30 Jun, 2013

LELAKI DIRASUK HANTU KETIKA MEMBELI MINUMAN DIRAKAM OLEH CCTV (VIDEO)

Video kat bawah, seorang lelaki telah dirasuk oleh hantu ketika mahu mengambil minuman dari dalam peti sejuk di sebuah pasaraya..Kalau diteliti betul-betul video yang gua letak kat bawah ni, terdapat penampakan hantu tersebut di dalam cermin peti sejuk terbabit..

Perhatikan masa lelaki tu buka pintu dan tengok betul-betul di cermin.., terdapat satu bayangan seolah-olah seorang wanita berpakaian putih disitu..
Dan semasa lelaki malang tersebut jatuh pengsan, perhatikan dengan teliti di cermin pintu peti sejuk tersebut sekali lagi..
Anda akan nampak bayangan putih keluar dari badan lelaki tu dan secara tiba-tiba tisu-tisu diatas rak terjatuh dengan sendiri…
sumber

DUA BERADIK BERLAINAN PARTI SHAHRIR DAN KAHALID SAMAD


Shahrir and Khalid Samad

Mungkin ramai yang tak menyedari kisahnya dua beradik ini, Shahrir dan Khalid punya berlaianan Parti tetapi mereka berdua juga sebagai Ahli Dewan Rakyat sudah bermula sejak isnin lepas dengan upacara angkat sumpah kesemua ahli parlimen yang telah dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Semua mata tertumpu kepada wajah-wajah yang bakal membawa suara rakyat ke parlimen dan sosok yang bakal mengubal undang-undang negara.

Di Dewan Rakyat, yang sering disebut ialah penglibatan anak beranak seperti ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala dari DAP pula terdapat dua anak beranak iaitu Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta Karpal Singh dan Gobind Singh.

Amat jarang orang menyebut tentang dua beradik yang hadir di Dewan Rakyat iaitu ahli parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Lebih menarik lagi dua anak Samad ini mewakili parti yang berbeza, Shahrir yang baru dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) mewakili UMNO manakala Khalid yang dipilih untuk penggal kedua ke dewan rakyat mewakili PAS.

Biarpun keduanya mewakili parti berbeza tetapi dua beradik ini tetap mesra dan amat profesional. Dalam dewan rakyat mereka menyuarakan pandangan mengikut perjuangan parti masing-masing tetapi bila di luar dewan, hubungan antara adik dan abang tidak terputus malah saling hormat menghormati.

Shahrir, 63, sebelum ini pernah memegang jawatan menteri dan pernah bertanding sebagai calon bebas di parlimen Johor Bahru. Shahrir sering dianggap adik kepada Khalid biarpun hakikatnya beliau merupakan abang. Ini kerana sebelum ini Shahrir sering tampil dengan imej 'clean cut', tidak bermisai atau berjanggut.

Kehadiran Shahrir pada isini ketika majlis angkat sumpah ahli parlimen mencuri perhatian ramai. Baik wakil BN atau pembangkang agak terkejut dengan imej baru Shahrir yang bermisai dan berjanggut. Ini membuatkan ada yang menyapa beliau kerana mahu tahu puncanya tampil dengan imej baru.

Shahrir ketawa bila soalan tentang imej baru beliau diajukan oleh rakan dan juga oleh Astro AWANI.

“Imej baru!...apa sebabnya?, sebab tak cukur itu saja,” katanya dalam nada bergurau.

Kemudian secara berjanaka Shahrir membuka rahsia kenapa dia tampil dengan imej baru yang bermisai dan berjanggut. Katanya, imej baru itu kerana kasihankan adiknya Khalid.

“Sebenarnya salah satu sebab orang kata saya adik kepada MP Shah Alam. Oklah, saya kasihankan dia sebab nampak macam dia tua, saya cuba nak tua kan saya,” katanya.

Shahrir, 63 tahun merujuk kepada adiknya Khalid, ahli Parlimen PAS Shah Alam yang berusia 56 tahun. Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS 11 Selangor sentiasa dengan imej bermisai dan berjambang.

Shahrir mengakui ini kali pertama menyimpan misai dan tidak pasti berapa lama dia boleh bertahan dengan imej baru itu.

“Cubalah tengok, berapa lama boleh tahan,” katanya.

Menurut Shahrir ada rakan-rakan yang suka dengan imejnya itu dan sebaliknya.

Ditanya komen isterinya dengan imej baru beliau, Shahrir berkata,”mula-mula dia suka. Lepas tu tengok dah lama-lama macam saya tak terurus..tetapi lepas saya pergi jumpa tukang gunting..trim..sekarang tak kisah dah,”.

Ketika temubual sedang diadakan, Khalid tiba-tiba muncul dan bersalaman dengan semua yang ada disisi Shahrir. Mereka berdua mula bergurau senda.

"Hah...mana satu abang mana satu adik ni?" tanya Shahrir sambil ketawa.

"Nasib baik aku masih kenal abang aku," balas Khalid yang dikenali sebagai seorang yang lantang dalam Dewan Rakyat dan juga dalam partinya. Sama seperti Shahrir, jika ada yang perlu ditegur, beliau akan bersuara biarpun yang menerima teguran sinis beliau itu adalah dari partinya sendiri.

Keduanya amat sporting dan sempat bergambar bersama bila ada antara ahli parlimen lain minta untuk merakamkan foto mereka bersama.

"Aku kasihankan Khalid ni, orang kata dia tua," gurau Shahrir.

"Tapi aku lebih banyak rambut warna hitam," balas Khalid dan kedua-duanya ketawa.

Sumber : Astro Awani

28 Jun, 2013

TELAN IKAN HIDUP SEMBUHKAN PENYAKIT ASMA



HYDERABAD - Anda ada asma? Pelik tapi BENAR... Tahukah anda bila penyakit ini juga menggunakan ikan hidup yang ditelan hidup-hidup mengikut kepercayaan mereka dapat menyembuhkan penyakit ASMA yang dihadapi...

Beribu-ribu pesakit asma dari seluruh negeri Andhra Pradesh dan beberapa negeri lain di India beratur untuk mendapatkan rawatan ikan hidup, lapor laman berita ZeeNews.

Mereka percaya rawatan kontroversi itu melibatkan pesakit menelan sejenis ikan sardin hidup itu dapat menyembuhkan penyakit tersebut.

Rawatan ikan itu dikendalikan oleh Keluarga Goud Bathini di 32 kaunter di Dataran Pameran di sini.
Mereka mula mengagihkan ikan sardin hidup itu selepas satu upacara pada waktu tengah hari kelmarin dan berterusan sehingga tengah hari semalam







Ubat tersebut merangkumi pes herba berwarna kuning yang ditelan bersama seekor ikan hidup.
Keluarga Goud memberitahu, ubat itu hanya berkesan jika ditelan bersama ikan hidup untuk menyembuhkan asma jika dilakukan selama tiga tahun.

Walaupun dianggap kontroversi, rawatan tersebut menarik kehadiran beribu-ribu sakit.

"Saya datang ke sini untuk kali kedua. Penyakit asma saya berkurangan selepas mengambil ubat tersebut. Saya berharap saya akan sembuh," kata seorang pesakit dari bandar Kurnool, Ramakrishna Reddy.

Menurut beberapa pegawai Jabatan Perikanan, mereka membekalkan sejumlah 50,000 ekor ikan untuk acara rawatan tahunan itu.
Keluarga Goud mendakwa formula rahsia untuk ubat herba itu diberikan kepada moyang mereka oleh seorang keramat selepas moyang mereka bersumpah untuk mengagihkannya secara percuma. - Agensi

MAYAT BAYI DIBUANG HINGGA DIKERUMUNI KERENGGA

 

Tak faham kenapa segelintir manusia yang hendak sangat keganasan, pemberontakan, dan mahukan negara huru hara, pernahkah mereka terfikir apa kesannya? Keganasan dan kejadian buruk terus berlaku semuanya gara-gara sekelumit manusia yang berfikir menyonsang

Malaysia yang punya aman begini pun masih ada pencacai yang sanggup dilembukan cuma kerana hasrat ketua mereka tanpa memikirkan kesudahan sebenarnya, ada yang berfikiran sonsang dari etika hidup, malah tidak hairan lah kesannya amat merbahaya sekali. Mereka memang tidak pedulikan kesudahan dengan apa yang telah mereka lakukan, sebaliknya apa sahaja yang dilalukan maka pengakhirannya  kita cukup tahu bia kerosakan akhlak tersebar merata-rata

Berselindung kononnya atas fakta mencari kebenaran memperlihatkan kita betapa kumpulan ini mula menggangu keamanan dan keharmonian terhadap negara, paling mengecewakan golongan muda yang berfikiran lembu sangup diperbodohkan. Bukan setakat buang anak, malah budak sekolah pun tanpa rasa segan mempamerkan kehebatan mengadakan seks dalam bentuk visual dan mempaparkan kononnya kehebatan serta keberanian mereka untuk setaraf negara barat betapa sosialnya mereka macam kehidupan barat. 

Apapun alasan mereka disokong dengan bukti, apa lah yang nak dihairankan kalau mereka lakukan kerja terkutuk ini, di alasan kukuh yang Pemimpin pun boleh buat seks, siap dalam you tube lagi yang boleh ditonton. Bukan satu tapi berlambak, bukan balun jalang sahaja malah jantan ataupun bininya sekali pun orang besar tu buat, jadi apalah mereka... Mungkin kami pelajar tapi bagaimana dengan dia? Pemimpin nak jadi PM, pemimpin Parti berlandaskan perjuangan Islam lagi... Jadi apalah sangat yang kami buat.... 

Macamnilah kehidupan manusia yang tiada otak. Pandai buat tapi tak pandai nak jaga. Budak ni ke syurga kamu yang membuang bayi ini ke mana akhirnya tempat kamu nanti - posted@malaysiasensasi.net

27 Jun, 2013

BENJI DITANGKAP LAGI KES SYABU...


PETALING JAYA: Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

Utusan Online melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu pada Khamis di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," kata sumber polis.

Sumber : (KLIK)

AYAH RATAH DAGING ANAK SENDIRI UNTUK ILMU HITAM


Warga dari sebuah kota di Papua New Guinea mengatakan, mereka telah menemui seorang lelaki yang menggunakan dadah disyaki memakan anaknya yang baru lahir dalam sebuah ritual sihir. Polis mengatakan warga di wilayah pinggiran kota Tabubil, daerah Barat, terbangun akibat suara jerit tangisan bayi itu.

Setelah mengetahui bahawa ayahnya memakan anak, sekelompok orang ramai mengamuk dan mengejar lelaki tersebut sampai ke balai polis, dimana dia telah ditahan. Polis mengatakan mereka gagal menyelamatkan nyawa bayi itu, yang meninggal akibat luka yang yang parah.

Ketua Polis Tabubil Demas Tapea mengatakan petugas polis telah menahan seorang lelaki dan isterinya untuk disoal siasat. “Hal itu merupakan insiden yang sangat ngeri,” kata Sersan Tapea. “Masyarakat kecewa dan marah namun mereka juga takut serta khuatir kerana ada kepecayaan terhadap sihir atau ilmu hitam,” katanya.

Sersan Tapea mengatakan suspek utama telah dikenal pasti . “Para penduduk setempat mengatakan lelaki itu melakukan ritual sihir, atau upacara untuk meningkatkan ilmu menjadi sakti,” katanya.

Tape juga mengatakan suspek memiliki rekod sejarah tentang penggunaan dadah dan dia tidak terkejut bila hal itu terjadi padanya. “Beberapa tahun lalu dia menjadi gila yang diduga akibat dadah,” katanya.

Pada 2009, lebih 50 orang terbunuh dalam pembunuhan berkaitan dengan sihir kerana kematian yang mendadak atau tidak masuk akal dalam sebuah komuniti masyarakat tertutup.

Sejumlah paderi Kristiani dan pemerintah Australia untuk wilayah itu, bersama dengan penguatkuasa Papua New Guinea, telah mengarahkan supaya mengakhiri kepercayaan terhadap sihir, namun hal itu sukar diatasi.

26 Jun, 2013

PAS KEJAM, KEJAM, MENGHINA DAN PERSENDAKAN TUAN GURU NIK AZIZ @ MURSYIDUL AM?


Sebenarnya penyudah atau pun episode akhir nampaknya lebih menyedihkan bila seorang Tuan Guru yang paling lama meminpin sebuah negeri di Malaysia



Seronok kan... sampai sekarang Stopa spenda masih selamat, tak kena hukum, tak kena gantung, tak kena digugurkan dari ahli parti.
Siap lagi glamour ader ler, siap bagi bertanding lagik, siap bagi kawin cepat lagi...

ishh berhemah menghukum dari Parti yang selama ni kecoh nak buat Hudud setiap kali PRU yang datang. bukan baru yang NAK dibuat PAS nie, lama dah dari Tuan Guru tu dari muda sampai sekarang hingga dia tak lagi menjadi MB sebab dah tak larat dah, dari setahun sampai 22 tahun berkarat menjadi Pemimpin Nombor Satu dan paling lama sebagai MB kelantan

Kejamnya ahli Parti tak ker kesian sampai dia dah pun bersara untuk hidupkan Hudud di Kelantan yang akhirnya gagal dilaksanakan di Kelantan. Agak-agak ler yop, dah meluat oarang dengar pasal Hudud nak dilaksanakan, bunyi macam serius tapi spesis bengap juga dema nie.

BENARKAH KLON ALJUBRI TELAH DITEMUI DAN BAKAL DIDEDAH?


Antara gambar dilaman pencarian Yahoo image (sekadar hiasan)

Selepas Dunia dan khususnya rakyat Malaysia telah digemparkan dengan pelbagai dakwaan dan pendedahan terhadap kerajan BN dan UMNO kononnya terdaoat konspirasi menjatuhkan aljubri sebagai Perdono Montoli yang belum lagi jadi PM, maka kononnya segala yang buruk atau ada kaitan dengan aljubri sebenarnya adalah perancangan jahat BN dan UMNO

Pendedahan telah dilakukan kepada rakyat Malaysia yang amat simpati aljub di inaya. Siapa sahaja yang mendengar pastinya menitis air mata atau air lior basi bila mengetahui Alubri yang diinaya, malah dia sudah membuktikan kehancingan pancutan yang dilakukan merata-rata sepanjang ceramah dan PC atau sidang akhbar

Beliau telah membuktikan dengan jelas bagaimana dia sudah jadi Perdana Menteri bila semua pengangguk begitu terharu dengan penyataan aljubri, antaranya belaiu telah menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September yang tahunnya belum tau lagi, belaiu makin tenat kerana disuntik virus HIV, beliau tak pernah kata tidak sebagai keputusan Makamah atas tuduhan lerwhat, b
Beliau telahpun membuktikan menjadi seorang guru jika gagal menawan putrajaya di PRU 13 lalu.. Dan banyak lagi yang dia telah membuat penyokong hancing yang sentiasa angguk dan percaya apa sekali yang dia cakap, kalau batu bata dia kata bukan sebaliknya batu bata itu sebenarnya almari... Maka akan percayalah pengikut lembuannya akan akur...

Terkini yang masih belum terjawab bila dia dengan berkerut dahi membongkar kononnya konspirasi BN dan UMNO dalam adengan The Balun of Dolly Amoi made in China dengan legak profesional dan pelbagai teknik dan possition... Pendedahan terhadap KLON beliau yang sebenarnya unya kerja dn dia diinaya sebenarnya, jadi dia sendiri akan mendedahkan siapa sebenarnya dalam episode menikam yang hebat punya pedang sakti yang digelar belalai gajah 8 inci menikam dolly made. In China. 

Makin gempak bila aljub akan membongkar dan mendedahkan klon sebijik beliau yang sebenarnya hero tikam Dolly tersebut, bagaimanapun sampai kini klon beliau tak muncul. Apa sebabnya... Nampak gayanya kenalah angguk dan jangan membantah.  Apapun yang menarik ada pulak yang hantor kat teman pasal klon atau seiras aljubri berdasarkan beberapa teori dan pencatian Image dilaman yahoo dan lain-lain dengan kajian terpeinci merumu dan menganggap akan begini berdasar kajiannya...

Gambar ni dema kata mulut dan gebu pipi sebijik atau sama aljubri... Hehehe... 
Yang ini pulak berdasarkan kesamaan terhadap keluaskan mulut bila mengaga

Gambar ini pula dikatakan klon beliau yang memang sebijik atau sama bila menipu kembang hidung

Yang ini dikatakan sama dengan sifat dan sikap nak juga jadi Perdana menteri tapi Jasonni nak jadi KING, sehingga namanya disebut sebagai Jason King Malaya

Yang nie pulak sama memekan muka bila berak dalam keadaan buasir atau kata orang kampung berak taik keras yop hehehe...

Hehehe gambor nie pulak tak sangkut paut dengan gua punya cerita nie beb, hehehe... Ini iklan ler pulak, satung atau bekas baru KY Jelly... Jelly, Jelly good (while Stock Last, Every Customer allowed purchase 2 item only)

Lebih kurang sama ler six (6) million dollar man tapi bezanya disini yang punyai kesamaan six (6) jugak tapi bukan sixmillion dollar man sebaliknya more 6 inch belalai man


Yang nie pulak samanya dikatakan kerana Hero Sirivaji yang dikatakan (dalam Filem-filem Bollywood) berpengaruh besar dan boleh membunuh 13 buah kampung dalam tempoh 20 minit dengan menggunakan senduk jer... Hebat tu... Itu belum cerita macamana dia jadi hero dalam filem tamil dimana dia tahan keretapi guna tangan kiri jer, siap terajang gerabak yang terus terbalik dari landasan... Perghh memang hebat


Yang nie pulak dikatakan sama tentang memek muka terutama Lobang Hidung la pulak, dikatakan sama bila dia kencing atau kelentong rakyat Hidungnya boleh dinampak kembang dan gagap bila buffering yang kebiasaannya menyebut... Errr...errr.errr...errr (Buffering)


Yang nie pulak dikatakan tak boleh tahan bila anak ikan, coffe boy, bini orang dan leaki dia sekali bila dikatakan teramat geram dan bernafsu hingga meleleh ayor liur dan hinggus menahan kemuncak nafsu sebelum di terkam...

Apa pun yang teman maksudkan ini sekadar pendapat rakan-rakan lain, tiada kene mengena dengan siapa sahaja pun dalam ini cerita, tak sangkut paut dengan yoyol, per lerwhat, pengguna KY Jelly, tiada juga sangkut paut dengan demi 555, buku hutang tiga lima, rokok tiga lima. Tiada juga bersangkut paut dengan BLACK OUT OR BLACK IN, BLACK CURRENT, BLACK MATEL, BLACK SABATTH, BLACK OR WHITE MJ, BLACK BLUE BERRY, BLACK PAPPER, BLACK BOARD, ba ba BLACK shit, BLACK MARIA, RITCHE BLACK MORE, BLACK MAGIC WOMEN, BLACK MATELIK. BLACK BELT BLACK MAIL, BLACK ROSE dan macam-macam lagi BLACK da.... Hik hik hik...

20 Jun, 2013

GOOGLE LANCAR PERANG PORNOGRAFI KANAK-KANAK


Sebanyak 2 juta US Dollar diperuntukan oleh pihak Google bagi melancarkan perang besar-besaran terhadap penglibatan Pornografi Kanak-kanak dilakukan melibatkan siaran internet yang disiarkan bagi tontonan semua pelayar maya. mereka juga kini mengupayakan satu sistem yang dapat menyekat sebarang siaran yang melibatkan kanak-kanak


Menurut Akhbar TheTelegraf di United Kingdom sekatan yang sedang diusahakan akan dapat diupayakan dalam tempoh setahun lagi. Bangunan yang sedang diusahakan untuk yang dikhususkan bagi menyaring dan menidakan penyiaran boleh berlaku sedang dalam pembinaan dan dijangka boleh beroperasi penuh dengan semua kerjasama badan penyiaran yang lain bagi sekata menghalang semua bahan yang melibatkan kanak-kanak dapat disekat sepenuhnya, disini juga semua sekatan akan dihalang secara terus

bagi teman elok lah macam nie, dan kalau elok lagi diperkenbangkan terhadap negara terutamanya diasia dan Malaysia juga sepatutnya bertindak tegas terhadap penderaan kanak-kanak malah tindakan terus diambil dengan pelaku dan mereka yang terlibat dengan pekara yang danggap paling jijik bagi kita

Tindakan sekeras=kerasnya patut diambil, malah diperkembangkan kepada yang terlibat dalam Liwat, Zina seperti yang berlaku dinegara kita serta kebanyakan negara Asia yang kini dkejutkan dengan pemimpin yang terlbat Zina, Liwat, pelacuran dan ain-lain seperti yang kita ketahui...

bukan setakat itu sahaja malah dengan menyekat muka haram jadah nie dari menggunakan penyiaran di maya samada berbentuk video dan posting blog ataupun portal dan sebagainya. jangan beri lansung mereka ruang menggunakan laman maya yang digunakan untuk membuat fitnah, hasutan, propaganda dan segala penglibatan mereka digunakan dialam maya secara percuma...

Boleh menonton Video penuh tentang isu ini (KLIK)

19 Jun, 2013

JANGAN KACAU KAMPUNG KAMI LAGI ( II )


Terbaca satu kisah bagaimana seorang anak kampung sebagaimana teman yang cuba mempertahankan kampungnya (KLIK) yang juga merupakan kampung terakhir dikeliling bandar besar, dengan kemusnahan kampung begini maka begitu juga sebenarnya merupakan penghapusan penempatan melayu akhirnya

Di sini (Perak) pernah teman juga merasakan amat sesal dengan kawpenempatan baru, Jenis mereka ini memang berhelah, manakan tidak... Tanah-tanah bekas  lombong akhirnya berkesudahan diberkan penguasaha lombong yang kita tau sangat taukey lombong Orang cina yang kini digantikan dengan pembangunan perumahan  dari tokeh lombong hinggalah sekarang jadi taukasan ey Perumahan baru, tanggal 2008 seketika dulu memperlihatkan bagaimana 11 bulan dimenafaatkan selagi boleh.

Komer tengok sendiri terbaru bila sebelum nie ada 6 buah lombong kini ditukar menjadi Taman Tiara Lake bersebelahan dengan kampung kuala Pari, jalan kampung yang kini menjadi laluan alternatif semakin sibuk menuju kebandar Ipoh, penduduk kampung paling tesah dengan pelbagai kenderaan yang melaluinya yang kini menimbulkan pelbagai rasa kurang senang dengan kenderaan yang menimbulkan pelbagai kesulitan kampung...

Antaranya ialah anak-anak yang berjalan kaki dan berbasikal kesekolah kini terpaksa berkongsi dengan kenderaan berat dan besar yang menggunakan jalan tersebut, antaranya jalan Kuala Pari Hilir, Jalan Toh Puan Rahmah dan beberapa jalan lagi disini, kemalangan kerap berlaku dan rasanya tidak lagi selamat untuk anak-anak kesekolah dengan berbasikal, 
MBI luluskan Papan iklan nie ker?

Antaranya papan tanda yang diletakan sesuka hati mereka termasuk disimpang yang menghalang penglihatan penglihatan kenderaan yang melaluinya, demi mempromosikan jualan barangan, Promosi Jualan Rumah dan macam-macam lagi. Pihak JKKK juga berkali-kali meminitkan supaya diadakan pelbagai cara untuk memperlahankan kenderaan yang melaluinya, termasuk disimpang jalan mohd rashid yang paling kerap terlibat kemalangan, paling mengecewakan teman petang semalam bila terpandang papan iklan yang betul-betul disimpang 3 masuk kekampung Kuala Pari Hilir, macam suka mak bapak dema jer taruh ikut suka, mana perginya pemantauan sehingga boleh jadi begini, teman rasa memang tidak patut dan tidak layak dibenarkan oleh Pihak MBI sendiri
paling murah ada dua baris jer pun... 190k

jangan mimpi kalau tak ada 300k

RM 368,800.00 tak pa ma mumi atak liskaun...

boleh kira berapa banyak melayu yg mampu beli...

Mai... mai... rumah Banglo jer... atak luit muleh celita ma...

Kampung teman nie pada dasarnya cukup kuat bersatu, kekadang bila soksek-soksek mula rasa pelik kerana pengundi Cina makin ramai di PDM kampung... Jangan lah terkejut, dah tentulah ada puncanya.... kawasan lombong yang dibangunkan ditaman Tiara Lake rumah-rumah yang berjumlah hampir 400 buah rumah kini sudah pun dijual dan di miliki pembeli, kalau ada pun rumah yang berharga paling rendah sekitar berharga seratus ribu lebih dalam sebaris atau teres, selebihnya semua rumah yang berharga hampir RM tiga ratus ribu, persoalannya sekalipun harganya diberikan diskaun untuk bumiputera 10 % sekalipun, berapa kerat melayu yang mampu beli rumah yang berharga tiga ratus hingga empat ratus  ribu ini? 

