01 Ogos, 2013

BANGKAI BABI SENGAJA DIBUANG DITANAH PEKUBURAN ISLAM

Bangkai babi seperti kepala dan usus perut babi sengaja dibuang di perkuburan orang Islam oleh individu yang sengaja mencetuskan kebencian sedang disiasat oleh pihak polis.
Perth – Polis Australia semalam berkata, mereka sedang menyiasat insiden kepala dan usus babi dibuang ke sebuah kawasan tanah perkuburan Islam di negara itu.
Bangkai haiwan itu ditemui sebuah keluarga yang melawat tanah perkuburan seorang saudara mara yang meninggal dunia baru-baru ini di Rockingham Regional Memorial Park di Baldivis, selatan ibu kota Barat Australia di sini, Isnin lalu.
“Ia sengaja diletakkan di kawasan itu demi mencetuskan kebencian. Ia satu penghinaan kepada kami,” kata seorang daripada pengunjung, dikenali sebagai Mira kepada stesen radio 6PR.
Insiden serius
Bangkai itu ditemui di bawah papan tanda tanah perkuburan Islam itu dan segera dibuang.
“Kami memandang insiden terpencil ini secara serius dan detektif Rockingham akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden terbabit,” kata seorang jurucakap polis Barat Australia kepada AFP semalam.
Pihak pengurusan tanah perkuburan berkata, kejadian itu adalah yang pertama berlaku ke atas kawasan itu. Insiden itu berlaku ketika umat Islam berpuasa sempena Ramadan.
Pengerusi Persatuan Sukan dan Sosial Islam Perth Iqbal Samnakay, berkata pencemaran ke atas mana-mana kawasan tanah perkuburan tidak kira milik umat Islam atau tidak, adalah satu penghinaan.
“Kami mahu tanah perkuburan dijaga dengan baik dan tidak dicemari,” katanya kepada laman web WA Today.
Maafkan pelaku
“Sebagai penganut Islam, kami dilarang sama sekali memakan daging babi, namun itu tidak bermakna kami membenci haiwan itu,” tambahnya.
Samnakay berkata, sesiapa saja yang meninggalkan bangkai haiwan terbabit di kawasan tanah perkuburan Islam itu dimaafkan, oleh kerana ini adalah ‘bulan kemaafan’ ketika Ramadan. – AFP

MASJID KUKUH DAN TIDAK ROSAK BILA JEPUN DIBOM NUKLER





Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun . Masjid ini dibangun tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang Tuhan.

Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. penyerangan Jepun keatas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat pemerintah Amarika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sebuah peperangan.

Dan Jepun pun mengaku kalah. Dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. ketika itu, kota Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikatakan Kobe menjadi rata dengan tanah.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca jendelanya pecah. Bahagian luar masjid

menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di basement masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat penyimpanan mangsa korban perang.


Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana renovasi dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca jendela yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari Jerman. Sebuah lampu hias baru digantungkan di tengah ruang sholat utama. Sistem pengatur suhu ruang tengah lalu dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali direnovasi dan beberapa bangunan tambahan pun mulai dibangun. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.

Krisis keuwangan sering menghimpit jawatankuasa masjid. Pajak bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid harus mengeluarkan banyak biaya dari tabungnya. Beruntung, banyak penderma yang memberikan sumbangan untuk menyelesaikan masalah keuwangan pembangunan dan renovasi masjid ini. sumbangannya dapat membuatkan Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.


Meskipun hanya berlaku 20 ssat, namun gempa ini memakan korban jiwa sebanyak 6.433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk kota Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar kota seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak Gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan korban jiwa seramai 140.000 orang.

Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak tergoyahkan meski didera berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun sekuat masjid ini.


MAKHLUK GERGASI DITEMUI TENTERA LAUT IRAN

Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf.
Makhluk ini ditemui oleh tentera laut Iran dan cuba anda lihat sendiri makhluk ini. Mesti sukar untuk anda menekanya.

TERLEPAS BEBERAPA SAAT HAMPIR MATI DI HUKUM GANTUNG


Lelaki-Terselamat-Apabila-Hukuman-Gantung-Di-Batalkan-Saat-Beliau-Sedang-Di-Gantung-4
Sapa yang tak terkejut bila saat-saat akhir dijatuhi hukum gantung sampai mati, dia saat terbayang menemui Malaikat yang akan hadir untuk mencabut nyawa nya tiba-tiba hukuman tersebut telahpun dihentikan kera keluarga atau mangsa yang kena bunuh telah memaafkan pesalah tersebut

Dalam satu kejadian di Iran, seorang lelaki telah didapati bersalah membunuh sorang anggota polis dan beliau kemudiannya dihukum gantung sampai mati, tetapi sewaktu hukuman gantung baru saja terlaksana atau sedang berjalan, saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki tersebut dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini.
Lelaki-Terselamat-Apabila-Hukuman-Gantung-Di-Batalkan-Saat-Beliau-Sedang-Di-Gantung-1

CHINA LARANG RAKYATNYA YANG BERAGAMA ISLAM BERPUASA?

Bulan Ramadhan merupakan bulan suci yang amat di nanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia..Disamping dapat berpuasa di siang hari, aktiviti keagamaan lain seperti tarawih, qiamulail dan sahur turut dapat dijalankan..Namun, berbeza dengan masyarakat Islam di China di mana pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan mereka menjalankan sebarang aktiviti keagamaan pada bulan Ramadhan..Sekiranya, di dapati berbuat demikian, mereka akan dikenakan hukuman yang amat berat..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni.. 

Kumpulan hak asasi manusia menggesa China menarik balik sekatan terhadap penduduk Uighur di wilayah Xinjiang yang dianggap menghalang mereka menyempurnakan ibadat puasa di bulan Ramadan sejak Selasa lalu.

Beijing mengenakan sekatan tertentu selepas rusuhan meletus di wilayah terbabit dan ia menghalang umat Islam daripada menunaikan solat di masjid dan selain turut menjejaskan puasa mereka pada siang hari.
Pelajar sekolah rendah tidak digalakkan berpuasa atas alasan kesihatan” Luo Fuyong, Jurucakap Wilayah Xinjiang.

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxadi Rexiti mendedahkan pegawai kerajaan masuk ke rumah penduduk Uighur dan memberikan mereka buah-buahan dan minuman ketika siang hari sedangkan mereka sedang berpuasa.
Larangan berkumpul

Pihak berkuasa juga melarang sesi bacaan teks agama dan memantau tempat ibadat termasuk memerhati semua masjid selama 24 jam di Karamay, lapor Karamay Daily.

Pegawai Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF), Dr Katrina Lantos Swett, berkata langkah berkenaan tidak akan membantu menghalang pergolakan etnik. “Dilancarkan atas nama kestabilan dan keselamatan, kempen penindasan terhadap penduduk Islam Uighur oleh Beijing, termasuk menyasarkan perhimpunan aman persendirian bagi pengajian agama,” kata Lantos Swett.

“Tindakan itu tidak akan membawa kestabilan dan keselamatan sebaliknya lebih menyebabkan ketidakstabilan dan keadaan tidak selamat.”

Jurucakap Wilayah Xinjiang, Luo Fuyong menafikan bahawa kerajaan mengenakan sekatan kepada penduduk Islam wilayah itu melaksanakan ibadat Ramadan.

“Kami hormati kepercayaan agama dan budaya (Uighur), ini jelas,” kata Luo.

Bagaimanapun, beliau mengakui pelajar Uighur terutama di sekolah rendah tidak digalakkan berpuasa di bulan Ramadan atas alasan kesihatan.

Ramai kena penjara

Dalam laporan tahunan USCIRF, penduduk Islam Uighur terus dipenjara kerana melaksanakan aktiviti agama. Kakitangan kerajaan, profesor dan pelajar didenda kerana berpuasa.

Satu lagi laporan Persatuan Uighur Amerika di Washington pada April lalu menyebut, seorang pemilik restoran Uighur dari Hotan berkata, Ramadan disifatkan sebagai peluang untuk membaiki dan mengubahsuai perniagaan. Sebarang restoran ditutup untuk dibaiki pada bulan puasa akan didenda. - AGENSI

p/s: Bsersyukur la kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna kat Malaysia ni..

HOTEL-HOTEL PELIK DIDUNIA


Kebanyakan hotel pula menawarkan produk dan perkhidmatan yang sama. Tiada perbezaan yang ketara. 
Kita pula tak mengharapkan sesuatu yang berbeza kerana tujuan asal adalah untuk berehat sahaja.

Namun begitu ada hotel yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Jom kita terjah kelainan yang di bawa. 

1. Hotel Kapsul


 




  • The Capsule Inn Hotel ini terletak di Akihabara Jepun. 
  • Berukuran 1 x 2 meter mirip tempat penyimpanan mayat di kamar mayat namun lengkap dengan katil, TV, radio juga Wireless LAN (Wifi). 
  • Harganya sekitar 3.700 Yen semalaman.


2. Hotel Vampire





  • Hotel Propeller Island City Lodge di Berlin ini hotel yang aneh dan agak menyeramkan.
  • Kita boleh tidur dalam peti mayat yang biasa di isi oleh drakula.
  • Kamar- kamar yang ada sangat unik mungkin sesuai bagi anda yang punya hobi mendekati alam mistik.


3. Hotel Bawah Laut






  • Di bawah laut Poseidon Resort Fiji dibangunkankan sebuah resort bawah laut yang terdiri dari villa mewah dan kamar suite. 
  • Anda boleh melihat secara luas pemandangan laut dari bilik.
  • Kita akan dapat melihat banyak spesias bawah laut baik terumbu karang yang sangat indah mahupun ribuan ikan meliuk-liuk di dasar laut.


4.Hotel Pembentung





  • Dasparkhotel ini ialah sebuah hotel di Austria yang diperbuat dibuat dari pembentung yang biasa digunakan untuk saluran air. 



  • Ruang dalamannya direka dan ditambah dengan almari, pencahayaan yang baik dan selimut. 


  • Harga untuk hotel ini sangat fleksibel. Sekarang ini mereka sedang menyiapkan toilet, shower serta minibar di ruangan tempat melayan tetamu.


5. Hotel Ais
 






  • Hotel di Sweden ini diperbuat dari beberapa blok ais besar dan hampir mirip dengan konsep rumah eskimo. 
  • Suhunya pun sungguh dingin sekali. Air-cond memang tidak di sediakan. 
  • Setiap bilik tidur disediakan dengan pemanas atau sistem thermal yang diperbuat dari kulit rusa kutub bagi menghangatkan ruang bilik.

CUA PEMAIN HOKI NEGARA TERKORBAN DALAM KEMALANGAN SEBENTAR TADI (3 PAGI)

TERKINI : Berita yang mengejutkan seluruh peminat Hoki ditanah air apabila kita kehilangan satu lagi permata sukan dan jaguh sukan negara, pemain hoki negara, chua boon huat terkorban dalam satu kemalangan di LDP kelana jaya pada jam 3 pagi tadi, kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah Lori, 

Salam takziah buat keluarga mendiang, satu kehilangan besar dalam sukan hoki negara dan juga sebagai tulang belakang kepada team hoki negara, diharap rakan-rakan dan keluarganya bersabar dengan berita kemalangan ini. jasa beliau membantu menaikan nama negara dalam sukan Hoki Malaysia diperingkat dunia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi... TAKZIAH...


ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND