08 Oktober, 2014

STOPA & HARAKAH DIDENDA RM 100.000 KERANA FITNAH FELDA BERURUSAN DGN ISRAEL


Nampaknya muka tegar yg popular dengan isu 'stopa spenda' dan Akhbar nombor satu paling kuat fitnah hari ini didapati bersalah kena membuat fitnah terhadap Felda. Mungkin Dengan tujuan tertentu samada Felda cukup kebal untuk ditembusi atau sukar dirancuni pemikiran mereka supaya membenci kerajaan dan menyebelahi serta terus menyokong Parti Ajaran Sesat...

lebih menjijikan bila mereka secara terang mengaitkan kononnya Felda juga turut berurus niaga dengan Iisrael padahal hakikatnya Felda tidak pernah ada kaitan dengan israel sebaliknya menghantar kepada negara Palestine. Nyata serangan dan pelbagai cara demi menjatuhkan institusi yg teguh kerajaan menjadi fokus kepada hasrat jahat mereka...



Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) dan empat lagi defendan supaya membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selepas mereka didapati bertanggungjawab memfitnah Felda berkaitan artikel bahawa agensi itu menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Hakim Lee Heng Cheong turut memerintahkan Mustafa dan empat lagi defendan - Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd - membayar kos berjumlah RM30,000 kepada Felda.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Felda terhadap defendan pertama, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan memerintahkan Felda membayar RM30,000 kos perundangan kepada Mazlan.

"Defendan pertama membuktikan pembelaannya berhubung perlindungan bersyarat dan komen berpatutan," katanya.

Ketika membenarkan saman Felda terhadap lima defendan itu, Lee mendapati kedua-dua artikel yang disiarkan Mustafa dalam Harakah mampu menimbulkan fitnah terhadap plaintif (Felda).

Hakim itu turut mendapati Felda membuktikan dengan jelas bahawa agensi berkenaan tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel dan lima defendan itu juga gagal membuktikan pembelaan mereka berhubung perlindungan bersyarat dan komen berpatutan.

Lee dalam keputusannya berkata Felda ialah entiti sah yang berasingan daripada Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dan selain itu tiada penjualan minyak sawit mentah dilakukan kepada Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat berpusat di Singapura.

"Bunge Agribusiness bukanlah sebuah syarikat Israel," kata hakim itu yang membuat keputusan selepas mendengar keterangan daripada enam saksi.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Felda manakala Azhana Mohd Khairuddin mewakili keenam-enam defendan.

Mohd Hafarizam memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada akan merayu berhubung keputusan mahkamah menolak saman Felda terhadap Mazlan.

Pada 7 Januari tahun lepas, Felda menyaman keenam-enam mereka dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berhubung beberapa artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat", bertarikh 27 November 2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Felda berkata Mazlan memuat naik dalam laman Facebook beliau pada 19 Nov 2012, gambar invois dan kapsyen yang berbaur fitnah terhadap Felda selain turut membuat kenyataan yang sama semasa perhimpunan di hadapan pejabat Felda empat hari kemudian (23 November 2012).

Felda mendakwa kenyataan itu diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam dalam beberapa artikel akhbar Harakah antara 26 dan 29 November 2012.

Ia menegaskan kenyataan itu menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa defendan berbuat demikian dengan niat mencapai agenda peribadi mereka untuk memusnahkan kepercayaan orang ramai terhadap Felda.

Bagaimanapun, pada 21 April kes saman fitnah Felda terhadap Saifuddin itu diselesaikan secara baik.

Saifuddin juga bersetuju untuk menerima dan mengakui bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd membuat penghantaran ke Palestin dan bukan Israel pada Mac 2010, dan Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

Beliau turut mengakui Felda dan Felda IFFCO Oil Products Sdn Bhd adalah dua entiti berasingan yang sah di sisi undang-undang. – Bernama, 30 April, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jual-minyak-sawit-mentah-kepada-israel-felda-menang-saman-peroleh-ganti-rug#sthash.1B8tLJEQ.dpuf




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kena buat collection tin milo lagi.

UMNO pembela bangsa Melayu.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND