08 September, 2017

YANG HITAM KEKADANG LEBIH BAIK DARI PUTIH!

Tahniah DWYK dan Biro IT Batu Gajah. Walaupun kawasan Hitam usaha keras dalam medium Media sosial seperti saranan PM kita ttg Cyber Troopers perlu digandakan. Aktif dan menepati kehendak pimpinan tertinggi sekali pun dikebelakangkan sebagai Rakyat Kawasan Hitam.

Pendekatan dgn mengadakan bengkel Media Sosial utk Troopers maya walaupun kawasan HITAM memperlihatkan kesungguhan serta melaksanakan Amanat PM DS Najib Razak. Datuk Wira Haji Yusoff Kassim juga menjadi peserta bengkel sebelum ini. Nyata lebih bersedia dan memberi ruang kepada cybertroopers yg Marhain berjuang di Alam maya sedikit sebanyak dihargai dan menaikan semangat utk terus berjuang demi Abata.

Tetapi itu di Batu Gajah... Yang lain teman tak tahu ler.. mungkin lebih hebat atau mungkin takda lansung atau mungkin cytro pun mungkin dah tukar profession meniaga ayor pelam on line...

Perak sememangnya kurang diberi perhatian ttg cybertroopers yg dahagakan ilmu serta penyatuan sebagai satau saf perang maya. Malah ada yg sekarang terkapai-kapai mencari hala tuju bila khidmat mereka seolah dinafikan selama ini. Kalau setakat merunggut boleh lagi kita tadahkan telinga sebaliknya bila mereka tanya balik berapa kali kami pernah diajak berbengkel atau dipelawa dalam program? Yang itu teman tak boleh jawab!

Pernah mereka tanya... cuba bagi satu sahaja Bengkel atau program yg dema pernah anjurkan utk kami selama 2 kali pilihanraya? Kami pun perjuangkan Negeri Perak jugak?... mmg tak terjawab teman. Teman bukan Pegawai besor yg bertanggung jawab utk Media Negeri Perak nie wehh... Teman pun sbgai trupa tua yg berbaki dikalangan cybertroopers. Lagi pun bukan ada pun sesapa yg mewahkan teman dgn pelbagai weapon perang pun... hehehe. semua sdn bhd jer. Rosak atau takda pakat berehat jer sampai mampu yg baru...

Perak mungkin senarionya berbeza. Mungkin pasal kita tak akan diserang dalam maya dengan propaganda dan fitnah pebangkang. Mungkin bukan itu budaya pembangkang sini macam yg negeri lain. Tu la gamaknya dema rasa tak perlu cytro kat perak kot, bukan dema tak peduli psl Media sosial terutama troopers maya atau Bloggers Perak macam komer...
Itu ler rangkap mujuk jawapan pada dema...

Nampak tak macamana memujuk dengan ayat MUNGKIN dan MUNGKIN. bior sejuk hati kengkawan sikit. Semangat dan perjuangan dema ada depan mata dan Hati yang merasa penat jerih serta pengorbanan mereka selama ini. Teman tau sebab teman nampak, teman rasa sebab teman jugak sama seperti dema. Setakat mana yg mampu bertahan ler... PRU tak jauh mana lagi pun.

Apa lagi bagai-bagai lah ayat yg keluar dari mulut dema... pasal dema kena kencing dlm PRU sudah-sudah, Pasal Acc dema dak kena Unfriend dgn pegawai Media la, Pasal kena mengemis ler, pasal dah macam musuh jadinya dema.... memacam lagi ler. Kalau nak cerita tunggu next posting teman episode kan yer... payah benor pakai h pong menaip nie. hang memanjang hehehe...

Apa pun thorbaeklah DWYK and Geng... Komer memang Hebat. Pada troopers Perak sabor jer ler komer....

#gengPCT
#berangandemamacamdahmenang

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND