02 Oktober, 2014

NAIK DUA KUPANG LAGI... NAK BERGOLEK ATAS JALAN KE LAGI.

Biorlah apa dema nak kata... pada teman setakat 2 kupang nie rasanya idok lah sampai teman nak menghasut dan apatah lagi jadi samseng diatas jalan. Nampaknya terbeban ler teman lagi bulan nie. Kalau diikutnya teman dah kira terpaksa lah tambah RM 5 utk kos setiap bulan. Kalau diikutkan kenalah catu beberapa aktiviti seperti ngeteh sampai 2 ke 3 gelas sekali lepak

Tapi sebenornya tgh adjust kalau boleh kurangkan rokok sekotak setiap bulan dah boleh cover duit minyak tu selama 2 bulan setengah... ahhh padulila....

Kekadang pelik jugaj manusia nie. Korang tengok ler nanti pasai 2 kupang punyalah dia menghasut... punyalah dia punya sembor macam kerajaan tengah sembelih beribu-ribu umat. Harga diri seseorang nilainya hanya 2 kupang...

Pelik jugak kenapa tak ada yg nak berguling pering dengan elaun @ gaji adun di selangor yg naik sampai 400% yg membolehkan hingga puluhan ribu setiap bulan utk setiap adun dan bukan utk setiap rakyat sebenarnya sekalipun itu lebih jelas duit rakyat yg dikutip oleh pelbagai agensi khusus utk memastikan tembolok tuan-tuan yb yg kerjanya viralkan semangat supaya rakyat jadi cai atas jalan

Melihat dari sudut kelebihan yang tersurat dan tersirat. Menghebahkan nawaitu sebenar mestilahencapai KPI kehendak perancangan sebaliknya jangan mendadak dan tergesa-gesa. Ini rasanya menimbulkan tanda tanya dan menjadi kemarahan bila ia nya dicurah minyak dan dinyalakan supaya boleh membakor jiwa rakyat. Dah memang dasar penyamun bersabda... dgn ketayap kononnya marhaien sebaliknya itulah penyamun besor..

Apapun teman tidak akan melatah sebab dua kupang... hakikatnya dema tentulah jadikan point penting utk jadikan ianya sebagai tembelang yg tak terkawal baunya. Bukan teman ada 3 ke 4 bijik kereta mewah pun. Setakat dua kupang tu tak jejas apa-apa pun... dwma lagi beso pelahapnya kalau ditanyakan berapa sekilo ikan pun dema tak tau... apatah lagi 3-4 bijik kereta dema tu takdanya ngesahkan sangat. Adaker sampai nak jual sebuah dua. Isok jugak tetapi yg pasti katalog kereta baru memang dema tunggu... apa 0un kita cer tengok apa yg sebenarnya dua kupang boleh buat...

1. Selama ini rakyat Malaysia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di stesen-stesen minyak.

2. Jumlah subsidi Kerajaan utk RON95 & diesel tahun lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Malaysia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Untuk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Malaysia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kerajaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2 billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sebabnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm 2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kepada rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dan lain-lain.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kerajaan. Begitulah hakikinya yg tersirat adanya...

Jadi nilaikanlah berapa keikhlasnnya anda dengan harga 2 kupang yg kononnya bokeh buat anda kusut otak sepanjang hidup...
Pada teman lantak ler 2 kupang.... teman ikhlas... rokok yg naik berengget dan turun berengget pun idakbpulak dema nglupor....

Bagaimana pun secara peribadi teman berpendapat perlulah ada mekanisma bagaimana membolehkan rakyat memahami ttg usaha dan tujuan sebenar...

Bukti juga perlu mungkin dgn usaha menubuhkan department yg bertanggung jawab menzahirkan hasrat kerajaan dan hasilnya seperti membina sekolah, Masjid, perubatan dan lain-lain  perlu dibuktikan hasil dari kenaikan harga minyak yg sebenarnya dimenafaatkan dgn kenaikan harga minyak...

Macam papan tanda yg terpacak kat merata projek yg sedang dibagunkan. Tak payah selindung. Tulis jer projek kerajaan hasil sumbangan dari usaha minyak dan pengurangan subsidi...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND