27 April, 2009

THE OLDIE'S 80'S BUS STATION



ALHAMDULILLAH, satelah sekian lama merancang dan menyusun pertemuan antara kawan-kawan yang sama melepak di bus station yang begitu lama terpisah kini dengan izin allah semua berjalan dengan baik.

Tanggal 26 hb April, 2009 menjadi sejarah kepada kami sekalian kerana pada jam 9.30 malam, maka rasmilah mesyuarat bermula dan tertubuhlah satu ketika dahulu dikenali sebagai GENG BAS STAND kini menamakan BBSI (Badab Bertindak Sosial Islam) dan menjadi satu rahsia bila kita perkatakan huruf BBSI tersebut. cadangan yang dilahirkan oleh sdr li kembor sesuai dengan motif perjuangan yang di rumuskan mensasarkan golongan muda yang jauh terpesong, menarik semula dengan rasa tanggungjawab kepada bangsa, agama dan negeri yang tercinta, di tambah oleh sdr piyan apa yang terjadi kepada kami satu ketika dahulu melepak di Bus stand selepas pulang sekolah sudah cukup memeritkan dan akan terpahat di nostalagia kami semua, amat berbeza sehingga kini yang begitu banyak kesenangan dan kemudahan... tapi kekurangan itu tidak sedikit menghakis semangat juang di hati kami semua, kami sayangkan bangsa kami, kami sayangkan agama kami dan kami sangat sayangkan keamanan ini dan berjanji mempertahankannya demi genarasi yang akan datang, rasa terharu kerana semua yang hadir mempunyai hasrat yang sama memperjuangkan bangsa melayu sendiri,

Tahniah kepada yang dilantik bagi jawatan penaja BBSI, tak pulak berebut atau bertelagah sesama sendiri untuk mengisi senarai barisan peneraju BBSI. ini merupakan petanda baik dan permulaan yang ada ktibarnya... insyallah

Senarai Jawantan kuasa penaja BBSI terdiri daripada

YDP Sdr Garry (Amirruddin)
NYDP Sdr Li Kembor ( Mohd Ali)
SU Sdr Piyan (Sofian)
SUK Sdr Jeff ( Jeffry)
Bendahari Sdr Mazlan Baki

tujuh nama AJK yang di lantik
1. lee jawa
2. Adam (roslan)
3. Nuar Singa
4. Mie mengah
5. Joe Afro
6. Campbell
7. Fendi

Tahniah juga kepada semua yang hadir pada malam tersebut, kesanggupan kalian merupakan satu petanda baik merancang untuk memastikan keamanan yang sedia ada. siaapa sangka satu ketika kumpulan anak muda ini yang melepak di bus station kini punya berbagai kerjaya dan lebih terkejut lagi apabila diperlihatkan semangat yang begitu tinggi memertabat dan memperkasakan bangsa menjadi arah tuju persatuan, tahniah sesungguhnya keamanan menjadi tanggung jawab kita, supaya genarasi kita boleh meneruskan apa yang dipertahankan oleh bapanya.... insyallah

Antara peranan dan dasar yang disasarkan oleh BBSI pertama nya akan turut turun padang bagi membantu terutama semasa pilihanraya, mungkin BBSI baru hendak mula, tapi BBSI juga boleh dikategori persatuan yang berani bangun ketika kemelut politik di Perak yang di carca merbakan oleh mereka yang mahu merosakan keamanan. Berharap sangat BBSI akan mendapat perhatian supaya dinaung atau dibantu oleh pemimpin-pemimpin bagi menghidupkan dasar perjuangan mereka. kedengaran beberapa nama disebut-sebut seperti Datuk Ahmad Zahid Hamidi, YB Zainol Fadzi Paharuddin, YB Dato' Hamidah Othman dan beberapa nama lain. Kepada mereka yang di sebut-sebut berilah sedikit respon dengan usaha mereka ini yang mempunyai dasar memperjuangkan bangsa , agama dan tanah air tercinta. BBSI juga merupakan kumpulan yang bangun atas kesedaran pada apa yang telah terjadi di negeri kesayangan mereka. biarlah mereka yang tahu betapa peritnya kehidupan dahulu (80's) dan mereka juga mahu anak-anak mereka dan masyarakat bersyukur dengan rahmat allah kepada umatnya

Percayalah... kalian semua garry, li kembor, man kembor, jeff, mazlan baki, lee jawa, Adam,
Nuar Singa, Mie mengah, Joe Afro, Campbell, Fendi, gee, man nasi lemak, shukur, AT, man bai, nasir cobler, dem, shafiee, nuar auum, hakim, stone, Jinggo, mie mengah dan yang tidak disebut perjuangan kalian sememangnya di tanggih... landasan kalian sudah betul, perjuangkan hasrat kalian insyallah akan hadir ramai lagi shaf atau barisan di belakang kalian untuk perjuangan kalian, tahniah, HERE'S COME THE OLDIE'S 80'S !

PUNYA ARAH TUJU WALAU SATU KETIKA DI KATAKAN BUDAK BUS STAND IPOH, SELAMAT BERBAKTI!

1 ulasan:

pak anjang berkata...

Asalamualaikum
Langkah pertama untuk berubah adalah dengan NIAT. Mungkin kumpulan bas stand ini mempunyai niat yang baik. Diharapkan begitu lah.Sebab usaha untuk mengajar kebaikan kepada generasi kini yang yang terpesong dengan budaya negatif adalah lebih baik dilakukan org berpengalaman yg pernah lalui jalan itu. Usaha kumpulan ini saya lihat sangat bagus dan diharapkan dapat menjadi contoh kepada otai-otai lama.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND