31 Julai, 2013

MAKANAN PALING MUAL DAN JIJIK, AWAS ANDA BOLEH HILANG SELERA MAKAN

BALUT, makanan aneh dari Filipina.

Walaupun rupanya agak mengerikan, tapi ternyata sebahagian masyarakat Filipina menyakini makanan ini berprotein tinggi. Sehingga 'Balut' boleh menjadi makanan ringan yang sihat. Makanan yang dalam bahasa Filipina bermaksud "dibungkus" ini sebenarnya juga ada di Negara Asia Tenggara lain, tapi memang paling banyak terdapat di Negara Filipina.

Balut yang biasa dijualkan di tepi jalan, sebenarnya adalah telur ayam atau telur itik rebus. Yang membuatnya istimewa adalah isi telur-telur ini merupakan embrio itik atau embrio anak ayam yang direbus hidup-hidup. Jadi embrio ayam atau itik ini sudah berbentuk seperti anak ayam yang terdapat paruh, bulu-bulu halus dan tulang lunak. Hm, bagi kita mungkin meloyakan ya?

Biasanya Balut dimakan dalam keadaan hangat dengan campuran garam, sambal, bawang putih dan cuka sebagai sosnya. Seperti makan telur setengah masaka saja. Sebelum memakan Balut, 'kuah' yang melindungi embrio harus diminum terlebih dahulu, baru kemudian kulit telur dikupas dan embrio matang ini dimakan. Kerana sudah ada tulang lunak dan paruh, makanya balut akan terasa garing ketika dimakan dan terkadang kita juga harus mengeluarkan bulu-bulu halus yang sukar dicerna. Buat yang suka makanan berjenis ekstrim, rasanya ini sesuai untuk dicuba.



CACAT YANG BUKAN PENGHALANG

Little Boy without Arms (14 pics)

Ali Srour, budak Jordan yang dilahirkan tanpa tangan. Tetapi dia tabah dengan kehidupan dan cuba untuk melakukan yang terbaik.

Beliau melatih kakinya supaya boleh menggantikan tangannya untuk melakukan aktiviti harian. Dia belajar bagaimana untuk makan dan untuk memainkan pemain komputer dengan kaki.

Selepas dilahirkan, doktor tidak mencari apa-apa sebab untuk kecacatan beliau tetapi berkata bahawa ia adalah yang paling mungkin disebabkan oleh faktor genetik dan keturunan.

Saya berharap kepadanya kehidupan yang baik lama yang penuh kebahagiaan.

Little Boy without Arms (14 pics)
Little Boy without Arms (14 pics)

Little Boy without Arms (14 pics)

Little Boy without Arms (14 pics)

Little Boy without Arms (14 pics)

Little Boy without Arms (14 pics)
Little Boy without Arms (14 pics)
Little Boy without Arms (14 pics)

WAJAH GENGSTER WANITA PALING BRUTAL DAN MAHSYUR DIDUNIA


1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)



 

Bagaimanapun, tidak bermakna bahawa organisasi seperti Keluarga Moran tidak boleh  sesekali dan mengubah Melbourne menjadi Dodge City. Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia digelar "family matriarch".

 
2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang)


 

Hampir setahun yang lalu, kota Chongqing China mengeluarkan tindakan keras terhadap jenayah terancang, sebuah operasi besar-besaran yang menangkap hampir 1,500 suspek, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Sebagai bos, Caiping menjalankan kasino haram dan bertanggung jawab untuk menjaga polisi dari belakang semua orang.

 
Dengan gelaran seperti "Ratu Pasifik," Sangat sukar  membayangkan Sandra Beltran seolah dirinya seorang lanun. Singkatkan cerita, Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi "godmother" Mexico.Bapa saudaranya adalah Godfather seorang penyeludup dadah Mexico. Dia mendapat gelaran itu kerana dia memudahkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico. Sandra  dipenjara ketika menghadapi pertuduhan jenayah terancang, pengubahan wang haram dan konspirasi .

 4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang)

 
  5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang)


Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua Marga Licciardi, dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah membimbingnya, keluarga Licciardi menjadi lebih teratur, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka. Mungkin sumbangannya yang paling penting, adalah memperkenalkan pelacuran di Camorra.


 6. Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang)

 
Seorang ibu 44 tahun dengan 13 anak-anak mungkin kedengaran tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua pengedaran dadah terbesar yang menguasai timur laut Los Angles dan Beirut. Dia mengatur perniagaannya pada saat dia memberikan pendidikan bagi anaknya.

PISTOL REVOLVER GERGASI PALING BESAR DIDUNIA

[Gambar] Revolver Terbesar Di Dunia Pernah Dicipta =D

Senjata seperti pistol mungkin amat mudah dan fleksibel untuk digunakan jika ia dibuat dalam saiz yang kecil..Namun, apa pula perasaan apabila menggunakan sepucuk pistol yang bersaiz gergasi seperti di bawah ni?


Pistol jenis revolver model Remington 1859 gergasi ini telah dibuat oleh Polish Ryszard Tobys of Czempin. Ia merupakan revolver terbesar di dunia yang pernah dicipta di dunia.



p/s: Lubang pistol mengalahkan lubang meriam..

HINDU TAK SEMBELIH LEMBU TAPI PANCUNG.

Beratus-ratus ribu penganut Hindu berkumpul di sebuah kuil di selatan Nepal pada hari Selasa untuk majlis yang melibatkan penyembelihan lebih 200,000 haiwan, satu perayaan yang telah membuatkan kemarahan penunjuk perasaan bagi pencinta haiwan.

Seorang menteri Nepal berkata ia adalah penyembelihan korban terbesar haiwan di dunia.
Kumpulan hak asasi haiwan dan aktivis termasuk pelakon Brigitte Bardot mengecam acara tersebut, yang berlaku setiap lima tahun di kampung Nepal Bariyarpur, Sky News melaporkan.
Tetapi kerajaan Nepal berkata ia akan meneruskan "tradisi berabad-abad lamanya" dan akan menggunakan polis bersenjata untuk menjaga keamanan, Sky News melaporkan.
Protes telah berlaku di bandar-bandar berhampiran kuil Gadhimai dan di Katmandu modal oleh aktivis hak asasi haiwan dan kumpulan-kumpulan agama lain. Walau bagaimanapun, penganjur Hindu enggan menghentikan penyembelihan berkata ia adalah satu tradisi yang berabad-abad lamanya.
"Orang-orang beriman yang mendalam dalam dewi dan mereka percaya bahawa mengorbankan haiwan akan membawa mereka nasib baik dan kemakmuran kepada keluarga mereka," kata Mangal Chaudhary Tharu, seorang imam di kuil Gadhimai, menurut Sky News










LELAKI INDIA DITEMBAK MATI DI KERIAN PERMAI, PARIT BUNTAR



Maklumat awal telah diterima...

Seorang lelaki India telah ditembak mati berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Taman Kerian Permai di Jalan Wawasan, Parit Buntar, Perak pagi tadi.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Semakin menjadi-jadi pulak drama tembak-menembak sampai mati ni. Kalau dahulu samseng India, hanya bersenjatakan botol, kayu, batang besi, parang dan pisau, sekarang sudah canggih. Sudah main tembak-tembak macam dalam filem Tamil.

Salah polis jugakah?

Inilah yang berlaku apabila undang-undang pencegahan seperti Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri dipupuskan, manakala undang-undang yang menggantikan kedua-duanya pula, hanya di atas kertas dan tidak mampu dilaksanakan kerana 'TAKUT' terhadap Pakatan Rakyat.

Masyarakat India seharusnya berasa bimbang dan perlu mendesak agar undang-undang pencegahan diwujudkan dengan kadar segera. Tanpa undang-undang pencegahan, besar kemungkinan masyarakat India di Malaysia akan pupus begitu sahaja kerana dibunuh oleh kaum sendiri!!!

COURT MAMMOTH PULAK PERSENDA KALIMAH SYAHADAH?

Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di Kuantan sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu.
Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.
Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.
“Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.
“Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya, kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan,” katanya ketika disoal siasat pegawai Jaip, di sini, semalam.
Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.
“Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar dari rumah ke rumah,” katanya.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu menyimpannya sahaja.
“Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.
“Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelesaikan masalah tersebut.

AWAS KEPALA AIR YANG MEMBUNUH

lemas
“Kalau umur aku panjang…aku nak kahwin waktu usia 24 tahun nanti, insya-ALLAH…” Itu merupakan hasrat terakhir yang dinyatakan Allahyarham Muhammad Khairul Safuan Tajuddin, 18 kepada abang kembarnya, Muhammad Khairul Azuan sebelum ditemui lemas di kawasan perkelahan  Batu Hampar, Kampung Paya Lintah, di sini.
Muhammad Khairul Safuan dihanyutkan air deras dalam kejadain pada kira-kira jam 5.30 petang di kawasan perkelahan itu sewaktu mandi-manda bersama Muhammad Khairul Azuan serta tujuh rakan lain.
Menceritakan kembali kejadian, Muhammad Khairul Azuan berkata, mereka dua beradik serta rakan-rakan lain ke kawasan perkelahan itu secara berkonvoi motosikal.
Katanya, tiba di lokasi lima daripada mereka masing-masing berusia antara 16 hingga 23 tahun mengambil keputusan duduk bersantai atas batu sementara mereka dua beradik bersama dua rakan perempuan bermandi-manda.
“Kami jarang dapat berkumpul sebelum ini menyebabkan cadangan seorang rakan untuk mandi diterima. Adik kembar saya sebelum ini tidak begitu gemar dengan aktiviti luar apatah lagi mandi ketika cuaca panas.
“Kelakuannya agak berbeza bila begitu riang bermain air. Kami sampai dalam jam 4.30 petang dan beberapa orang awam turut berada di situ. Tak sampai sejam, air deras datang menolak kami dengan kuat.
“Sedar-sedar saya dah ada di dasar air dan cuba berpaut pada dahan pokok untuk mengelak dari hanyut lebih jauh. Sebaik sahaja dapat selamatkan diri, saya cuba cari kelibat adik kembar saya serta dua rakan lain, namun tak kelihatan,” katanya.
Tambah Muhammad Khairul Azuan, ketika itu dia sedar mereka mungkin sudah dihanyutkan dan tidak mungkin dapat diselamatkan.
Muhammad Khairul Azuan yang cedera serta calar di lengan, kaki serta beberapa bahagian badan termasuk menerima jahitan di kepala mengakui akan merindui adik kembarnya, tambahan mereka berkongsi minat sama, sering melakukan aktiviti bersama serta sempat mengumpul duit untuk membeli motosikal baru.
Kejadian berpunca dari kepala air dari bukit berhampiran itu turut menyebabkan dua lagi mangsa terkorban iaitu Farah Anisah Ahmad Rafi serta Nor Aida Azhar masing-masing 17 tahun yang ditemui di dua lokasi berasingan sebaik sahaja operasi menyelamat kedua dilancarkan, 9 malam, kelmarin.
Dah dilarang, tetapi pergi juga
Khuatir dengan keselamatan kedua adiknya, Nur Azlin, 19 yang merupakan kakak kepada Nor Aida telah melarang adiknya pergi ke lokasi kejadian namun mangsa memaklumkan telah berjanji dengan rakan-rakan lain dan akan pulang awal.
“Dari semalam (Khamis) lagi dia cakap nak mandi di situ. Saya cakap tempat tu agak bahaya, tapi dia kata pergi tak lama. Cuma nak mandi saja,” katanya ketika ditemui di bilik operasi menyelamat di Kampung Paya Lintah, di sini.
Ibu Nor Aida, Maimun Shajudin, 53 telah cuba menghubungi anak ketiga dari empat beradik itu sekitar jam 6 petang namun tidak berjawab.
“Ketika itu ada rasa tak sedap hati. Saya telefon banyak kali namun tak berjaya. Tak lama lepas tu saya dapat panggilan mengatakan dia lemas,” katanya.
Nor Aida disifatkan seorang periang dan manja dengan keluarga, manakala Farah Anisah merupakan anak angkat keluarga Maimun.
Operasi menyelamat selesai
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus memaklumkan mayat Muhammad Khairul Safuan ditemui pada jam 6.35 petang, iaitu sejam selepas panggilan kecemasan diterima pada 5.30 petang sekitar lima Kilometer (KM) dari tempat kejadian oleh orang awam.
Menurutnya, seorang penduduk ternampak tangan mangsa tersangkut pada pokok buluh dan menariknya ke daratan.
“Sebaik operasi menyelamat kedua di sepanjang Sungai Chempiang hingga Empangan Sungai Lanik dilancarkan pada jam 9.30 malam, mayat Farah Anisah dikesan tersangkut pada akar pokok lebih kurang 300 meter dari tempat kejadian pada jam 9.57 malam.
“Mayat Nor Aida ditemui seorang peniaga pada keesokan hari, kira-kira jam 7.35 pagi di Labu Kubang, 15 KM dari lokasi kejadian,” katanya.
Ismail memaklumkan dengan penemuan mangsa terakhir, operasi menyelamat dihentikan serta merta pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhammad mengesahkan kejadian dan memaklumkan jenazah semua mangsa sudah dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian

GAMBAR PENGASAS AMBANK DITEMBAK TANPA SENSOR

Seorang lelaki yang merupakan pengasas AmBank meninggal di tempat kejadian apabila parah ditembak dari jarak dekat manakala isterinya pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur untuk rawatan.
KUALA LUMPUR – Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadimaut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham.
“Selang beberapa minit kemudian, mangsa didatangi seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa yang ketika itu menuju ke parkir kereta.
“Hussain,75, terkena dua das tembakan di bahagian dada dan di sebelah rusuk kiri manakala isterinya, 49, terkena dua das tembakan di pergelangan tangan kiri serta di paha kanan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan.

(Gambar uncensored Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi mati ditembak)
Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.
“Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.
Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, berkata suspek didatangi seorang lelaki dari arah belakang sebaik keluar dari tokong itu.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi tembakan lebih dari lima das dilepaskan. Suspek kemudian melarikan diri ke bahagian tepi tokong dengan sebuah teksi,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Lee mendakwa suspek dilihat memakai pakaian sukan, bercermin mata serta bertopi. – Bernama
VIDEO PENGASAS AMBANK KENA TEMBAK

30 Julai, 2013

KUANTAN DISERANG TOYOL CURI DUIT DAN USIK KANAK-KANAK

MUSLIHAT BELAAN TOYOL...Toyol dan kejahatan yang ditugaskan kepadanya adalah berpunca daripada niat sesat si pemuja. Seperti yang dialami penduduk kampung di Kuantan, Pahang baru-baru ini, rata-rata percaya kecurian itu bukan dilakukan manusia.


SEPERTI kanak-kanak biasa, Mohd. Amirul Mohd. Zainuddin, 11, gemar bermain pada waktu petang bagi merehatkan fikiran selepas mengikuti sesi persekolahan yang memenatkan.



Justeru, menjadi rutin bagi pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Pandan itu untuk segera menyiapkan kerja rumah sebaik pulang dari sekolah agar tidak ketinggalan menyertai rakan lain bermain.

Namun pada Ogos lalu, dia tidak menjangka aktiviti yang dilakukan setiap petang itu secara kebetulan telah mengheretnya untuk melalui satu pengalaman yang amat menakutkan.



LAKARAN Mohd Amirul Mohd Zainuddin, 11, mengenai toyol yang dilihatnya mengintai di belakang tingkap jirannya baru-baru ini.


"Pada hari itu, saya tidak sabar untuk keluar dari rumah. Siap sahaja kerja sekolah, saya terus bergegas ke halaman rumah jiran yang terletak selang sebuah rumah dari rumah saya," katanya ketika ditemui Kosmo!  di Kampung Baru Pandan 2, Kuantan, Pahang baru-baru ini.
Apabila sampai, Mohd. Amirul memberitahu, dia bersama beberapa rakannya mula bermain sehinggalah tiba waktu senja.
"Ketika asyik berkejaran, timbul rasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu sedang memerhatikan saya dari celah tingkap rumah yang terletak bertentang dengan halaman kami bermain," ungkapnya.
Tambah anak kedua dari tiga beradik ini, badannya juga secara tiba-tiba berasa seram sejuk bagaikan dapat mengesan kehadiran entiti misteri.
"Hati saya berat untuk melihat ke arah tingkap itu tetapi kerana ingin tahu saya cuba memberanikan diri.
"Apabila dipandang, darah saya berderau apabila mendapati satu wajah aneh berwarna hijau, bertelinga panjang, bermata merah dan bergigi tajam menyeringai sambil merenung tepat ke arah saya," ujarnya.



RUMAH salah seorang mangsa di Kampung Baru Pandan 2, Kuantan yang sering berlaku kecurian pelik.




SESETENGAH orang sanggup memuja toyol dan mendapatkan syiling toyol untuk mengaut wang segera.



SALAH seorang mangsa yang mengesan kecurian oleh toyol melalui kesan lipatan pada wang kertasnya.



RAFEAH menunjukkan tempat dia menyimpan duit sebelum hilang dikebas toyol di rumahnya.





Tanpa berlengah, Mohd. Amirul menyatakan dia bertindak melarikan diri dengan pulang ke rumah ekoran terlalu takut.
"Saya sempat jerit pada kawan ada hantu dekat tingkap. Selepas kejadian itu, saya tidak ceritakan kepada sesiapa sehingga emak dan beberapa penduduk lain kecoh mengenai toyol yang mencuri duit di sekitar kampung," tuturnya lagi.
Bisnes lingkup
Sebelum peristiwa dialami oleh Mohd. Amirul, pemilik rumah berkenaan, Roslan Ismail, 42, mengakui dia mungkin mangsa pertama gangguan toyol di kampung itu. Sehingga kini, dia sudah kehilangan puluhan ribu ringgit.
"Saya percaya toyol yang dilihat oleh anak jiran di rumah saya ini sudah mencuri duit kami sejak tiga tahun lalu. Sebelum ini saya tidak percaya, tetapi apabila mengalami sendiri kejadian aneh itu baru saya yakin ia bukan kerja pencuri," katanya.
Mengimbas kembali antara kejadian itu, Roslan menyatakan dia pernah kehilangan wang tunai RM150 walaupun diletakkan di atas televisyen yang ditonton oleh ahli keluarga.
Rentetan kerja toyol itu, dia berkata, perniagaannya lingkup, memiliki hutang keliling pinggang dan gagal membesarkan rumah miliknya.
"Saya sudah putus asa untuk berniaga, apatah lagi wang berniaga dan wang simpanan telah habis dicuri. Saya juga sering bergaduh dengan anak dan isteri sebelum ini kerana mengesyaki itu perbuatan mereka," ujarnya.
Seorang lagi mangsa, Rafeah Wan Abdul Kadir, 59, memberitahu, dia langsung tidak berenggang dengan wang simpanannya selepas mengalami sendiri peristiwa aneh di kediamannya.
"Dalam tak sedar, hampir RM10,000 wang makcik hilang sejak dua tahun lalu tetapi kita tak berani hendak tuduh sesiapa.
"Sehinggalah baru-baru ini, makcik terjumpa kesan tapak kaki kecil aneh sebesar dua jari di atas lantai dan kipas. Sejak itu makcik sekeluarga percaya ia dilakukan oleh toyol," ceritanya.
Dayang Musa, 55, pula berkata, walaupun tidak pernah terserempak dengan toyol, dia mengesyaki wangnya dikebas makhluk halus itu berdasarkan tanda yang ditinggalkan.
"Toyol itu tidak curi semua tetapi hanya mengambil sebahagian kecil wang hampir setiap hari. Contohnya kalau kita ada RM1,800 dia akan curi RM200.
"Tapi saya perasan ia kerja makhluk halus itu apabila dia seperti pandai pula melipat bucu salah sekeping wang yang terikat sesudah mencuri," tegasnya.
Dijaga seperti bayi
Menurut seorang pengamal ilmu perubatan tradisional, Drs. Mohammad Idrus Abu Hanifah, 'salasilah' toyol itu bermula daripada hasil pemujaan bayi yang baru mati. Kubur bayi itu dibongkar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk upacara 'menghidupkan' semula.
"Konsep 'diberi' nyawa itu bermakna fizikalnya digerakkan dengan kemasukan sesuatu yang bukan roh muqaddas (suci), sebaliknya tipu muslihat jin atau syaitan yang mendampingi niat pemujanya.
"Mengetahui ia sudah dipunyai tuannya, toyol itu akan diajar kaedah tertentu kepadanya, khususnya mencuri," jelasnya yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Idrus ini.
Lazimnya, si pemuja adalah di kalangan lelaki yang mempunyai isteri yang belum atau tidak akan langsung dikurniakan zuriat.
"Ini sebagai syarat agar toyol itu berasa lebih dimiliki oleh tuannya dan akan betul-betul menjaganya laksana anak sendiri. Seperti hubungan bayi dengan ibunya, kali pertama toyol dibawa pulang, ia perlu 'disemayamkan' iaitu dibiar tidur bersama isteri si pemuja itu untuk disusukan," terangnya.
'Keakraban' hubungan antara toyol dengan pasangan itu turut bergantung kepada sama ada si ibu memiliki susu badan yang banyak.
Tambahnya, toyol yang mungkin berasal daripada sebentuk janin ini boleh muncul sebesar botol kicap secara perbandingan. Ia hanya ditugaskan untuk mencuri kerana hanya itu yang boleh dilakukan lantaran saiznya yang kecil dan tidak berdaya. Itulah sebabnya toyol tidak dikaitkan dengan perbuatan jahat lain," terang Pak Idrus.
Sebab itulah, seperti kes yang menggemparkan penduduk di Kuantan minggu lalu, mangsa-mangsa kecurian mendapati wang mereka susut sedikit demi sedikit dan tidak hilang semuanya sekali gus.
"Ada juga toyol yang diajar untuk mencuri rokok. Barang kali ia boleh mengambil sekotak rokok, tetapi tidak dengan pemetik apinya sekali," jelasnya lagi.
Jual beli di Parangtritis
Pensyarah Universitas Pembinaan Masyarakat Indonesia, Medan itu juga mendedahkan tentang keanehan jual beli di suatu kawasan pinggir laut bernama Pantai Parangtritis di Jogjakarta.
"Di situ, sesiapa sahaja boleh membeli toyol untuk dijadikan belaan mereka. Harga jualannya adalah berdasarkan usia dan kemahiran mencuri yang diajarkan oleh penjualnya. Sejurus urus niaga, toyol yang dibeli itu akan setia kepada tuan barunya.
"Harga toyol baru adalah sekitar tujuh juta Rupiah (RM2,510) manakala toyol yang lebih 'hebat' mencapai harga 20 juta Rupiah (RM7,180) untuk dimiliki," akui Pak Idrus yang kesal apabila mengetahui bahawa kebanyakan penjual toyol adalah beragama Islam.
Namun begitu, setiap yang diperhamba atau yang dibebani dengan permintaan dan tugas tentu ada tuntutan pulangan. Masyarakat Melayu mempercayai tuan toyol memberi habuan makanan seperti ayam kepada peliharaannya itu.
"Lebih daripada itu, kita bimbang jika tipu daya toyol ini akan membuatkan pemujanya menerima kecelakaan yang mengakibatkan kecederaan ataupun kematian. Tanpa tuan, toyol itu akan bebas dan mencari tempat tinggal sendiri," katanya.
Tambah Pak Idrus, ahli keluarga atau penduduk kejiranan yang mendakwa diganggu toyol boleh menduga kehadirannya dengan menabur kacang hijau di perkarangan rumah.
Apabila diperiksa corak taburan biji kacang itu berubah tanpa disentuh manusia, ia menunjukkan bahawa toyol itu telah bermain dengannya. Dipercayai, sifat keanak-anakan toyol itu membuatkan ia melihat kacang hijau tersebut sebagai permainan yang melekakan.
Usaha menangkap toyol mungkin sukar bagi yang kurang berpengalaman mengenai sifat dan kaedahnya. Namun, gangguan toyol yang hakikatnya jin dan syaitan itu boleh dihindari dengan mengamalkan bacaan ayat al-Quran di rumah.
"Selain ayat Qursi, bacaan surah Thoha juga membantu. Surah Thoha antara lain mengingatkan manusia bahawa setiap yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Tiada syarat ayat itu perlu diulang mengikut kekerapan tertentu. Bacalah seikhlas hati dan mohon perlindungan daripada Allah," pesan Pak Idrus.
SUMBER (KLIK)

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND