Memaparkan catatan dengan label Dr Zambry Kadir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Zambry Kadir. Papar semua catatan

17 Mac, 2014

HANYA SEKEPING KAD...


Bro... Bro memang anak Derhaka! Itu lah ayat dari seorang sahabat membuatkan teman tersintak. Satu ketika dahulu memang ayahanda teman orang yang paling kerap menalipon teman bertanyakan keputusan  kes DS Dr Zambry Bin Hj Abd Kadir samada menang atau kalah bila dia dicabar oleh Pakatan Rakyat di makamah tentang Jawatan Menteri Besar ketika itu.

Dimasa yang sama teman dan seorang lagi rakan Bloggers ada kerja di Utara, Bloggers AP pernah menyuarakan kepada teman, kenapa teman macam tak senang bila ayahanda teman asyik menalipon teman? teman katakan kepadanya yg ayah teman tanya menang atau kalah Dr Zambry dalam keputusan Makamah, abih tu dah bagi tau ker? teman kata dah... dah bagi tau bila dapat info dari sahabat bloggers lain yg sedang mengikuti keputusan makamah secara lansung disana, 'abih tu kenapa lagi bro...' 'Ayah teman suruh singgah kampung dia buat doa selamat di suarau kampung pasal MB menang kes sebagai Menteri Besar Perak...'    

ayah memperlihatkan gambar beliau semasa askar 1951


Disitulah terpacul ayat anak derhaka oleh sahabat teman tadi, dia banyak menyedarkan teman tentang kesilapan yg amat besar yg teman dah lakukan.  teman masih ingat lagi ayat yg membuat teman termangu seketika, ketika dalam perjalanan pulang ke ipoh dalam kereta...

Bro... Memang lah bapak lu kenal dengan MB, tapi siapa pula dia dengan MB? MB kenal ker dengan bapak bro? Dia buat doa selamat bila MB menang bro... lu ingat semua manusia ada ingat macam nie ker? semangat pejuang bapak bro memang tinggi sekali pun umurnya dah mencapai 80 tahun, bro patut malu dengan bapak bro... 

Masya Allah... terlena kejap aku soal sebesar ini pun tak disedari, astagfirullahalazim... macamana teman tak pernah terfikir tentang hasrat seorang ayah... terdiam sekejap teman bila disergah dengan persoalan sahabat teman nie... Ok bro teman akan buktikan satu hari nanti MB akan kenal dengan ayahanda teman... in Sha Allah. Disitulah teman mula bernekad untuk berusaha mendapatkan MB bertemu dengan ayahanda kesayangan teman. sehinggalah tiba hari adik bongsu teman yang nak kahwin. 


Itu berapa lama yang lalu, mungkin beberapa tahun yg lepas, kebetulan sedang kami sekeluarga dan orang kampung bermesyuarat mahu mengadakan kenduri untuk adik bongsu teman atau waris akhir yang akan berkahwin pada 22hb dan 23hb Febuari lepas, Ayahanda teman pernah menyebut  'mana tau Menteri Besar nak datang, jadi kita sebagai JKKK kampung kena siap sedialah...' mungkin itu gurauan ayahanda teman yg sebenarnya membuatkan teman teringatkan bahawa janji teman pada sahabat AP teman yang lalu, dan semasa teman menghantar kad menjemput ke sahabat teman (AP) lagi sekali dia bertanya, jemput MB ker?..

Teman sekadar mengangguk tanda akan jemput MB, bagi teman inilah peluang yg teman ada, bermula dari hari tu teman memang resah bila bagaimana  mahu menjadikan impian seorang ayah yg sudah pun berumur 80 tahun? Teman nekad...  keesokannya dengan berbekalkan sekeping kad teman terus ke pejabat Menteri Besar Perak yg kebetulan sesak dengan wartawan kerana dimasa yg sama juga diadakan mesyuarat Exco negeri, teman terus berjumpa dengan PA beliau dan terus menyuarakan jemputan ke Kenduri Kahwin adik bongsu teman, sebelum itu teman sempat mencatat sedikit memo yang diantaranya menyebut bahawa bapa saya seorang pejuang, DS adalah idolanya dan beberapa pekara tentang ayahanda teman...

Kebetulan juga teman tak membawa sampul surat dan minta rakan teman di sana kalau ada sampul surat, bila dah terdesak sampul surat yang terpakai jer yg teman guna untuk meletakan memo teman kepada Menteri Besar... hehe kalau di ikutkan nak mintak kerja kompom ler tak dapat.... sampul surat pun keronyok kata orang perak...


Setiap hari demi hari teman berdebor... datang ker tak? itu persoalan yg timbul dalam benak hati teman, kalau dikhabor kan mau satu kampung kecoh, pulak kalau tak datang pulak macamana pulak nanti, malu sekampung dibuatnya, bukan senang  nak hilangkan rasa meluat pulak dema bertahun lamanya nanti, teman pasrah jer... sekadar mengharap keajaiban bakal terjadi, malah lansung tiada ada persiapan untuk VIP samada sambutan sehinggalah jamuan dan lain-lain. 

Siapa sangka pada 23hb Januari, 2014 Jam 11.45 pagi terpacullah hamba Allah yg selama hari ini dihina sebagai Black matelik, kononnya sombong, tidak hiraukan rakyat dan pelbagai lagi yg dilontarkan keatasnya. Kemunculannya bersahaja dengan sebuah kereta sahaja tanpa ada VIP pengiring. Allahuakbar... inilah hari yg paling mengembirakan teman apa lagi ayahanda teman bila melihat teman sorang diri pergi menyambut DS Dr Zambry Kadir, Ayahanda  teman nampak termanggu bila melihat orang yang pernah dia banggakan didepan mata, tak hairanlah seluruh penduduk kampung jadi riuh dengan kehadiran Menteri Besar ke kampung teman. 
Datang seorang....
Lebih sejam setengah Ds Dr Zambry melayan kerenah ayahanda teman, mellihat persikitaran rumah malah melihat gambar-gambar semasa ayah teman menjadi askar dan juga paling membanggakan gambar semasa ayahanda teman berkawad bila kita mencapai merdeka pada tahun 1957, diding rumah ini sudah memang menjadi muzium mini ayahanda teman kepada sesiapa sahaja yang datang berurusan ataupun menziarahi rumahnya, MB juga melayan kerenah semua penduduk kampung yg mahu bergambar malah dia juga melayan ayah teman makan semeja dengan nya... 


Teman nak ucap ribuan terima kasih kepada Menteri Besar DS Dr Zambry bin Haji Abd Kadir yang menunaikan permintaan atau pun hajat teman sekeluarga terutama Ayahanda yg pernah melahirkan Hasrat dan harapan dengan kehadiran MB ke Majlis Perkahwianan adik teman, dia lahirkan hasratnya mungkin secara kebetulan dalam Mesyuarat JKKK yg sebelumnya. 

Bergenang airmata Ayahanda teman ketika berehat selepas semuanya selesai dan melahirkan Kegembiraan...ketika menunjukan kakinya yg bengakak tanpa disedari... 'Ayah cukup seronok hari nie, sangat suka bila semua adik beradik kita (kepala keluarga) hadir, ada yang dah lebih 40 tahun tak jumpa pun datang, Memang tak sangka MB pun datang, dia siap layan ayah makan semeja dengan dia, sendukan nasi letakan lauk dalam pinggan Alhamdulillah... Ayah seronok sangat hari nie...

Rasanya tugas atau harapan teman dimakhbulkan.. itulah hadiah yg mampu teman buat. sebagai hadiah yang paling istimewa untuk ayahanda kesayangan teman, melihat kepada kegembiraan Ayahanda teman rasanya itulah kegembiraan paling besar dan tidak mungkin dilupakan dengan kejutan dan kehadiran MB secara peribadi di majlis kenduri kahwin genarasinya yg terakhir...

Kalaulah Ayah atau teman sekali pun menutup mata... rasanya tertunai sudah harapan seorang Ayah dan  menyempurnakan Hasrat seorang anak demi ayahanda tercinta...

Terima Kasih... Datuk Seri Dr Zambry bin Hj Abdul Kadir... teman tak dapat nak membalas jasamu... jiwa pemimpinmu, sentuhan ini yg dinantikan oleh mereka sebagai rakyat dan pejuang seketika dahulu...

03 Disember, 2011

BUKAN KALI PERTAMA (DI SG RAPAT. GOPENG) SI BANGKAI NGA KOMENG PERNAH CACI MB PERAK DAN FATWAKAN ORANG UMNO KAFIR SIPENTAS PAS!

Si BANGKAI NGA KOMENG caci Menteri Besar Perak Ds Zambry Kadir sebagai Hitam Matelik bukan kali pertama, malah dari tahun 2009-2010 dia dah caci dan mengelarkan Ds MB Perak sebagai HITAM METELIK! Lebih anjing lagi bila si bangkai ni turut keluarkan Fatwa dan di sahut  laungan Takbir oleh pencacai DAP yg tentunya kita tahu PAS dengan perjuangan menghancurkan Bangsa melayu itu sendiri, seperti biasa juga Di pentas Ceramah Perdana PAS tempat caci - maki, Fitnah - hina serta pergunakan islam si Bangkai ni dapat laluan.
Sekupang pernah posting malah siarkan rakaman Nga Komeng caci dan mengelarkan MB sebagai hitam matelik malah fatwa kafirkan oarng UMNO. Demi Tuhan teman dan beberapa rakan menyelinap masuk dan merakamkan ucapan beliau di pentas PAS yang terletak di GOPENG! bukan sekali bab ceramah maki hamun serta gunakan hadis dan nas serta menhuraikan ikut kepala bapak dia, malah paling keji dan bangsat Orang PAS yang bagi laluan dikebanyakan ceramah mereka. Video diatas adalah rakaman teman bila dia mengatakan Ds Zambry sebagai hitam Matelik malah bagai seorang ulama pujaan PAS dengan Fatwakan orang UMNO itu Kafir dan dia pula ulama paling tersohor mewajibkan PAS kena akur walaupun belum dikhatankan si Bangkai nie. Artikel ini pernah teman postkan pada laman blog teman sebelum nie (KLIK SINI ) bertarikh pada 23hb Julai 2010 jam 4.20 pagi
Begini senang dan mudah Dia Minta Maaf yang kononnya tak perasan tersebut dan tidak bermaksud menghina? Kepala toya lu! yang tahun 2009 - 2010 tu apa cerita, tak perasan jugak ker?  Memang Bangkai sikafir ni yg dijulang oleh PAS tukang ketawa bila dia memaki semacam puas hati bila Susah nak meyakinkan rakyat. Semata-mata menghalalkan cara serta kepuasan nafsu bila kecewa PAS tak mandapat tempat dihati rakyat! Demi menghalalkan cara sampai sanggup bersekutu dengan sifat dan amalan syaitan sebagai penderhaka kepada bangsa! Dah kalau begitu mudah mintak maaf dengan senyum perli adalah halal dan digalakkan dalam islam... maka bolehlah Orang lain mengharam jadahkan Tuan Guru, musyidol, serta semua pemimpin dema ker? Kita maki dan cacikan pemimpin mereka sesuka mulut kita nak sembur... Diharam jadahkan, di baruakan, dikimakkan, dibabikan atau apa-apa yang nak kita cercakan sesuka hati kita, lepas tu kita mintak maaf dan kata 'Nanti saya semak balik dengan tengok Video kalau saya ada mencaci, mungkin tak perasan kot'  lepas tu panggil Akhbar suruh orang kuat jumpa dan mintak maaf bagi pihak. Tak ker Haram Jadah punya orang. 
Habis tu macamana pulak yang datang mendengar dan bersembang di kedai-kedai kopi menyambung caci oleh Alfadil ustaz khalifah Nga Komeng? Bagaimana pulak bangsa melayu yang dah ko bangsat dan hina kan pulak? bagaimana hati rakyat yang marah dengan ucapan mencerca bangsa melayu sendiri? Bagaimana pulak dengan Pencacai yang taksub dan menjadikan rosak pemikiran bangsa melayu serta akidah islam?
Pada teman mohon maaf tu sebagai gimik jer! teman rasa bangsa tak boleh terima dengan mohon maaf beliau begini. nampaknya bukan minta maaf tetapi menyindir terutama mahu memperlihatkan betapa dia berjaya menghina bangsa melayu dan islam  dengan memperlihatkan betapa melayu itu memang bangsat dan pencacai bila dicontohkan Melayu Angguk seperti PAS dan PKR! kalau benarlah dia memohon maaf dan ucap dengan Jelas dan terang kenapa dia juga pernah menyebut perkataan Hitam metalik, haram jadah dan kafirkan umat islam lain, Apakah dia akan mengulangi kemaafan dalam isu ini di setiap pentas ceramah terutama PAS, bukan itu sahaja malah dia perlu bertanggung jawab meminta PAS supaya jangan eksplotasikan serta amat tidak di bolehkan dalam islam, mohon maaf disetiap ceramah sibangkai ini tak kira ler dimana-mana termasuk dalam tokong sendiri demi merasa kesal dengan tindakkan dan perbuatan nya seperti Anjing Kencing merata-rata. Teman tetap tak percaya dia ikhlas, kalau komer tak caya cer tengok nanti dipentas-pentas ceramah, sudah tentu dia pusing cakap malah kaum seharam jadah dia pulak yang akan mengulangi sifat haram jadah Alfadhil Alustaz merangkap ulama si bangkai yang tak potong kulup nie!

Opsss, Nak ucap tahniah dengan rakaman Video Si Nga haram jadah oleh Panglima Hitam @ pemimpin hadapan, akhirnya Rakyat tahu apa sebenarnya! Pesan Teman yop, TEMAN PAHAM MIKER TENTU ANGIN SEBAB MIKER YANG RAKAM TAPI SEBALIKNYA PK PULAK DAPAT NAMA, SIAP DI WAWARKAN DALAM BERITA TV LAGI HAHAHA... biorler yop, janji miker jangan jadi bloggers SUSU LEMBU PUNYA PASAL TETIBA NESTLE PULAK DAPAT NAMA! AHAK AHAK!!!

21 Julai, 2011

PERAK CYBER TROOPERS : TIADA RUANG UNTUK KAKI BODEK!

PCT (Perak cyber Troopers) Semalam, Membuat Resolusi dan ketetapan bersama menyokong diatas kenyataan Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir merangkap Pengerusi Barisan Nasioanal negeri Perak tentang penyataan beliau bahawa tiada RUANG akan diberi kepada KAKI BODEK yang memasang strategi dan angan-angan dengan sentiasa mengikut Program-proram  beliau terutama Bersama rakyat dengan harapan dapat dicalon di PRU 13 nanti. PCT amat bersetuju dengan pandangan Dr Zambry bila menjawab soalan wartawan pada 19hb lalu beliau tidak akan TERPENGARUH  atau ‘TERMAKAN’ dengan cara individu yang mendampinginya dengan harapan dipilih sebagai CALON' dengan mengambil kira salah satu punca kekalahan dibeberapa kawasan adalah kerana CALON yang tidak disenangi Rakyat dan tidak BUAT KERJA serta tidak disenangi Rakyat, sebaliknya bertindak mengkhianati Calon seangkatan  dan BN bila tidak terpilih.

PCT juga merasa lega dengan kesedaran Beliau bila diminta mengulas kecenderungan segelintir pemimpin politik yang kelihatan semakin KERAP HADIR ke MAJLIS yang dhadirinya termasuk Program turun padang bersama rakyat  yang dipercayai ada kaitan dengan bahang Pilihanraya umum yang semakin dirasai.
Mengenai keluhan rakyat ada ahli politik ‘KACAU DAUN’ dengan tidak member peluang mereka bermesra dengan Menteri Besar ketika Program turun padang termasuk ketika waktu makan . Zambry berkata beliau memahami Masalah  tersebut.

SEHUBUNGAN ITU KAMI MENGAMBIL KESEPAKATAN DENGAN SEBULAT SUARA SEBAGAI BLOGGERS YANG MEWAKILI SUARA DAN PENDIRIAN RAKYAT BERDIRI UTUH DAN MEMPERTAHANKAN PENYATAAN DS DR MENTERI BESAR TERSEBUT. PCT MENGAMBIL KIRA AMAT PENTING TENTANG  PERSOALAN INI KERANA SOAL CALON JUGA MENJADIKAN PUNCA DIANTARA KEGAGALAN DIBEBERAPA KERUSI YANG DITANDINGI SEBELUM INI DI PRU 12. 

PERAK CYBER TROOPERS
SAF PERANG CYBER PERAK DARULRIDZUAN

Sekupangdua mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada PCT kerana berani dan menyedari kesilapan lalu yang tidak patut diulangi menjadi salah satu punca kekalahan BN. lebih menyakitkan bila jenis PENTING TEMBOLOK dema ni siap bawak penyokong. lagipun telah terbukti dibeberapa PRK bila kemenangan BN bila calon yang boleh menang (winning candidate) seperti saranan DS Najib Tun Razak  sebagai Perdana menteri dan DS Dr Zambry Menteri Besar Perak,
Disini juga sekupang siarkan pendapat diantara blogger-blogger PCT yang lain: (klik nama untuk ke blog dema)
AWEKZ BUKIT GANTANG : Calon kali ini mestilah yang Boleh Menang atau Winning Candidate seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar, malah dibeberapa PRK sebelum ini telah terbukti bila Rakyat sebagai pengundi telahpun kembalikan semula harapan mereka diatas kertas undi dengan kemenangan BN yang lalu. Calon-calon tempatan juga perlu diambil kira dan diberi perhatian kerana mereka cukup faham dan arif dengan keperluan pengundi serta dikenali masyarakat.
KAMUNTING CENTRAL : Jangan Ulang lagi kesilapan lalu, jangan beri peluang lansung pada kaki bodek ni, RUGI BESAR sebab jika mencalonkan mereka bermakna kita (BN) menempah kekalahan dari awal-awal lagi.
TOPAN ALAM : Setuju sangat bro, CALON pilihan RAKYAT  atau Winning Candidate terbukti telah menjadi igauan burok pada pembangkang bila kalah teruk sebelum ini di PRK dan terikini di PRN Sarawak Contohnya PKR yang bertanding Kerusi yang paling banyak di Sarawak sebanyak 49 kerusi dan merupakan TSUNAMI yang lebih teruk dari BN di PRU12 lalu bila hanya memenangi hanya 3 kerusi sahaja. Itupun dua calon kalah kerana tidak disenangi Rakyat, manakala satu lagi ialah kerusi Baru Bian yang mahu diangkat sebagai CM dan ketua pembangkang jika memenagi PRN Sarawak. dia menang pun dengan majoriti seratus lebih sahaja yang boleh dikira NASIB
BUDAK BENTENG : Kenyataan PCT adalah sebagai satu AMARAN dan kita nak bagi tau mereka lah penyebab bila RAKYAT mengalih pilihan mereka sebagai tanda protes terhadap mereka sebaliknya BN terpaksa menanggung Kerosakan ini selepas PRU 12.
PERGHHH KIRI KANAN : Pedulikan Mereka KAKI BODEK, lagi pun kalau pilih mereka bermakna kita pilih kalah. singkirkan mereka yang berpentingkan diri. sudah jelas dan terang jika sebelum ini mereka bertindak Sabotaj malah mengkhianati BN sendiri semasa PRU lalu. Apa guna simpan atau bagi peluang.
MARI KUAT : Apa guna simpan jenis ni bro, Tindakan berani & tepat memilih calon boleh menang kerana itu yang RAKYAT nak! Jenis macam ni bro lu x tak tau dia org jaga tembolok sndri. BN yg kena tanggung & dapat busok. disbb dia org (KAKI BODEK) pgundi kasi pangkah lain. kalu bagi muka lagi, gua ingat kali nie pakat Pengundi dok umah x mau pegi Undi. 
TAIPING CENTRAL : Calon yang Kuat kerja dan disenangi pengundi perlu diutamakan. Calon muda juga perlu diberi peluang, tengok sahaja PBB di Sarawak. CM meletakan 10 muka baru dipertandingkan. 35 kerusi yang ditandingi atas tiket PBB dan semuanya MENANG. Rakyat manzahirkan tanggungjawab memilih calon BN bila keluhan mereka didengari.
KINTA MEJERIT: KINTA ikut dan bersetuju dengan kenyataan PCT, malah kita akan tentang jenis yang macam mereka. Bukan itu sahaja kita sudah tiba masanya menyedarkan mereka apa yang rakyat mahukan.Jangan bagi RUANG kepada kaki BODEK & AMPU. Tiada guna menyimpan VIRUS merosakan Kerajaan kita sendiri
PAK TAM : Tang ni la Pak Tam respek kat hangpa. Pak Tam harap satu hari nanti PCT jugak senaraikan calun-calun yang boleh menang atau yang RAKYAT mau.Depa jangan duk mengarut bawak penyukung kalu tak ada tempat. Kenyataan PCT sebagai AMARAN supaya jgn duk pelecah pengundi Kita kasi tau depa lagu mana yang RAKYAT mau! Banyak Bunyi Kalu dengan depa-depa ni kita Balun pi... he he kena ajakr sikit depa ni.



02 Jun, 2011

Dr Zambry & Cerita Burung di Perak : KRONOLOGI TITIK HITAM & PERJUANGAN Dr ZAMBRY

Teman memang jarang baca Sinar Harian, Apatah lagi nak buat Posting cerita-cerita yang dah disiarkan oleh Akhbar terutama Tajuk Utama. Bagi teman Dema lagi banyak maklumat yg disiarkan dan lebih Detail. Apalah nak dibandingkan dengan Blog yg Ruangannya terhad dan bila banyak pulak ayatnya... ramai ler malas nak habiskan. Tapi hari teman tertarik dengan satu Artikel yang tajuknya DR ZAMBRY & CERITA BURUNG DI PERAK: (KLIK) hasil nukilan Sdr Yusof Harun, Bukan sekadar Tajuknya yang UNIK tapi nukilan sungguh luas seolah satu Kronologi Titik Hitam dan perjuangan Dr Zambry sebagai  Menteri Besar Perak. Padat dan sungguh Tajam dan penuh bermakna... 
Pada Teman sebaiknya Garapan sebegini di baca oleh Pemimpin-pemimpin, Pejuang malah Bloggers sendiri pasti akan angguk setuju dan berbangga dengan PERJUANGAN yang dimaksudkan oleh Yusof Harun. sedar atau tidak yang pasti selama 2tahun setengah Dr Zambry nampaknya tak berhentih Kayuh dan berharap dengan yang lain. Apa yang Dr Zambry buat demi Agama dan bangsa memang sinonim dengan perjuangan  layak  dibri Kredit terutama Bloggers khususnya di Perak (PCT) yang memang teman tahu perjalanan perjuangan kami

Kata Yusof...Setinggi mana sekalipun melebarkan sayap ke udara, jika terkena perangkap, jatuh juga ke bumi dan boleh terpenjara. Cerita politik, dan lebih-lebih cerita pemimpin yang bertanggungjawab kepada negeri dan rakyat yang dipimpinnya, bukanlah semudah memberi makan burung merpati atau macam menembak gagak liar.   Begitulah kalau kta lihat memang Dr Zambry lansung tak berkecil hati ataupun tersinggung dalam perjuangannya mengembalikan PERAK yang DINERAKA kan oleh Pakatan Rosak tanpa menoleh belakang demi perjuangan AGAMA dan bangsa
Bukan semudah mencorakan Kain Putih untuk beliau yang berkerja keras  memutih ambalkan semula Perak Darul Ridzuan. Memang Siksanya bukan calang bila Pakatan Ronggeng  menjadikan Perak darul fitnah dan Rakus menjadi Tokey semasa Darul Riduan di Lelongnya macam PASAR MALAM janji habis jualan dan poket penuh, soal siapa nak tanggung seolah bagi mereka sudah tahu akan tinggalkan Company yang dah MUFLIS bila PRU13 nanti.  ini digambarkan Sdr Yusof... 
Kisah Pakatan Rakyat (PR) di Perak adalah ibarat kisah tiga ekor burung yang tiba-tiba lari meninggalkan sangkar. Maka malang sungguhlah nasib tuannya. Nak dipipiskan lada pun sudah tidak berguna lagi. Tidak ada tanda-tanda ia akan kembali ke dalam sangkar, sehebat mana sekalipun pemimpin PR pakar dalam selok-belok menggamit burung.
Bukan sekadar Darul rizuan dinerakakan, Pakatan Romen yang diketuai oleh Nizar Lambei memastikan segala buruk dan kudis yang ditinggalkan agar memudahkan mereka ( PR) dapat menunding jari dan buat fitnah yg memudahkan menghasut dan kelirukan Rakyat! ini disentuh  bila Sdr Yusof maksudkan Kini, setelah hampir dua tahun setengah menjadi MB dan walaupun tempoh itu jauh dari mencukupi, Zambry telah menggunakan setiap ruang masa yang ada bagi memastikan Perak pada keseluruhannya bertukar menjadi negeri lebih maju. Walaupun di sebalik gangguan politik dari pembangkang, nampaknya anjakan kemajuan di Perak jauh lebih baik berbanding bot lembab di Kelantan dan Kedah.
Justeru tidak hairan apabila kini semakin ramai rakyat Perak menaruh harapan agar Zambry tidak menjadi “one-term” MB. Rekodnya membuktikan banyak pencapaian besar. Namun ini tidak bermakna PR tidak lagi memasang angan-angan untuk memerintah.
Disinilah yang sekupang Maksudkan ONE TEAM yang boleh dirungkaikan sekupang ialah sepatutnya kena seragam dan teak perlulah bila nak PRU13 baru Pemimpin nak sebok tunjuk kerja. Sahabat-sahabat teman sendiri banyak kali mengajukan  ayat "Dr zambry kekadang nampak macam LONE RANGERS jer buat kerja. Memang lah dia bberjuang demi Agama tapi tanggung jawab yang lain-lain tu macamana?' Tak kan nak umum penamaan Calon nanti baru nampak MUKA denggan pengikut yang pasti nya jadikan PASAR atau market kalau Big BOSS tak tersenarai?' Ikrar Teman dan bloggers menyokong Senarai nama yang akan di utarakan oleh Dr Zambry nanti, semua Sepatutnya WAJIB akur dan sedar diri, Rakyat tak sebdoh dulu lagi. Tsunami telah menghakis semua yang menjadi kelumit sisa yang tak diperlukan. Kata dema lagi Buat apa simpan atau calonkan dema (YB) yg tak bekoreja' Sesungguhnya RAKYAT dah serik dengan Tsunami dan sebenarnya LEGA dengan mereka-mereka yang tak diperlukan, Cubaler tengok? kot dapat MALU FREE jer nanti!' Kalau rasanya dah tak boleh bagi jer MUKA BARU pulak... itu kehendak Rakyat dan seperti yang PM maksudkan Winning Candidate!
Hasil kerja Keras Dr Zambry akhirnya sedar atau tidak RAKYAT sudah pandai mengenal Manikam, yang mana kaca dan yang mana permata. Serik dengan Terjemahan sebelum ini diatas kertas UNDI, Pastinya RAKYAT tak akan ada istilah MAIN-MAIN PANGKAH, kepada Pakatan Ronnggang ni pulak pakat simpan Mimpi si Jenin yang akan KAYA lagi dengan TEMPOH SAMUNAN kot-kot Menang  di PRU 13
Persoalannya ialah siapa bakal MB jika PR kembali berkuasa? Nizar yang kini berstatus selebriti mungkin dicalonkan semula sebagai MB tetapi apakah pihak lstana, dan PAS sendiri, mengambil kira rekod tempohari akan ‘mengOKkannya’?
DAP dilihat bernada kompromi, namun kenyataan Lim Kit Siang bahawa parti itu akan meletakan calon Melayu bertanding menimbul berbagai tafsiran. Ini kerana menyedari calon Cina tidak boleh menjadi MB, DAP memerlukan calon Melayu bagi memastikan ia tidak langsung bergantung kepada PAS
Sudah tiba masanya seeperti yang dimaksudkan Sdr Yusof :
Nampaknya setelah hampir dua tahun setengah, apa yang berlaku ialah jika ibarat orang bertanding suara merbuk, maka suara harapan lunak Zambry menembusi seluruh Perak, sedangkan suara merbuk lama semakin hilang di bawa angin dan berkemungkinan lenyap ditelan laut.
Apapun Teman rasa Memang sebagaimana perjuangan Dr Zambrry... begitulah juga Blogger-bloggers  Perak yang teman tahu dema ni berjuang demi Agama Dan Bangsa tanpa memikirkan Imbuhan, sekupang memang tabik kat miker semua (terutama PCT)
Nukilan ini sepatutnya dibaca terutamanya pemimpin-pemimpin dan tak ketinggalan juga Bloggers sahabat-sahabat teman, mengkomer juga berjuang tanpa menoleh belakang, demiAgama dan Bangsa ... Ayuh kita sedar dan perjuangkan keamanan ini akan berkekalan. Teman paham mungkin Blog teman ni tak ramai mana yang mengunjungnya... apa lagi Menteri Besar Dr Zambry sendiri yang tak singgah keBlog teman apatah lagi meninggalkan Komen di Blog teman. Tapi Sekupang tak ambik hati kerana Dia yang mungkin lansung tak meyinggah, itu pekara kedua, yang penting teman rasa Perjuangan teman dan kawan-kawan sama sebagaimana Dr Zambry
P/s sekadar menunaikan Hajat Puteri Anak Bongsu Teman yang kebetulan Hari nie Hari Jadi Kelahirannya yang ke sepuluh.. Syafiqa mintak teman satu permintaan... katanya "AYAH... BOLEH KIRIM SALAM KAT DR ZAMBRY DARIPADA ADIK TAK?... TULISLAH DALAM BLOG AYAH BAGITAU DIA..." Nanti ayah dapat gaji belanja Adik dan beli hadiah besar-besar OK! 
Buat Nursyafiqa Puteri Kesayangan Ayah, Ayah janji... Insyallah, Selamat HARI JADI, Ayah sayang adik... bab salam kat MB ayah dah tunaikan, kira settel ler hahaha
 





 

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND