10 Oktober, 2012

TIME ZULKIFLI DAN ZAHID MAT ARIP TIBAI NUAR!

Tunggu time Aljub nak kena TIBAI pulak!



Nampak gayanya PAS Gopeng terdesak sampai terpaksa mintak bantuan Aljub supaya bagi rakyat atau pegundi keyakinan untuk meraih simpati serta undi bila PRU 13 Semakin Hampir! Dengan harapan rakyat akan jadi berok tercangak bangak melihat Bas Mewah yang diescort oleh sepuluh Camry hitam dengan berpuluh body guard dapat menjadikan undi menyebelahi mereka yang dah tunjuk belagak dan betapa angkuhnya kalau pakartun roket ada perdana menteri yang baru.

Sebaliknya bila dihitung dengan campur kerusi meja dan bendera dan tiang kemah... jumlah 100 orang termasuk dema sekalipun nampaknya bak kata orang negeri sembilan... Perabih boreh jo! kata orang perak pulak ngabih duit minyak jer yop! nampaknya tak ada apa yang boleh PAS banggakan termasuk calon Import yang diangkat sebagai calon Radhi Zainon dah rasa  macam nak pitam pun ada, setakat yang hadir pun semua orang sendiri apa yang mampu diubah. 

Bukan setakat itu jer, dema pulak terpaksa menanggung tamparan hebat yang bakal buat dema terduduk kali ie, 14 Oktokber nie, jam 9 malam di Dewan Ahmad Said, kampung Sungai Rokam dua sahabat karib Aljub sebelum ini akan turun dan buat pendedahan sebenar dan pembongkaran yang wajib bagi rakyat tahu demi memilih siapa yang bakal jadi PERDANA MENTERI dan sekali gus menjadikan negara dalam bahaya dan diambang kemusnahan? 

Jadi jangan lepaskan peluang bertemu dan dengor sendiri sahabat baik dan peguam dia sendiri yang punya cerita sebenar! kita jumpa disana yop
p/s Macam biasa ler yop spy PAS akan ada merata sebab nak tenguk macamana kehadiran, teman cuma nak pesan tak nyorok pun tak pa, duduk sama dengan yang lain takda hei yop! ceramah ni open bukan ceramah maki hamun dan buat fitnah, elok juga jangan labang sangat telinga komer tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...