30 April, 2009

LAWYER KAMPUNG Vs LOYAR BUROK (tak tau malu ma!)

Semalam, terkejut juga teman bila dapat berita yg agak lewat petang tentang LAWYER MUDA UMNO akan hadir untuk memberi penerangan pada sebelah malam. Pasti ramai yang terlepas bla berita yang disebarkan terlelu pendek masanya,

Tapi teman silap, teman sampai jam 9 malam begitu terkejut kerana tak sangka ramai pulak yang hadir, majlis di mulakan dengan pengerusi Dato' Ramli Zahari mohon Kapten (b) Najamuddin al hafiz membacakan doa, agak tersentuk juga teman almaklumlah alhafiz ni... memang sayu mendengarkan doa yang dipohon terhadap ALLAH SWT memberikan keamanan dan bersyukur dengan pemberian nya... isk...isk... memang jauh berbeza, apa tak nyer.. bla teman menyelinap masuk ke majlis nizar MEMANG BERBEZA!... apa taknyer dema berdoa juga.. tapi comfirm doa tu mesti menyebut betapa kejamnya, zalimnya... orang UMNO, (tah bila kapior menghina tak pulak di sebut ZALIm) Tak ketinggalan menjadi adat doa melaknatkan umat islam (UMNO) dan sembahyang hajat yang mendoakan keburukan terhadap seseorang memang menjadi kebiasaan dema, isk setahu teman mana ada orang doa dan sembahyang minta seseorang dilaknat dan mohon ditimpa bencana. Yang pelik... pengikutnya tak ker pakai otak di kepala, iniah masaalahnya guna tempurung lutut, sedor ler yop mana mengkomer belajor mintak tuhan jatuhkan bala pada orang lain. sian.. nengoknyer... ada baiknya bila teman nyelinap dalam majlis dema... Memang iya mula-mula je membuka ucapan dengan kata puji terhadap allah dan rasullulah.. tapi lepas tu haok (hancor) sesedap mulut dema nak mengata, memaki dan mengumpat... yang sedihnya diselang-seli dgn laungan takbir... isk...isk... anak teman yang sekolah rendah selalu tanya teman... yang teman tak boleh jawab sampai sekarang... 'ayah dema mengata.. mengumpat ni kan lagi jahat dari zina, ustad tak dosa ker?' miker pikior ler jawabnya

Lepas doa terus jer LAWYER anak muda naik ke pentas bagi penerangan berkenaan isu saman menyaman ni... terpikior ke komer bila lawyer muda yang diatas pentas membuatkan teman tersenyum sendiri.. apa tak nyer, nampak tak kebangkitan orang-orang muda di perak yang mula sedar bila ada LOYAR BURUK 3N menjaja keliling kampung, kenapa teman panggil 3N? terdengor adik sebelah menyebut nya... Nizar Ngangeh (kata orang perak ...melopong) hasil dari nama Nizar, Ngah & Ngeh. tempohari di bukit gantang jugak keputusan yang teman tengok saluran orang muda terutama orang Melayu nampak positif menang 85% di kebanyakan kawasan majoriti Melayu.
Sebelum datang teman numpang kawan teman yang kebetulan juga menyelinap dikawasan Kampar sebelum ambik teman, ituler ceritanya si Nizar ni sampai tiga tempat menyinggah berkempen bagitau orang dia masih MB... betui ler teman kata loyar buruk.. merata dengan kereta yang tertera Menteri Besar Perak..kan namanya tak tau malu tu... idak ker dia terpikior tebal muka melaram satu kampung nyeronggeng. banyak contohnya yop.. mat jenin.. mat kadok.. mat sasau isk banyak kalau nak di ibaratkan. lepas tu geng tu juga yang merata ke hulu ke hilior... paling menyampah bila doa dan berucap... kata kawan teman, teman senyum lagi, buka apa teman rasa bangga kawan teman sebenornya baru je 30an... isk...isk... orang muda lagi, sanggup dia ke majlis penerangan selepas bergegas menyelinap ketiga-tiga tempat yang nizar pegi. Kesedaran orang muda rasanya dah mula ketara teman tengok kebelakangan ni.

Penerangan oleh lawyer muda diakhiri dengan sebarang soalan, mulanya pada pandangan teman dewan yang penuh sesak dengan dema yang datang dari seluruh pelusuk Perak akan senyap... almaklunler ... orang kampung apa yang dema tau tentang artikel dan seksyen ni... Pehh terkejut teman pakcik .. makcik dengan orang muda mengajukan macam-macam pertanyaan siap sebut 16(1) (2), 63 4 pekara, undang-undang tubuh, makamah persekutuan, makamah tinggi, makamah rayuanan macam-macam lagi ler yang teman sendiri pun tak teringat nak sebut. Sampai tuan lawyer yang asal tujuan mahu masyarakat tahu ke peringkat akar umbi tentang muslihat yang di rancangkan 3N ni... tersenyum dan berkata 'NAH! TUAN-TUAN SENDIRI DAH JADI LAWYER KAMPUNG!... memang inilah yang kita hendak supaya tuan-tuan boleh menjawab dan menerangkan kepada orang kampung apa sebenarnya berlaku!'

Dalam masa riuh soal jawab ni teman terperasan ada seorang hamba allah yang terselit diantara orang ramai yang tengah menghentam tindakan si Nizar PENDERHAKA ( betui ler tu, dia yang nyebut.. patik mohon deharka- kalaulah hidup Hang Jebat pun tak apa merasanya terkencing dalam seluor.. tak cukup tanah nak lari). Teman terkejut sebab rupanya MENTERI BESAR PERAK rupanya yang duduk diantara orang ramai tu, itulah kelebihan MB PerakDato' Seri Dr Zambry, sampai orang ramai tak perasan tentang kehadirannya di majlis tersebut, itu pun majlis senyap bila tiba-tiba Dato' Ramli umumkan tiba-tiba masa tengah rancak soal jawab, pehh cayalah yop! pakcik, makcik dengan adik-adik siap bentang dengan tindakan pada loyar burok nizar, semuanya geram amat kat dia.

Seperti biasa MB kita Dr Zambry selamba jer naik keatas pentas, apa lagi gamat ler jadinyer majlis ni, beliau sendiri melahirkan apa yang sekupangdua rasa... sama...memang sama tak lari satu inci pun! memang yang hadir begitu ramai punya semangat yang betui-betui tinggi terhadap kecintaan kepada Sultan Perak serta keamanan selain marah dengan pembelit dan penderharka! memang patut dipuji hadiran sekalian itulah yang MB katakan Tahniah kepada mereka, memang layak untuk mengkomer!

Kata MB jugak kalau nizar berani import orang untuk kucarkacirkan negeri.... berarak dijalan-jalan... apa dia lupa ker? jangan cabar apa orang Perak jati sendiri pun sanggup! kalau dia boleh bawak 10 ribu kita pun boleh bawak 20ribu lagi. Teman nak jer jerit kata 'Teman Sanggup!' tapi suara teman tenggelam di tenggah-tengah jerit hadiran yang melaungkan kata 'Mesti!' dan tepuk sorak dengan semangat... teman senyum lagi.. bila pikir tentang akan datang confirm tentu ramai orang Perak akan tampil berdepan dengan golongan penderhaka dan pendusta ni. insyallah teman pun tetap akan turut serta jika dicabar... bersemangat betui teman pehh naik bulu roma.. ini yang orang perak cakap 'belajor bunga silat pun dah cukup kalau nak menentang penderhaka!'

Rupa-rupa nya MB kita kata ' saya amat terkejut kerana begitu Ramai yang datang walaupun dimaklumkan dengan masa yang amat pendek ... tak berapa jam jer tapi tuan-tuan dan puan-puan sanggup hadir dari seluruh negeri Perak.... pehh! teman dah agak! sekali lagi teman tersenyum... kerana Rakyat Mula Sedar apa yang pengkhianat cuba lakukan.

Sekupangdua akan merasa bangga dengan retetan majlis ni kerana... akan ramailah lawyer-lwyer kampung akan memperkatakan helah siloyar burok ni di melata kedai kopi, simpang, surau, dewan, majlis-majlis dan merata temapat kerana apa.... mereka Rakyat Perak sayangkan keamanan dan tidak sekali akan biarkan pembelit hidung kembang perasan, haloba kuasa tak sudah berangan macam si kadok yang telanjang bulat melompat keliling kampung perasan ayam dia menang! hua ha ha ha... PIKIR-PIKIR KAN LER.... DAULAT TUANKU! HIDUP MELAYU!

27 April, 2009

SEKITAR MESYUARAT BBSI (BADAN BERTINDAK SOSIAL ISLAM)







THE OLDIE'S 80'S BUS STATION



ALHAMDULILLAH, satelah sekian lama merancang dan menyusun pertemuan antara kawan-kawan yang sama melepak di bus station yang begitu lama terpisah kini dengan izin allah semua berjalan dengan baik.

Tanggal 26 hb April, 2009 menjadi sejarah kepada kami sekalian kerana pada jam 9.30 malam, maka rasmilah mesyuarat bermula dan tertubuhlah satu ketika dahulu dikenali sebagai GENG BAS STAND kini menamakan BBSI (Badab Bertindak Sosial Islam) dan menjadi satu rahsia bila kita perkatakan huruf BBSI tersebut. cadangan yang dilahirkan oleh sdr li kembor sesuai dengan motif perjuangan yang di rumuskan mensasarkan golongan muda yang jauh terpesong, menarik semula dengan rasa tanggungjawab kepada bangsa, agama dan negeri yang tercinta, di tambah oleh sdr piyan apa yang terjadi kepada kami satu ketika dahulu melepak di Bus stand selepas pulang sekolah sudah cukup memeritkan dan akan terpahat di nostalagia kami semua, amat berbeza sehingga kini yang begitu banyak kesenangan dan kemudahan... tapi kekurangan itu tidak sedikit menghakis semangat juang di hati kami semua, kami sayangkan bangsa kami, kami sayangkan agama kami dan kami sangat sayangkan keamanan ini dan berjanji mempertahankannya demi genarasi yang akan datang, rasa terharu kerana semua yang hadir mempunyai hasrat yang sama memperjuangkan bangsa melayu sendiri,

Tahniah kepada yang dilantik bagi jawatan penaja BBSI, tak pulak berebut atau bertelagah sesama sendiri untuk mengisi senarai barisan peneraju BBSI. ini merupakan petanda baik dan permulaan yang ada ktibarnya... insyallah

Senarai Jawantan kuasa penaja BBSI terdiri daripada

YDP Sdr Garry (Amirruddin)
NYDP Sdr Li Kembor ( Mohd Ali)
SU Sdr Piyan (Sofian)
SUK Sdr Jeff ( Jeffry)
Bendahari Sdr Mazlan Baki

tujuh nama AJK yang di lantik
1. lee jawa
2. Adam (roslan)
3. Nuar Singa
4. Mie mengah
5. Joe Afro
6. Campbell
7. Fendi

Tahniah juga kepada semua yang hadir pada malam tersebut, kesanggupan kalian merupakan satu petanda baik merancang untuk memastikan keamanan yang sedia ada. siaapa sangka satu ketika kumpulan anak muda ini yang melepak di bus station kini punya berbagai kerjaya dan lebih terkejut lagi apabila diperlihatkan semangat yang begitu tinggi memertabat dan memperkasakan bangsa menjadi arah tuju persatuan, tahniah sesungguhnya keamanan menjadi tanggung jawab kita, supaya genarasi kita boleh meneruskan apa yang dipertahankan oleh bapanya.... insyallah

Antara peranan dan dasar yang disasarkan oleh BBSI pertama nya akan turut turun padang bagi membantu terutama semasa pilihanraya, mungkin BBSI baru hendak mula, tapi BBSI juga boleh dikategori persatuan yang berani bangun ketika kemelut politik di Perak yang di carca merbakan oleh mereka yang mahu merosakan keamanan. Berharap sangat BBSI akan mendapat perhatian supaya dinaung atau dibantu oleh pemimpin-pemimpin bagi menghidupkan dasar perjuangan mereka. kedengaran beberapa nama disebut-sebut seperti Datuk Ahmad Zahid Hamidi, YB Zainol Fadzi Paharuddin, YB Dato' Hamidah Othman dan beberapa nama lain. Kepada mereka yang di sebut-sebut berilah sedikit respon dengan usaha mereka ini yang mempunyai dasar memperjuangkan bangsa , agama dan tanah air tercinta. BBSI juga merupakan kumpulan yang bangun atas kesedaran pada apa yang telah terjadi di negeri kesayangan mereka. biarlah mereka yang tahu betapa peritnya kehidupan dahulu (80's) dan mereka juga mahu anak-anak mereka dan masyarakat bersyukur dengan rahmat allah kepada umatnya

Percayalah... kalian semua garry, li kembor, man kembor, jeff, mazlan baki, lee jawa, Adam,
Nuar Singa, Mie mengah, Joe Afro, Campbell, Fendi, gee, man nasi lemak, shukur, AT, man bai, nasir cobler, dem, shafiee, nuar auum, hakim, stone, Jinggo, mie mengah dan yang tidak disebut perjuangan kalian sememangnya di tanggih... landasan kalian sudah betul, perjuangkan hasrat kalian insyallah akan hadir ramai lagi shaf atau barisan di belakang kalian untuk perjuangan kalian, tahniah, HERE'S COME THE OLDIE'S 80'S !

PUNYA ARAH TUJU WALAU SATU KETIKA DI KATAKAN BUDAK BUS STAND IPOH, SELAMAT BERBAKTI!

22 April, 2009

GOLONGAN MUDA PERLU MENYOKONG UMNO/BN

Ramai golongan remaja (belia) di negara ini tidak memahami apakah tujuan asal Barisan Nasional ditubuhkan.BN ditubuhkan oleh pemimpin dan pejuang yang terdahulu dengan dasar semangat “Perjuangan Negara Melalui Perjuangan Rakyat”.Parti politik yang merangkumi 13 parti politik ini sehingga kini tidak mempunyai sebarang Ideologi parti dan menyebabkan ia sebuah parti politik yang unik dan istimewa.Parti ini juga berjaya berkuasa dari tahun 1957 sehingga kini.Walau pun berbagai-bagai masalah melanda perjuangan parti ini BN tetap berdiri teguh dengan kerjasama dari parti-parti yang diwakili oleh kaum-kaum terbesar di negara ini.

Cabaran utama BN pada masa ini ialah ramai golongan muda terutamanya dari parti-parti komponen utama UMNO.MCA dan MIC tidak memahami perjuangan BN yang sebenar.Mengimbas kembali dasar perjuangan Kemerdekaan orang Melayu untuk bebaskan negara ini dari belenggu penjajahan memerlukan kerjasama yang jitu dari pihak penduduk Imigeran terutamanya dari Kaum Cina untuk menyakinkan penjajah British yang memberi isyarat bahawa rakyat negara ini telah bersedia untuk merintah sendiri.Kegelisahan Pihak British dengan penduduk Imigeran yang kebanyakannya menyokong perjuangan komunis telah dipatahkan dengan penubuhan Parti Perikatan (kapal layar) bersama masyarakat kaum Cina imigeran yang lebih liberal dan tidak menyokong komunisma yang telah menubuhkan MCA dibawah pimpinan Tan Cheng Lok.Penyatuan Melayu yang lebih liberal ditubuhkan melalui Parti UMNO.Kedua parti ini telah bergabung untuk satu matmat ia itu bersatu dibawah Parti Perikatan untuk mendesak kemerdekaan negara ini dari British.Kejayaan terbesar pergabungan ini ialah orang Melayu Islam telah membentuk satu pakatan atau pergabungan mengikut cara Islam “tahaluf siasi”.Dimana kedua - dua gabungan ini dengan niat yang ikhlas mempersetujui “Hak Istimewa Melayu,Hak kedudukan Bahasa Melayu,Hak Agama Islam dan Hak Raja-Raja Melayu tidak di persoalkan.Sebagai gantinya orang Melayu merelakan kedudukan Imigeran orang-orang Cina berstatuskan Warga negara secara memohon.Inilah inti pati “perjanjian sosial’ yang dipersetujui dari kedua pihak.Perjanjian yang di meterai ini telah mewujudkan keadaan ‘menang-menang’(Win-Win Situation) di antara kedua kaum terbesar di Negara ini.Dengan keadaan yang sama juga selepas itu parti kaum India,MIC menjadi anggota Parti Perikatan.Dengan ini kedua-dua pihak ia itu Pihak Penduduk Asal bangsa Melayu dan Pihak Imigeran telah berjaya berkerjasama erat untuk mendapatkan kemerdekaan negara ini.Pihak orang-orang Melayu yang diterajui oleh UMNO tidak perlu menumpahkan darah atau mengorbankan nyawa untuk menuntut kemerdekaan dai pihak penjajah dengan hanya memberi sedikt ruang pada kaum lain menjadi rakyat negara ini.Pihak kaum bukan Melayu pula tidak rugi dengan memberi ruang untuk tuan tanah yang memberi status rakyat. Tuan Tanah berhak mendapatkan hak yang lebih dari mereka yang datang menumpang dan diberi layanan tinggal tetap di tanah tuan tanah.Inilah dinamakan toleransi diantara kaum di negara ini.

Keadaan toleransi ini telah sengaja dilupakan oleh kedua-dua pihak baik yang Melayu dan juga Bukan Melayu dari golongan muda sekarang.Sekiranya Orang-orang Melayu belum lagi sampai kepada Haknya untuk menikmati kekayaan negara , kaum bukan Melayu perlulah memberi ruang dan laluan atau menjadikan inspirasi orang Melayu tercapai secara ikhlas.Keikhlasan berkongsi kekayaan negara perlu ada pengorbanan bukan Melayu.Dalam negara telah mencapai kemerdekaan selama lima puluh satu tahun Orang Melayu masih lagi ketinggalan dengan perbedzaan ekonomi dan sosial dengan kaum bukan Melayu di negara ini.Ia mungkin disebabkan factor-faktor lain dalam politik itu tidak menjadi persoalan tetapi untuk menjaga keamanan bukan Melayu juga perlu memainkan peranan aktif untuk memajukan kaum Melayu.Kerana semakin kaum Melayu mundur dari kaum lain keadaan bahaya dan ketidak kepuasan hati akan terwujud.Ahli-ahli politik muda Melayu sengaja mengapi-apikan perihal hak istimewa ini secara mengugut akan menyebabkan keadaan negara tak terkawal.Mereka ini sengaja mencari publisti murahan untuk meraih sokongan.Wal hal kemajuan orang Melayu sepatutnya telah terlaksana lama.Memajukan sesuatu bangsa sekurang-kurang dari segi ekonomi tak perlukan masa yang lebih dari 50 tahun.Harus memahami ramai masyarakat didunia ini tidak perlu mengharapkan bantuan kerajaan untuk memajukan diri mereka.Kaum India yang rata-rata mempersalahkan kerajaan dan UMNO dalam kemunduran mereka adalah berfikiran sempit.Pemimpin masyarakat India melalui parti-parti yang mewakili kaum mereka telah gagal memainkan peranan yang efektif untuk majukan masyarakat India di negara ini.Pemimpin India yang berbalah sesama sendiri untuk merebut kuasa politik menyebab masyarakat India telah terpingir dalam arus kemajuan negara.Menuding jari pada kegagalan masyarakat ini pada BN adalah sukar diterima.Pemimpin Masyarakat India perlu bersatu untuk menangani masalah sosial dan ekonomi mereka. Sekiranya Insitusi seperti Maika Holding pun tidak dapat uruskan dengan berjaya bagaimana nak persalahkan orang lain dalam kepinggiran mereka dalam arus kemajuan ekonomi?.Bersatu hanya untuk demontrasi jalanan seperti Hindraf dan menyebelahi pembangkang yang beri jajni – janji palsu yang belum dibuktikan hanya membawa padah pada kaum India itu sendiri.Bersatu untuk memajukan masyarakat lebih baik dari bersatu untuk membuat demonstrasi.Demonstrasi begini Cuma mengundang mala petaka yang lebih buruk kepada negara dan rakyat.Iklim politik negara ini berlainan dari negara India atau pun Amerika!.Kaum Cina yang rata-rata menceburi dalam ekonomi perlu memandang kestabilan politik untuk mendapatkan suasana harmoni.Mendombakan orang-orang Melayu dalam politik hanya akan memberi kesan yang buruk pada mereka dan ekonomi negara jangka waktu panjang.Kaum Bukan Melayu harus memahami orang -orang Islam bagaikan “Carik-Crik Bulu Ayam Akhirnya Bercantum Juga”.UMNO dan BN telah buktikan bahawa kedudukan ekonomi kaum Cina di negara ini tidak pernah dinodai. Cuma masa kini pembahagian kek ekonomi sedang mengecup maka perlulah kita memahami keadaan bukan sentiasa kita boleh dapat bahagian kek ekonomi yang lebih besar. Kaum Peniaga Cina yang telah lama berniaga perlu mula memikirkan perniagaan di luar sana begitu terbuka dengan negara-negara bekas komunis seperti di Indochina.Apakah perlu bertegang leher dan berseliseh faham untk merebut peluang niaga dalam negara dengan kaum peniaga-peniaga Melayu yang baru mula berniaga ?.Di manakah tolerensi?.

UMNO juga perlu berubah untuk kehendak orang-orang Melayu sendiri.Parti politik Melayu dari dua asalnya telah berpecah kepada tiga.UMNO perlu memahami parti Politik ketiga dari orang Melayu adalah PKR yang serpihan dari kalangan UMNO sendiri bukannya dari Parti PAS. Maka kebanyakan melayu di parti PKR adalah bekas ahli UMNO.Kelemahan UMNO akan memberi kekuatan pada Parti Pas.Walau pun parti PKR ini pada dasarnya diperkatakan parti yang memperjuangkan hak persamaan rakyat dan liberal tetapi pada natijahnya parti ini lebih cenderung kearah idealogi parti PAS.Tidak mustahil ahli-ahli PKR yang terdiri orang Melayu akan melompat kepada PAS satu hari nanti.Bagi kaum bukan Melayu perjuangan dalam parti PKR adalah reotrik pemimpinya yang gilakan kuasa.Perjuangan Parti Pas untuk berpolitik mengikut Al-Quran masih samar dasarnya.Di dunia terdapat 24 negara Islam yang penduduknya hampir 90% Islam seperti Arab Saudi,Mesir,Iraq,Iran,Pakistan dan Bangladesh.Adalah sukar memahami senorio politik di negara-negara Islam ini yang mengamalkan Islamisi,Fundamentalist atau pun radikal.Kenyataan ulama-ulama Pas kadangkala membingungkan rakyat bukan Islam contonya;

1. TG.Nik Aziz pernah berkata “Allah mencarut”…Apakah pengertian bukan Islam terhadap ungkapan ini?

2. Kerajaan Negeri Kelantan tidak menggalakan wanita yang cantik diambil bekerja kerana mereka boleh dapat suami dengan senang”,

3. Bahagian wanita dalam Pas tidak digalakan tetapi Parti Pas mempunyai ahli wanita lebih dari lelaki iaitu lebih kurang 800,000 ahli wanita.

4. Semasa Parti Pas menyeru berjihad untuk negara Afganistan untuk membela Taliban ditanya apakah dimaksudkan saranan pas untuk berjihad..berdalih dengan berkata ia Cuma memberi bantuan kewangan dan berdoa.

5.Yang Paling tidak memahami ialah “Sama rataan untuk semua rakyat,sekiranya PAS memerintah!.Apakah ia benar seperti diperkatakan.

6. Perlaksanaan kharaj atau cukai bukan Islam keatas bukan Islam.

Untuk memahami peredaran perubahan hukum syarie di Negara ini bukanlah suatu perkara yang senang memahami dan dianalisa mengikut tradisi Islam dalam bentuk sejarah static.Pas dengan terbuka perlu memberitahu tujuan nak buat kerajaan Islam dan pandangan mengenai hak bukan Islam di negara ini secara terbuka.

UMNO juga perlu memahami bahawa golongan Muda Melayu kini bukan hanya perlukan identity Islam tetapi ramai di antara mereka mahu Islam itu memainkan peranan aktif dalam politik.Kejayaan UMNO ialah silih berganti pemimpin bukan seperti Parti pembangkang yang sentiasa dengan pemimpin legenda mereka.Selagi umur panjang selagi itu rakus untuk memimpin.Apakah mereka boleh lakukan untuk golongan muda..Nostalgia ketuaan akan menyelubungi parti pembangkang kelak.

Diharapkan generasi muda dalam parti komponen BN perlu memahami keadaan politik negara ini.Bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun.Dr.Ismail salah seorang pengasas Parti Perikatan(BN) pernah berkata,”Apabila kemerdekaan ini sampai pada tahap kedewasaan masalah akan mula timbul kerana genarasi yang baru ini tidak merasai pengalaman dan kesukaran untuk memperjuangkan kemerdekaan,erti kemerdekaan cuma difahami oleh orang-orang melalui era menuntut kemerdekaan itu.Mereka-mereka inilah cinta-sayang pada kemerdekaan ,keamanan dan perubahan sekarang;saya tidak gusar pertentangan dari luar tetapi paling saya takut penentangan dari dalam parti”.

Apakah Rakyat negara ini perlu menyokong BN untuk keamanan dan kemajuan negara.Sudah tentu jawapannya YA!.Sokonglah dan Undilah Barisan Nasional.Marilah kita sama-sama ganding bahu lakukan perubahan dalam BN/UMNO dan juga MCA,MIC dan di lain-lain parti komponen.” Kadangkala lidah dengan gigi yang serapat itu pun boleh tergigit inikan pulak politik.Buang yang keruh ambil yang jernih!.

20 April, 2009

DILEMA UMNO DI PENANTI - "TO BE OR NOT TO BE"


Dari sebuah petikan yang terkenal dari William Shakespear - 'Hamlet':

To be or not to be, that is the question;Whether 'tis nobler in the mind to suffer.The slings and arrows of outrageous fortune,Or to take arms against a sea of troubles, And by opposing, end them. To die, to sleep;No more; and by a sleep to say we end The heartache........." .
Berbagai-bagai pendapat diutarakan dengan persoalan wajarkah UMNO / BN mencalonkan calon untuk pertandingan kecil di DUN Penanti?. Mungkin Pucuk Pimpinan Umno juga berada dalam keadaan "Nak atau Tak Nak" !.Sehingga Satu konkulisif konkrit tidak diberi oleh pucuk Pimpinan UMNO Berbagai-bagai pendapat akan sentiasa disuarakan oleh pelbagai pihak:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad pula berkata Umno perlu bertanding.Negarawan Tun memberi alasan; tidak wajar bagi UMNO membuat keputusan berdasarkan pada populariti parti di sesuatu kawasan.Umno perlu bertanding jika tidak ia akan mengecewakan ahli parti dan pemyokong BN di kawasan tersebut ;selain memcemarkan semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.
Persoalan Timbul:
1. Rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengundi memileh sekali lagi wakil rakyat dalam setahun tiga kali di DUN Penanti.Pertama kali di Pilihan Raya Umum ,kedua di Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Permatang Pauh dan kali ketiga pilihanraya kecil di DUN Penanti sekali lagi.
2. Apakah perlu membelanjakan wang rakyat yang banyak perlu berbelanja keatas SPR dan Pihak Polis dalam setiap pilhanraya kecil?.
3.Apakah proses demokrasi negara ini telah salah dipergunakan oleh segelintir dari parti politik pembangkang untuk desepsi politik mereka?.Pilihan raya kecil DUN Penanti sebenarnya boleh dielakan sekiranya pengurusan parti politik tersebut di tadbir secara lebih profenalisma.
4. Bagi UMNO menang atau kalah tidak memberi apa-apa perubahan berlaku dalam kerajaan negeri.Kerana kerajaan negeri yang ada ditangan PR sukar di ambil alih dengan hanya satu kerusi di DUN Penanti.
Seperti biasa Pemimpin PKR DSAI mula berkokok dan menyatakan bahawa pilihan raya kecil bukanlah satu pembaziran ia adalah hak rakyat untuk memileh pemimpin mereka.Inilah di fahami oleh puak-puak PKR ini.Tetapi bagi UMNO keputusan "Nak atau Tak nak bertanding" perlu memikirkan "Be or Not Be" petikan dari William Shakspear di atas...renungkan dan fikirkan pasti dapat jawapannya!!!.Kami akan sentiasa menyokong keputusan yang bakal diambil oleh pucuk pimpinan UMNO.

18 April, 2009

siapa sebenarnya yang CELAKA!

nak dijadikan cerita tah macamana tah sibenggali ni tersesat masuk ke laluan BN, sengaja ker... atau memang dia dah CELAKA!, bila keretanya masuk ke laluan BN... kehal nya dah diasingkan polis dua kawasan yang berbeza supaya tak bertembung, apalagi dapatler.. jawabnya dihujani dengan ayor botol... itu ayor kalau batu mau DOUBLE CELAKA dia dapat!

Rasakanler mana rasanya rakyat yang bengang benor dengan si benggali kurang ajor ni... mua hahaaha....

17 April, 2009

kena tahu yop.. RANCANGAN PENDERHAKA!

Dalam keadaan kelam kabut rakyat Perak Darul Ridzuan telah pun menghidu perancangan jahat penderhaka... kalau komer nak tau ke apa lakisah nya disini yop.

Pelbagai situasi yang kedengaran mula disembang oleh rakayat kebawah duli Tuanku sultan perak... dema mula dah mengesan di kedai kopi, diladang sawit, di surau-surau, ditempat lepak bebudak kampung sampai ler di tempat lepak kopitiam,

ada disebut dalam perlembagaan (kata dema) kalau DEWAN negeri tak bersidang selama tujuh bulan, maka dewan boleh dibubarkan secara otomatik dan pilihanraya negeri terpaksa diadakan semula... maka atas sebab nie ler orang kampung yg berborak di kedai kopi menganalisakan pengkhinat dan penderharka ni merancang supaya huruhara kan negeri... KENAPA?...

SEBABNYA CUBA PIKIORKAN... dewan semenjak kera jagaan dema dulu telah tidak bersidang dari bulan sebelas dulu... jadai kalau nak dikira dah masuk enam bulan lamanya kera jagaan tak bersidang... jadi perancangan jahat tuan-tuan kan dah tau termasukler nak adakan demonstrasi yg terdekat ni... kata dema ahad niler... isnin ni ler... siap masa sambutan hari keputraan Sultan Perak... memang gampang betul dema mengkhianat dan menderhaka! ini semua taktik dema supaya tidak Dewan bersidang. siap ugut lagi kalau bersidang ... kononya akan terjadilah sesuatu, antara sebab itu jugak dema lengahkan dengan kes saman dan bawak ke makamah supaya ada delay dan dema sebarkan bermacam cerita buruk utk tujuan itu... isk..isk...isk.. tak ke busuk perut hati namanya

kalau ditengok jugak kenapa kebelakangan nia asyik nak ada pilihanraya kecik.. teman rasa masa ada perancangan sulit pulak bagimewujudkan satu bentuk gelombang... cuba tengok tempat pilihanraya yg diadakan... mula dari Permatang Pauh (kepala hasadnya)... pastu bukit Hulu Terengganu... pastu Bukit Gantang... pastu bukit lenjan... gimik kot utk lari fokuskan perhatian rakyat.. tap... tap tak jadi lak.. dan kini kat Penanti ... yg kita tau kubu kuat... tapi pilihanraya ecil balik... seolah-olah macam merancang satu bentuk gelombang yg nampaknya macam kebangkitan dema Penderhaka Raja (PR). supaya rakyat percaya kononnya gelombang kebangkitan rakyat... cuba komer pikirkan... iyer ke tak

apapun sebenornya komer kena ingat juga sebagai seorang pemimpin terutama peneraju PM semasa Pak Lah, teman nak tanya berapa lama masa dia yg FREE... rasanya kalau nak kira mana ada masa terluang langsung... betui tak? sibuk memanjang... merata negeri memanjang dia kesana kemari... payah nak berehat walaupun kekadang samapi tak cukup tidor

PERSOALANNYA... Apa akan jadi jika seorang pengkhianat yang punya otak merancang yang telah dihukum penjara selama tahun lamanya... DSAI punya banyak masa merancang dari plan A hingga ke Z... yang baik.. ataupun BURUK siapa tau... wallahualam...

sekupangdua ingatkan semua rakan-rakan tentera yg taksub telah direkrutkan jenis pemikiran kelas 4.. percaya bulat samapai tahap maksimanya tuan-tuan dah tau kapir ke yang membaca Al Quran pun boleh dema jualang... bukan kelas 4 lagi teruk... sedangkan kita tahu membaca nya pun ada hukum hakamnya apa lagi kalau setitik arak yang di minum samapi 44hari tak diterima amalanya... pikiorler kalau itu tamu wajib pada dia... celaka betui menyebut ayat suci sesuka hati... ALLAHUAKBAR... pikior-pikiorkanlah... Amin!

16 April, 2009

SEKUPANGDUA....ANTARA MARUAH DAN PENGORBANAN,


Sekali lagi sekupangdua terharu kerana diantara arus kemodenan dan kerakusan manusia yg haloba dengan kuasa tanpa mengira sempadan atau batasan agama maupun akal pemikiran, pelbagai taksub serta peliknya sifat yang boleh dilihat di bukit gantang...
Sekupangdua merasakan P059 Bukit Gantang menjadi bukti lain padang lain belalang... rupanya tak sama seperti di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, jauh sekali bezanya, Pentas Bukit Gantang menterjemahkan pelbagai irama... semuanya di saksikan sekupangdua dan sebelum tanggal 7hb April 2009 sekupangdua telah isytihar kemenangan yang sebenarnya... Allahuakbar!... ya allah tiada kemenangan yang aku rasa sebegini hebat... terima kasih... ya allah aku amat bersyukur dengan pemberian mu ya Allah! disini sekupang dua di perlihatkan pejuang ANTARA MARUAH DAN PENGORBANAN, Terasa begitu kerdil sekupang dua... mereka datang ke Bukit Gantang berkorban demi maruah bangsa, sungguh tak menyangka kemenangan hati seorang pejuang berlakunya di P059.
Hari ini terbukti para blogger yang datang mungkin berpangkat adinda atau adik tetapi jiwa pejuang mereka amat tinggi, ke P059 dengan mengorbankan cuti kerja, masa bersama keluarga, wang ringgit tanpa menghiraukan tidur dimana dan makan nya apa! percayalah bagi kami yang menjadi abang sebenarnya boleh tersenyum dan lega menyinggah di hati kerana melihat jiwa orang muda yang sayangkan agama, bangsa dan negara dengan rela hati berkorban segalanya demi mempertahankan maruah, tak percaya! tanyalah seangkatan kami... tanyalah abang tuah... tanyalah kekanda MAMAK... sekupangdua percaya akan hati mereka berkata... KINI.. MUNCULNYA PEJUANG YANG MEMPERTAHANKAN KEAMANAN!. Tidak lagi kuat risaunya apabila satu ketika dahulu begitu ramai orang muda jauh terpesong akibat percaya tomahan dan hasutan si lebai yg mengaku membawa kebenaran dengan memulakan agenda penderhakaan.
Kini pejuang muda telah muncul... sebenarnya para bloggers bukan sekadar berjuang di alam maya tetapi mereka juga turun ke medan perang... itulah sebenarnya kemenangan pada sekupangdua, abang tuah dan Mamak yang rasanya sudah mula melihat kelahiran pejuang muda yg lebih bertenaga dan mempunyai kekuatan tersendiri merempuh medan peperangan dengan tiada istilah kegentaran... percayalah abang pasti tersenyum dan bangga terhadap adindanya sebagai seorang pejuang bangsanya.
Sekupangdua ingin meneruskan satu lagi misi menjejaki seorang pendekar bangsa... misi... yg cuma diketahui oleh kengkawan terdekat, insyallah dengan gabungan sekupangdua dengan Abangtuah, kuntakinte dan beberapa sahabat lain, harapan ini insyallah dengan izinnya moga menghasilkan kejayaan, tersenyum sekupangdua dengan misi dulu samada sedar atau tidak sekupangdua rasanya orang yg paling mula melihat semua wajah pejuang para blogger dan sekupangdua telah berjanji pada diri sendiri... tidak akan merakam photo pejuang ini walaupun camera sebagai senjata sentiasa berada disisi.
sekupangdua juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para blogger terutamanya...semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak


Tidak lupa juga jasa mereka yang banyak membantu teman dari Perak ke Kuala Lumpur dan terus ke P059 Bukit Gantang, sekupangdua mengucapkan Jutaan Terima Kasih kerana membantu... Nama-nama seperti...

YB Zainol FadziPaharudin, Tok Yusof Kassim,Abang Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Tn Ali Hanifiah, Sayuti, Ahmad Kamal, Hakim, Kepala Perang, Afden KAMI (dari YDP, Prof, zul Fahmi, sahabat setia seperjuangan Afden, meorblack, acai///, janggut, matsyukur, yoeperak, tapingmali, ayorlemuju,selengkorubatnyamok, sifu, dan semua blogger-blogger di Perak dimana tak tersebut nama mengkomer dan jasa komer, terima kasih semua.. jasa yanga akan sekupangdua kenang sampai bila-bila

Sekupangdua juga mengucapkan Terima Kasih yang teramat kepada AYAHBONDA yang tercinta kerana menyedarkan anakanda erti keamanan dan akan mempertahankannya. pada AYAHANDA INI JANJI ANAKANDA...insyallah akan anakanda akan mewariskan semangat ini kepada cucu mu... ALLAHUAKBAR! MOGA AKAN LAHIRNYA LAPISAN PEJUANG KEAMANAN... amin

ANTARA MARUAH DAN PENGORBANAN




15 April, 2009

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND