30 Mei, 2011

PAPA GOMO PEMBUNUH? 3 MANGSA DIKENAL PASTI!!!

Sapa sangka? Rupanya PAPA GOMO pembunuh!!!  GOMO rupanya GENGSTER, KAKI PUKUL, PEMBUNUH, SAMSENG!!! Dikhabarkan 3 mangsa beliau yang dikenal pasti (CERITA PENUH- KLIK SINI), walau bagaimana pun masih belum ditemui. Nasib lah teman yg dah berapa kali pernah lepak semeja dengan beliau. Kalaulah teman ni diantara mangsa dia, Adoyai sapa yang nak tanggung anak bini teman. LEGA Lapang dan besyukur teman masih bernyawa lagi, kalau nak dikira banyak kali juga teman jumpa GOMO dan lepak semeja dengannya.
Terkejut teman bila terbongkar kes ni apabila suku sakat Parti Kencing Rakyat mendedahkan sebenarnya siapa  GOMO yang sebenarnya. Dema juga dengan Serius dah buat laporan POLIS dan siap buat PC untuk memaklum pada rakyat agar berhati-hati yang mana mungkin juga Mangsa Troma dan dalam ketakutan. Teman pun rasa troma dan nak jer sembunyikan diri di Kedutaan Australia supaya menjamin keselamatan teman dan keluarga

Apa-apa boleh terjadi kalau difikirkan... cuba bayangkan kalau teman duduk semeja dgn PEMBUNUH sebelum ni pekena Teh Tarik sambil Borak-borak. Perghhh... lega betul teman selamat dan tidak ada sebarang kejadian yang berlaku keatas diri teman. Kalau dikutkan pembunuh nie akan bunuh mangsanya dengan pelbagai cara. cuba bayangkan tgh borak kedai mamak tetiba GOMO guna Roti Canai atau Tose telur sebagai senjata menghempas dikepala teman? Mau pecah kepala nie, Mungkin jugak beliau akan mengunakan kaedah menyiram teh Tarik kat teman, Teh tarik tu dijampi jadi Asid macam kes Curah Asid tu ler. Adoyai habis tebakor melecur satu badan teman. Paling tidak GOMO akan bunuh teman cara halus yakni dengan menghantar SANTAU melalui Email atau FACEBOOK. macam-macam boleh terjadi keatas teman, sapa nak jaga keluarga teman, anak-anak teman dan lain-lain lagi.
Weii Bahaya GOMO ni rupanya. Tiga mangsa yang dikenal pasti tu rasanya teman tahu, sebab masa kejadian memang teman ada dilokasi bersama beliau. GOMO bunuh dgn kejam 3 mangsa tersebut lebih teruk dan dahsyat dari Altantuya, teman tengok sendiri dengan mata kepala teman. mangsa berkecai sampai tak tinggal kesan, darah yang memercik ke tubuh angota mangsa, kulit, kaki dan angota lain Lumat tu. bersepai!!! Tida mangsa tu mmg teman kenal sangat, Pak tiruk, Joe Ades dan Mat denggi atau dalam istilah kita tu Nyamuk Tiruk, nyamok Ades dan nyamuk Denggi. Kesian tiga-tiga Nyamuk ni dibunuh kejam oleh GOMO sekali gus jer dilempangnya... lumat dan hancor

Hehehe... nak pecah perut teman bila ada pencacai yang buat laporan POLIS tuduh GOMO niat membunuh. lahabau nie, Siap buat VIDEO dan down load di You Tube koooonnnonnnya ketakutan, Tu tak masuk Press confrance lagi tu. Siap mengaku Blogger tersohor lagi tu. yang ni teman peling geli hati, mana taknya bila teman tengok Gambor si malaun ni mula-mula teman ingat dia ni kerja Jaga tiket sarkis berdasarkan muka mamat nie, kalau tak pun ada gak sikit macam yang jaga tiket Pentas joget lambak kat Fun fair!!! bukan setakat tu jer siapa mengaku BLOG dia tersohor lagi... ater teman pun tak tahu apakenamanya Blog dia tu, Adaker nama blog Upahan SiJubri, macamana pun teman tak hingin nak tau sebab Macam Biasa blog Pakatan Ronggeng ni sama jer... kebanyakannya muka depan kolum yang paling Besor ialah jual Ubat Kuat.... hahaha, cuba perhatikan. Baru-baru ni berlambak Iklan Ubat KUAT kat blog-blog dema semenjak dua ni bila mengambil kesempatan dengan isu Abang Kuat dan Power dengan hobinya BARANGAN Made In China. Bertambah pecah perut bila mamat sebelah lahabau ni kata ' Blog kami mendapat sambutan, dan banyak Rakyat yang ikut BLOG yang menceritakan KEBENARAN'  Kepala Hangkok ni memang tak malu benor, memang kita dah agak Malaun-malaun ni memang berniat serang GOMO kerana seperti kita maklum banyak kebenaran yang didedahkan GOMO terutama Boss dema  dalam isu lerwat dan jalang Made in China. Meman PKR terancam bila banyak bukti yang didedahkan GOMO ni mungkin membuatkan dema Attack si GOM.
Yang paling ketara malaun ni sebenarnya nak ambik mudah dan jalan senang supaya Glyamor dan berharap Popular! Apa agaknya yang buat dema ketakutan. Big Dog Boss dema tu ada gak alasan nyer, in dia pasai apa lak, ada juga ker takut didedah macam kes liwat dan menjalang. GETEK benor teman ... kalau nak polpular pun buat lah cara lain, buat Blog LUCAH ker Blog BIRU, HIJAU, KUNING ker atau lain-lain. Kan ramai kengkawan miker yang minat benda ni, Big Boss pun LIKE, mesti ramai yang akan ikut Blog DEMA.

Apapun Sekupang pecah perut bila dikatakan GOMO pembunuh, Orang GILA pun akan terbahak-bahak dengor cita dema ni. Pada GOMO pulak: boleh ker teman buat report Polis cubaan membunuh teman dan menyerang mengunakan roti canai telur kat kedai mamak bila kita lepak, hahahaha ataupun miker hantor ler SMS ker, twitter, FB, BBM ker... lepas tu boleh teman buat report dan panggil reporter TV, Radio, Paper, dan semua media, lepas tu boleh masuk You Tube tunjuk teman mengigil ketakutan. boleh ker yop? teman kena tempah Kot & Tie ler pulak... bior dalam TV dan Paper nampak hensem sikit.

Hahaha buat sesapa yang nak popular buatler cara lain pulak, Opsss teman pun tak tahu apa nama blog simalaun ni yer... tolong bagitau teman sapa yang tau! bukan apa kawan teman tadi tanya teman apa nama blog tu? teman tanya balik nak buat apa? dia selamba jer kata ' MANA TAU DALAM BLOG TU ADA GAMBOR VIDEO MAIN DENGAN MADE IN CHINA YANG BARU?' kata member teman lagi 'yang dalam You Tube Black N White, kot mana tau kat dema ORI colour lagi.' kot nasib baik ada yang baru pulak, made in russia, made in india, made in afrika atau made in jinjang, sapa tau?'

   

6 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

Hahahaha hang pun nyaris nyaris aku nak tibai dengan tose. Hehehe mantap bro artikel terbaik. Apa pun juak amk ni bachol dan penakut.

Dia dah kena jerat padan muka hahaha

Tanpa Nama berkata...

Memang betol ler brader, sakit perut gua layan lu punya cerita, yang paling gua tak dapat tahan bunuh pakai tose telur tu.

fyna_faralice berkata...

Salam bunyi macam serius jer tajuk Cerita, tapi memang kelakor bwtl

Budak Benteng berkata...

MEMANG SUSPEN BETUL BILA DIBACA TAJUKNYA, TERKEJUT JUGA KANJEN MENDENGARNYA GOMO SEBAGAI PEMBUNUH, YANG PALING KELAKAR BILA MEMBUNUH PUN BOLEH GUNA ROTI CANAI DAN TORSEY TELOR,LAGI PECAH PERUT BILA SIMBAH TEH TARIK YANG DIBACA JAMPI BOLEH JADI ACID TU. RASANYA GOMO PECAH PERUT BILA BACA TULISAN BRO SEKUPANG DUA NI.
CAMANAPUN RASANYA TAK PAYAH LAH NAK GLAMOUR DENGAN CARA MACAM NI.

ddinbunga berkata...

SALAM BRO, GOMO PINJAM PISTOL AYOR ANU WAR KE...JANGAN BRO PANJANG PISTOL NYE, JAUH TEMBAKNYA.

Tanpa Nama berkata...

ayoyo... ini first time aku dengar ada orang kena belasah cedera parah guna senjata roti canai ha ha ha

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND