01 Mei, 2009

HASAD DENGKI DIKALANGAN ORANG MELAYU

Sabda Rasulullah s.a.w:



"Jangalah kamu sekelian dengki-mendengki, jangan putus memutuskan silatur-rahim, jangan benci-membenci, jangan musuh-musuhi, tetapi jadilah kamu semua sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah ke atas kamu".



Apakah di maksukan Hasad atau Dengki ?



1. Rasa kurang senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu mengharapkan-harapkan agar nikmat itu terhapus daripadanya.



2. Tidak pula mengeharapkan nikmat itu lenyap dari orang lain, tetapi mengharapkan nikmat yang sama untuk dirinya sendiri, perbuatan ini dinamakan ghibtah.



Sikap yang pertama diharamkan dalam segala segi, kecuali nikmat yang diperolehi oleh seorang yang derhaka pada perintah-perintah Allah, lalu dijadikan nikmat yang padanya itu, untuk melakukan segala macam maksiat dan larangan-larangan Allah Ta'ala, membuat kerosakan ,menyakiti orang maka tiadalah terlarang bila mana seseorang inginkan terhapusnya nikmat kekuasan dan harta benda itu daripada penderhaka itu supaya kerosakan yang dilakukan terhenti.Ia seperti kita mendoakan rejim Yahudi dilaknat itu terhapus dari bumi Palastine.

Sebab Hasad Dengki.

1.Timbulnya permusuhan dan kebencian.Ia terjadi apabila orang itu menyakiti kita kerana sesuatu sebab atau pun dia menetang kita dengan sesuatu tujuan; lalu hati kita membencinya dan merasa marah pada orang itu.Pada masa ini terbentuklah perasaan dendam di hati kita.Perasaan dendam terhadap orang itu sentiasa sentiasa meminta penentangan dan pembalasan dari kita.Kita sentiasa menaruh dendam terhadap orang itu sampai hajat untuk membalas dendam itu tercapai.Jika sesuatu buruk berlaku pada orang yang dendam itu, mungkin kita akan menganggap perkara buruk itu sebagai suatu keramat dari Allah Ta'ala untuk diri kita. Kita akan terasa gembira ,bila mana musuh kita menerima bhaya atau bencana menimpa musuh kita. Maka kita mulai menyangka bahawa musibah yang menimpa musuh kita itu semuanya adalah balasan dari Allah buat diri kita.Sebaliknya kalau musuh kita memperolehi nikmat maka kita akan merasa hati kita pedih dan sedih kerana ia adalah berlawanan dari kemahuan kita. Kemungkinan kita akan menganggap Allah tidak mengkabulkan doa kita, Allah tidak bersimpati dengan kita kerana Allah tidak membalas musuh kita seperti mana kita angan-angankan.

Kesimpulannya, hasad dengki itu sentiasa mempengaruhi jiwa kita dengan sifat-sifat kebencian dan permusuhan sesama bangsa Melayu yang beragama Islam.Sesungguhnya jika seseorang itu betul-betul memiliki taqwa yang tinggi,tentulah dia tidak akan meredhai sifat hasad dengki itu bertapak di hatinya malah sentiasa membenci.

2. Lahir dalam diri kerana terlalu keinginan untuk menjadi ketua,menjadi pemimpin,berusaha untuk mendapatkan kedudukan dan pangkat dengan apa cara sekali pun, sehingga jika ada orang yang saingi mereka ini dilabelkan dengan berbagai tuduhan sehingga gunakan surah-surah Al-Quran semata-mata ingin nak berkuasa. Berbagai tuduhan dilontarkan kepada pihak lawan sehingga mengkafirkan golongan penentangnya hanya didorong oleh api kebencian, hasad dengki dan gila kuasa.

Semoga Allah Ta'ala memelihara kita sekelian dari penyakit Hasad dan Dengki itu dengan kurniaNya dan murahhatiNya.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND