23 November, 2020

APAKAH HANYA PEMIMPIN BOLEH BERSUARA KETIKA INI?

 




Kadang-kadang mereka rasa bijak dlm mencatur, tapi mereka semua berlandaskan kuasa utk mereka, hanya mencari kemenangan subjek atau fokus yg ada. Mata pemimpin sekarang adalah utk menang dan heret ahli dan rakyat supaya angguk. Apa parti pun sama.

Tak caya cuba tanya diri kita yg melihat? Apa yg mereka rebutkan? PM, MB, Menteri, Kerajaan, Kuasa dan kemenangan... betul tak? 

Macam kita sebagai pengundi tiada pilihan selain akur apa sahaja tanpa boleh beri pendapat atau pendirian kita sebagai umat Islam dan bangsa Melayu yg tersohor dengan taat dan setia.

Sedangkan RAKYAT Sebenarnya tidak peduli lagi alkisah kemaruk mereka sebab sudah hilang maruah diri, biar tak menang tetapi maruah mmg  bangsa melayu Amarah, apa lagi mereka tidak pernah ambil tahu ttg kehancuran yg sudah terjadi

Aku sendiri menyampah tengok mereka yg bangga jadi pengkhianat bangsa, menjual maruah bangsa, hilang perikemanusiaan malah lansung tiada kesal sedikit pun kalau mereka lancang menegak pengkhianatan hanya kerana berebut kuasa. 


Muafakat Nasional dihidupkan oleh rakyat kerana apa? Kerana kami sebagai rakyat kesal dan beetaubat atas kesilapan kami yg menjauhkan silaturahim dan ukuwah selama ini. Bukan mereka yg menyatukan tetapi merekalah yg ambil kesempatan terhadap kesedaran ummah.

Semuanya bila Allah swt telah beri kesedaran bila kita mula dihina dan ditipu kerana perpecahan yg sekian lama wujud. Kami yg rasa signal dari Allah atas segala perbuatan kami tidak bersaudara malah bermusuh, kami bangkit dengan linangan air mata taubat dan dgn azam menyatukan islam dan melayu di tanah melayu yg tercinta.


Manakan tidak Agama kami dicaci dan difitnah, dihina dan dikeji, pemimpin kami yg telus difitnah, harta negara kami digeledah malah setiap kebenaran tidak dapat ditegakan bila kalangan mereka melakukan apa shj semuanya terlepas.


Apa yg mereka tak ambil dari kami, bangsa kami, Agama kami sehinggakan hak rakyat utk menunaikan haji sebagai rukun pun dihancurkan mereka. adib mati sia-sia, ltte dibebaskan, tabung bertus juta pun lesap, segala dana besar petronas, khazanah, felda hasil org tua kami, nelayan, petani malah yg menurut perintah sebagai kakitangan awam pun mereka musnakan semua. Siapa yg terkesan? Siapa yg yg menanggungnya ketika PH menzalimi kami Rakyat?

Kami malu pada ayah dan ibu, malu pada agama, bangsa dan keturunan kami. Atas sebab itulah kami sedar dengan hukuman dan musibah yg telah Allah swt turunkan kepada kami. Atas sebab itulah kami bersama muafakat kembali.

Siapa kamu yg masih mahu mencatur dengan alasan sebagai pemimpin kerana hanya mahu kekalkan kuasa dan kemenangan dan terus mengkhianat dan pergunakan penyatuan dan taubat kami?

Dimana hak kami Rakyat utk bersuara?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...