14 November, 2020

COVID 19 : NAK SELESAI HUTANG DISURUH LAGI BERHUTANG!




 Salam semua, bukan teman tak suka menulis lagi... tapi kekadang tak mahu jadi dari sebahagian yg berkepentingan diri dan hanya mahu menegakan kununnya betapa bernas pandangan sendiri.


Soal EPF nie teman pun ada hak nak bersuara walaupun rasanya teman bukanlah yg DS Najib katakan layak utk keluarkan simpanan caruman 1 sebanyak 10 k, rasanya tak mandang duit sebanyak tu tapi sebagai manusia yg ada perasaan dan perikemanusiaan teman nak mengupas pendapat teman jugak, dah kalau miker resa miker hebat dan perlu angguk dgn apa sahaja  pendapat miker, ater teman pun boleh jugak!


Macam ni ler, nampaknya miker dapat peluang berbahas di parlimen kali ni ingatkan akan bagi pandangan bernas yg boleh diakui dan diterima orang macam kumer atau rakyat.


Tak payahlah nak gebang nak kaitkan dgn Mesir bagaimana 7 tahun menyimpan utk hadapi 7 tahun kemarau yg akan melanda kait kisah Nabi bagai, apa pasai nak bagi nampak warak ker, nampak benor bingungnya miker! Tak kan tu pun tak nampak dan nak ngalih cerita! 


Sepatutnya kat sinilah miker dah paham 7 tahun menyimpan tu lah hamba Allah yg kamu tentang pendapatnya. Dah kenalah masa ni lah 7 tahun musibah rakyat keluarkan simpanan mereka, bukan semua simpanan dan bukan semua yg boleh ( yg takda (EPF)


Dimana miker ketika semua reta benda dijual dan  dilelong? Bukan setakat reta negara sampaikan tabung haji pun dema lebohkan! Kenapa tak bersuara? Sebab tak boleh dapat tawaran ker ke jawatan besor kat miker? 


Lepas tu miker kaitakan konin dah ada pinjaman bank utk peniaga. Nampak benorlah miker tak peronah rasa denyut susah rakyat, tanyalah sapa saja yg cuba meminjam dan berapa yg ramai dapat hantar permohonan hari nie esok lusa boleh dapat.


Apa yg dema selalu dapat ialah ngusung kehulu kehilior semua dokumen merata bank. Semua syarat nak kena ada termasuk lah lesen itu ini, jadi kalau pakat baru nak mula jangan mimpilah...


Tapi alasan yg miker bagi ni nampak sangat putor belit, miker kena tau bezanya meminjam dan pakai duit sendiri. Ater macamana nak cakap miker ni pening tahap berapa? Orang nak cuba usahakan supaya tak berhutang miker suruh berhutang lagi! 


Tak ker paham kalau bank kena berhutang lagi. Pasai apa nak berhutang dah kalu ada duit sendiri. Apa yg susah sgt nak paham Mr Pengerusi Apa ker tah syarikat nyer...


Paling yg teman tak berkenan sebab miker secara tak lansung tak ke terpikir bahawa satu jalinan rakyat dgn penyatuan Ummah yg hasil dari rasa taubat atas segala kesalahan sebelum ini bertelingkah sesama islam dan bangsa mula bersatu. Miker sebenarnya memecahkan segala penyatuan Islam dan Melayu itu sendiri.


Berjuta berhimpun demi kesedaran kerana kesalahan lalu dgn duit tambang, makan minum serta masa dari poket sendiri. Tapi disebabkan miker yg juga diangkat oleh hamba rakyat ini tak peronah nak pikior soal sebab gabungan ini juga miker baru dapat angkat muka. 


Sedorlah sikit nasib rakyat! Ummah disatukan atas kehendak dan caturan Allah swt. Jangan terlalu ingker sebab miker diatas. Miker tak tau apa yg akan datang bila kemurkaan Allah swt dgn janjinya musibah. Jangan ler besor kepala sebab pangkat tinggi miker tu... 


Tak payah risau... tak sekupang pun dema hadap atau ambik dari miker. Turunlah padang tengok betapa susahnya rakyat ketika ini... jangan sembang macam gampang. 

Tak terpikor ke lepas ni kalau orang dah maleh nak menyimpan di EPF lagi...

Nasib pak man telo takda lagi, kalau tak habis dema gelak guling pering pasal.. PADAN MUKA. Duit SENDIRI pun TAK boleh PAKA ! 


nah hambikkk banyak benor komer buruk peel... 

Haaa Masok!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cerita ler yop apa yang suka... tapi kalau benda baik tu ok ler, jauhi fitnah walaupun teman tau banyak yang mat outa akan belagak tahu. tidak bertanggungjawab semua penulisan anda, posting merupakan pandangan peribadi penulis, teman ler tu...