30 April, 2009

LAWYER KAMPUNG Vs LOYAR BUROK (tak tau malu ma!)

Semalam, terkejut juga teman bila dapat berita yg agak lewat petang tentang LAWYER MUDA UMNO akan hadir untuk memberi penerangan pada sebelah malam. Pasti ramai yang terlepas bla berita yang disebarkan terlelu pendek masanya,

Tapi teman silap, teman sampai jam 9 malam begitu terkejut kerana tak sangka ramai pulak yang hadir, majlis di mulakan dengan pengerusi Dato' Ramli Zahari mohon Kapten (b) Najamuddin al hafiz membacakan doa, agak tersentuk juga teman almaklumlah alhafiz ni... memang sayu mendengarkan doa yang dipohon terhadap ALLAH SWT memberikan keamanan dan bersyukur dengan pemberian nya... isk...isk... memang jauh berbeza, apa tak nyer.. bla teman menyelinap masuk ke majlis nizar MEMANG BERBEZA!... apa taknyer dema berdoa juga.. tapi comfirm doa tu mesti menyebut betapa kejamnya, zalimnya... orang UMNO, (tah bila kapior menghina tak pulak di sebut ZALIm) Tak ketinggalan menjadi adat doa melaknatkan umat islam (UMNO) dan sembahyang hajat yang mendoakan keburukan terhadap seseorang memang menjadi kebiasaan dema, isk setahu teman mana ada orang doa dan sembahyang minta seseorang dilaknat dan mohon ditimpa bencana. Yang pelik... pengikutnya tak ker pakai otak di kepala, iniah masaalahnya guna tempurung lutut, sedor ler yop mana mengkomer belajor mintak tuhan jatuhkan bala pada orang lain. sian.. nengoknyer... ada baiknya bila teman nyelinap dalam majlis dema... Memang iya mula-mula je membuka ucapan dengan kata puji terhadap allah dan rasullulah.. tapi lepas tu haok (hancor) sesedap mulut dema nak mengata, memaki dan mengumpat... yang sedihnya diselang-seli dgn laungan takbir... isk...isk... anak teman yang sekolah rendah selalu tanya teman... yang teman tak boleh jawab sampai sekarang... 'ayah dema mengata.. mengumpat ni kan lagi jahat dari zina, ustad tak dosa ker?' miker pikior ler jawabnya

Lepas doa terus jer LAWYER anak muda naik ke pentas bagi penerangan berkenaan isu saman menyaman ni... terpikior ke komer bila lawyer muda yang diatas pentas membuatkan teman tersenyum sendiri.. apa tak nyer, nampak tak kebangkitan orang-orang muda di perak yang mula sedar bila ada LOYAR BURUK 3N menjaja keliling kampung, kenapa teman panggil 3N? terdengor adik sebelah menyebut nya... Nizar Ngangeh (kata orang perak ...melopong) hasil dari nama Nizar, Ngah & Ngeh. tempohari di bukit gantang jugak keputusan yang teman tengok saluran orang muda terutama orang Melayu nampak positif menang 85% di kebanyakan kawasan majoriti Melayu.
Sebelum datang teman numpang kawan teman yang kebetulan juga menyelinap dikawasan Kampar sebelum ambik teman, ituler ceritanya si Nizar ni sampai tiga tempat menyinggah berkempen bagitau orang dia masih MB... betui ler teman kata loyar buruk.. merata dengan kereta yang tertera Menteri Besar Perak..kan namanya tak tau malu tu... idak ker dia terpikior tebal muka melaram satu kampung nyeronggeng. banyak contohnya yop.. mat jenin.. mat kadok.. mat sasau isk banyak kalau nak di ibaratkan. lepas tu geng tu juga yang merata ke hulu ke hilior... paling menyampah bila doa dan berucap... kata kawan teman, teman senyum lagi, buka apa teman rasa bangga kawan teman sebenornya baru je 30an... isk...isk... orang muda lagi, sanggup dia ke majlis penerangan selepas bergegas menyelinap ketiga-tiga tempat yang nizar pegi. Kesedaran orang muda rasanya dah mula ketara teman tengok kebelakangan ni.

Penerangan oleh lawyer muda diakhiri dengan sebarang soalan, mulanya pada pandangan teman dewan yang penuh sesak dengan dema yang datang dari seluruh pelusuk Perak akan senyap... almaklunler ... orang kampung apa yang dema tau tentang artikel dan seksyen ni... Pehh terkejut teman pakcik .. makcik dengan orang muda mengajukan macam-macam pertanyaan siap sebut 16(1) (2), 63 4 pekara, undang-undang tubuh, makamah persekutuan, makamah tinggi, makamah rayuanan macam-macam lagi ler yang teman sendiri pun tak teringat nak sebut. Sampai tuan lawyer yang asal tujuan mahu masyarakat tahu ke peringkat akar umbi tentang muslihat yang di rancangkan 3N ni... tersenyum dan berkata 'NAH! TUAN-TUAN SENDIRI DAH JADI LAWYER KAMPUNG!... memang inilah yang kita hendak supaya tuan-tuan boleh menjawab dan menerangkan kepada orang kampung apa sebenarnya berlaku!'

Dalam masa riuh soal jawab ni teman terperasan ada seorang hamba allah yang terselit diantara orang ramai yang tengah menghentam tindakan si Nizar PENDERHAKA ( betui ler tu, dia yang nyebut.. patik mohon deharka- kalaulah hidup Hang Jebat pun tak apa merasanya terkencing dalam seluor.. tak cukup tanah nak lari). Teman terkejut sebab rupanya MENTERI BESAR PERAK rupanya yang duduk diantara orang ramai tu, itulah kelebihan MB PerakDato' Seri Dr Zambry, sampai orang ramai tak perasan tentang kehadirannya di majlis tersebut, itu pun majlis senyap bila tiba-tiba Dato' Ramli umumkan tiba-tiba masa tengah rancak soal jawab, pehh cayalah yop! pakcik, makcik dengan adik-adik siap bentang dengan tindakan pada loyar burok nizar, semuanya geram amat kat dia.

Seperti biasa MB kita Dr Zambry selamba jer naik keatas pentas, apa lagi gamat ler jadinyer majlis ni, beliau sendiri melahirkan apa yang sekupangdua rasa... sama...memang sama tak lari satu inci pun! memang yang hadir begitu ramai punya semangat yang betui-betui tinggi terhadap kecintaan kepada Sultan Perak serta keamanan selain marah dengan pembelit dan penderharka! memang patut dipuji hadiran sekalian itulah yang MB katakan Tahniah kepada mereka, memang layak untuk mengkomer!

Kata MB jugak kalau nizar berani import orang untuk kucarkacirkan negeri.... berarak dijalan-jalan... apa dia lupa ker? jangan cabar apa orang Perak jati sendiri pun sanggup! kalau dia boleh bawak 10 ribu kita pun boleh bawak 20ribu lagi. Teman nak jer jerit kata 'Teman Sanggup!' tapi suara teman tenggelam di tenggah-tengah jerit hadiran yang melaungkan kata 'Mesti!' dan tepuk sorak dengan semangat... teman senyum lagi.. bila pikir tentang akan datang confirm tentu ramai orang Perak akan tampil berdepan dengan golongan penderhaka dan pendusta ni. insyallah teman pun tetap akan turut serta jika dicabar... bersemangat betui teman pehh naik bulu roma.. ini yang orang perak cakap 'belajor bunga silat pun dah cukup kalau nak menentang penderhaka!'

Rupa-rupa nya MB kita kata ' saya amat terkejut kerana begitu Ramai yang datang walaupun dimaklumkan dengan masa yang amat pendek ... tak berapa jam jer tapi tuan-tuan dan puan-puan sanggup hadir dari seluruh negeri Perak.... pehh! teman dah agak! sekali lagi teman tersenyum... kerana Rakyat Mula Sedar apa yang pengkhianat cuba lakukan.

Sekupangdua akan merasa bangga dengan retetan majlis ni kerana... akan ramailah lawyer-lwyer kampung akan memperkatakan helah siloyar burok ni di melata kedai kopi, simpang, surau, dewan, majlis-majlis dan merata temapat kerana apa.... mereka Rakyat Perak sayangkan keamanan dan tidak sekali akan biarkan pembelit hidung kembang perasan, haloba kuasa tak sudah berangan macam si kadok yang telanjang bulat melompat keliling kampung perasan ayam dia menang! hua ha ha ha... PIKIR-PIKIR KAN LER.... DAULAT TUANKU! HIDUP MELAYU!

1 ulasan:

AbgTuah berkata...

SALAM SAHABAT SEPERJUANGAN SEKUPANGDUA..

WAH BLOG NI MAKIN MANTAP...

YE DISAMPING BERJUANG SECARA NYATA KITA JUGA AKAN TERUS BERJUANG SECARA MAYA AGAR KERAJAAN RAKYAT@LANUN DAPAT DILENYAPKAN..

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND