04 Mei, 2009

DEMA GELOR ... BUSUK PEROT, contohnya...

Ahad, 2009 Mei 03
TUKANG KARUT PR MULAKAN CERITA MENGARUT.?

CUBAAN MEMBUNUH YB PERAK SUDAH BERMULA ?

PERISTIWA PUKUL 08.40 MALAM INI BERLAKU CUBAAN MEMBUNUH YB YUNUS ADUN PR KUALA KURAU, KERETA ADUN YUNUS DI SERANG OLEH 3 BUAH KENDERAAN YANG MENGANDUNGI 20 ORANG PENYERANG YANG TIDAK DI KENALI DAN MOTIFNYA KURANG JELAS, WALAU BAGAIMANAPUN BEMBANTU KHAS YAB YUNUS IAITU PAK NAN TELAH CEDERA PARAH DALAM SERANGAN TERSEBUT, AGAKNYA INILAH YANG DI BERITAHU OLEH….PADA BLOGNYA DUA HARI YANG LALU, ADA SUMBER YANG MENGESYAKI MENJELANG PERSIDANGAN DUN PERAK MENYEBABKAN SERANGAN INI DI LAKUKAN, OLEH ITU SEMUA ADUN PR DI MINTA SENTIASA BERWASPADA


karangan ~PakKaramu~ pada 5/01/2009 10:20:00 AM

http://abnnasution.blogspot.com/2009/05/cubaan-membunuh-yb-pr-bermula.html


KOMEN PENULIS-


NI KISAH APA PULA WAHAI BLOGGER PENYOKONG PEMBANGKANG. KENAPA SELALU TERLALU CEPAT MELATAH..BELUM PUN TAHU KESAHIHANNYA JANGANLAH DISIARKAN CERITA TAK BERASAS..!!!

AHHAA…INIKAH STRATEGI YANG DIPANGGIL ‘REVERSED PHYCHOLOGY’ BERTUJUAN MENGUJUDKAN PERSEPSI BURUK BAGI MENCEMAR NAMA BAIK ADUN-ADUN BN SEBELUM MENJELANGNYA SIDANG DUN 7 MEI INI..?

WAHH…!! AGAK-AGAK APA LAGI BERITA TOKOK TAMBAH TAK BERASAS YANG AKAN DIAGAK-AGAK OLEH BLOGGER PEMBANGKANG NI..!!!

ADA JUGA YANG YANG MULA NAK KAITKAN POLITIK BN DENGAN FILEM HINDI PULA..MAIN DUSYUM-DUSYUM KATANYA.…WAHAI BLOGGER PEMBANGKANG JANGANLAH TERSASAR TERLALU JAUH DALAM MENYAMPAIKAN BERITA…TAK ADA SESIAPA NAK BUNUH SESIAPA.. JANGANLAH BERPENYAKIT ‘DEMENTIA PRAECOX’ PULA HANYA DISEBABKAN TERLALU OBSESSED DENGAN FILEM HINDI..!!


MENGIKUT LAPORAN KISAHNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT;

IPOH, 2 Mei (Bernama) -- Polis hari ini menafikan laporan beberapa laman blog yang mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Yunus Jamhari diserang sekumpulan lelaki berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata mangsa serangan sebenarnya adalah pembantu khas kepada Adun berkenaan yang hanya mengalami kecederaan kecil di tangan akibat terkena pisau ketika mempertahankan dirinya.

"Saya ingin tegaskan bahawa motif serangan tidak ada kaitan langsung dengan hal politik. Sebaliknya ia berpunca akibat masalah peribadi melibatkan pembantu khas itu dengan kumpulan lelaki tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mat Fauzi yang enggan mengulas lanjut bagaimanapun mengesahkan polis telah menahan empat orang bagi membantu siasatan kes serangan berkenaan.

Bernama difahamkan pembantu khas berkenaan dan seorang wanita merupakan antara empat yang ditahan polis itu dan kesemua mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah Isnin ini.Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi berkata kejadian serangan dipercayai adalah bermotifkan cemburu yang melibatkan seorang wanita.

Beberapa laman blog melaporkan sekumpulan lelaki bersenjatakan cota dan senjata tajam yang tiba dalam tiga buah kereta telah menyerang pembantu khas berkenaan pada pukul 8.40 malam tadi ketika beliau sedang minum di sebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.

http://perakexpress.com/www/?p=2711

http://cenangau.blogspot.com/2009/05/polis-nafi-laporan-kononnya-adun-kuala.html

http://harimau-menaip.blogspot.com/2009/05/macam-filem-tamil-pulak-dah-dusyum.html

Dicatat oleh AbgTuah di 12:59 AM

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND