12 Mei, 2009

UNTUK SIAPA PEMBUBARAN DUN? RAKYAT, SULTAN ATAU PUN NIZAR?

Sekali lagi Nizar mengajak rakyat membazirkan masa dan wang Rakyat, untuk siapa Pembubaran Dun yang mahu beliau laksanakan?

Jelas taktik Anwar Ibrahim memakan tuan dengan mengistyiharkan menawan MALAYSIA dengan 31 sokongan baru (nak di beli) akhirnya terpalit kepada Nizar sendiri! bukan main lagi menderhaka kepada sultan sekarang nak mengadap mohon bubar dun untuk siapa?

1.Kalau kerana Rakyat, tidak kah terang-terang 31 wakil rakyat (yang dipilih rakyat) yang mempertahankan Dato' Seri Dr Zambry sebagai menteri besar yang di perkenankan oleh Sultan Perak Darul Ridzuan, sama juga seperti nizar sendiri sebagai MB,siapa sebenarnya yang di istilahkan sebagai kehendak rakyat ataupun yang sebenarnya kehendak Nizar sendiri yang haloba KUASA!

2.KERANA SULTAN Rakyat awal-awal lagi sudah tahu episod penderhakaan Nizar blamana mengheret rakyat diajak menderhaka malah mengimport dari luar supaya membunuh diri mengaitkan Sultan denga bebaring diatas Jalan, sikap Haram Jadah dan biadap oleh orang luar bagi memalukan seluruh bangsa MELAYU terutama di negeri Perak. Dan yang terbaru bila Nizar sebenarnya mencabar sultan kemakamah bila mempertikaikan perlantikan Dr Zamry oleh Sultan Perak yang sebagaimana beliau juga dilantik sultan sebelum ini. Dengan mempropagandakan kepada rakyat yg beliau mencabar Dr Zamri MB haram walhal sebenarnya yang dicabar adalah Sulatan Perak yang dikasihi Rakyat.

3. KERANA HALOBA NIZAR! Yang sebenarnya kerana beiau yang tamakkan kuasa, kerana juga menyedari sebagai MB walaupun di isytiharkan makamah takan bertahan lama, pakatan rakyat sendiri telah memecah tembelang mahu menggunakan usul undi tidak percaya bagi merampas kerajaan suatu ketika dahulu... kini menjadi ludah yang akan terpalit kemuka sendiri, ITULAH SEBENARNYA KEBENARAN YANG CUBA DIALIHKAN

PERAK BERGELUMANG DENGAN KRISIS POLITIK, CUBAAN NIZAR SUPAYA MEMBUBARKAN DUN MENJADIKAN PILIHANRAYA SELURUH NEGERI SUPAYA DIADAKAN BAGI MENYELAMAT DIRI BELIAU SENDIRI, TIDAKKAH TERFIKIR BERAPA BANYAK LAGI WANG RAKYAT AKAN DIBAZIRKAN WALHAL SEKIAN LAMA PERAK TELAH MENINGGAKLAN PILIHANRAYA UMUN KE 12, SEBARANG KEMAJUAN, PEMBANGUNAN, DERITA RAKYAT ... LANGSUNG TIDAK TERLAKSANA... KINI MAHU BAZIRKAN LAGI WANG RAKYAT YANG ADA BAIKNYA BOLEH MENYELAMATKAN RAKYAT MISKIN DI SELURUH PERAK.

Sekupangdua harap Sultan yang diderhaka oleh nizar akan menjadikan satu jawapan yang dinantikan rakyat! Kalau dengan rasa tersepit pun masih mahu haloba kuasa demi kepentingan diri sendiri.... SOALANNYA, BUKANKAH DIA SEDAR KEBANGKITAN RAKYAT KEBAWAH DULI TUANKU SULTAN PERAK... BERAPA LAMAKAH DIA DAPAT BERTAHAN DAN BERAPA LAMAKAH DIA SANGGUP DUDUK DIATAS API? HIDUP ISLAM & MELAYU! HIDUP SULTAN PERAK!

1 ulasan:

Mohammad Roslan berkata...

Salam,
Memang tepat yeop! ..Nizar nie sebenarnya seorang yang Tamak Haloba ,Berhati tungau, dan Hilang akal dek di jek oleh Nga dan Ngeh yang memang tunggu lama keadaan sebegini.bila Melayu berpecah,setiap pecahan atau kumpulan Melayu/Parti Politik Melayu ini terpaksa bergantung kepada sokongan bukan Melayu.Walau pun nampak Melayu diatas tetapi Melayu yang nak ke atas itu perlukan dukungan kuat bukan Melayu. Secara tak langgsung Melayu jadi Pak Turut untuk bukan Melayu. Sebenarnya orang bukan Melayu pula jadi "The King Makers" dalam politik negara ini.Keadaan ini akan wujudkan tuntuntan bukan Melayu yang tiada releven tak mengikut perlembagaan negara.Ia sama seperti Penaklukan penjajah British ke atas Tanah Melayu di suatu masa dulu.Apabila Kuasa Sultan jadi perebutan diantara waris-waris Sultan dan ia menjadi detik permulaan Melayu berpecah. Syarikat Hindia Timur Inggeris yang asalnya datang sebagai pedagang mengambil kesempatan dari kelemahan orang melayu ini. Mereka seperti kawan cuba menghulurkan pertolongan dan berjanji nak bantu pihak yang lemah.Mereka amat cerdik cuma bantu untuk pewaris Sultan yang lemah sahaja untuk mereka berkuasa yang lemah.Pihak Lemah jadi sasaran mereka.Lama kelaman pihak Inggeris yang lebih berkuasa dari Sultan yang dari kumpulan lemah.Ini sejarah yeop.Di Perak kini berlaku sama juga.Pihak DAp memilih Nizar kerana mereka tahu kelemahnnya. Maka digunakn DAP kesempatan ini.Nak salahkan DAP?.Tak betul itu.Salah yang besar adalah di Pihak Melayu itu sendiri.Baik UMNO..baik Parti Politik Pas atau PKR yang serpihan UMNO itu.

Dalam arus pembangunan rakyat terutamanya Melayu telah dipinggirkan ini kita jangan nafikan.selama 21 tahun TDM menerajui UMNO banyak yang dibuatkan untuk kemajuan Negara kita. Ini kita tak boleh sangkal tetapi menjadikan negara ini sebagai negara perindustrian ini satu idea yang baik. Tapi kita jangan lupa orang Melayu pada masa itu cuma golongan Petani dan Nelayan yang majoriti.Menjadikan negara maju dalam perindustrian cuma menguntungkan sebelah pihak yang memangnya sudah maju dari segi pemerintahan dari polisi penjajah British. Apa juga tempias dari kemajuan negara melalui proses ini walau pun disasarkan kepada bumiputra ia akan mengena pada kumpulan bukan Melayu yang memangnya dah kaya dan maju.Sekiranya Yeop dapat projek dari DEB siapa yang mempunyai kemahiran nak menjalankan projek itu sudah tentunya kaum bukan Melayu yang sudah monopoli dari segi pekerja mahir,peralatan dan juga bahan mentah.Kalau yeop tanam 1 hektar sayur kangkung pun susah nak masuki pemasaran tempatan yeop.Harap ajensi kerajaan FAMA nak bantu?.Ini kenyataan yeop apa yang dilalui oleh pengusaha bumiputra sekian lama. Kita boleh sangkal dengan mengatakan banyak ajensi sedia membantu kaum bumiputra itu cuma cerita politik sedap di dengar di parlimen dan mass-Media yeop.Dalam realitinya kaum bumiputra kecil hati mengenangkan keadaan sebegini.Kenapa Beras dikawal ketat harganya!adakah pesawah-pesawah Melayu yang golongan terbesar di negara ini telah kaya raya?.Kalau tanam padi boleh jadi kaya sudah tentu pemuda-pemuda Melayu tak perlu lari ke bandar-bandar besar untuk mencari kerja!.Ini harga ayam pun tak boleh kontrol oleh kerajaan...yang lain jangan cakaplah yeop.Harga Minyak naik semua harga barangan naik tetapi bila harga minyak diturunkan bagi tahu mamak harga apa yang turun mengikut harga minyak itu?...cuma beras yeop!.Nampak kelemahan orang Melayu?.kenapa?.Vacum atau hampa gas terbentuk dari dasar kerajaan yang tak pentingkan Petani dan orang-orang kampung telah berlaku sejak lama.Dalam vacum inilah Parti Politik Pas mengisi kekosongan UMNO dengan menggunakan agama.Desepsi politik menggunakan Agama adalah paling senang untuk meraih sokongan oleh parti politik Pas.Pas jadi kuat bila UMNo lemah.

Tun pak lah orang nya cerdik!.Dia tahu UMNo telah dipinggirkan oleh golongan petani,nelayan dan orang kampung maka Tun Pak lah mengwujudkan satu dimensi dengan memberi penumpuan yang istimewa kepada golongan ini dengan mewujudkan satu portfolio yang baru di mana dia tukar kementerian pertanian kepada Kementerian asas tani dan komiditi dengan membawa tan Sri muhiyidin yassin yang paling terkanan dalam kabinet sebagai menterinya.Yeop nampak keseriusan Tun pak lah ini.Ada yang mengatakan Tun pak lah berjaya merapatkan jurang ini dengan menganjurkan "Gerak tani" yang membawa secara pendekatan peribadi kepada seramai 600,000 golongan petani orang Melayu diseluruh Negara.Tetapi usaha Tun telah di salah tafsirkan oleh golongan elite dalam UMNO itu sendiri kerana semakin lama semakin kurang projek mega yang menguntungkan hanya segelintir elite Melayu.Maka berlakulah perebutan kuasa.Masalah utama UMNo sekarang ialah mendampingi golongan tersebut petani,nelayan dan orang-orang kampung.

Beberapa desepsi politik yang dilakukan oleh parti UMNo tidak membuahkan hasil.Salah satunya desepsi ketuanan,isu raja-raja Melayu dan lain-lain yang mamak rasakan ia telah salah sasaran yang nyata.Rakyat sudah berubah maka keikhlasan perlu dalam menyatukan bangsa Melayu.Mamak secara peribadi teruja dengan sikap sekupangdua yang menubuhkan satu persatuan budak bas stand lama.Pada zaman komunis bermaharaja-lela dan telah membunuh lebih kurang 50,000 orang melayu dengan berbagai alasan yang bangkit menentang komunis durjana ini adalah bukannya orang parti politik atau insitusi Raja atau golongan bangsawan melayu tetapi cuma Pak lebai,pak Imam dan pak Bilal dari kampung yang bersatu dengan dasar persaudaraan Islam.Maka persatuan seperti Sekupangdua wujudkan adalah dimensi baru dalam penyatuan orang melayu untuk mas kini.Teruskan usaha murni ini. Tanpa penyatuan Melayu negara ini akan hancur sama sekali.Tiada gunanya parti politik Melayu yang elite atau hebat yang bercakaran satu sama lain untuk gila kuasa.Orang bukan Melayu pula janganlah anggap sekiranya Melayu berpecah belah mereka akan kecapi kesenangan,Bangsa Melayu di negara ini seumpama Tiang seri yang mendukung negara ini sekiranya tiang seri itu dimakan anai-anai dan reput dan jatuh nescaya seluruh negara akan hancur.Bukan melayu harus memahami Orang melayu tak minta hak kamu semua yang termetrai dalam kontrak sosial dan perlembagaan malaysia.Cuma orang Melayu perlukan Hak mereka sebagai penduduk asal Tanah Melayu ini.Jangan pula ada kalangan bukan Melayu minta Hak Melayu nescaya ia akan mudaratkan kamu semua kelak.Ramai anak muda bukan Melayu kini tak faham senorio politik negara ini.Mereka andaikan diri mereka seperti rakyat Amerika yang mencabul hak pribumi Amerika dari lipatan sejarah.Bukan Melayu harus fikir secara rasional!.wassalam.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND