14 Julai, 2014

SELAMAT HARI LAHIR SHAHMI, MARAH BENOR DEMA KAT SEKUPANG DUA WEH....



Marah benor dema dengan sekupang 2 yop... itu bila teman bergurau pada rakan yg meniaga di bazar Ramadhan di bulan posa, rega sekupang dua untuk beli cekelat jer.. Dulu besor nilainya, meawah beb... sekarang nie dah tak laku lagi dah duit sekupang... kekadang merata laman rumah jer boleh jumpa berkeping-keping duit sekupang...

Tapi bezanya dulu nilai sekupan tu besor yop, teman belanja pun dua kupang jer termasuk tambang bas pergi lima duit (5sen) balik lima duit... itu tahun 70an betapa sekupang dua cukup bernilai besar tak macam sekarang. sekupang sudah boleh beli laksa atau Mee dikantin sekolah...

Tingkatan 1 hingga 3 teman dah mula berniaga Ais batu, semalam bila teman tengok anak lelaki teman berniaga menjual kuih raya hasil keluaran keluarga CLASSIC COOKIES KETUK-KETUK RAMADHAN nampak sangat lah betapa mudah tak macam teman sebaya dengan dia sekarang.
letak jer meja dan cookies... lepas tu tunggu jer pembeli..


Zaman teman tak boleh buat macam tu, masa berniaga kena guna suara memujuk orang beli... bukan setakat itu saja, persiapannya  sebulan sebelum puasa sudah mula sedikit demi sedikit dengan kengkawan mula kutip abuk kayu di kilang papan yg berhampiran, kekadang sampai dekat 7 ke 8 guni stok abuk papan atau pun abuk kayu dah tersimpan

Habuk hasil ketam kayu dikilang ini digunakan untuk tujuan dilumurkan ke ais supaya ais dapat bertahan, Ais pulak datang dalam blog besar dan dikerat sehingga sekecil 2 biji batu bata saiznya, harganya pun cuma 20 sen satu, ais yang diambil dari kilang diambil guna basikal jer, ais diikat dibelakang dengan getah tiub basikal... manakala nak memotong pulak kita guna gergaji balak atau pokok manual... hahaha

Apa pun seingat saya akan berbelanja mewah masa raya sebab di tangan sudah ada untung setiap seorang dalam RM 20 ke RM30 dalam poket tak termasuk duit raya lagi tu, zaman tu kalau RM 10 pun kira dah besar gila weh... macam orang kaya tu... kalau main pinball kat jublee park pun baru 10 sen jer pun...  heheeee

Ketuk-ketuk Ramadhan Classic Cookies...
Hari ini genaplah umur anak lelaki ku berusia 17 tahun, selamat hari lahir Abang @ Muhammad Shahmi, moga abang berjaya dalam usaha berniaga dalam bulan Puasa dengan jadi Agen penjual Biskut Raya Ketuk-ketuk Ramadhan Classic Cookies, nanti boleh simpan buat cerita untuk anak-anak Abang nanti yer...  
Semalam cukup jam 12 tengah malam dapat hadiah tepung ke muka 

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND