09 Oktober, 2012

YOP MANA NYER NING BAIZURA DAN DATUK SHARIFAH AINI YG MIKER KATA NAK MASUK PAS?



PATUTLER HARAKAH SUKA KENCING, RUPANYA PENGARANG DIA SENDIRI PUN KENCING MERATA, Ramai lagi artis akan sertai PAS - Dato' Tarmizi Mat JaM (nama bukan jenama macam Omega ataupun  macam Jam Aljub yang hilang tu) tajuk Video yang diupload kat You Tube semasa ceramah dia ni kat Markas Pengkalan Pegoh pada 8hb Julai, 2012 yang lalu.

SiMizi ni berulangkali sebut yang Datuk Sharifah Aini dan Ning Baizura Masuk PAS, kononnya mamat ni ler yang banyak bawak Artis masuk kedalam PAS, tapi komer jangan tanya teman siapa pulak yang bawak keluar atau keluarkan tokoh Agama atau Pejuang Islam! kena tanya dia ler kot.

Bukan main lagi dia punya bangga dan berjenggek lompat gagak, tak tau ler sebab apa, nak claim dia ler yg menjadi punca artis masuk Pas ker atau sekadar nak KPI dalam PAS yang tentunya tak kan komer tak reti-reti PRU 13 dah makin dekat. satu lagi sebab atau mungkin kerana kehadiran seorang HERO dan Pak Lawak iaitu Herie Othman dan Leman Raja Lawak (Sori bro tak da gambo leman sebab teman tak tau mana rupanyer takut salah upload lak nanti) yang juga menjadi penceramah Undangan dalam majlis tersebut. Jadi tak apa ler dia semacam nak bagi tau atau Claim siapa sebenarnya yang kerja kuat.


Ceramah Artis yang kini berubah ikut masa oleh PAS nampaknya semakin ketara, mungkin dema buat transformasi sealir dengan Dunia IT kot. Jadi tak heran ler sekalipun kalau kuat dan merata kencingnya sekalipun hancin itu kalau dimantak angguk oleh pencacai maka akan angguk ler pencacai nie akan angguk, Nasib la Ceramah PAS yang dipenuhi kebanyakannya kategori Pengangguk Tegar atau penjerit TAKBIR sosial, hehehe kenapa teman kata Takbir SoSIAL? Sebabnya kerana kalau Kafir harbik baca NAS atau Hadis atau letak hukum atau kafirkan uamat Islam yang lain dan memacam lagi pun akan disusuli oleh Anjing Penyalak TAKBIR SoSIAL nie.
Bukan main lagi si mizi nie labun dan kembang lubang hidung nak jugak orang tau dia ler peyumbang dalam PAS seperti Sukarela tukang bawak Artis masuk PAS

Yang seronoknya selang dua hari selepas tu, Ning mula bagi penjelasan pada media yang dia tak pernah buat pengakuan atau kenyataan nak Masuk PAS. Adoi apa cerita ni yop? Dalam ceramah miker bukan main lagi sembang macam esok akan terpampang dalam paper Ning dan Datuk Sharifah Aini isytihar masuk PAS, konon semacam Borang dah diisi dan serah pada dia, cuma tunggu buat kenyataan Akhbar Jer...

Sebenornya teman dan umat islam yang lain tak berapa nak terkejt atau heran dengan kencingan dema nie, Tak kan kita tak tahu bila Harakah paling banyak tabur Fitnah dan kencing merata kepada rakyat, mana kan tidak dah kalau pengarangnya pun kuat kencing maka Harakah Apatah lagi, lagi pun dia juga pengarang kepada Harakah, jadi kalau dah dia kencing.. Apa lagi Harakah.

Bukan setakat itu jer, dalam Harakah, you tube dan blog dia sendiri dah keluar isu ini yang kononnya akan buatkan UMNO dan BN mengelabah. Malah dalam Blog dia sendiri pun posting menceritakan kejayaannya, kencingan ni nampaknya menjadikan Hancin makin kuat dimerata pelusuk yang dema kata bau minyak Wangi..

Paling syok kita dengar labun dia nie bila dalam blognya siap cakap dihadiri oleh 600 orang tu, heehe macamana dia kira atau agak tak tau ler teman. mungkin dia kira sekali dengan semua yang duduk dalam rumah dan permis yang sebelah markas dema kot, atau mungkin kita perlu ada rasa bertanggapan baik bila dia baru nak belajar kira, maksud teman guru yang ajor hanya sampai 200 jer, jadi dia rasa atau orang lain yang mengajor selepas 200 adalah 600 kot, Mungkin dia ingat 600 bukan 201 selepas 200... dalam Blog dia dia mengulas..
Penolakannya itu mendapat tepukan gemuruh dan disambut dengan launganAllahuakbar lebih 600 hadirin di hadapan Markas PAS Cawangan Pangkalan Pegoh. Saya kira rakyat menyokong Leman untuk tidak menyertai acara itu. Ada banyak rancangan dan program yang boleh dicipta oleh Leman dengan kerjasama pihak PAS. Leman kini sendat dengan acara ceramah pada sebelah malam dan hi-tea sebelah petang di beberapa lokasi di Perak dan Kedah. Penampilannya yang bersahaja dan sesekali "mengusik" hadirin dengan jenakanya, menarik perhatian bukan sahaja anak-anak muda tetapi orang-orang tua yang hadir. @  Blog singgahtoksagor

Celaru jugak teman sebab teman congak sekitar 200 arang jer yang hadir kebanyakannya datang dari luar, macamana dia kira sampai 600orang pulak, camana pun kita bertanggapan Baik dengan dia nie dan tidak anggap dia fitnah kot, mungkin ada benarnya kot,

@ 600 hadiran tu mungkin termasuk orang yang ada dalam rumah masing-masing di sebelah kiri dan kanan Pentas memang ada perumahan, Mungkin cara dia kira berdasarkan...
@ Termasuk yang sedang makan dan minum di 4 buah Restauran atau warung tomyam disebelahnya...
@Termasuk anak yang ada dalam kandungan ibu- ibu yang mengandung kot
@ Termasuk yang tak jadi datang kot
@ Termasuk pembaca Harakah yang baca dan tahu bakal ada Ceramah Parti Ajaran Sesat kot
@ Termasuk anak beranak suamimaupun ahli keluarga yang tak nak ikut kot
@ Termasuk Peminat Heirie kot, err rasanya Leman tu tak tau ler pulak ada peminatnya...
@ Termasuk kerusi dan Meja kot, errr campor kemah dan PA system jugak kot
@ Termasuk Kucing, Ayam ternakan Orang Kampung sebelah kot... Anjing dikecualikan
@ Termasuk kereta, motor, lori dan kapalterbang yang parking atau lalu ditapak ceramah kot

hehehe kalau nak cerita pakat tak cukup Memory Pad teman nie...Ater mizi oiii, jangan ler miker kecik hatikan Rakyat yang tunggu sampai la nie tarak apa cerita, Marah dema yop, paling tidak teman rasa elok ler miker buat kenyataan Akhbar kata pembaca silap tanggap, yang miker maksudkan bukannya Artis tapi  orang yang nama seakan-akan sama, Sebenarnya Ning dan Sharifah Aini tu ialah Ning binti Nizar (taukey nasi Ayam) dan Sharifah Aini bin Ngeh salahuddin... idok ler dema marah yop! Hehehe... Hancin Woo!!!  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...