Jadi kepadada sesiapa yang selalu tanya kenapa di PDM kampung Melayu tetiba penuh dengan pengundi Melayu, kenapa kampung melayu yang makin terhimpit? inilah sebenarnya puncanya... pada yang berkenaan kenalah ambik iktibar dan jadikan sebagai usaha Pemutihan, apa masalah Melayu yang tak boleh dibantu? bukan kah PRU 13 telah membuktikan Melayu cukup memberi sokongan sekalipun rakan kaum Cina yang belot, walaupun tak semua yg macam tu tapi tidak kah mereka sepatutnya merasa tanggung jawab dan kenapa pulak Melayu tak boleh dihargai? buat jer sepaurh tempat ni untuk orang melayu... salah ker?

SIAPA SPEAKER DUN PERAK? SIAPA PULAK BAKAL PEMIMPIN NOM 1 MIC?


Jika ada yang masih meragui isu perlantikan speaker DUN Perak dan dua pegawai kanan Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir, yakinlah isu itu sudahpun selesai.
 
Bagi Dr.Zambry yang juga Pengerusi BN negeri walaupun isu itu dianggap selesai dan enggan diheret mengulasnya lebih lanjut, beliau enggan membuat penjelasan jauh menyimpang dari isu berkenaan.
 
Dengan kata lain Menteri Besar berpendapat perlantikan speaker DUN Perak, seperti diumumkan, akan dibuat dalam sidang DUN hujung bulan ini. Tak perlu dipersoal siapa calonnya kerana DUN Perak akan menentukan.
 
Lagipun menurut Dr.Zambry sebelum nama calon berkenaan dibawa ke sidang DUN banyak proses perlu diikuti termasuk perbincangan dengan pucuk pimpinan pusat.
 
Manakala menunggu perlantikan speaker, walau siapapun orang itu.  Dr.Zambry mahu semua pihak menghormati keputusannya melantik dua pegawai kanan mewakili masyarakat India yang diumumnya baru-baru ini.
 
Kerana kata beliau perlantikan yang dibuat dan diumumkan itu “adalah hak mutlaknya.”
 
Beliau merujuk kepada dua calon yang dilantik ke dua jawatan penting di pejabatnya iaitu pegawai khas dan penasihat Menteri Besar bagi komuniti India.

Dua orang  calon berkenaan ialah V Elango, Ketua MIC bahagian Lumut sebagai  penasihat MB manakala C Sivaraj, Pegawai Khas.

Mereka sepatut mula bertugas pada17 Jun.

Menurut satu sumber sehingga semalam,kedua-duanya belum melaporkan diri. Konon mereka gagal berbuat demikian kerana menunggu “lampu hijau” dari MIC pusat.

Untuk rekod MIC meminta jawatan speaker DUN Perak diberikan kepada calonnya. Tuntutan diumumkan Presiden MIC Datuk Palanivel dengan memberi kata putus jika MIC tak dilantik speaker, MIC Perak akan menolak semua jawatan dalam kerajaan. Ini termasuk juga jawatan pegawai khas dan penasihat MB.

Bagaimanapun ketika diajukan persoalan ini kepada Dr.Zambry sebaik selesai program hari bertemu pelanggan di Ipoh hari ini (Selasa), beliau  menganggap isu berkenaan sudah selesai.

Beliau tidak mahu pihak media memperpanjangkan lagi polimik ini kerana “saya jawab soalan tadi kerana menghomati soalan anda. . . . saya minta tak payah tulislah . . . .dah selesai.”

Dr.Zambry berpendapat perlantikan dua pegawai—Elango (penasihat)  dan Sivaraj (pegawai  khas)—ke dua jawatan penting di pejabatnya adalah haknya.

Beliau mengulangi bahawa isu ini bukanlah datang darinya malah ia ditimbulkan oleh Presiden MIC.

Ketika diasak berulang kali, Dr.Zambry berkata “saya sudahpun jawab soalan itu dulu . … “merujuk kepada isu speaker dan dua pegawai.

“It’s a non issue . .. . semua dah selesai. Malah anda (media)  tak perlu tulis mengenainya . . . .”

Katanya sebagai pemimpin,”lazimnya pemimpin buat kenyataan sekali mengenai sesuatu isu, bukanya berubah-ubah.. . .”

Beliau sekali lagi meminta media dan orangramai menunggu sidang DUN tidak lama lagi bagi mengetahui calon speaker DUN Perak.

 Menteri Besar juga menjelaskan perlantikan dua pegawai berkenaan sebagai memenuhi janji yang dibuatnya pada komuniti India di Perak sebelum PRU ke13 lagi.

“Saya melantik mereka kerana janji yang saya buat pada komuniti India sebelum pilihanraya lalu . .. . jadi saya dah tunai janji .. . .”

Bagi pemerhati politik isu perlantikan speaker seperti yang dituntut MIC bukanlah isu yang harus dijadikan “ugutan”  kerana ia boleh menjejaskan perpaduan didalam BN negeri.

BN negeri bersetuju melantik Datuk R.Ganesan, seorang peguam dan tokoh MIC yang kalah dalam PRU ke12 pada 2008, ke jawatan speaker DUN Perak pada 2009 bagi mengimbangi perlantikan dibuat Pakatan Rakyat pada 2008.

PR sebaik berkuasa buat pertama kali melantik Sivakumar sebagai speaker—memecah tradisi di Perak apabila wakil India dilantik ke jawatan berkenaan. Selama ini speaker DUN dipegang oleh calon UMNO.

Oleh kerana ketika itu BN mahu menarik sokongan  masyarakat India menjelang PRU ke13, mereka memberi peluang calon India dari MIC sebagai speaker seperti dibuat PR.

Bagi MIC pusat “speaker DUN Perak adalah hak mereka berasaskan perlantikan Ganesan pada 2009.” Untuk rekod dua calon MIC tewas dalam PRU ke13 manakala dua kawasan milik MIC ditandingi UMNO/BN—Pasir Panjang dan Behrang.

Calon UMNO/BN menang di kedua-dua kawasan berkenaan. Bagaimanapun sebagai pertukaran, dua calon MIC akan diberikan jawatan senator.

Untuk rekod juga Ganesan bukanlah pilihan pertama  MIC untuk dipertimbangkan ke  jawatan speaker kali ini.

Selepas sidang DUN Perak yang terakhir menjelang PRU ke13 Disember lalu, Ganesan  memfailkan saman RM25 juta terhadap 5 tokoh DAP negeri berhubung pendedahan rakaman video seks, yang didakwa membabitkan aksinya bersama seorang wanita.

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh. Dan 5 tokoh yang dinamakan dalam writ saman antaranya Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham: Setiausahanya, Nga Kor Ming;  V Sivakumar; A Sivasubramaniam dan  Lim Pek Har yang dinamakan  sebagai defendan.

Dikalangan pemerhati, isu yang dibangkitkan Palanivel mengenai tuntutan jawatan speaker (beliau juga Pengerusi MIC negeri) ada kaitan dengan pertandingan bagi jawatan Presiden MIC pada 22 November manakala penamaan calon, 1 November.
 
Sudah kedengaran desas desus ada beberapa calon yang akan bertanding menentang Palanivel bagi merebut jawatan berkenaan.
 
Calon yang paling favorit dikalangan masyarakat India untuk menentang Palnivel  ialah Naib Presiden Datuk SK Devamany.
 
Devamany merupakan bekas ahli parlimen Cameron Highland. Tapi tempatnya diambil alih Palanivel dalam PRU ke13 manakala Devamany diletak di Sungai Siput, bekas kawasan yang diwakili Samy Velu.
 
Dalam PRU ke13, Devamany tewas pada Jeyakumar dengan majority, 2,793. Devamany memperoleh 18,800 berbanding Jeyakumar,21,593. Kemenangan Jeyakumar  berpunca sokongan 80 peratus pengundi Cina.
 
Dalam komen terbaru  Palanivel berkata beliau akan bertanding sebagai presiden parti itu buat kali terakhir pada penggal ini.

Katanya sama ada namanya disenaraikan sebagai calon presiden ataupun tidak, ia bukan menjadi masalah bagi dirinya.

"Saya bertanding atau tidak, ia tidak menjadi masalah bagi saya, tetapi kalau saya dipilih, ini adalah penggal terakhir bagi saya, sekarang saya sudah berumur 64 tahun:”katanya.
 
Justeru bagi pemerhati politik tempatan isu perlantikan speaker yang dituntut MIC boleh memberi kelebihan pada Palanivel untuk mempertahankan jawatan presiden.

Peluang Palanivel jauh lebih cerah dari kompetitornya memenangi jawatan presiden jika speaker DUN Perak diserahkan  sekali lagi pada calon MIC—seperti yang dipejuangkan.


Sumber : Agenda daily


18 Jun, 2013

JANGAN KACAU KAMPUNG KAMI...

Jangan kacau kampung kami!

Terbaca tentang pejuangan seorang anak kampung yang mempertahankan kampungnya yang menjadi kampung terakhir ditengah-tengah bandar, rasanya perlu kita ambil tahu apa kesannya dengan pembangunan yang paling drastik untuk menjadikan bandar menggantikan nama Kampung, sedar atau tidak semuanya menjadi punca lenyapnya Bangsa Melayu yang kita cukup tahu boleh dikira berapa kerat yang mampu membeli rumah yang berharga ratusan ribu bika dibangunkan...

KUALA LUMPUR:  MENINJAU nasib saki-baki penduduk Kampung Chubadak Tambahan di Sentul, saya terkenang suasana kampung yang aman damai.

Siapa sangka di tengah kepesatan ibukota (kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya), masih ada sebuah kampung yang mengekalkan tradisi kehidupan di desa, rumah-rumah papan, kedai runcit dan anak-anak kecil berlari-lari di tepi lorong jalan tar.

Warga kota yang sekian hari semakin lupa tradisi kampung seharusnya ke sini untuk mengingatkan kembali saat kecil dahulu di kampung halaman masing-masing - sekurang-kurangnya dapat mengimbau zaman semasa kecil dahulu.

Namun suasana itu semakin hari semakin pudar, penduduk di sini sebenarnya sudah `terancam' dengan pembangunan sama nasib seperti kampung-kampung di pinggir ibukota yang lain.

Nasib mereka tidak sebaik datuk atau moyang yang mula-mula `membuka' kampung ini sebelum merdeka dahulu.

Ia sudah diancam kemajuan moden sedangkan apa yang dimahukan pengekalan status kampung tradisi yang menjadi darah daging mereka sejak mencelik mata mengenal dunia di sini.

Bagaimana hendak terbayang kondominium atau teres atau mungkin Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang bakal menggantikan bau dinding papan rumah mereka sedia ada?

Paling malang, pihak berkuasa memberi notis amaran untuk merobohkan rumah dengan alasan hendak dibuat pembangunan moden yang terang-terang tidak diperlukan mereka.

Prinsip ini yang dipegang kukuh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ramlee Ahmad dan kira-kira 300 baki keluarga yang berkeras mahu mempertahankan kampung mereka.

Jadilah apa sahaja, ketelusan prinsip yang dipegang selama ini tidak akan tergadai begitu sahaja.

Sudah berbelas-belas tahun mereka mempertahankan kampung ini walau ada yang `rebah' dengan `godaan' tawaran yang diberikan oleh pemaju iaitu pampasan sebanyak RM7,000 dan sebuah rumah untuk diduduki iaitu di PPR Batu Muda.

Baki penduduk yang `keras' hati ini, tawaran itu hanya umpan dan mereka tetap tidak berganjak walau tawaran berganda diterima.

``Sebab itu kami merayu pihak berkaitan, kami juga sudah merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Surat juga sudah dihantar ke tangan Perdana Menteri sendiri ketika pertemuan sebelum ini di Sentul.

``Tolonglah beri perhatian, kami bukan tidak mahu kemajuan tetapi mahu ia diadakan dengan cara kami sendiri (tradisi),'' jelasnya.

Menurut maklumat Ramlee, tanah di kampung tersebut telah memperolehi pengiktirafan pemilikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998 yang mengatakan bahawa ia adalah milik peneroka-peneroka bandar dan perlu membayar ganti rugi kepada mereka sekiranya ingin memajukan kawasan tersebut.

Menurut keputusan itu, ganti rugi yang perlu dibayar oleh pemaju adalah berdasarkan keseluruhan kos yang dialami penduduk untuk kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah atau mereka dibayar dengan nilai semasa rumah yang ditaksirkan oleh penilai tanah bebas yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak serta pembayaran segala kos sampingan berhubung penempatan semula penduduk.

Tegasnya, baki penduduk di kampung tersebut merupakan waris generasi keempat kepada mereka yang meneroka dan menetap di kawasan sejak ia mula dibuka.

Sayangnya, pada tahun 1996, kampung tersebut digegarkan dengan keputusan DBKL membenarkan pemaju untuk pembinaan apartmen di kawasan berkenaan.

Ramlee tekad, dia sendiri pernah `tidur' di dalam penjara gara-gara berhimpun kerana mahu mempertahankan kampung.

Saya tahu dalam hati mereka kuat menjerit...

``Jangan kacau kampung kami!''
Berita mula diterbitkan pada: June 13, 2013 07:02 MYT  Astro Awani

17 Jun, 2013

REMAJA WANITA PENGGAL KEPALA BAPANYA SETELAH DIA DIROGOL


SYDNEY: Seorang remaja perempuan memenggal kepala bapanya setelah lelaki berkenaan merogol gadis itu di rumahnya di Papua New Guinea menurut satu laporan hari ini.

Sementara itu, pimpinan masyarakat sedang melindungi gadis berkenaan dengan berkata lelaki itu seharusnya mati.

Akhbar Post-Courier melaporkan gadis 18 tahun itu memenggal kepala bapanya setelah lelaki itu berulang kali melakukan perbuatan keji berkenaan pada Selasa lalu.

Seorang paderi berkata bapanya berusia pertengahan 40-an, mempunyai tiga orang anak dan merogol anak perempuannya apabila gadis berkenaan bersendirian di rumah.

Paderi Lucas Kumi memberitahu bapanya itu masuk ke bilik anak perempuannya pada waktu malam dan merogolnya berulang kali.

"Bapanya mahu merogol anaknya itu pada sebelah pagi di rumah namun gadis berkenaan mencapai sebilah pisau dan memenggal kepala bapanya sendiri," jelas beliau.

Pimpinan masyarakat kini enggan menyerahkan gadis berkenaan kepada polis dengan niat melindungi gadis tersebut.

"Masyarakat di sini pergi melihat badan dan kepala yang terurai itu selepas gadis berkenaan menceritakan kepada orang ramai tentang insiden berkenaan," kata Kumi.

"Gadis berkenaan bertindak sedemikian kerana trauma dengan kebejatan nafsu bapanya. Oleh kerana itu, kami melindungi gadis ini,"

Sepanjang minggu lalu, Post-Courier melaporkan pelacuran kanak-kanak mencatatkan peningkatan, terutamanya di bandar Port Moresby di mana banyak kelab malam baru dibangunkan dengan peningkatan gadis yang dipaksa untuk melacur.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND