PADAH KALAU BERCAKAP LEBIH ATAU CUBA PERJUANGKAN ISLAM DALAM PAKATAN RAKYAT! Dato Dr Hassan Ali menjadi mangsa terkini sehari sebelum 901 atau penyokong tegar LEIWAT berhimpun, kerana membantah dan memenangkan sijubri kerana meLeiwat!
Sekupang mmg pernah buat retetan serta merumuskan perjalanan serta strategi yg di rancangkan oleh Sijubri kerana terlalu lama didalam krusus selama 6 tahun di Universiti Sg Buluh dulu. Nampaknya esok hari graduasi dia ler pulak, jemputan ramai untuk menyaksikan konvo esok nampaknya bukan sekadar jemputan sebaliknya dinaik taraf sebagai hakim yang awal-awal di suruh akur atau setuju yang dia tak bersalah...
Selama 2tahun dan 7 bulan di perbicarakan, sebanyak lebih 70 kali ditangguhkan, tah berapa banyak loyer yang silih bertukar ganti, entah berapa hakim di kondem dan minta di tukarkan, tak berapa kali mahkamah di hinanya, tah berapa banyak pencacai yang dikerah ceramah merata-rata supaya menyokong dan menghalalkan perbuatan, berapa kali pulak dia keluar negara bersama kong kali kong atau kuncu kuatnya sebelum ada lagi gimik atau rancangan yang akan berlaku, tah berapa banyak bloggers yang spin cita menghalalkan leiwat, tak boleh nak kira berapa masjid atau stadium yang di paksa untuk sembahyang hajat, tak ingat berapa banyak pelajar dikudakan untuk hasratnya supaya nampak kecoh, Tah berapa banyak yang disuruh tonjolkan diri masa perhimpunan haram, Tak boleh nak kira berapa banyak tempat di luar negara yang dia kunjungi, sampai tak boleh hitung berapa banyak makcik-makcik/pakcik/ orang muda yang tertelan kencing yg menyebabkan sawan sarkis dan angguk, entah berapa banyak Bas Rombongan dan taukey bas yang dah dapat untung kalau percaya dia tak leiwat....Kalau nak kira tak cukup angka dan kertas tu,
Tapi yang boleh dikira sesangat ialah berapa kali pulak dia bersumpah laknat? berapa kali dia minta ulama berikan hukum, berapa kali pulak dia nak heret ke makamah syariah, berapa kali pulak dia minta mufti dan ulama bagi pandangan, tah berapa kali pulak nak ke haji, Entah berapa banyak dia cuba bagi saranan supaya orang islam atau melayu jangan bergaduh... entah berapa banyak lagi pekara yang baik dia pernah terfikir demi penyatuan orang islam dan bangsa melayu amnya & banyak lagi... nampaknya jawapan ni memang senang kita jawab... TAK PERNAH SEKALI PUN!
Nampaknya kali nie khususnya 901 bakal merungkai segalanya, tentunya 901 adalah paras ukur sesapa saja WAJIB tunjuk muka samada setuju kerana terpaksa atau terlalu banyak termakan budi atau sebagai jalan supaya nama tidak dipadam untuk bertanding di PRU 13, atau dah banyak yang dah jadi darah daging atas sedekah yang mengenyangkan, atau banyak lagi alasan dan terpaksa akur, ikut dan angguk memandangkan tinggal sehari jer penyudahnya ceritera ni (esok) atau lebih tepat lagi esok klimak story semacam LAST EPISODE!
Kerana berhasrat berkata benar dan tuntutan agama supaya bercakap benar, Hassan Ali pulak jadi Mangsa, kerana banyak bunyi menegakkan kebenaran yang kifayah dan dituntut, maka hari ini dia di pecat secara tak langsung membuktikan partinya adalah sekadar pencacai kepada kuasa veto yang sebenar, Nampaknya makin kaburlah temberang nak perjuangkan Islam, melaksanakan HUDUD, menepikan dosa dan hukum. jadi tak heran ler selama hari ini dipaksa menjadi golongan ANGGUK-ANGGUK malah terbukti sebesar mana pun perkara yang jijik atas pebuatan King(nuar), keputusan salah benar di tangan King(nuar) bukan dari kitab dan agama yang sepatutnya... jadi syarat utama untuk menjadi ahli kepada kumpulan pencacainya ialah angguk jer dan jangan sesekali mengeleng-geleng, tak payah merujuk kitab, hukum serta amalan yang diwajibkan tuhan kpada umatnya
Nak gelak pun ada... rasanya dema ni memang pekak badak atau kinzir kot! sekupang tengok banyak yang cuba bagi penjelasan, pandangan serta pelbagai cara pun langsung tak diendahkan lagi, banyak blog, facebooker, video, fatwa langsung tak diterima sebagai rakyat Malaysia atau paling menyedihkan sebagai tuntutan Rasullullah S.A.W memang tidak lansung difikir dan diambil kira.
Sekupang tengok banyak yg cuba bagi pandangan secara telus, jujur, sinis, slapstik dan macam-macam cara, nampaknya tak berkesan jugak. Macam yang sekupang terbaca sebentar tadi termasuk lah di Wall Facebook Angkatan Pemikir yang sekupang sebenarnya tertarik dengan kiasan dan sinis posting mereka, dalam Facebook dema yang bunyinya begini (KLIK SINI) ...
Artikel pada 5 Febuary 2010 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...