07 Jun, 2013

LEWAT 3 SAAT DARI MAUT DALAM INSIDEN JAMBATAN RUNTUH DI PULAU PINANG

Teman harap semuanya berakhir dengan baik kejadian di Pulau Pinang bila Jambatan kedua yang sedang dalam pembinaan runtuh, sehingga kini usaha mengeluarkan mangsa masih diteruskan. Sebelum ini difahamkan usaha dua kren Gergasi gagal bagi mengangkat sturktur jambatan itu bagi memudahkan pncarian masngsa yang masih belum dapat dikeluarkan dibawah runtuhan tersebut.

Menurut info terkini menjangkakan sehingga lewat petang ini dapat mengeluarkan seorang lagi mangsa yang dikatakan masih terperangkap dalam kenderaannya dibawah runtuhan tersebut. Difahamkan juga cubaan menyelamat kali ini dengan mengunakan jentera pemotong konkrit cuba digunakan setelah gagal mengangkat jambatan tersebut dengan menggunakan jentera pengangkut atau kren gergasi kerana dikatakan tidak mampu mengangkat bebanan yang terlalu berat.

Dalam kegemparan dan dikejutan dengan insiden ini terselit satu lagi kisah bagaimana G. Gajashantini dan rakan yang lewat hanya 3 saat dideannya bila melihat runtuhan di depan mata mereka, malah mereka melihat sendiri bagaimana seorang penunggang motosikal dihadapan mereka ditelan runtuhan sekelip mata

Sumber info menyebut lagi...

'Kami hanya lewat tiga saat' - G.Gajashantini
PULAU PINANG:  Astro Awani sempat menemubual dua saksi yang nyaris menjadi mangsa runtuhtersebut G. Gajashantini dan rakannya R Thilasheni yang kebetulan dalam perjalanan dengan kereta dari Queensbay ke Sungai Nibong.

Walau masih berada dalam sedikit kegusaran, mereka lebih risaukan nasib seorang penunggang motosikal yang mereka dakwa terperangkap di bawah runtuhan tersebut.

Gajashantini memberitahu Astro Awani bahawa mereka ternampak sebuah motosikal ditunggang berseorangan di hadapan mereka dalam jarak kira kira tiga saat.

“Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dan ternampak jambatan yang sedang dibina runtuh di hadapan mata kami. Motosikal tersebut sudah tentu terperangkap di bawah runtuhan itu,” kata Gajashantini.

Pembinaan melibatkan kerja-kerja ke atas satu pakej Jambatan Pulau Pinang ke-2 yang masih giat dipersiapkan.

Walaupun sempat berhenti, Gajashanti mengalami sedikit kecedaran pada kakinya setelah beberapa serpihan dari runtuhan itu memasuki dan mengenainya.

Gajashantini yang berada di tempat duduk penumpang terkena serpihan besi yang terpelanting dalam kereta MyVi yang dipandu Thilasheni.

Mereka memberitahu kereta yang mereka naiki nyaris terperangkap di bawah runtuhan tersebut andainya mereka terawal tiga saat.

“Saya jangka kalau kami terawal tiga saat, sudah tentu kami akan terperangkap di bawah runtuhan itu,” kata Gajashantini yang berkerja sebagai jururawat di Island Hospital.

Namun demikian, kereta yang mereka naiki mengalami kerosakkan pada pintu sebelah penumpang akibat terkena serpihan yang beterbangan.

Kejadian yang berlaku pada jam 7.20 malam Khamis menyebabkan kerja-kerja pembinaan pada bahagian jambatan ini dihentikan serta-merta.
Berita mula diterbitkan pada: June 07, 2013 12:22 MYT

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND