09 Jun, 2013

AWAS! PENGEMAR SEE FOOD, KERANG YANG MEMBUNUH DI SABAH

Kerang-kerangan beracun: Amaran buat pihak ambil kesempatan



Kepada pengemar makanan laut terutamanya Kerang, Awas Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan terdapat Kerang sejenis makanan laut yang beracun. Kerang yang dikesan terutamanya di perairan Negeri Sabah ini cukup mebahayakan penggemar makanan laut. Kementerian merasa bimbang bila ada beberapa kes yang dikatakan mereka mula mengedar dan memasarkan nya di Semenanjung termasuk jiran nya Sarawak

Kebimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini bertindak memberi amaran keras kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas keracunan kerang-kerangan yang berlaku di perairan Sabah.“Kami akan mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam cuba mengimport kerang-kerangan beracun ini keluar dari Sabah termasuk membawa masuk ke Semenanjung dan Sarawak.

“Semua jenis makanan mempunyai tahap keselamatan. Ini dipantau oleh bahagian keselamatan makanan di bawah kementerian.Jika makanan tersebut telah dicemar oleh racun, pihak kementerian boleh melarang penjualan jenis bahan makanan berkenaan,” jelas Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam hari ini (sabtu), sambung beliau lagi kementerian akan memperhebatkan lagi pemantauan secara berterusan kerana bimbang dengan kesannya kepada rakyat akibat segolongan yang meraih untung tanpa mengira kesannya nanti begitu membahayakan orang ramai yang tidak menyedari terdapat racun.

“Kami mempunyai pasukan untuk menjalankan pemeriksaan, menghalang dan memastikan rakyat tidak mengambil bahan makanan yang boleh membahayakan kesihatan. Sehubungan itu pemantauan yang rapi sedang dan akan dilaksanakan secara berterusan, “Hal ini turut memerlukan kerjasama pelbagai agensi seperti kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar untuk bekerjasama dalam menjalankan pemantauan,” Kementerian memberi amaran terutamanya penduduk setempat supaya tidak mengambil makanan yang beracun ini sehingga Kementerian benar-benar pasti selepas dianalisis dan hasil dari beberapa kajian nya yang ianya bebas dari racun atau pun Toksik  ujar Subramaniam..

Kandungan toksin yang tinggi ekoran fenomena air laut merah di Sabah mula melanda pantai barat Sabah sejak tahun lalu dan dijangka berlarutan dalam masa sebulan lagi. Paras toksik hidupan laut berkerang masih tinggi iaitu pada bacaan 700 Mouse Unit (MU) berbanding paras yang selamat bagi manusia iaitu di bawah 400 MU.

Dalam Akhbar New Strait Times semalam melaporkan tiga mangsa telah meninggal dunia di Sepanggar dan Inanam awal tahun ini yang dipercayai akibat memakan kerang yang diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar pada Janouari lalu.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND