16 Julai, 2014

PUJIAN RAKYAT FRANCE KEBERANIAN MALAYSIA TERHADAP ISRAEL

Teman tertarik dengan apa yg dikatakan oleh sahabat tentang bagaimana Malaysia mendapat pujian luar negara yg begitu berani menentang dan menafikan Negara Israel bukan baru tapi dah memang lama tercatit dalam apa yg ada dalam pasport antara bangsa milik rakyat Malaysia...

Tak dinafikan juga bila ada puak bengap roket yg kononnya mengatakan kononnya Malaysia terutamanya PM dan Menteri Belia dan sukan tidak mengendahkan nasib Rakyat Palastine di  GAZA tidak diendahkan bila ada tontonan perlawanan akhir bola piala dunia didataran merdeka tempohari... modal lapok dan paling bengap memperlihatkan sebenarnya mereka sebenarnya juga merupakan golongan berhati hitam sekutu Roket yg cukup jelas dengan rasis dan beridealogi komunis. Paling ketara kita dapat melihat bagaimana busuknya perut dan hati mereka sehingga sanggup buat fitnah tentang perjuangan kental Malaysia yg cukup perihatin dengan nasib Gaza. 

Bukan dia orang tak tau betapa malam tersebut saja ratusan ribu dikutip sekalipun program yg tiada kaitan pun soal israel. Buta ker mata tak nampak tabung dan mafla di leher PM dan menteri malah pengunjung yg hadir rata-rata membayangkan betapa simpati masih dihati sehingga kini....

Paling menarik tidak pulak mereka mahu memperkatakan betapa dari dulu lagi Malaysia sudah menafikan negara israel laknatulah bila pasport kita cukup terang menafikan negara Israel... semuanya bila teman menerima Whatsapps keluhan sahabat teman yg menyatakan alkisahnya memang kita dari dulu memang tidak sesekali iktiraf negara pembunuh israel jahanam... amin. Memang teman tabik la kat komer...

"Tiada Negara Seberani Negara Malaysia"

Ayat di atas bukan kata aku tetapi kata-kata dari seorang rakan berasal dari Sepanyol. Mengapa dia kata begitu? Ia bermula selepas dia membelek-belek passport aku dan dia terkejut bila dia terbaca,

"Passport ini sah digunakan di semua negara kecuali Israel"

"Eh, saya tak pernah melihat passport seperti ini. Malaysia benar-benar anti Israel. Saya boleh katakan tiada negara yang seberani Malaysia!" katanya.

Bagi rakan-rakan Palestin, kebanyakan mereka sudah tahu mengenai perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru mengetahui hal ini, berpusu-pusu merakam gambar dan kongsikan di Facebook. Menurut mereka, di Palestine, mereka tidak boleh menyebut nama Malaysia sesuka hati. Apatah lagi jika ada askar Israel berhampiran kerana mereka sangat-sangat sensitif dengan nama Malaysia. Namun, kebencian Israel terhadap Malaysia membanggakan warga Palestin.

Salah seorang rakanku dari Jordan mengatakan bahawa tiada satu pun dalam mana-mana passport negara Arab yang berani meletakan pengecualian sebegitu dalam passport. Ini kerana mereka takut dengan Israel. Tetapi Malaysia yang bukannya Arab berani dan kuat daripada negara Arab itu sendiri.

Dan yang paling aku tak boleh bila seorang rakan dari Libya mengatakan sesuatu yang agak keterlaluan bagi aku iaitu,

"Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tetapi dari Malaysia. Sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang Islam dari orang Arab sendiri."

Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan semata-mata tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika berada di Turki. Sedangkan orang Turki pun boleh kibarkan bendera Malaysia di kedainya, apatah lagi dengan kenyataan seperti ini?

 

5 ulasan:

Awanama berkata...

pakistan pun ada bro

Awanama berkata...

Alhamdulillah..
seburuk2 kejian yg dikeji oleh pembangkang Malaysia terutama PAS pd pemimpin UMNO, tp diluar sana Islam dilihat terpancar dr bumi Malaysia ini melalui dasar dibina Krjn UMNO..

Awanama berkata...

cuba cek siapa rakan dagang israel yg terbaik? bersolidariti bersama palestine tp sumbang duit ke israel. haa malaysia lah tu.

Awanama berkata...

tulisan sampah..dasar anjing umno puui

Awanama berkata...

Tulisan kosong x de isi mcm ni macai namanya..

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND