CALON BN PASIR PINJI DISABOTAJ
Perasaan saya bercelaru sejak semalam melihatkan beberapa keping gambar yang dihantar melalui e-mail dan whatsupp oleh staff pejabat UMNO Perak.
Gambar-gambar itu jelas menceritakan sikap dajjal sekumpulan petugas BN yang tidak melaksanakan amanah, sebaliknya mensabotaj parti dan calon yang bertanding.
Pada petang Selasa lalu, seorang anggota keselamatan telah menemui longgokan bendera, poster dan barang-barang kempen BN di kawasan belukar berhampiran Simpang Pulai, Gopeng.
Beliau merakamkan gambar-gambar itu dan menghantarnya kepada salah seorang staff Pejabat UMNO Negeri Perak.
Berdasarkan kepada poster yang ditemui, calon BN yang disabotaj itu ialah Thong Fah Chong yang bertanding di DUN Pasir Pinji, dalam kawasan Parlimen Ipoh Timor.
Dalam pilihanraya lalu, Thong yang mendapat 4,264 undi tewas kepada calon DAP, Howard Lee Chuan (17,896) dengan majoriti 13,632.
Ketika beberapa staff pejabat UMNO Perak pergi ke tempat berkenaan untuk mengambil peralatan kempen itu, didapati semuanya sudah dibakar oleh pihak-pihak tertentu.
Inilah satu bukti perbuatan sabotaj yang cukup keji pada setiap kali pilihanraya. Keji kerana pelakunya adalah individu yang ditugaskan untuk membantu kempen parti. Tugas itu bukan sahaja tidak dilaksanakan, sebaliknya dikhianati.
Tidak sukar untuk membaca niat dajjal bertopengkan manusia ini. Dia mahu memastikan calon itu kalah, BN kecundang dan dalam hatinya tidak ada sekelumit rasa sayangkan parti, walaupun di tubuhnya mungkin menyarung pakaian berlambangkan parti.
Dan mungkin sikap chauvanistnya mengatasi segala-salanya.
Sehingga kini laporan polis belum lagi dibuat oleh mana-mana pihak. Saya sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan itu. Pelakunya wajar menerima balasan setimpal.
Dalam hati kecil saya bertanya, berapa banyakkah lagi kejadian seumpama ini berlaku sepanjang tempoh PRU lalu, khususnya terhadap calon-calon BN di kawasan majoriti Cina?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan