22 April, 2009

GOLONGAN MUDA PERLU MENYOKONG UMNO/BN

Ramai golongan remaja (belia) di negara ini tidak memahami apakah tujuan asal Barisan Nasional ditubuhkan.BN ditubuhkan oleh pemimpin dan pejuang yang terdahulu dengan dasar semangat “Perjuangan Negara Melalui Perjuangan Rakyat”.Parti politik yang merangkumi 13 parti politik ini sehingga kini tidak mempunyai sebarang Ideologi parti dan menyebabkan ia sebuah parti politik yang unik dan istimewa.Parti ini juga berjaya berkuasa dari tahun 1957 sehingga kini.Walau pun berbagai-bagai masalah melanda perjuangan parti ini BN tetap berdiri teguh dengan kerjasama dari parti-parti yang diwakili oleh kaum-kaum terbesar di negara ini.

Cabaran utama BN pada masa ini ialah ramai golongan muda terutamanya dari parti-parti komponen utama UMNO.MCA dan MIC tidak memahami perjuangan BN yang sebenar.Mengimbas kembali dasar perjuangan Kemerdekaan orang Melayu untuk bebaskan negara ini dari belenggu penjajahan memerlukan kerjasama yang jitu dari pihak penduduk Imigeran terutamanya dari Kaum Cina untuk menyakinkan penjajah British yang memberi isyarat bahawa rakyat negara ini telah bersedia untuk merintah sendiri.Kegelisahan Pihak British dengan penduduk Imigeran yang kebanyakannya menyokong perjuangan komunis telah dipatahkan dengan penubuhan Parti Perikatan (kapal layar) bersama masyarakat kaum Cina imigeran yang lebih liberal dan tidak menyokong komunisma yang telah menubuhkan MCA dibawah pimpinan Tan Cheng Lok.Penyatuan Melayu yang lebih liberal ditubuhkan melalui Parti UMNO.Kedua parti ini telah bergabung untuk satu matmat ia itu bersatu dibawah Parti Perikatan untuk mendesak kemerdekaan negara ini dari British.Kejayaan terbesar pergabungan ini ialah orang Melayu Islam telah membentuk satu pakatan atau pergabungan mengikut cara Islam “tahaluf siasi”.Dimana kedua - dua gabungan ini dengan niat yang ikhlas mempersetujui “Hak Istimewa Melayu,Hak kedudukan Bahasa Melayu,Hak Agama Islam dan Hak Raja-Raja Melayu tidak di persoalkan.Sebagai gantinya orang Melayu merelakan kedudukan Imigeran orang-orang Cina berstatuskan Warga negara secara memohon.Inilah inti pati “perjanjian sosial’ yang dipersetujui dari kedua pihak.Perjanjian yang di meterai ini telah mewujudkan keadaan ‘menang-menang’(Win-Win Situation) di antara kedua kaum terbesar di Negara ini.Dengan keadaan yang sama juga selepas itu parti kaum India,MIC menjadi anggota Parti Perikatan.Dengan ini kedua-dua pihak ia itu Pihak Penduduk Asal bangsa Melayu dan Pihak Imigeran telah berjaya berkerjasama erat untuk mendapatkan kemerdekaan negara ini.Pihak orang-orang Melayu yang diterajui oleh UMNO tidak perlu menumpahkan darah atau mengorbankan nyawa untuk menuntut kemerdekaan dai pihak penjajah dengan hanya memberi sedikt ruang pada kaum lain menjadi rakyat negara ini.Pihak kaum bukan Melayu pula tidak rugi dengan memberi ruang untuk tuan tanah yang memberi status rakyat. Tuan Tanah berhak mendapatkan hak yang lebih dari mereka yang datang menumpang dan diberi layanan tinggal tetap di tanah tuan tanah.Inilah dinamakan toleransi diantara kaum di negara ini.

Keadaan toleransi ini telah sengaja dilupakan oleh kedua-dua pihak baik yang Melayu dan juga Bukan Melayu dari golongan muda sekarang.Sekiranya Orang-orang Melayu belum lagi sampai kepada Haknya untuk menikmati kekayaan negara , kaum bukan Melayu perlulah memberi ruang dan laluan atau menjadikan inspirasi orang Melayu tercapai secara ikhlas.Keikhlasan berkongsi kekayaan negara perlu ada pengorbanan bukan Melayu.Dalam negara telah mencapai kemerdekaan selama lima puluh satu tahun Orang Melayu masih lagi ketinggalan dengan perbedzaan ekonomi dan sosial dengan kaum bukan Melayu di negara ini.Ia mungkin disebabkan factor-faktor lain dalam politik itu tidak menjadi persoalan tetapi untuk menjaga keamanan bukan Melayu juga perlu memainkan peranan aktif untuk memajukan kaum Melayu.Kerana semakin kaum Melayu mundur dari kaum lain keadaan bahaya dan ketidak kepuasan hati akan terwujud.Ahli-ahli politik muda Melayu sengaja mengapi-apikan perihal hak istimewa ini secara mengugut akan menyebabkan keadaan negara tak terkawal.Mereka ini sengaja mencari publisti murahan untuk meraih sokongan.Wal hal kemajuan orang Melayu sepatutnya telah terlaksana lama.Memajukan sesuatu bangsa sekurang-kurang dari segi ekonomi tak perlukan masa yang lebih dari 50 tahun.Harus memahami ramai masyarakat didunia ini tidak perlu mengharapkan bantuan kerajaan untuk memajukan diri mereka.Kaum India yang rata-rata mempersalahkan kerajaan dan UMNO dalam kemunduran mereka adalah berfikiran sempit.Pemimpin masyarakat India melalui parti-parti yang mewakili kaum mereka telah gagal memainkan peranan yang efektif untuk majukan masyarakat India di negara ini.Pemimpin India yang berbalah sesama sendiri untuk merebut kuasa politik menyebab masyarakat India telah terpingir dalam arus kemajuan negara.Menuding jari pada kegagalan masyarakat ini pada BN adalah sukar diterima.Pemimpin Masyarakat India perlu bersatu untuk menangani masalah sosial dan ekonomi mereka. Sekiranya Insitusi seperti Maika Holding pun tidak dapat uruskan dengan berjaya bagaimana nak persalahkan orang lain dalam kepinggiran mereka dalam arus kemajuan ekonomi?.Bersatu hanya untuk demontrasi jalanan seperti Hindraf dan menyebelahi pembangkang yang beri jajni – janji palsu yang belum dibuktikan hanya membawa padah pada kaum India itu sendiri.Bersatu untuk memajukan masyarakat lebih baik dari bersatu untuk membuat demonstrasi.Demonstrasi begini Cuma mengundang mala petaka yang lebih buruk kepada negara dan rakyat.Iklim politik negara ini berlainan dari negara India atau pun Amerika!.Kaum Cina yang rata-rata menceburi dalam ekonomi perlu memandang kestabilan politik untuk mendapatkan suasana harmoni.Mendombakan orang-orang Melayu dalam politik hanya akan memberi kesan yang buruk pada mereka dan ekonomi negara jangka waktu panjang.Kaum Bukan Melayu harus memahami orang -orang Islam bagaikan “Carik-Crik Bulu Ayam Akhirnya Bercantum Juga”.UMNO dan BN telah buktikan bahawa kedudukan ekonomi kaum Cina di negara ini tidak pernah dinodai. Cuma masa kini pembahagian kek ekonomi sedang mengecup maka perlulah kita memahami keadaan bukan sentiasa kita boleh dapat bahagian kek ekonomi yang lebih besar. Kaum Peniaga Cina yang telah lama berniaga perlu mula memikirkan perniagaan di luar sana begitu terbuka dengan negara-negara bekas komunis seperti di Indochina.Apakah perlu bertegang leher dan berseliseh faham untk merebut peluang niaga dalam negara dengan kaum peniaga-peniaga Melayu yang baru mula berniaga ?.Di manakah tolerensi?.

UMNO juga perlu berubah untuk kehendak orang-orang Melayu sendiri.Parti politik Melayu dari dua asalnya telah berpecah kepada tiga.UMNO perlu memahami parti Politik ketiga dari orang Melayu adalah PKR yang serpihan dari kalangan UMNO sendiri bukannya dari Parti PAS. Maka kebanyakan melayu di parti PKR adalah bekas ahli UMNO.Kelemahan UMNO akan memberi kekuatan pada Parti Pas.Walau pun parti PKR ini pada dasarnya diperkatakan parti yang memperjuangkan hak persamaan rakyat dan liberal tetapi pada natijahnya parti ini lebih cenderung kearah idealogi parti PAS.Tidak mustahil ahli-ahli PKR yang terdiri orang Melayu akan melompat kepada PAS satu hari nanti.Bagi kaum bukan Melayu perjuangan dalam parti PKR adalah reotrik pemimpinya yang gilakan kuasa.Perjuangan Parti Pas untuk berpolitik mengikut Al-Quran masih samar dasarnya.Di dunia terdapat 24 negara Islam yang penduduknya hampir 90% Islam seperti Arab Saudi,Mesir,Iraq,Iran,Pakistan dan Bangladesh.Adalah sukar memahami senorio politik di negara-negara Islam ini yang mengamalkan Islamisi,Fundamentalist atau pun radikal.Kenyataan ulama-ulama Pas kadangkala membingungkan rakyat bukan Islam contonya;

1. TG.Nik Aziz pernah berkata “Allah mencarut”…Apakah pengertian bukan Islam terhadap ungkapan ini?

2. Kerajaan Negeri Kelantan tidak menggalakan wanita yang cantik diambil bekerja kerana mereka boleh dapat suami dengan senang”,

3. Bahagian wanita dalam Pas tidak digalakan tetapi Parti Pas mempunyai ahli wanita lebih dari lelaki iaitu lebih kurang 800,000 ahli wanita.

4. Semasa Parti Pas menyeru berjihad untuk negara Afganistan untuk membela Taliban ditanya apakah dimaksudkan saranan pas untuk berjihad..berdalih dengan berkata ia Cuma memberi bantuan kewangan dan berdoa.

5.Yang Paling tidak memahami ialah “Sama rataan untuk semua rakyat,sekiranya PAS memerintah!.Apakah ia benar seperti diperkatakan.

6. Perlaksanaan kharaj atau cukai bukan Islam keatas bukan Islam.

Untuk memahami peredaran perubahan hukum syarie di Negara ini bukanlah suatu perkara yang senang memahami dan dianalisa mengikut tradisi Islam dalam bentuk sejarah static.Pas dengan terbuka perlu memberitahu tujuan nak buat kerajaan Islam dan pandangan mengenai hak bukan Islam di negara ini secara terbuka.

UMNO juga perlu memahami bahawa golongan Muda Melayu kini bukan hanya perlukan identity Islam tetapi ramai di antara mereka mahu Islam itu memainkan peranan aktif dalam politik.Kejayaan UMNO ialah silih berganti pemimpin bukan seperti Parti pembangkang yang sentiasa dengan pemimpin legenda mereka.Selagi umur panjang selagi itu rakus untuk memimpin.Apakah mereka boleh lakukan untuk golongan muda..Nostalgia ketuaan akan menyelubungi parti pembangkang kelak.

Diharapkan generasi muda dalam parti komponen BN perlu memahami keadaan politik negara ini.Bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun.Dr.Ismail salah seorang pengasas Parti Perikatan(BN) pernah berkata,”Apabila kemerdekaan ini sampai pada tahap kedewasaan masalah akan mula timbul kerana genarasi yang baru ini tidak merasai pengalaman dan kesukaran untuk memperjuangkan kemerdekaan,erti kemerdekaan cuma difahami oleh orang-orang melalui era menuntut kemerdekaan itu.Mereka-mereka inilah cinta-sayang pada kemerdekaan ,keamanan dan perubahan sekarang;saya tidak gusar pertentangan dari luar tetapi paling saya takut penentangan dari dalam parti”.

Apakah Rakyat negara ini perlu menyokong BN untuk keamanan dan kemajuan negara.Sudah tentu jawapannya YA!.Sokonglah dan Undilah Barisan Nasional.Marilah kita sama-sama ganding bahu lakukan perubahan dalam BN/UMNO dan juga MCA,MIC dan di lain-lain parti komponen.” Kadangkala lidah dengan gigi yang serapat itu pun boleh tergigit inikan pulak politik.Buang yang keruh ambil yang jernih!.

3 ulasan:

kelambuharimau berkata...

hidup umno/hidup BN...marilah kita same same turun padang menjelaskan keadaan sebenar kepada golongan muda di negara ini...sebenarnya golongan muda terpesong oleh agenda jahat anuar..marilah kita bersatu hati untuk kembalikan sokongan belia kepada umno...

Tanpa Nama berkata...

AJK PKR Putrajaya ada di sini
http://jamilismail.blogspot.com
musang berbulu ayam spesis al juburi juga.

sekupangdua berkata...

ok sekarang ni musim cendawan aljubri tengah tumbuh melata, baik-baik cendawan MABUK

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND