07 Jun, 2023

KALAU ADA DALAM DUNIA YG BURUK... JAWAPANNYA UMNO

 

2 persoalan penuh putar belit menghasut dan spin utk hanya memuaskan sifat busuk hati dan perut yg ada... lagi konon mahu satukan bangsa? Peliknya MAHUKAN jawapan yg sama? Bodoh sgtkah kamu mahu perbodohkan bangsa ko sendir? Hahaha ko ras je ko bijak! Tapi orang dari jauh dah nampak rupa ko lagi teruk dari Berok atau Lembu!


1. Masa mintak Darjat TS sebelum ini Abah ko yg mintak! Masa Cium Molot paling peluk ketat masa tu dgn memula dapat kuasa bersama Atok yg skrg ko kata beriman dan menangis Melayu berpecah! Dah habis ko Berhutang dgn Jepun berulang kali, habis ko jual selagi bernilai bersambung 600b dlm sejarah Negara belanja paling  besar yg satu pun tak bentang resit buat negara papa kedana... yelarrr yelarrr Darurat kan! Tak perlu bentang, tak perlu bukak parlimen... cukup sesama korang je yg agih dan buat sembang... kununnya kita tak kaya, shyaaa makan det pencen ja! 


Sebab gabung dgn depa rasanya tak pa bagilah kehormat TS kat depa... apa ada nama kehormat pun... tapi bab kalih 36000 % hangpa pusing kona baring semacam... inilah kerja UMNO... tgk duk bagi kat komunih la.... tak mau mengaku duk tuduh teruiih janji UMNO SALAH celah bedah syajat mana pulak sbb UMNO...

Yelar... nanti mintak ampun kat tuhan lps PRN.... setel kan.


2. Bagan Datoh skrg semakin membangun, ada masa komer kena singgah Masjid dia, Jeti dia dan terkini jambatan dan highway dia... yelar asik rombongan je ke Pekan Rabu diutara, kopok lekor pantai barat, losong jer.... kat merata pekan ipoh pun melambak yop! 


Buat jambatan ni yop bukan sehari siap, kalau pinang sebatang pun sekampung turun nyelesaikannya. Agak-agaklah bebudak bunga nie semua dlm dunia benda baik yg prg buat... ngaku dema ler yg buat... tapi bab sakau pulak jgn harap ada masa mikior soal nak ngaku, kerojer dema dari naik motor cabuk sekarang keta mewah dua tiga bijik, rumah kpg dinding papan sekarang bangelow weh... Nak Ngaku penyamun.... sorrylah  tak dapatlah walaupun dari dibawah sampai keataihhh dulunya pemeriksa kira-kira je pun, itu pun tak peronah dtg mesorat pun sbb acc caw baki pun tinggei 30 hengget je.


Tapi sekarang takat seratus dua tabor di kpg tu macam bagi ayam makan dedak je... nak bagi tau kayer nyer dema. Berjaya nyer dema... mcm org kpg bodo mcm otak dema kot, parti yop mana dtg duit bukan juai nasi lemak 600 b bungkus satu donia! Yelarrr... yelartt

Duit jatuh dati langit kot.


Jembatan Bagan Datoh tu yop awal dah dirancang BN dan dilancarkan 2016 walaupun  bertahun lamanya dirancang, elok je dema dapat kuasa 2018 semua projek pakat di STOP kan selagi boleh sakau dan agih kat kroni dema  STOP kan, sampaikan buat mesjid pun dema nak STOP jugak! Bila habis semua disakau dan di STOP kan, Udahlah nampak benor bigong nyer dema jadi kerajaan, bukan dema bagunkan tapi udah banyak cicior najis merata alam dibuat dema...


Tapi bila nampak udah nk siap kelam kabutlah budak kepala penuh dan geng jaja merata kununnya projek dema, yelarrrr... tak kan nak nabur berak merata jer, kian hari pun nampak benor begong tak blh buat kerja, peluang yop... ngaku saja ler kereja dema walaupun demalah yg mulanya stop sana stop sini... kalau lah dibagi dema buat dari mula gamaknya pakat tobat lahum lah tak kan ada... otak sakau apa dema tahu selain sakau  


Lagi pun yop takat pasei gebang sampai berbuih mulut ni drma dah ada bebudak dah, kalau udah upah sakau bertus ekar tanah dah dapat yop, takat mencanag nie apa ada heiii kalau disuruh tonggeng pun sanggip tu....


Apa pun tetap jugak SALAH UMNO! 

Apa dema tak pikior ke sebelum 2016, masa dilancarkan sehingga 2018 penduduk kampung di BAGAN DATOH semuanya pindah ke Amerika ker ? Susah yop kalau penyakau ni kalau nk tunjuk alim dema rasa senang benor cuma PAKAI KOPIAH dan hapei Hadis terus jadi USTAZ terus dapat pangkat  TOK GORU!     

  

21 November, 2022

IN SHA ALLAH, AKU... PASTINYA YANG TERAKHIR


 

Setiap Menang Kalah bukan blh kita Pilih tapi kuatnya semangat perjuangan menerima keputusan dan berlapang dada itu adalah satu sifat pejuang yg jatuh akan bangun balik selagi ada nyawa.

Dah... bentuklah kerajaan kalau dah rasa menang besar dan mampu, tak siapa yg halang atau caci maki, ejek spt mana yg kami dapat dulu... kita UMNO steady je bukan jenis merapu nak fitnah ejek maki hamun macam komer, tahniah lagi dan tak kacau pun nak bentuk kerajaan malah mendoakan kerajaan baru komer bangkit cepat perbaiki kerosakan besar negara 22 bulan jadi negara kaki lelongan dan 18 bulan berdesup 6 ratus billion lesap kononnya utk tangani kobid... moga berjaya dipulihkan parah negara.

itu semua bukan UMNO punya kerja! UMNO sdh bertugas lebih 60 memelihara dan mengekalkannya, sudah masak pahit maung dialami demi ABATA tapi sebagaimana lazimnya itulah taruhannya dan tanggungjawabnya, kini sebagai satu lagi kerajaan terbaru itulah taruhannya dan tanggung jawab kembalikan kesejahteraan, keamanan dan ekonomi negara. Rakyat sudah memilih, maka segeralah jadi kerajaan yg mendapat restu serta doa rakyat yg mengundi. kebijaksanaan dan kepakaran yg didakwa dan masa utk membuktikannya...

Fokus untuk terus berkerja dan bertindak, tolak hanky panky standard bebudak. amendalah pulak yg tajuk utamanya SURUH PRESIDEN UMNO letak jawatan sebab kalah? siapa pulak yg menang? peliklah pulak kenapa UMNO jadi sasaran bagaimana pulak Tun Mahathir, Zuraida, Shafie dan semua party lain yg tak dapat jadi kerajaan sampai la nie. Naper tak suruh jugak letak jawatan, fokus yop... FOKUS... tunjuk steady bukan meracau meraban...

Adat juga warisan yg dijaga, kalaulah ngaku bangsanya Melayu dan Agamanya Islam, kalau mahu meminang yop, berpantun dan seloka utk nambah mesra bila nak mintak anak orang... Bukan diserogah maki hamun, tuduh perasuah, penyamun, siap buat kenyataan janji TIDAK akan bersama diulit dgn pelbagai caci maki, tetiba endak pulok! udoh komer maki lepas tu angau ndak pulak, yg bestnya bagi perumpamaan Anjing lagi mulia dan boleh terima...

Teman tak tau komer macamana... tapi nak bagi tau dan pesan ler

UNTUK SEMUA ORANG HATI UMNO SEJATI.
Mengundur Setapak tak semestinya Kalah,
Kalah sekali Perang Bukan Bererti Akhir Kisah,
Kalau Parah hikmahnya kita ambil jangan berulang,
Biar Perang lagi dengan ilmu penuh pejuang...

Usah diganggu dema membentuk Negeri dan Negara, kita kalau Kalah buat cara kalah tetapi bermaruah, yang utamanya kita kukuhkan UMNO itu sendiri, itulah Nadi, urat dan saluran yg memercik darah pejuang ketika kalah menang dimedan Perang. itulah juga yg kita patut rawat sebelum bangkit semula berjuang.

Bagi teman, kalaulah pengkhianat parti mahu hancur, memusnah dan meluputkan terus UMNO dimuka bumi ini, maka percayalah satu-satunya orang yg paling Akhir tegak berdiri memegang panji dan tidak menginjak sekalipun puluhan armada sdg mara menyerang...
Itulah teman... itulah Aku...
Akulah yg ahli terakhir pasti tegak terus pertahankan UMNO.

dan kalian dimana?
sebelah sana bersama menyerang?
hilang tiada dalam episode akhir?
atau disebelah Aku... juga menjadi yg terakhir memastikan Panji
terus Tegak Berdiri demi Abata
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar...






10 Oktober, 2022

BUBAR PARLIMEN, RAYA YANG DINANTIKAN RAKYAT


Alhamdulillah PARLIMEN DIBUBARKAN untuk dikembalikan kepada Hak Rakyat semua… sudah terlalu lama, sudah terlalu Rosak… Terjual Hasil, Terjual Maruah, Terjual Negara, Terang Sudah Simpanan, Terang sudah segala Kekayaan, Terang sudah segala Harta Negara…

Rosak sudah integriti, Rosak sudah Amanah, Rosak sudah Tanggung Jawab dan Rosak sudah Perpaduan serta keamanan… semua itu rakyat yg menanggung, berapa lama Rakyat harus menanggung dan berdoa? Kita cuma ada pilihan hidup dgn bertahan selama ini… Allah swt meletakan kita kesabaran dgn memberi ketenangan utk kita semua. 

Maka inilah masanya kita kembali bangkit demi Agama Bangsa dan Negara… demi genarasi dan anak cucu… semua utk masa depan mereka 

Moga tidak tertipu lagi, Agama jelas ingatkan kita jgn jatuh kelubang yg sama buat kali kedua… Soal retorik dan alasan Banjir bukan ukuran buat dinilai kita sicerdik atau bahalol yg sentiasa meangguk, kita yg alaminya bukan mereka…dimana mereka ketika itu? 

Cuma nak ingatkan dlm Belanjawan BAJET Pakatan sebelum ini oleh MOF Mr Lim lansung TIDAK tersenarai Bantuan Bencana atau Banjir sdgkan dia sendiri kita saksikan dgn muka monyok terpapar seluruh negara dlm kaca TV memohon bantuan bila Penang dilanda Banjir besar sebelum ini…

JADI JANGAN LAH BERDRAMA LAGI SEBAGAI WATAK DUKUN PENYELAMAT… 

Teringin jugak nak tengok muka semua nie dikawasan Banjir… Dah jemu dah tengok cerita masa banjir dia Main Ski, Sibuk Nikah lagi dan keluar Negara seisi keluarga makan angin…

Penonton sekarang yop bijak meneka siap Hero dan siapa Dajjal dlm cerita…

05 September, 2022

KEYAKINAN RAKYAT SUDAH HILANG. BENARKAH NAJIB SAKIT?

Sakit atau telah disakiti?


Bila Rakyat tertana-tanya kenapa semuanya nak dipercepatkan? kenapqa anwar yg hanya ada satu kes boleh ambil masa sehingga lebih 6 tahun lamanya, kenapa lebih berpuluh kali boleh ditangguhkan , kenapa tiada tindakan gerakan kebangkitan rakyat diatas jalan dan perhimpunan haram tidak diambil tindakan, kenapa ceramah mereka merata menghasut tidak pulak diambil tindakan.... semua itu tidak tejawab! dan kenapa pula bila rakyat mahu tahu kenapa tidak diberi masa dan membawa bahan bukti baru dinafikan? adakah ini dipanggil perbicaraan? 

Kekhuatiran dan syak sukar disembunyikan… kalau dari awal terdapat niat mmg mahu memenjarakan tanpa kira salah atau tidak, mmg sgt sukar utk aku redakan hati berfikir baik. Kalau benarlah ada niat jahat panjarakan sbb kehendak hati yg hitam dan menebal niat jahat. Maka lebih dari itu syaknya hati ini mereka lebih kejam dan sanggup lakukan. Harap itu hanya lamunan.

Harap berhati jujur memaklumkan punca sakit beliau pemimpin yg seluruh rakyat terhutang budi kpd nya. Kami bukan golongan yg berhati busuk, berdendam dan sanggup kejam menginayakan seorang manusia apa lagi seorang pemimpin kesayangan Rakyat dan negara.
Semuanya celaru dan delima bila mendengar perkhabaran DSNR tiba-tiba dikhabarkan dikejarkan ke hospital kerana sakit. Sakit apa?
Lagi pun yg jelas dia keseorangan tanpa saksi sebenarnya bukti sebenar kejadian.
Itulah yg terdetik bila menerima khabar terkini…
Itulah hati sebenarnya seoarang manusia yg bergelar rakyat!
Apa pun itu hanya tanggapan kita yg jenis manusia megenang jasa…
Harap semuanya ada punca dan dapat diubati spya kembali sembuh… dan segala tanggapan hanya ilusi hati seorang rakyat yg menyayangi pemimpinnya yg dikenanh segala jasanya.
Minta yg melapor, yg bertanggung jawab melaporkan segalanya dgn jelas serta tulis nyata dan bukan sekerat atau separuh sbgai tajuk utk melariskan. Kalau sdh tau cerita sakit dilaporkan berkesudahanlah dgn punca berlaku sebagai memenuhi sebuah kisah yg dilaporkan.
Dia kini berbeza hidup kerana keseorangan tanpa keluarga atau sahabat yg sentiasa bersama yg juga menjadi kesinambungan tindakan yg sepatutnya.
Kita doakan DSNR kembali sembuh dan terima sebuah cerita penuh… in sha Allah.
Kami rakyat tidak pernah berburuk sangka, kami bukan mahu dilaknati Allah dgn sifat yg ditegahnya… hanya syaiton yg tergamak lakukan…

17 Mac, 2022

ARAK DISIMPAN SETEMPAT HALAL, SUSAH SANGAT KER NAK SELESAI KAN?


 SUSAH SANGAT KER? MANA MENTERI DAN PENGUATKUASA?

Bila teman melihat ada juga NGO yg perihatin ttg Negara yg Agama Islam dijunjung dan diutamakan. Terfikir dimanakah mereka yg sepatutnya punya kuasa malah dihormati sebagai taraf Ulama membetulkan sepatutnya?

Adakah mereka mengkaji atau meneliti atau sibuk berebut adan mengekalkan kedudukan selesa yg sedia ada? Kita nampak yg bangkit perjuangkan adalah golongan NGO-NGO tetang isu sensitif dalam tegahan Agama. Kenapa sunyi? Banyak isu yg ada kaitan terlepas begitu sahaja sebenarnya telah merobek tuntutan sepatutnya malah melemahkan pandangan terhadap Islam itu sendiri? Susah sangat ker? 

Dah Takda cara lain ker nak selesaikan masalah begini mudah? Kenapa tak pandang termasuklah NGO Pertubuhan Kabajikan Nusa Sejagat Malaysia (klik) yg membangkitkan isu minuman yg jelas Haram dicampur aduk dalam satu Peti Sejuk dikebanyakan Pasaraya dan sebagainya.

Miskin sangat ker Pasaraya yg mendapat pulangan untung ratusan ribu malah berjuta setiap bulan? Kenapa degil tidak buat tempat yg berasingan? 

Dalam tempoh kauritin teman jelajah di Medsos isu nie nampak hambar seolah tidak dipedulikan. Apakah boleh selesai dgn pandangan Ahli atau Ulama Fekah ttg hukumnya?

Paling Hangin teman bila melihat ada video yg memperlihatkan bagaimana seorang kakitangan muslim yg tak mahu menyentuh Arak bila pembeli terus dengan bangganya mempermainkan dgn menyindir semasa merakam. (klik) Korang mmg tak ada hati dan ptak ker nak selesaikannya?

Betullah makruh jika terpaksa sbb kerja, malah ada ustaz yg beri pandangan bahawa gaji ketika jual beli minuman haam itu Haram dan wajib diasingkan. 

Ulama dah bagi penyelesaian ttg hukum kenapa mereka yg sepatutnya bertanggung jawab tidak mahu menghalusi dgn lebih baik dgn tindakan atau cara perlaksanaan dgn baiak?

Bukan soal ttg hukum penjualannnya sahaja tetapi kena fikirkan juga bagaimana jika pembeli yg membeli tanpa sedar minuman itu Haram? Minuman sekarang pun dah pelbagai bentuk dan cara dipack blh jadi salah memilih oleh pembeli yg terdiri dari pelbagai golongan yg belum tentu blh menilai Halal atau Haram jika dianya bercampur dlm satu tempat. Kenapa tak diwajibkan diasingkan dgn tanda NON HALAL ATAU HARAM? supaya memudahkan serta menyelesaikan masalah yg ada.

Kenapa tak diasingkan Kaunter bayaran utk menerima pembeli barangan Haram. Lebih baik lagi petugas boleh sahaja diambil dari bukan islam? 

Apa pun teman tetap bersama dgn perjuangan NGO seperti Pertubuhan Kabajikan Nusa Sejagat Malaysia yg diterajui oleh Sdr Meor Mohd Hilmi MZ dalam memperjuangakan soal syiar islam yg sepatutnya di Negara Islam seperti kita.

Dah kalau mereka yg sepatutnya konon bijak dan ada kuasa tapi menutup mulut dan mata, baik NGO jer diserahkan menagani masalah yg sebegini kecil tetapi memerlukan kuasa dan jentera sepatutnya…

KENYATAAN MEDIA : PENGERUSI PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUSA SEJAGAT MALAYSIA 

PASARAYA TIDAK PEKA DENGAN PERCAMPURAN PRODUK HALAL DAN TIDAK HALAL

Oleh: MEOR MOHD HILMI BIN MEOR ZAINUN

PENGERUSI PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUSA SEJAGAT MALAYSIA

1. Pertubuhan Kebajikan Nusa Sejagat Malaysia (Nusa Sejagat Malaysia) menerima aduan dari masyarakat awam khusus umat islam berkaitan isu percampuran produk halal dan tidak halal di rak-rak beberapa pasaraya premium di Lembah Klang serta perletakkan produk tempatan yang mempunyai pensijilan halal JAKIM diletakkan bersama dengan produk dari negara China yang tidak mempunyai pensijilan halal atau logo halalnya diragui, dan keraguan dari segi kandungannya serta pemprosesannya.

2. Walaupun produk tidak halal tersebut diletakkan pelekat tertera perkataan mengandungi alkohol dan “Non Halal”,  namun sewajarnya produk tersebut tidak sepatutnya diletakkan di tempat, mahupun rak yang mempunyai produk halal. Ini boleh mengelirukan pengguna-pengguna muslim yang datang berbelanja di pasaraya premium tersebut.

3. Samada pengurusan pasaraya premium ini tidak peka, tidak sensitif atau besar kepala dengan keadaan dimana isu percampuran produk halal dan tidak halal ini adalah satu perkara yang amat sensitif. Kita tidak menghalang pasaraya premium ini untuk menjual produk tidak halal di pasaraya mereka, Cuma kita minta untuk mereka cakna dan sensitif dengan keadaan masyarakat di negara ini yang sebilangan besarnya beragama Islam.

4. Sepatutnya semua produk yang tidak halal dan mengandungi alkohol dan mempunyai unsur tidak halal perlu ditempatkan disatu sudut dan ruangan khas dengan memaparkan papan tanda produk “NON HALAL”. Ini lebih baik kepada semua masyarakat, tidak terhad kepada masyarakat Muslim malah memudahkan kepada pelanggan yang bukan muslim agar tidak berlaku kekeliruan dan percampuran produk halal dan tidak halal khususnya bagi segment barangan kering seperti kicap, sos dan lain-lain. 

5.  Pihak pengurusan pasaraya seharusnya mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa khususnya KPDNHEP yang wajib dipatuhi oleh semua pasaraya termasuk pasaraya premium yang beroperasi di negara ini agar status produk halal tidak tercemar dan seterusnya boleh mengakibatkan menjadi ragu-ragu.

6. Antara contoh produk yang kita dapati bercampur antara produk halal dan tidak halal adalah produk air minuman seperti minuman kordial berbotol, serta minuman didalam tin duduk  sebaris dilorong bahagian minuman. Produk makanan dalam tin yang tidak halal kita temui diletakkan serta disusun dengan produk makanan dalam tin yang mengandungi alkohol dan semestinya tidak halal.

7.  Antara isu lain yang kita dapati adalah produk kicap dan sos  keluaran syarikat tempatan yang mempunyai status cop halal dari JAKIM diletakkan di laluan serta rak yang selari bersama dengan produk kicap dan sos yang diimport dari negara China yang tidak mempunyai cop halal dan diragui kandungannya serta kesuciannya. Seperti kita maklumkan tadi, produk yang diragui kehalalan dan diragui kandungannya, lebih-lebih lagi produk ini datang dari negara China yang kita semua sedia maklum muktakhir ini sering menimbulkan kontroversi dalam isu halal, proses pembuatan serta kesucian yang diragui telah menimbulkan kegusaran masyarakat awam khusus umat islam.

8. Nusa Sejagat Malaysia mempunyai bukti bergambar dalam isu ini dan perkara yang mengelirukan pengguna muslim seperti ini mesti dihentikan dengan segera. Nusa Sejagat Malaysia juga akan membuat laporan kepada pihak berkuasa KPDNHEP berkaitan isu dan kita akan minta  pihak berkuasa khususnya KPDNHEP untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pasaraya yang tidak peka dan sensitive sebegini.

9. Nusa Sejagat Malaysia menggesa kepada masyarakat awam khususnya umat islam agar berbelanja di pasaraya atau premis yang patuh syariah serta pasaraya yang mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak KPDNHEP kerana mencari yang halal itu adalah wajib bagi kita yang beragama islam. Kami mengalu-alukan anda semua termasuk peniaga-peniaga kecil muslim untuk menjadi ahli kami,  agar melayu tidak diperkotak-katikkan dalam ekonomi terutamanya dalam segmen-segmen industri yang dimonopoli oleh bangsa asing.  Marilah bersama,  agar kita lebih kukuh dalam memperjuangkan ekonomi ummah demi ummah itu sendiri. 

Sekian.

#NusaSejagatMalaysia

#BersamaBantuBersama

#TabungAmalNusasejagat

14 Januari, 2022

BEZA AKHLAK PEGAWAI DAN TABUNG MASJID

 


Apa nak jadi? Memang teman tak sangka ada lagi hukuman rupanya kat adik Deinal kerana memindahkan kotak derma atau tabungvmasjid ke bilik jenazah. Adakah benar dia memerlukan wang untuk perbelanjaan Datuknya yg sakit. 

Salah tetap salah, pembalasan atau hukuman memang sepatutnya diberikan, cuma teman terfikirkan mungkin dgn viral video hukuman Mandi Mayat keatasnya bagi teman sudah cukup, rupanya membawa ke makamah sehingga didenda RM 4k dan penjara rasanya bukan cara membetulkan. Jalan yg terbaik menyedarkan dan keinsafan serta taubat kepada pelaku. Bukan meletakan sebagai banduan, sudahlah memalukan dgn sebaran video kini terpaksa hadapi hukuman penjara dan denda yg sudah tentu dia tidak termampu. Bukan kah dia mencuri utk perbelanjaan Datuknya yg sedang sakit?

Mana Orang Besar, Pemimpin dan mereka yg bertanggung jawab soal Agama? Kenapa tak campuri isu sebegini? Bukankah ianya mencerminkan Islam itu sendiri dimata masyarakat lain. Kamu ada kuasa, bergaji besar dgn tanggung jawab yg perlu dipikul atau dituntut…





Siasatlah, tanganilah dgn sebaiknya. Ia cermin betapa kita bijak serta indahnya islam itu sendiri. Terfikirkah kita betapa ramai diantara jemaah juga dulunya lebih teruk dari adik Dainel sendiri. Mereka antara yg hadir kerumah Allah kerana kekesalan dahulu yg pernah mereka lakukan. 

Tidakkah terfikir antara sedekah yg masuk ketabung itu dgn harapan supaya ianya dimanafaat utk semua ummah sekitaran, bukan hanya utk keselesaan seperti Hawa dingin baru atau karpet setebal 3 inci sahaja. Tetapi utk segala perjuangan syiar islam dan kebajikan yg menjadi Kifayah ummat setempat. 

Jadi kalau benar dia dihukum atas Mandi Mayat. Bagaimana pula pelaku yg aibkan dia? Bebas atau terus jadi pertikaian dan jadi contoh kah utk umum melihatnya mewakili ummah? 

Sedarkah kamu jika dia tidak memaafkan adakah kami boleh bagi alasan ini semasa disoal kelak? 
Soalnya berapa kuoang yg dia dah larikan dari tabung tersebut dan adakah kamu telah menziarahi Datuknya yg sedang sakit yg membelanya dari kecil akibat penceraian ibu bapanya dan masalah keluarganya? 

Bagi teman, inilah jalan atau peluang yg baik baik menarik dia bersama dgn taubat serta kesedaran supaya dia yg akan menjadi diantara pencinta masjid dgn hasil kesedaran peristiwa hitam baginya yg telah dilakukannya. Samalah spt apa yg kita tahu dan dengar bagaimana kepala gengstar pun juga diantaranya… Alhamdulillah, itu mereka bagaimana kita? 

‘Mungkin atas sebab itu Allah tak bagi bro kaya sebagai hidayah bro melihat semua kejadian sebegini’ kalau tidak bro tentu dah setelkan kes macam nie… 
Terima kasih sahabat yg mengingatkan teman sehingga kini….

03 Julai, 2021

BENDERA PUTIH? atau SELIMUT PUTIH?

Dia Bukan YB, tapi dia Hadir



Apa pun kalangan atau taraf kehidupan seseorang menilai dari sudut apa pun, teman sebagai anak kampung setuju idea yg dibuahkan. Memang ketika kita rakyat ada yg tgh Nazak dan perlukan bantuan dan inilah caranya yg terbaik bagi saliturahim dlm kampung. Pedulikan sapa pun yg nak menafikan. Yang menafikan ni siapa?
Ini bukan soal dalil yg baru nak disediakan! Ini soal hidup manusia dan silaturahim yg ketika ini semakin terputus akibat pendamik Covid 19.

- MALU? Siapa yg patut MALU?
Kalau pengakhirannya mayat tergantung merata tempat, itu tak Malu?
Demi ikhtiar akhir utk kita dan keluarga kenapa pulak nak MALU? Pedulikan cakap YB dan pemimpin yg mengelupor bila idea Bendera Putih utk rakyat! Patutnya dia org yg sebenarnya Malu! Kalau mereka laksanakan tanggung jawab kenapa takut?, inilah masanya utk turun padang, tapi yg byk menafikan adalah mereka yg tak pernah turun padang sekalipun Rakyat amat-amat susah ketika ini
Fikir sendiri, ketika rakyat nak dapatkan bantuan kewangan terpaksa tunggu dan hadap segala kerenah dan syarat, duit sendiri pun kekadang berjanggut menunggunya jadi.
Wakil Rakyat tak payah itu ini gedebuk selonggok 300k setiap MP diberikan, Adun pulak berpuluh ribu terus ke Akaun. Tapi dimanakah mereka? Sekampit garam pun tak merasa! Bukan semua tapi inilah kebanyakannya yg kita nampak! Malah ada agihan dibuat utk kaum mereka sendiri je pun!

Yang kehulu kehilir jentera parti yg sampai sekarang terus hulur bantuan walaupun tak seberapa tetap teruskan, macam UMNO contohnya pakai dana sendiri walaupun dana parti masih lagi disekat. Selain itu NGO yg terus berkhidmat dana dari pelbagai pihak yg menyalurkan!
Tapi puak Haram Jadah ni mereka ini pula jadi sasaran bula bekalan tak cukup atau sengaja mencari kesempatan.
- SITUKANG KIBAR BENDERA PUTIH!
Kebanyakan jenis macam nie cuma ada dua je, yg betul susah dan satu lagi yg tak cukup-cukup dapat senang,
Kata Mat koyok ‘. Mase Ngundi dulu ngape idak dengor cakap, udah berbuih ngabor, pangkah juger haaa sekarang hambik! Mana YB komer?’

Jenis yg kedua ni memang ajer bajang. Memang nyimpan hati busuk memanjang. Dah bagi bantuan pun komplain, sampai lambang Halal tu dema nak yg lain. Dapat utk anak hand phone pun komplain. Nak ambik telipon kat kedai ikut pilihan sendiri ker? Kalau jenis nie orang kampung dah tau dah, kenai sgt dan sebenarnya dia memalukan diri sendiri kalau kibarkan bendera putih! Silap-silap dah boleh buat kedai dgn barang bantuan. Pakat dipadan mukakan orang kampung ler jawabnya… hehehe
Tapi kita kena akui, ada golongan yg mmg susah ketika nie, golongan pertama yg sgt memerlukan. Mungkin sebelum ini mereka kurang dgn kejiranan atau sebab merasa kekurangan taraf diri utk pergaulan, kurang memahami silaturahim dan ukuwah sekampung atau sebagainya…
Tak salah kita atau parti nak membantu, tak kan nak tunggu YB yg Hilang entah kemana? Yb yg pandai sembang tinggi masa nak raih undi! Kalau dia hanya salur kat kroni dia je jangan ambik peruntukan! duit rakyat tu! Dan dia bertanggung jawab atas rakyat! Bukan parti atau Ngo atau orang kampung!

Jadi kita bantulah mereka sebelum mereka kecundang. Pasai yg nak bercakap riuh sekampung ni, abaikan je! Kita nak jaga saudara sekampung, jaga silaturahim dan ukuwah tak salah yop!
Patutnya yg banyak bunyi ni pegi membantu bukan nak heboh, kalau tau dan takda hasrat busuk perut tak salah bagitau siapa yg boleh bantu utk selesaikan masalah bukan menjaja keliling kampung. Pelik jenis nie tang kehulu kehilior, kesana kemari sanggup pulak hebohkan sekampung!

Jadi pendapat teman kibarkan bendera putih kalau terdesak sangat utk kampung darang membantu. Demi anak-anak keluarga tak ada apa nak malunya. Saat sekarang byk yg rakyat susah hilang kerja, pendapatan, simpanan dan beban hutang. Itu yg kita tak tau penyebabnya.
Peduli dema yg bagi dalil sampai rujuk sanggup buat rujukan kamus dewan istilah bendera putih dan memandai pulak buat fatwa sendiri tanpa mengira dalam kita rakyat susah yg dema isytiharkan Darurat… tang tu sanggup pulak, tang janji komer sebagai yb ngape tak pikior kan.
Kalau dema banyak bunyi pasal menolak bendera putih, komer pakai jer bendera warna apa sekali pun, hijau… kunin, merah atau apa ajer yg ada! Kalau ada bendera parti yg yb suruh pasang menyokong dulu pun boleh, pakai jer tulih nama yb tu atas bendera besor-besor, taknpuh hati lagi terbalikan bendera ikut suka komer…kekekeke…
Tapi teman percaya bukan semua tempat atau kpg macam nie, kebanyakannya kalau takda YB pun parti, orang kampung dan Ngo dah galak masuk kpg. Soal bendera putih ni bukan soal pun. Merata rumah idaklah susah benor, laman rumah parking keta dua tiga bijik dan kekadang motosikal nie dah macam kedai moto pun ada berlonggok depan romah! Makei telipon pun rega moto seijik pun ada…

Yg nampak susah, keluarga sederhana pun biasanya dema ni ttg makan minum keluarga in sha Allah mmg sentiasa terjaga, tak kaya tapi tak miskin rezeki dan silaturahim serta ukuwah…
Soal membantu nie tak yah lah nak risau, banyak yg nak bantu termasuk orang kampung sendiri, Ngo, penghulu dan banyak lagi… in sha Allah janji dapor berasap… itu yg penting. Kita kan #BersedaraSekampung #AperAderrHeiiii
Dema apa tau… mmg tak nak amik tau….
Eloklah BENDERA PUTIH dari SELIMUT PUTIH…
Assalamualikum, semoga semuanya kembali pulih dan Negara kembali Aman, hindarkan dari sifat yg tak elok, khianat, dengki, busuk hati sebaliknya kita mohon kepada Allah supay kita dikurniakan silatturahin, ukuwah dan kasih sayang in sha Allah

 

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND