26 Mei, 2011

HUDUD!!! DIMANA TITIK AKHIRNYA?

Bila HUDUD diulang tayangkan semula PAS didalam Wall-wall di Facebook dan jadi panas bagi mereka yang berhujah dan tiada lagi kenapa HUDUD tidak dilaksanakan. menunding jari salah menyalahi antara satu sama lain. sekupang secara peribadi juga nak sembang dan beri pandangan, rasanya dah terlalu jauh dipesongkan tajuk dan macam orang Perak kata Udah lari tajuk. jadi ini pendapat teman sekadar bagi pendapat, salah kalu tolong betuikan... bukan nak betulkan yang memang dah salah... hehehe.



Bercerita dan hebah psl HUDUD, bukan dgn menjentik jari atau sekadar memaklum didalam ceramah, kalau benar kearah itu kenapa sampai sekarang masih blm ada rancangan atau permulaan. sepatutnya PAS telah tbuhkan segala pentabiran kearah itu. dari segi penguatkuasaan seperti kehendak hukum, pentabiran, sistem kehakiman, undang-undang dan banyak lagi hingga ke saksi yang layak mengikut hukum. Tapi apa yg dah dibuat selain gebang di ceramah perdana dan menunding jari kat UMNO seperti kehendak Anuar. itu kenyataan nya. Malah dah berapa banyak yang dicipta nama baru menghina terutama untuk UMNO sampai dilebelkan segala kesalahan termasuk porno pun UMNO. nnak tergelak pun ada... kucing sakit perut muntah-muntah pun disalahkan UMNO. bagai manapun mmg berjaya mengeji seseorang seperti kehendak Nuar yang dilaksanakan oleh PKR dan PAS. semak semula apa hukumnya dari segi hudud...


Jawapan dan alasan yg tak masuk akal mmg diberikan PAS terutama kononnya kerajaan pusat menglang perlaksanaan hudud mmg jawapan yg paling dungu pernah sya dengar, jgn lah berselindung dgn kebenaran hukum sebaliknya nak memenangkan parti yang diagungkan. 
Tiada dalam pekara dalam perlembagaan yg boleh menghalang kerajaan negeri menadbir negeri mereka ikut sistem atau hukum yang dikehendaki. apa yg krjn negeri perlu buat adalah sekadar memaklum sistem pentadbiran yang hendak di gunakan di sidang parlimen, cuma memerlukan perkenan Sultan yg memerintah. dala erti kata TIADA dlm perlembagaan yg boleh menyekat HUDUD di laksanakan di kelantan. terterajuga pekara 3 dalam perlembagaan ... itu tak termasuk pkra 72 dan sebagainya... seperti yg kita tahu pekara 1&2 adalah pemahaman dari segi Negara dan sempadan seperti mana semua negara mendahului perlembagaan yg menyebut hak negara dan kawasan ataupun sempadan negara kita. sebaik pekara ke 3 dlm perlembagaan ayat pertama di sebut adalah ISLAM bagi menzahirkan Islam menjadi pegangan kita. jadi tidak timbul soal perlembagaan meghalang utk Kelantan menjadi contoh negeri yg mempraktikan Hudud. nampak tertera sebenarnya ALASAN yang diberi untuk menutup perlaksanaan Hudud. mempergunakan hukum mmg perlu disanggah dan seberat menhina Islam itu sendiri. jadi jgn jadikan alasan UMNO yg menghalang. cumanya sampai sekarang kita tak nampak lagi Kelantan sudah memulakannya dari segi sistem kehakiman, penguatkusa, peraturan awam, serta pegawai-pegawai negeri yg dilantik berkelayakan disisi kehendak Islam bagi melaksanakan hudud. contoh penguatkuasa mestilah cukup senawi, warak, tahu hukum hakam, dalil serta rujukan nas dan hadis untuk mengambil tindakan menangkap pesalah. itu tak termasuk punyai angota yang sempurna... mampu lihat, dengar, berfikir berdasarkan kehendak hukum.... tapi sampai sekarang bukan kata makamah tetapi kakitangan kerajaan negeripun masih tidak di semak kelayakan dari kehendak hukum terutama melaksanakan HUDUD.



persoalanya jangan jadikan alasan UMNO spt yang diulang ungkap oleh anuar, kenapa? takut kepada Allah ker atau UMNO untuk laksanakan Hukum yg di gebangkan... HUDUD sekadar dijerit dan dipergunakan di ceramah PAS sekadar menarik ramai hadir dan simpati terhadap parti selain ungut mesti sokong kerana ini hukum tuhan walaupun tak pernah nak upaya melaksanakannya... amin.... takbir!!!

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND