjer), major rashid(para 9 melayu), aznan (makenise / black hawk down @bakhara) dan banyak lagi pejuang yg terkorban sebelum ini demi pertahan kan negara?

Tetapi yg sebenarnya... RBA bandit siber didikan pembangkang yg suka mak bapak dema menghina pulak yg berleluasa mencerca dan meletakan seolah aib kpada mangsa...

Sudah lupakah korang tentang chin peng dan komunis yg juga menjadi pengganas yg mereka mahu di beri penghargaan?

Apa pun yg pasti RBA dan taukeh nya pembangkang memang layak dianugerah single Finger dan Haram Jadah! Elok la pak mak atau saudara dema yg jadi mangsa...

01 Ogos, 2014

KEBIOLAN PR TERSERLAH, MENJERIT MACAM MONYET DI TOL SEMPADAN SINGAPURA & MALAYSIA

Segala perangai Haram jadah kembali semula seperti syaiton yg kembali selepas Ramadhan. Adaker patut lahabau nie yg jadi balaci dan pencacai sesakan sempadan Malaysia dan singapore. Tengok jer salah sekor pancacai punya cerita dalam FB yg memperlihatkan betapa kuat membariakan roket...

Jalan sesak teruk bila bas-bas kilang mula mogok akibat hasutan haram jadah supaya buat mogok dan demo. Dengan kenderaan besar yg menghalang maka kenderaan lain terhalang untuk ke Malaysia.

Status berok atau kera memanh sesuai pada teman kat jenis spesis yg kuat menjerit dan melompat nie. Bukan kah kenderaan dari singapura nie jugak yg datang ke Malaysia nie juga perompak subsidi petrol kita. Memang teman setuju sekalipun naik sampai 400%. Kalai 1000% pun lagi baik.

Kera nie memang balaci yahudi asia. Yang tak sanggup tengok lebai dan parti bangku jugak akan bertindak sebagai pencacai. Kalau diikutkan yg dema kecoh pasal 400% tu bukan benda baru. Kalau dikutkan gaji pelahap reta rakyat di negari pemerintahan rejim kipas yg naik sampai 400% tak nak pulak bantah.

Jelas tidak pernah nampak atau membantu ekonomi negara. Apa pasai tak nak buat demo kat thai yg kenakan kenderaan RM 10 sebuah untuk masuk kenegara dema. Mungkin bang non tegas pertahankan kot. Apa pun pada teman jangan dilayan keran ungka dan siamang nie. Yg buat sesak dan kecoh bukan orang singapore tapi spesis bulu lebat yg kuat lompat nie yg beriya sangat. Patut tangkap dan caj terus kerana menjadikan negara cemar dan huru hara... jangan kiki jer yg kena... siamang ungka dan kera nie lagi senang. Pakat tangkap semua barua roket dan masukan sekandang kinzir hutan dimana-mana zoo jer... amacam ada bantahan?

30 Julai, 2014

LAMAN ISRAEL KENA HACK DENGAN MELAYU MALAYSIA


IDF atau Israel Defence Force di laman nya mengeluarkan kenyataan bahawa ada hacker yg telah menceroboh laman mereka sebagai admin. Kenyataan ini bagi menjawab salah seorang pengikut yahudi yg kecewa dengan jawapan dati persoalan yang dikemukakan. 

Kilyaowa Robert mengajukan mengajukan pandangan supaya umat gaza dapat dihapuskan dengan gandaan serangan sebaliknya admin IDF menjawab dengan mengatakan mereka Gaza @ Hamas begitu kuat sehingga serangan besar-besaran gagal mengugat gaza dan tidak mungkin dapat melenyapkan gaza dalam tempoh singkat. KIlyowa melahirkan kekecewaannya bila menerima jawapan tersebut dan bertindak   keluar dari menjadi pengikut kepada admin

Di penghujung komen IDF (hacker) juga menjawab dengan meyindir kepada Kilyowa dalam bahasa Malaysia... JANGAN TINGGAL DAKUUU..... 

Pendapat teman ianya orang ornag melayu kerana kalau dalam bahasa Cina atau India mungkin ianya bukan orang Malaysia. Lagi pun sejujurnya dua bangsa ini kurang nampak memperlihatkan sokongan menentang serta mengutuk kerja laknat Israel seperti Melayu di sini

Apapun dari satu sudut secara peribadi teman berpendapat berbangga keupayaan hacker tersebut boleh mengodam laman IDF dan percaya banyak lagi yg berkeupayaan seperti hacker tersebut. Lagi elok kalau serangan terhadap negara pembunuh ini dihack sevanyak mungkin dengan lebih effektif dan terancang bagi melumpuhkan media mereka supaya rakyat seluruh dunia boleh bersama mengutuk dan menyekat segala usaha Yahudi membunuh umat yg tidak berdosa dan dihukum atas apa sahaja yg telah mereka lakukan.

Dari satu sudut pula kita juga kena berhati-hati dan bukan berbangga dengan usaha hacker ini. Banyak pekara yg boleh menjadi persoalan... antaranya adakah admin IDF sengaja berbuat begitu kerana mahu melahirkan perasaan benci pengikut yahudi kepada rakyat Malaysia yg cukup jelas dimata dunia paling lantang menentang Israel. Malaysia juga dikala ini  menjadi tumpuaan kerana peristiwa hitam #MH17 dan apa sahaja pergerakannya menjadi tumpuan...


18 Julai, 2014

ALFATIHAH... GAMBAR-GAMBAR #MH17 TERHEMPAS AKIBAT DITEMBAK

Gambar-gambar di kejadian Boeng 777-200 #MH17 yg terhempas akibat ditembak oleh peluru perpandu di kawasan konflik pro Rusia dan Ukerine. Pesawat berlepas dari Amerstedam dikatakan hilang dari bacaan radar si kawasan konflik tersebut

16 Julai, 2014

PUJIAN RAKYAT FRANCE KEBERANIAN MALAYSIA TERHADAP ISRAEL

Teman tertarik dengan apa yg dikatakan oleh sahabat tentang bagaimana Malaysia mendapat pujian luar negara yg begitu berani menentang dan menafikan Negara Israel bukan baru tapi dah memang lama tercatit dalam apa yg ada dalam pasport antara bangsa milik rakyat Malaysia...

Tak dinafikan juga bila ada puak bengap roket yg kononnya mengatakan kononnya Malaysia terutamanya PM dan Menteri Belia dan sukan tidak mengendahkan nasib Rakyat Palastine di  GAZA tidak diendahkan bila ada tontonan perlawanan akhir bola piala dunia didataran merdeka tempohari... modal lapok dan paling bengap memperlihatkan sebenarnya mereka sebenarnya juga merupakan golongan berhati hitam sekutu Roket yg cukup jelas dengan rasis dan beridealogi komunis. Paling ketara kita dapat melihat bagaimana busuknya perut dan hati mereka sehingga sanggup buat fitnah tentang perjuangan kental Malaysia yg cukup perihatin dengan nasib Gaza. 

Bukan dia orang tak tau betapa malam tersebut saja ratusan ribu dikutip sekalipun program yg tiada kaitan pun soal israel. Buta ker mata tak nampak tabung dan mafla di leher PM dan menteri malah pengunjung yg hadir rata-rata membayangkan betapa simpati masih dihati sehingga kini....

Paling menarik tidak pulak mereka mahu memperkatakan betapa dari dulu lagi Malaysia sudah menafikan negara israel laknatulah bila pasport kita cukup terang menafikan negara Israel... semuanya bila teman menerima Whatsapps keluhan sahabat teman yg menyatakan alkisahnya memang kita dari dulu memang tidak sesekali iktiraf negara pembunuh israel jahanam... amin. Memang teman tabik la kat komer...

"Tiada Negara Seberani Negara Malaysia"

Ayat di atas bukan kata aku tetapi kata-kata dari seorang rakan berasal dari Sepanyol. Mengapa dia kata begitu? Ia bermula selepas dia membelek-belek passport aku dan dia terkejut bila dia terbaca,

"Passport ini sah digunakan di semua negara kecuali Israel"

"Eh, saya tak pernah melihat passport seperti ini. Malaysia benar-benar anti Israel. Saya boleh katakan tiada negara yang seberani Malaysia!" katanya.

Bagi rakan-rakan Palestin, kebanyakan mereka sudah tahu mengenai perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru mengetahui hal ini, berpusu-pusu merakam gambar dan kongsikan di Facebook. Menurut mereka, di Palestine, mereka tidak boleh menyebut nama Malaysia sesuka hati. Apatah lagi jika ada askar Israel berhampiran kerana mereka sangat-sangat sensitif dengan nama Malaysia. Namun, kebencian Israel terhadap Malaysia membanggakan warga Palestin.

Salah seorang rakanku dari Jordan mengatakan bahawa tiada satu pun dalam mana-mana passport negara Arab yang berani meletakan pengecualian sebegitu dalam passport. Ini kerana mereka takut dengan Israel. Tetapi Malaysia yang bukannya Arab berani dan kuat daripada negara Arab itu sendiri.

Dan yang paling aku tak boleh bila seorang rakan dari Libya mengatakan sesuatu yang agak keterlaluan bagi aku iaitu,

"Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tetapi dari Malaysia. Sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang Islam dari orang Arab sendiri."

Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan semata-mata tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika berada di Turki. Sedangkan orang Turki pun boleh kibarkan bendera Malaysia di kedainya, apatah lagi dengan kenyataan seperti ini?

 

14 Julai, 2014

SELAMAT HARI LAHIR SHAHMI, MARAH BENOR DEMA KAT SEKUPANG DUA WEH....



Marah benor dema dengan sekupang 2 yop... itu bila teman bergurau pada rakan yg meniaga di bazar Ramadhan di bulan posa, rega sekupang dua untuk beli cekelat jer.. Dulu besor nilainya, meawah beb... sekarang nie dah tak laku lagi dah duit sekupang... kekadang merata laman rumah jer boleh jumpa berkeping-keping duit sekupang...

Tapi bezanya dulu nilai sekupan tu besor yop, teman belanja pun dua kupang jer termasuk tambang bas pergi lima duit (5sen) balik lima duit... itu tahun 70an betapa sekupang dua cukup bernilai besar tak macam sekarang. sekupang sudah boleh beli laksa atau Mee dikantin sekolah...

Tingkatan 1 hingga 3 teman dah mula berniaga Ais batu, semalam bila teman tengok anak lelaki teman berniaga menjual kuih raya hasil keluaran keluarga CLASSIC COOKIES KETUK-KETUK RAMADHAN nampak sangat lah betapa mudah tak macam teman sebaya dengan dia sekarang.
letak jer meja dan cookies... lepas tu tunggu jer pembeli..


Zaman teman tak boleh buat macam tu, masa berniaga kena guna suara memujuk orang beli... bukan setakat itu saja, persiapannya  sebulan sebelum puasa sudah mula sedikit demi sedikit dengan kengkawan mula kutip abuk kayu di kilang papan yg berhampiran, kekadang sampai dekat 7 ke 8 guni stok abuk papan atau pun abuk kayu dah tersimpan

Habuk hasil ketam kayu dikilang ini digunakan untuk tujuan dilumurkan ke ais supaya ais dapat bertahan, Ais pulak datang dalam blog besar dan dikerat sehingga sekecil 2 biji batu bata saiznya, harganya pun cuma 20 sen satu, ais yang diambil dari kilang diambil guna basikal jer, ais diikat dibelakang dengan getah tiub basikal... manakala nak memotong pulak kita guna gergaji balak atau pokok manual... hahaha

Apa pun seingat saya akan berbelanja mewah masa raya sebab di tangan sudah ada untung setiap seorang dalam RM 20 ke RM30 dalam poket tak termasuk duit raya lagi tu, zaman tu kalau RM 10 pun kira dah besar gila weh... macam orang kaya tu... kalau main pinball kat jublee park pun baru 10 sen jer pun...  heheeee

Ketuk-ketuk Ramadhan Classic Cookies...
Hari ini genaplah umur anak lelaki ku berusia 17 tahun, selamat hari lahir Abang @ Muhammad Shahmi, moga abang berjaya dalam usaha berniaga dalam bulan Puasa dengan jadi Agen penjual Biskut Raya Ketuk-ketuk Ramadhan Classic Cookies, nanti boleh simpan buat cerita untuk anak-anak Abang nanti yer...  
Semalam cukup jam 12 tengah malam dapat hadiah tepung ke muka 

13 Julai, 2014

ALFATIHAH... SERANGAN LANUN DISABAH! ANGGOTA KESELAMATAN TERKORBAN?

Terkini berita yg diterima menyedihkan. Ada anggota leselamatan yg dikatakan terkorban angkara Lanun atau pun pengganas dari Philipina seperti peristiwa hitam sebelum ini di lahat datu yg membabitkan pengganas sulu. Apa pun kita tunggu tindakan dan hebahan yang lebih terperinci. Apa pun disini teman butirkan maklumat yg diterima..

Al-fatihah..
Anggota esszone / RH 40

01). Kpl 151279 ab.rajah b. Jamuan ( d tembak )
-32 tahun
-Islam
-Berkhwin
-Isteri - salamah bti amad
-Tempat betugas sblm - ppm kg acheh
- Jwtn k63 skrg - jurumudi kpl rondaan air 1, (6) balai polis pu mabul
- alamat - kg Bubul batu 2 smporna sabah.

02. Konst 176543 zakiah bin aleip 
- 26 tahun
- bajau
-islam
- berakhwin ( 1 anak )
- isteri - sharifah erna bti berson
- tempat betugas sblm - ppm w1 p.pinang
-Jwtn skrg konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) balai polis pu mabul.
- alamat kg. Sambah tengilan tamparuli sabah.
Takziah buat anggota yg gugur tadi di semporna..beliau sempat membalas tembakan namun gugur di Medan pertempuran
Innalillahi wainnalillahi rojiun... 

Pada 12/07/2014 jam lkurang 2310hrs Asp Safardi Samad , Pegawai Marin Semporna terima maklumat awal drpd Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun berlaku serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna (.)
Saspek disyaki 8 org yang berpakaian gelap, seluar celoring ,muka bertutup dan bersenjatapi jenis Calibrre 7.62 ( kelongsong peluru yg bertaburan) .

 Maklumat mendapati (2) anggota Polis Marin ESSZONE Nama : (1) Kpl Rajah Bin Jamuan (2) Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku.Manakala sebuah botronda Polis Marin RH 40 berada dijeti yg berhampiran dgn tempat kejadian juga menjadi sasaran. 2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda RH40 sempat mengambil perlindongan.

Kumpulan saspek di syaki datang daripada arah Filipina yg bergerak secara perlahan dari arah belakang ke lokasi dan mungkin naik kepelantar atau berada diair yg surut dan terus serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang (.) 
Semasa kejadian saspek2 telah melepaskan sekurang2nya (10) das tembakan rambang kearah jeti, botronda RH 40 termasuk kedai makan dan pejabat reception. 

Apabila keadaan reda pemereksaan dibuat olih Sjn Jeffridin yg berada dibot pada waktu kejadian mendapati 2 anggota Polis Marin spt nama diatas telah hilang . Usaha2 mengesan dilaksanakan dan menjumpai mayat Kpl Rajah bin Jamuan berada dibawah jeti tempat kejadian. Manakala seorang lagi hilang samaada di culik atau .....masih dicari.
  
Rumusan.......8 orang suspek2 berlatarbelakangkan komando atau militan tidak bolih dipandang rendah/ringan dan mereka akan senantiasa masuk keperairan juga pulau2 atau daratan untuk membalas dendam kpd penguatkuasa kita atau mencari mangsa untuk mendapatkan wang (ransom)
Kemungkinan terdapat kelemahan kita dan leka atau tidak siapsiaga mendorong pihak musuh mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak bolih dijangkakan.
Saya akan berbincang dengan Pengarah Operasi Esscom dan perkara2 kelemahan akan dikaji dan dijadikan iktibar supaya usaha2 memantapkan lagi penugasan secara total akan dibuat tanpa kompromi.
Urusan keatas mangsa (aruah) akan dibuat dengan penuh penghormatan dan terbaik.
T.kasih dan salam hormat dari CP Sabah.


11 Julai, 2014

BANDAR UTAMA KEBAKARAN SEBENTAR TADI (9 AM)

PETALING JAYA: A fire broke out in 1 Utama Friday morning, causing a traffic crawl along the nearby Damansara-Puchong Expressway (LDP) as curious motorists slowed down to watch the large plume of smoke rising from the shopping centre.A 1 Utama spokesman, when contacted, confirmed that there was a small fire at the Food Republic food court in the new wing of the shopping mall."We can confirm there was a small fire originating from the kitchen of one of the stalls at Food Republic.

The fire did not spread and was extinguished soon after."She said no one was hurt in the incident, and the mall opened for business as usual at 10am."The management is waiting for a report on the cause of the fire and will conduct an inquiry into the matter," she added.

A spokesman from the Damansara Utama Fire and Rescue Department said the fire had already been put out by mall staff when firemen arrived at the scene at 9.30am."The fire could have started because the exhaust fan could not fully absorb the flames from a grill located in the kitchen," he said.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND