08 Mei, 2009

PAS VS PKR DI P.PINANG RETAK TUNGGU BELAH?


Parti Pas marah dan kecewa dengan Datuk Seri anwar Ibrahim yang tidak berunding dengan pemimpin parti PAS dan DAP sebelum PKR mengumumkan kekosongan DUN Penanti kata pemimpin Pas Pulau Pinang....sila ikuti http://www.malaysiakini.com/news/103670


PAS LARANG AHLI LAWAN PKR DI PENANTI
" kita tidak izinkan orang kita bertanding atas tiket bebas melawan parti komponen Pakatan rakyat"....pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali....sila ikut http://www.malaysiakini.com/news/103627


PEMUDA PAS PULAU PINANG TETAP MAHU LETAK CALON.
Pemuda Pas Pulau Pinang tetap mahu letak calon mereka dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini.sila ikut http://www.malayasiakini.com/news/103364


PAS AKAN TOLAK PARTI PKR DI PENANTI
Selepas perang mulut diantar DAP dengan PKR berhubung perletakan jawatan Mohammad Fairus Kharuddin sebagai ADUN Penanti kini Parti Pas berniat menolak parti DSAI dalam pilihanraya kecil nanti. http://www.malaysiakini.com/news/102840

Sedikit nasihat untuk UMNO Pulau Pinang - penulis
Di PR12 dan PRK kecil Permatang Pauh terdapat sebilangan ahli UMNO lompat kepada parti Anwar kerana ingin mendapatkan imbuhan dan kuasa. Sebilangan ahli PKR yang asal menyokong perjuangan Anwar telah berkecil hati terhadap ahli UMNO (bidan terjun) yang melekat kat Anwar.Oleh kerana spesis-spesis lompat dari UMNO ini memang diketahui pembelit politik, penipu handal dan berpengalaman dalam penipuan politik ; maka mereka ini cuba mengongkong politik PKR Pulau Pinang dari ahli parti PKR yang asal. Golongan dua alam(umno) inilah yang paling ditakuti oleh DAP dan PAS di Pulau Pinang.UMNO Pulau Pinang juga perlu awas pada golongan dua alam ini yang boleh tikam belakang kamu semua sekiranya dapat peluang. Selepas kerajaan negeri beraleh tangan dari golongan umno kepada PR ; spesis dua-alam ini dah tersepit kerana tidak boleh buat duit lagi...matlamat golongan ini ialah buat duit tak kira duit itu datang dari siapa bukan perjuangan untuk rakyat...maka awaslah golongan ini yang semakin hari semakin ramai di permatang pauh dan Pulau Pinang.Faktur calon PRK di Penanti ; calon tempatan tidak sesuai untuk dipertengahkan kerana kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian UMNO sendiri. Pemimpin bahagian Umno yang tidak terpileh pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan calon yang dipileh. Sikap pemimpin UMNO yang sombong dan Celupar menghina kumpulan pengundi bukan Melayu sebagai penderhaka kerana mengundi pembangkang sedikit sebanyak akan beri kesan pada pengundi Cina di Penanti. Maka dari sekarang pemimpin UMNO perlu jaga sikap dan tutur kata mereka. Menang kembali hati pengundi bukan Melayu dan pastikan sokongan Melayu sentiasa dipelihara dengan betul.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND