24 Oktober, 2017

MUKTAMAD HANYA DIPENJAGA GARISAN?

Sebaik jer tengok Game Bola yang senget sebelah walaupun belum habis masa Mood mula hilang tah kemana. Apa taknya insiden ditonton oleh semua keluarga termasuk anak-anak yg ada bersama. Malu diperlihatkan betapa keadilan tidak semua mahu dipertegakan hak yg benar...

Menjadi kebiasaan selalunya teman maleh melayan visual begini, apatah lagi anak-anak terus mencapai tel dan terus tak memandang layar TV yg sdg hangat satu Malaya... TV pulak yg tengok kita sekalipun game masih belum habis...Elok dikalihkan siaran supaya anak-anak tidak dipertonton satu keputusan yg sangat-sangat tidak adil bila gol penyamaan dinafikan tanpa sebab yg benar...

TV pulak tidak pulak nak perlihatkan semula tayangan semula jaringan dari pelbagai sudut sepertimana JDT dapat Gol sebelumnya sebaliknya pertontonkan wajah Ref dan penjaga garisan yg bersembang tah apa topik yg mmg kita tak dengar seperti perlawanan hoki ataupun terkini sepak takraw yg noleh kita dengar perbualannya.... biasalah PENGADIL KAN MUKTAMAD... walaupun sebenarnya ayat yg sedap dihalwa telinga PENGADIL KENA ADIL...

Apa lagi menunggu tayangan semula jaringan dari pelbagai sudut yg tak ditayangkan... seluruh Malaya tertanya-tanya dan akan buat kesimpulan sendiri terutamanya siapa yg kita fanatik menyokong. Soal kepuasan lebih utama sekalipun sebagai umat tegakan kebenaran dilupakan sebentar janji blh ke final apa cara sekali pun. walhal semua mata yg melihat tau apa yg salah dan yg benar tapi tak akan bersuara demi kepuasan hati diutamakan dulu.

Tak ada kah yg melihat atau dipadang itu sendiri yg berani pertahankan kebenaran dan memperlihatkan betapa ada jugak walaupun seorang berani kerana mahu kebenaran dituntut. bukan seorang puluhan ribu yg hadir termasuk pemain sendiri tidak kah mahu pertahankan apa yg benar?

Sehingga sekarang masih sunyi dan nampaknya tak ada yg boleh perkatakan ttg kesilapan yg patut dimohon maaf dan disesali. Sudah terlambat sebaik sahaja gol persamaan dinafikan sudah tentu dari segi semangat dan hilang kawalan pemain akibat peristiwa yg berakhir kukuh dgn MUKTAMAD pengadilan sekalipun ada kesilapan ego atau dorongan jangan sekali berubah. itu KEKAL dan WAJIB teríma sebagai BENAR.

Sebelum teman terus melalak dan mula dgn pelbagai sindiran tajam dalam medium Maya. kebiasaannya teman akan tukar jer siaran lain... biorlah game masih belum habis... sebabnya Teman ada banyak kengkawan dan sedara mara dari Johor yop! Nanti berbalah pulak hanya kerana ke egoan seorang penjaga garisan yg perlu dipertahankan... demi kepentingan masing-masing.

Bila teman kalih ke siaran lain sehinggalah teman tengok perlawanan Hoki bila Malaysia menentang Korea. Terdiam teman bukan sahaja kerana kesungguhan pemain sebàliknya mutu pengadilan dalam perlawan Hoki lebih jauh baik. bukan sahaja Hoki malah takraw pun makin baik dengan càra pengadil membuat ketentuan atau menetapkan keputusan termasuk playback kejadian sebelum buat keputusan MUKTAMAD bukan bergantung kepada mulut penjaga garisan.

Apalah Hebatnya Bola yg sampai kita dipertontonkan betapa rakusnya orang besar berebut jawatan dan saling bertelagah. Apalah mewahnya bila dikaitkan pembayaran yg tinggi melambung, Jumlah pembangunan yg melibatkan jutaan ringgit. Apalah Gahnya sukan tumpuan nombor satu dinegara yg melibatkan kos besar dan puluhan ribuan penonton dan peminat kalau mutu pengadilannya jauh ketinggalan dari sukan lain seperti Hoki ataupun Takraw sekali...

Takda ker yg berani utk pertontonkan kepada ribuan yg hadir tentang kesilapan tersebut sekalipun pemain itu sendiri demi berkata BENAR?

Apa pun insiden tersebut sedikit sebanyak ada kebaikannya jugak bila perlawanan Akhir nanti mungkin agak sukar berlaku bila insiden semasa perlawanan lepas disedari oleh penyokong-penyokong sudah nampak betapa pengadilan dan memang memanjang senget.

Tapi sapa tau... kot jadi pekara yg sama pulak dgn Kedah? Chittt... takda sorang pun yg ada atas padang berani dan ikhlas berkata benar... Apa ada yg rugi atau takut nanti rugi?

22 Oktober, 2017

KISAH ANAK MUDA DI TESCO STATION 18

Teŕsentuh jua hati nie...
Hari nie luangkan sikit masa makan bersama keluarga dlm Tesco Station 18 jap. lepas makan family nak beli barang sikit kat dlm tesco. Teman amik keputusan duduk dan tunggu kat Food court jer... maleh benor nak join...

Dalam menung nak ngabiskan nescafe tu tu mula perasan kan seorang anak muda umur dlm 20an kot. walaupun muda teman rasa respek juga bila nampak dia pegi meja ke meja menyusun pingan mangkuk yg telah ditinggalkan pelanggan..

Dalam usia muda begini dia sanggup bekerja angkat pingan dalam shoping center yg rasanya anak muda tak akan buat begitu. apatah lagi rakan kerjanya bangla (yg pakai uniform t shirt merah). Tapi pelik pulak kenapa pulak dia pakai baju t shirt biasa dan jeans jer. teman mula agak dia nie mgkin baru bekerja kot. Lagi pun ini baru teman nampak muka dia..

Dalam rasa agak ganjal teman terus perhatikan anak muda nie. Sehinggalah teman nampak bila dia menyusun pingan   gelas atas meja teman agak terkejut bila ada lebihan air dlm gelas dia akan minum... begitu juga lebihan makanan dia akan makan... yg tak habis dia akan makan dan minum lebihan pelangan yg ditinggalkan...

Sebab nak tahu dan terpanggil kalau mmg dia dahaga atau lapar lalu teman panggil dia. Bila dia datang teman terus cakap adik nak makan atau minum ker? Pakcik belanja... Takpa pakcik... takpa... takpa, saya taknak... saya ulang lagi betui nie, pakcik belanja... jangan risau. takpa... takpa pakcik tetima kasih lalu dia berlalu pergi...

Bila bangla yg lalu mengutip pingan dgn troli lalu dekat teman teman tanya bangla tu ttg budak tu kerja sini ker? dia kata tak betui orangnya... sambil jari tangan diputar-putarkan tepi telinga...

Masya Allah... Ya Allah kau peliharalah anak muda ini jika dia jujur dan ikhlas maka kau limpahkan rezeki utknya. jika dia benar tidak waras maka kau peliharalah dia dan kembalikan hidupnya seperti anak-anak muda yg lain. kita tak tau mgkin ada kisah lain yg jadikan dia begitu...

Amin yarabul alamin...
#gengPCT

16 Oktober, 2017

BILA BLOGGERS DAN TROOPERS MULA JUAL PELIKAT ONLINE!

TERPANGGIL DAN JUJUR MENJAWAB!
TENTANG CYBER TROOPERS : Tak salah siapa pun. Melihat perkembangan sesetengah dema yg bekerja keras utk pertahankan Negara (bukan Negeri) dan PM kesayangan Rakyat. Nampak gerakannya serta spt biasa lah. ada yg aktif dan sebaliknya ada juga yg nak ambil kesempatan mencelah menampakan baik walau sekalipun takat 10 like dalam maya... sekelumit darinya sembang kencang dan konon kenal semua org besar dan dikenali sbgai troopers hebat... itu mmg biasa...

Apa pun teman ucap tahniah atas usaha sekumpulan yg gigih membentuk dari amanah dan tanggung jawab sehingga terbentukanya  dan mula dirasai kehadiran mereka. Melihat dari pencapaian bukan mudah weh... teman dah rasa tuh. soal utama jika takda sokongan dan kewangan mmg bakal knok out dan bungkus.

Sepekara lagi amanah... jika kita yg amanah tapi yg lain apa lagi yg duduk diatas tak amanah. kita yg pastinya kena tuju. memang sukar membentuk jika jiwa perjuangan nir ada pulak yg diatas ada jiwa lain. jiwa kantong dema nak kena penuhi... tu sebab teman kata dema nie bagus dan usaha cekal sehingga kini sudah terbentuk amanat dan amanah negara (bukan negeri).

Berbuih mulut dah teman katakan soal cybertroopers (yg nie Negeri) Tapi penghalangnya banyak. kantong tergantung krna penuh dulu sebelum kita dapat percik yg tiris... yg itu lah bagai titik air yg nak kita upayakan utk satu division pejuang yg sdg kehausan di tengah-tengah padang Pasir ketika dalam medan perang... 
Soal senjata pulak itu kemestian. tak kan nak perang guna tongkat atuk berdepan dengan dema yg berpistol dan mesin gun. Jadi dah betullah apa yg dema bekalkan tu mmg patut (Negara yer). Apalah sgt kalau nak dibandingkan dgn RBA yg mewah segalanya... bukan susah pun nak biat kerja fitnah nie pun....

Berbeza dgn Negeri... jangan mimpilah. Bateri hand phone yg third party pun macama maricale... hahaha. Sasau kalau berangan tahap tu. Mgkin budget tak cukup sbb keutamaan utk tuan besar dgn Model hand phone baru yg canggih nak keluar ipong 8. ler Oppocot yg kalis air ler... dan macam-macam lagi gadget baru yg selalu kita lap air lior masa tgk di Pesta IT Fair...

Tu belum lagi kereta model baru.... laptop model baru... dan macam-macam lagi utk big boss Media kita pakai yg kita kena simpan atau telan sedalam-dalamnya. anggap jer ais tak kan cayor yop!

Biasalah jugak mgkin ada diantara dema yg dapat senapang tak guna utk perang tapi guna tembak tupai dan merpati. Itu jenis cyber trupa 10 like...
Apa pun usaha membentuk nie dah berhasil. Terbaik dan tahniah! yg hanky panky tu jangan la amik tahu sangat. dah biasa lah fungers yg ada.

Hari ini kita lihat PM kesayangan kita dan Malaysia tak blh lagi diperlekehkan dan dipermainkan. Hasil usaha kumpulan ini menampakan hasil yg baik dan mantap (Negara yer bkn negeri)....  kita doakan mereka terus pertahankan DS Najib Tun Razak terus utuh bertahan dan perjuangan diteruskan selama-lamanya ...

Tetapi dari awal lagi jugak teman ingatkan ttg usaha murni kumpulan ini sedikit sebanyak akan dapat musibahnya dari tuan besar yg kantung godang nie (Negeri yer) Mmg akan jadi satu isu. sementara RBA komeng dan koncu mengatur pelbagai serangan teratur terUTAMA dari negeri ROKET yg mendominasi cyber evil yg akan serang tak kira pahala dan dosa macam kita tak sanggup lakukan.Tanduk beb makin bertambah... kalau hancur pun sesama rakyat dema apa peduli.... noth'in to loose...

Kenapa boleh jadi macam tu? Sebab banyak sangat hantu tenggek a.k.a @ tuan besar kantung besar nie la... Sebagai tuan BESOR MEDIA dema peduli apa ttg negeri! Dema tumpang bertenggek jer kat group cytro PM. Tamu 1st kelas kat yg ada jenama printing yg ada kamera besar.... ttg cytro pegi mampus la... buat letih dan buang karen jer kalau dibandingkan lagi penting impian clever guys dgn impian samunan... sebelum lingkup carik selagi boleh utk penuh kantung. janji jgn lingkup kantung kalau PRU nak lingkup pun bior ler...

Dah betul la group yg buat kerja utk PM dan Malaysia. Tapi bukan utk Negeri atau tuan Musat yg sedang tenggek dgn usaha dema selama nie. Kalau ada serangan  dema pakat tunggu group nie menjawab manakala cytro negeri yg berperang sudah beberapa kali perang secara marhain dan tak dapat apa-apa ataupun kena kencing byk kali nie dah mula mrnyampah dan start jual jagung dan kain pelekat dalam wall perang dema.

Tu sebab bila disini bila RBA Komeng serang isu pengundi hantu. fitnah  nie terkial-kial Negeri nak jawab. segala press pun sepi jer. mana dada alhbar paper yg lantang mrnyanggah? Halo nie baru roket BA strat injin jer... dah nyelap tenggelam timbul. Guling pering nak menepis nyer... tenggek lagi...

Jadi teman saran kan kat group yg pertahankan PM teman yg juga PM kesayangan komer... Terus Pertahankan PM, isu nasional dan Negara sbb kalau tak bala nya ke komer jugak dek kerana Tuan Musat yg sdg mebunuh rakan sepejuangan komer jugak.
Tentang dema jgn risau dema tak kan ngocah sbb dah nampak dema cybertroopers mula fokus jual jagung dan pelikat kat wall perang dema.

Apa pun teman nak khabokan. kat tempat teman jer. mgkin negeri lain tak macam nie. Only in perok jer kot? Wallahualam...

IKLAN JAP : Sesiapa yg minat carik T shirt, Printing, Camera DSLR dan Gadget camera, Laptop 2nd HAND PM tepi yer... nak beli mesin tebu pulàk ... Ais tak cayor beb! power punya!

#gengPCT
#Airtebuaistakcayor
#TahniahGengDSNajibTunRazak


10 Oktober, 2017

SIAPA YG BODO? OH MALAYSIA KU...

Melihat apa saja kebaikan dgn meletakan keburukan kerana mahu rakyat susah dan berhasad dengki dan busuk perut sesama sendiri... jadi apa saja... yg diceriterakan atau dihikayatkan adalah andaian atau persepsi buruk ttg apa saja yg Negara sdg lakukan utk kebaikan maupun utk kebaikan RAKYAT. tak boleh lurus, kona selagi boleh janji persepsi MELEKAT dijiwa rakyat....
Seolah-olah lansung tiada kebaikan terlaksana
Seolah-olah negara dihuni RAKYAT yg menderitta kelaparan
Seolah-olah Rakyat paling mundur dlm dunia berkaki ayam lagi
Seolah-olah Rakyat paling bodo senang dilembukan mereka dgn apa saja dari mulut dan busuk perut mereka yg ada....
Longgok segala buruk utk meletakan perasaan curiga RAKYAT Kepada Negara...
Dalam sasaran atau target kaitan IMAM pula yg penting mereka mesti lahirkan umat yg tidak bersyukur dgn nikmat malah mahu mereka mewarisi sikap tak cukup-cukup dan mahu datang bergolek seperti kaum luth...

Ini yg teman nampak mgkin ada perbezaan atau mungkin setuju dgn teman... Apa pun sudah nampak kejayaan kumpulan yg diketuai ROKET walaupun yg cukup ketara sebilangan kecil sehingga sanggup mereka dijadikan sebagai bahan viral kononnnya kisah kejam ini terjadi di Negera kesayangan Teman ... oh MALAYSIAku...

Mungkin ramai yg tak nampak
Mungkin ramai juga yg sedar lama dah...
dan yg tak mungkin tak sedar tapi buat-buat tak sedar...
Tapi secara peribadi teman... tak mengejutkan, kerana mmg begini cara komunis menawan, kalah membunuh puas-puasan dlm berperang, maka menawan cara halus janji menang paling penting.

Soal lain tak perlu risau atau rugi...
Soal Negara hancur, bukan negara dema...
Soal musnah keamanan, bukan mereka yg mendidik...
Soal Saliturahim yg ada, memang dema tak  hingin pun...
Kalau nak musnah sehingga jadi debu pun, Apa dema peduli!
bak kata dema ler... Mo man thai, No Problem, Nothing to lost beb! Talak rugi ma!

°Jadi apa saja cara boleh halalkan, kalau boleh NGAM lagi elok dapatkan macai yg boleh jadi contoh setuju benor dgn car dema, Rakyat, Bekas Pemimpin, Legand Negara, Perupa ulatmak... Apa saja... janji macam cermin yg boleh ditunjukan sebagai bukti betapa Marhain nya perjuangan pancung kepala yg sdg dilakukan dema... bukan kata ketayap atau songkok, kalau pakai jubah pun Roket sanggup buat.

Tak disuruh pun... dah status naik mimbar dan khutbah...

Jadi... nampak tak? Tu sebab fitnah dan lempar didepan mata tetapi sebaliknya lagi besar kerja dibelakang yg disembunyi dan disenyapkan. Selagi Rakyat masih tak sehijau perut dema maka belum blh guna ayat selesai...

Sebaliknya tak dinafikan juga ada juga rosak didalam... banyak yg sekarang tgh menunggu habuan bagai tunggu ais tak cayor lagi. Ada golongan yg tgh menunggu habuan kalau ada kejayaan yg akan diraih nanti. selit la mana-mana bucu atau bawah lapik janji dilihat kononnya sebaris pejuang dan martabatnya tinggi spt mereka yg sdg perjuangkan negara dan membangunkan rakyat dengan kerajaan yg ada....

Kena highlight sikit ttg perjuangan... tunjukan sikit bagaimana semangat juang yg  tinggi! Keluar masuk parti boleh dianggap sebagai pemimpin yg didahagakan negeri dan negara walaupun soal kesetiaan dan pengkhianatan dulu memang tiada ampun selain hujung nyawa.
Itu dulu la beb! sekarang lu la HERO!

Bab kenapa kemerosotan Rakyat tidak memihak Kerajaan. Boleh jer salahkan pengundi atau adakan kononnya trend yg blh diadakan sebagai sebab atau punca kemerosotan undi...
Kehai nya ramai yg muak muntah kerana golongan ini dalam kerajaan.

Dabik dada, sembang tinggi berganda-ganda lebih tinggi kelangit dari YB dan Menteri yg sedang berpeluh satu badan membantu dan menaikan kembali nasib rakyat. Dema lagi besor jasanya sampai wajib beliak mata RAKYAT kalau nak memuji ampu.

Dan sebab dema lah yg sebenornya RAKYAT malas nak berurusan dgn kerajaan. GETEK dan muntah monggek dgn muka dema yg jawapannya jangan harap boleh lepas dapat jumpa YB atau menteri. Titik akhir kat dema jer. jadi tak heranlah mula salah atau tukar pangkah masa ngundi...
Errrr... Halo... ada lu masuk salah satu punca dlm list hilang uNDI tàk?

Apa yg dapat disimpulkan teman sama saja... yg penting kita menjadi rakyat atau umat yg bersyukur dgn nikmat Allah swt.
Komonla beb, komer tak da mata dan hati ker tgk Rohingnya.

Pasai pencakau yg menyelit tu jgn peduli...Nanti dema tau jugak akhirnya bila mulut senget dan jalan meleret kaki. Kita doakan supaya kesedaran lebih awal sebelum musibah.

Apa pun sebagai RAKYAT tanggungjawab kita menjadi pemilih kepada kerajaan sedia ada yg berusaha membela Rakyat. Jangan sesal kerana negara Hancur kerana kita diantara mereka yg menafikan hanya kerana membalas dendam. Soal takdir biar Allah swt menghukum...

Yang penting kita kena sedar jangan sesekali kita dipergunakan #PHbodohlembukanRAKYAT
#gengPCT

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND