04 Jun, 2013

TERKEJUT RUPANYA DIA ADA SAHAM SYARIKAT BOT YG KARAM

BELAGA: Sejak hari pertama tragedi bot ekspres 'Kawan Mas' karam di Giam Bungan, Sungai Rajang kelibat Sebastian Lee Tiang Shuy sering dilihat di lokasi bot karam dan semasa taklimat operasi mencari dan menyelamat Pejabat Daerah Belaga.

Namun pada Ahad, Lee, yang berusia 45 tahun dan pemilik kedai runcit di Bazar Belaga terkejut apabila diberitahu dia mempunyai 'saham nominal' di dalam syarikat pengendali bot ekspres itu selepas enam hari nahas berlaku.

Jelasnya dia hanya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pemilik syarikat bot ekspres itu yang berpejabat di Sibu dikenali sebagai 'Tauke Wong".

"Dia dah faks senarai pemegang saham dalam syarikat itu...itu "share" jika diikutkan bapa saya punya, saya punya pun(saham) sikit saja"

Lee berkata mungkin motif syarikat itu menghantar senarai pemilik saham bagi meminta pemilik saham membuat laporan polis berhubung tragedi itu.

Malah beliau bercadang untuk berjumpa Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Bakar Sebau untuk memaklumkan dia mengenai perkara ini secepat mungkin.

Sementara itu mengenai sama ada 'Tauke Wong' ada datang ke lokasi kejadian, Lee berkata pemilik syarikat bot itu tidak datang dan tugas itu diserahkan kepada seorang lelaki dikenali sebagai 'Ah Seng'.

Beliau berkata demikian selepas ditemui di Pekan Belaga pada Isnin.

Lee yang merupakan penduduk Belaga juga tidak ketinggalan menyumbangkan barangan makanan dan bot untuk pengangkutan pasukan mencari dan menyelamat berulang-alik ke lokasi kejadian.

Setakat hari ini operasi mencari mangsa yang masih hilang masih diteruskan.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND