02 Jun, 2011

Dr Zambry & Cerita Burung di Perak : KRONOLOGI TITIK HITAM & PERJUANGAN Dr ZAMBRY

Teman memang jarang baca Sinar Harian, Apatah lagi nak buat Posting cerita-cerita yang dah disiarkan oleh Akhbar terutama Tajuk Utama. Bagi teman Dema lagi banyak maklumat yg disiarkan dan lebih Detail. Apalah nak dibandingkan dengan Blog yg Ruangannya terhad dan bila banyak pulak ayatnya... ramai ler malas nak habiskan. Tapi hari teman tertarik dengan satu Artikel yang tajuknya DR ZAMBRY & CERITA BURUNG DI PERAK: (KLIK) hasil nukilan Sdr Yusof Harun, Bukan sekadar Tajuknya yang UNIK tapi nukilan sungguh luas seolah satu Kronologi Titik Hitam dan perjuangan Dr Zambry sebagai  Menteri Besar Perak. Padat dan sungguh Tajam dan penuh bermakna... 
Pada Teman sebaiknya Garapan sebegini di baca oleh Pemimpin-pemimpin, Pejuang malah Bloggers sendiri pasti akan angguk setuju dan berbangga dengan PERJUANGAN yang dimaksudkan oleh Yusof Harun. sedar atau tidak yang pasti selama 2tahun setengah Dr Zambry nampaknya tak berhentih Kayuh dan berharap dengan yang lain. Apa yang Dr Zambry buat demi Agama dan bangsa memang sinonim dengan perjuangan  layak  dibri Kredit terutama Bloggers khususnya di Perak (PCT) yang memang teman tahu perjalanan perjuangan kami

Kata Yusof...Setinggi mana sekalipun melebarkan sayap ke udara, jika terkena perangkap, jatuh juga ke bumi dan boleh terpenjara. Cerita politik, dan lebih-lebih cerita pemimpin yang bertanggungjawab kepada negeri dan rakyat yang dipimpinnya, bukanlah semudah memberi makan burung merpati atau macam menembak gagak liar.   Begitulah kalau kta lihat memang Dr Zambry lansung tak berkecil hati ataupun tersinggung dalam perjuangannya mengembalikan PERAK yang DINERAKA kan oleh Pakatan Rosak tanpa menoleh belakang demi perjuangan AGAMA dan bangsa
Bukan semudah mencorakan Kain Putih untuk beliau yang berkerja keras  memutih ambalkan semula Perak Darul Ridzuan. Memang Siksanya bukan calang bila Pakatan Ronggeng  menjadikan Perak darul fitnah dan Rakus menjadi Tokey semasa Darul Riduan di Lelongnya macam PASAR MALAM janji habis jualan dan poket penuh, soal siapa nak tanggung seolah bagi mereka sudah tahu akan tinggalkan Company yang dah MUFLIS bila PRU13 nanti.  ini digambarkan Sdr Yusof... 
Kisah Pakatan Rakyat (PR) di Perak adalah ibarat kisah tiga ekor burung yang tiba-tiba lari meninggalkan sangkar. Maka malang sungguhlah nasib tuannya. Nak dipipiskan lada pun sudah tidak berguna lagi. Tidak ada tanda-tanda ia akan kembali ke dalam sangkar, sehebat mana sekalipun pemimpin PR pakar dalam selok-belok menggamit burung.
Bukan sekadar Darul rizuan dinerakakan, Pakatan Romen yang diketuai oleh Nizar Lambei memastikan segala buruk dan kudis yang ditinggalkan agar memudahkan mereka ( PR) dapat menunding jari dan buat fitnah yg memudahkan menghasut dan kelirukan Rakyat! ini disentuh  bila Sdr Yusof maksudkan Kini, setelah hampir dua tahun setengah menjadi MB dan walaupun tempoh itu jauh dari mencukupi, Zambry telah menggunakan setiap ruang masa yang ada bagi memastikan Perak pada keseluruhannya bertukar menjadi negeri lebih maju. Walaupun di sebalik gangguan politik dari pembangkang, nampaknya anjakan kemajuan di Perak jauh lebih baik berbanding bot lembab di Kelantan dan Kedah.
Justeru tidak hairan apabila kini semakin ramai rakyat Perak menaruh harapan agar Zambry tidak menjadi “one-term” MB. Rekodnya membuktikan banyak pencapaian besar. Namun ini tidak bermakna PR tidak lagi memasang angan-angan untuk memerintah.
Disinilah yang sekupang Maksudkan ONE TEAM yang boleh dirungkaikan sekupang ialah sepatutnya kena seragam dan teak perlulah bila nak PRU13 baru Pemimpin nak sebok tunjuk kerja. Sahabat-sahabat teman sendiri banyak kali mengajukan  ayat "Dr zambry kekadang nampak macam LONE RANGERS jer buat kerja. Memang lah dia bberjuang demi Agama tapi tanggung jawab yang lain-lain tu macamana?' Tak kan nak umum penamaan Calon nanti baru nampak MUKA denggan pengikut yang pasti nya jadikan PASAR atau market kalau Big BOSS tak tersenarai?' Ikrar Teman dan bloggers menyokong Senarai nama yang akan di utarakan oleh Dr Zambry nanti, semua Sepatutnya WAJIB akur dan sedar diri, Rakyat tak sebdoh dulu lagi. Tsunami telah menghakis semua yang menjadi kelumit sisa yang tak diperlukan. Kata dema lagi Buat apa simpan atau calonkan dema (YB) yg tak bekoreja' Sesungguhnya RAKYAT dah serik dengan Tsunami dan sebenarnya LEGA dengan mereka-mereka yang tak diperlukan, Cubaler tengok? kot dapat MALU FREE jer nanti!' Kalau rasanya dah tak boleh bagi jer MUKA BARU pulak... itu kehendak Rakyat dan seperti yang PM maksudkan Winning Candidate!
Hasil kerja Keras Dr Zambry akhirnya sedar atau tidak RAKYAT sudah pandai mengenal Manikam, yang mana kaca dan yang mana permata. Serik dengan Terjemahan sebelum ini diatas kertas UNDI, Pastinya RAKYAT tak akan ada istilah MAIN-MAIN PANGKAH, kepada Pakatan Ronnggang ni pulak pakat simpan Mimpi si Jenin yang akan KAYA lagi dengan TEMPOH SAMUNAN kot-kot Menang  di PRU 13
Persoalannya ialah siapa bakal MB jika PR kembali berkuasa? Nizar yang kini berstatus selebriti mungkin dicalonkan semula sebagai MB tetapi apakah pihak lstana, dan PAS sendiri, mengambil kira rekod tempohari akan ‘mengOKkannya’?
DAP dilihat bernada kompromi, namun kenyataan Lim Kit Siang bahawa parti itu akan meletakan calon Melayu bertanding menimbul berbagai tafsiran. Ini kerana menyedari calon Cina tidak boleh menjadi MB, DAP memerlukan calon Melayu bagi memastikan ia tidak langsung bergantung kepada PAS
Sudah tiba masanya seeperti yang dimaksudkan Sdr Yusof :
Nampaknya setelah hampir dua tahun setengah, apa yang berlaku ialah jika ibarat orang bertanding suara merbuk, maka suara harapan lunak Zambry menembusi seluruh Perak, sedangkan suara merbuk lama semakin hilang di bawa angin dan berkemungkinan lenyap ditelan laut.
Apapun Teman rasa Memang sebagaimana perjuangan Dr Zambrry... begitulah juga Blogger-bloggers  Perak yang teman tahu dema ni berjuang demi Agama Dan Bangsa tanpa memikirkan Imbuhan, sekupang memang tabik kat miker semua (terutama PCT)
Nukilan ini sepatutnya dibaca terutamanya pemimpin-pemimpin dan tak ketinggalan juga Bloggers sahabat-sahabat teman, mengkomer juga berjuang tanpa menoleh belakang, demiAgama dan Bangsa ... Ayuh kita sedar dan perjuangkan keamanan ini akan berkekalan. Teman paham mungkin Blog teman ni tak ramai mana yang mengunjungnya... apa lagi Menteri Besar Dr Zambry sendiri yang tak singgah keBlog teman apatah lagi meninggalkan Komen di Blog teman. Tapi Sekupang tak ambik hati kerana Dia yang mungkin lansung tak meyinggah, itu pekara kedua, yang penting teman rasa Perjuangan teman dan kawan-kawan sama sebagaimana Dr Zambry
P/s sekadar menunaikan Hajat Puteri Anak Bongsu Teman yang kebetulan Hari nie Hari Jadi Kelahirannya yang ke sepuluh.. Syafiqa mintak teman satu permintaan... katanya "AYAH... BOLEH KIRIM SALAM KAT DR ZAMBRY DARIPADA ADIK TAK?... TULISLAH DALAM BLOG AYAH BAGITAU DIA..." Nanti ayah dapat gaji belanja Adik dan beli hadiah besar-besar OK! 
Buat Nursyafiqa Puteri Kesayangan Ayah, Ayah janji... Insyallah, Selamat HARI JADI, Ayah sayang adik... bab salam kat MB ayah dah tunaikan, kira settel ler hahaha
 





 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ye ke?

Tanpa Nama berkata...

MANTAP KUPASAN BRO......

BUDAK BENTENG berkata...

Salam Abang Besar
Terima kasih diatas penghargaan Besar Buat kami. selagi hayat insyallah kami akan bersama Tuan dalam saf perang insyallah.
Mintak laluan nak buat posting tuan
terima kasih

Kanjeng berkata...

Salam Bro

Kalau sehingga hari ini pun masih belum ada Pemimpin yang tidak menjalan kerja sepatutnya maa amat layak kita meletakan pelapis dalam PRU ke 13 nanti. Jangan beri Rakyat bosan dengan golongan ini seterusnya bakal melibatkan AIB kepada Barisan Nasional

Buat apa disimpan lagi. Ketegan DR ZAMBRY pasti mendapat sokongan Rakyat terutama di Negeri Berdaulat, Perak Darul Riduan, Insyalah

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND