26 November, 2015

KHAS UTK TATAPAN PEJUANG MAYA, SPIN LAGI... KONONNYA PAU KALI NIE TERTUTUP TANPA WARTAWAN?


Naib Presiden merangkap timbalan perdana Menteri hari nie menafikan kononnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini telah ditetapkan akan diadakan secara tertutup tanpa wartawan luar (agen pembangkang). katanya lagi Majlis tertinggi UMNO (MT) belum lagi memaklumkan kepada beliau tentang cadangan ini dan belum pun bersidang (MT) untuk buat keputusan atau tindakan. nampak sangat jenih talibarut komunih yang  sentiasa mendapat laluan mudah masuk keluar dewan ikut suka pak mak dema jer, malah dah lama bloggers menyuarakan kenapa wartawan seperti MK dan sekutu harbik roket boleh mendapat pas MEDIA untuk berada didalam dewan yang bersidang dan urusetia tercari-cari siapa yang memaparkan apa saja yang boleh diburukan dalam dewan untuk dihebahkan, malah kalau tersasul sahaja maka ianya pasti jadi headline dan berita panas untuk dispin diakhbar, majalah harbik, dimaya dan portal setiap kali bersidang PASTI ada keburukan yang akan diadakan untuk pandangan masyarakat luar supaya ianya memualkan rakyat.

Tengku Adnan juga secara jelas perkatakan sebenarnya apa yang telah berlaku semasa ditemuramah yang disiarkan diberita TV3 jam 8 tadi, cukup jelas dia katakan MT belum pun buat keputusan dan media sudah mengatakan akan dilaksanakan. nampaknya cukup jelas kita tau wartawan jenis spesis tembolok roket nie dah mula spin walaupun PAU belum bermula. atau harbik roket nie merasakan peluang kali ini agak tipis untuk mereka jadi syaiton setiap kali dalam PAU mungkin terlepas...



Sedang  teman tercari-cari gambar yang pernah teman paparkan merupakan Tag Media yg teman buat guna kertas A4 satu ketiaka dahulu, seorang sahabat yang juga diantara menjadi melagut luar dewan bersama teman memaparkan dalam laman FB beliau, jadi teman pinjam ler gambor nie dari Dwan Junid RMF (KLIK). dia juga bersama teman ketika ini bila kami sebagai bloggers bebas yang jadi ahli UMNO, mengundi BN dan UMNO pun kena duduk diluar dewan kerana tidak ada tag MEDIA yang membolehkan kami masuk dewan utk tujuan mencari bahan atau cerita untuk diposting dalam blog kami (ketika itu FB tak popular seperti sekarang) Cuba bayangkan wartawan portal yg kuat memfitnah dan spin apa sahaja menjadi burok bagi pandangan masyarakat boleh keluar masuk ikut suka mereka kerana TAG MEDIA dan keistimewaan sebagai wartawan yang dilayan dengan istimewa oleh pihak urusetia sendiri... bukan sahaja TAG, Jaket Media malah bilik yg berhawa dingin disediakan untuk tujuan siaran fitnah mereka.

Gambar (TAG MEDIA) ini sebenarnya ada cerita disebaliknya, sebenarnya teman dan rakan bloggers yang lain terutama perak cyber Troopers (PCT) memang nekad akan pakai TAG MEDIA yg kami buat nie bagi memperjuangakan nasib bloggers seperti kami yang sudah tentunya berdarah UMNO yang dilupakan dan dinafikan hak perjuangkan kami. tag ini sebenarnya sebagai sindiran kepada urusetia yang lansung tak ambik kisah tentang kami yg tak sapa pun bayar...

Seorang bloggers otai sdr Azri akhirnya memaklumkan kepada kami bahawa disaat akhir hampir ke hari perhmpunan PAU 2014 terkial-kial menyiapkan sebuah bilik dari plywood untuk menempatkan bloggers bebas sperti kami dalam masa yang suntuk. akhirnya perancangan untuk memakai TAG MEDIA nie tidak diteruskan walaupun aku dan Dwan Junid masih tidak dapat tag media yang kononnya disediakan untuk bloggers, peristiwa PAU 2014 nie sehingga sekarang masih lagi dalam ingatan, dan aku masih lagi menyimpan TAG yang aku lakarkan ini kerana nekad akan pakai balik jika urusetia masih pekakkan telinga dan rabunkan mata ataupun memang jenis bongap dan lembab. bagi aku dan Dwan sudah boleh terima sekali pun kami tak dapat masuk tetapi ada bloggers lain yang dapat masuk kedalam dewan sebagai petugas MEDIA atau wartawan blog atau portal masing-masing... ianya boleh di Ampunkan   

Agak mengejutkan jugak bagi kami keraan bila masuk kedalam bilik tersebut lansung tak kenal kebanyakan bloggers yang ada terutama yang tersohor atau yang otai dalam berblogging. banyak yang tak peronah nampak muka pun sebelum nie, mungkin yang otai dah hilang selera nak harap mimpi yang dah tak larat nak mimpi. apa pun tak kisah bagi kami kerana ianya dilihat sebagai kejayaan sebagai hak bloggers tidak dinafikan...



Isu ini dah lama teman bangkitkan... setiap kali PAU akan bermula maka setiap kali itu teman akan menulis pekara yang sama seolah bersembang dengan orang pekak, tunjuk gambar pada si rabun... bermula tahun 2011 lagi teman dah menulis tentang isu nie, setiap kali juga akan dapat dilihat dikaca TV bagaimana wartawan diberi taklimat dan ditunjukan semua kemudahan yang disediakan seperti bilik berhawa dingin, tag media, jaket media yang berwarna merah biru, kemudahan WIFI, makan minum, tenaga elektrik untuk  kemudahan pengunaan caj laptop atau kamera dan bamyak lagi. sementara pejuang maya yang cukup jelas memperjuangkan UMNO  sekadar melopong dan nadi yang sepantas 400kn sejam melihat layanan istimewa yang ditayangkan disiaran tv termasuk lah yang bakal dikecapi mereka yang melapokan fitnah, spin apa saja yang boleh malah cukup jelas menjadi agen kepada roket yang sekarang secara terang berhasrat menjatuhkan pimpinan tertinggi serta mengapankan parti UMNO itu sendiri...

Beberapa posting atau artikel yang pernah dipaparkan sekitar 2011 yang pernah teman posting disini (KLIK SINI) dan (SINI). bukan sahaj teman malah rakan seangkatan juga berbuat begini demi melahirkan kerisauan kerana ketirisan dan kesilapan urusetia yang berterusn, teman dan rakan-rakan bloggers perak (PCT) juga nekad aka teruskan perjuangan ini demi maruah bloggers yang menjadi pejuang maya walau dimana sekali pun. malah resolusi kami juga berharap kenapa tidak wakil bloggers bebsa tidak diberikan besuara kalau tidak dalam dewan diluar dewan dipentas ceramah bebas yang diadakan... 

tak kan korang tak ingat mana perginya sicantik manis yang kononnya kehebatan beliau diangkat dan disanjung dan diberi bersuara dalam dewan keramat perihal bloggers, tak paham apakah kerana dia sebagai bloggers yang seriang diserang dari segi mental dan fizikal serta tindakan turun naik makamah kerana memperjuangakan kebenaran yang diangkat sebegitu tinggi dan diberikan keistimewaanbegitu sekali... duit tiket atau tambang kapal terbang dari luar negara untuk ke tanah air serta elaun dan sebagainya lebih dari cukup menampung makanan ringan dan air minuman kosong untuk semua bloggers yang menumpang bilik rakan-rakan macam sardin dan bertonggok ditepi bucu dinding dan ruang legar jalanan hanya kerana mahu dapat cerita untuk disiarkan dalam blog masing-masing secara marhain...hanya sayangkan UMNO dan sebagai saf perjuangan maya.

persoalannya apakah kesannya bloggers dari russia dah berbakti kepada parti yang diagungkan? sepatah haram aku tak paham bahasa russia yg dia banggakan...

24 November, 2015

MUKA AGEN YAHUDI YG GUSARKAN RAKYAT MALAYSIA SEMASA PWRHIMPUNAN ASEAN

KUALA LUMPUR - Sewaktu ramai yang mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di atas kehadiran Barack Obama ke Malaysia, mungkin ada antara kita yang tidak tahu mengenai perjumpaan khusus antara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan 10 wakil pertubuhan sivil yang diadakan pada 27 April 2014 lalu.

Antara pertubuhan yang terpilih adalah  Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM.Selain itu, turut diundang dalam perjumpaan khusus itu ialah dua wakil Kristian, Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM), manakala dua pertubuhan lain yang turut hadir ialah Suhakam dan Majlis Peguam.SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini.

CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.Ketua Comango, Honey Tan turut hadir malam itu, selain penganjur Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Untuk yang tidak tahu, Bersih 2.0 sememangnya menerima dana dari AS.Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI).

Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika seperti, IRF, SUARAM, Malaysiakini, Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO.Demi melaksanakan hasrat AS menjadi sebuah kuasa imperial, maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.

Tahun ini. Obama sekali lagi membuat perjumpaan tertutup bersama wakil-wakil pertubuhan sivil ini, dan seperti biasa yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH.

Ini belum kira wakil Malaysia lain yang turut hadir seperti Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons.Pegawai AS yang hadir pula ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik.

Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Bila dilihat kembali, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah.

Dan macam-macam lagi.Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini.Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini. Bayangkan jika Obama sendiri tanpa ragu, boleh bersemuka menghadap mereka. Sudah tentulah mereka bukan musuh.Bahasa lebih tepat, mereka adalah proksi Amerika Syarikat dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.

Namun kita masih lagi hanyut dimomokkan kononnya Najiblah yang menjadi dalang kehancuran negara, sedangkan hakikatnya bukan begitu.Mereka dah menyerang kita dari segenap sudut.
Tak kan kita masih tak perasan lagi?

Sumber : http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/19-semasa/8502-proksi-sebenar-amerika-akhirnya-diketahui.html

17 November, 2015

MANA JAKIM? DAH TAKDA AKAI KA BEER HALAL UTK ORANG ISLAM?


Aparah nie... ? Kebulor sangat ker nak merasa Bir? Dah takda nama lain ker nak kaitan dengan bir? Kalau dah produk tu baik tak payah lah nak bagi kenyataan macam org Islam kebulor sangat mentedarah bir... 

Samalah macam vape yg kononnya merupakan sama atau boleh memulakan merokok. Korang mrlompat tak tentu pasal. Nie lagi teruk yg dah terang nas dan hadis haramkan arak... yg beriya benor nak buat arak halal apa hal pulak...

Lepas nie apa pulak? 
Judi yang halal?
Rasa babi yg halal?
Aparah....
 Jakim dah bagi kenyataan tak sokong atau iktiraf produk nie.acamana pulak badan yg lain utk sekat terus. kita kena tunggu jakim ambil tindakan lebih berat terhadap isu nie... jangan bagi ruang. Kita pulak sokong sebelum diambil kesempatan oleh mereka yg memang nak sesangat spin dan viral

secara peribadi teman tak gemor dan tak setuju tentang publisti yg dikeluarkan oleh dema tentang produk dari iran nie, apa kejadahnya nak menyebut pasal kaitan rasa dengan bir yg telah pun diharamkan. sedarkah dia negara nie sejak azali orang Islam dah menolak arak kerana hukumnya. Apa lagi yg dia banggakan malah nak bagi sangat rasa bir tu urk orang islam ker? Takda sapa kebulor lah...

Ater mana dema tau rasa yg sama dengan bir kalau tak merasa? Dah takda lagi ker rasa yg boleh disamakan dan dihalalkan selain rasa arak? Tak sapa sior lah togok arak. Apa alasan guna perasa arak? Atau nak bagitau sapa Yg nak berenti minum arak boleh guna kaedah atau air nie. Apa ka banggangnya arak tu bukan pasal rasalah tapi part mabuk tu yg buat ramai minumnya....

nampaknya jika tak dibendung ianya juga merupakan punca yg membolehkan umat islam kearah meminum arak... mana tidaknya bila dah biasa dan tau rasa bir dah boleh lah cuba yg bir ori, lagi punacam dia orang kata halal sebab tak mabuk, jadi kalau togok bir ori pun kalau tak mabuk pun kira halal ker jugak?

Jangan tambah kemarahan umat Islam dinegara nie dan dunia. Jakim kena bertindak dan jangan bior semata-mata utk strategi marketing dengan publisiti begini yg memguntungkam dema. Dah tentu ada spesis roket yg menunggu utk spin isu sebegini utk diviralkan atau lebih tepat lagi bullet utk perpecahan umat islam. Jika dibiarkan alpa buat noheng macam tak kisah amenda tak selesai. Sebaliknya berkoyon-koyon lagi bergunung menambah marah yg dihalakan kepada kerajaan dan negara. Dema buat taik kita pulak kena menanggung... sudah-sudahlah buat rakyat menambah benci dengan perlakuan segelintir jenih nie yg pentingkan tembolok dema jer... ada dema kesah rosaknya akidah umah... tak kira la sapa dibelakangnya... besor mana pangkat dia... bagi teman ini kerja haram jadah...

tah apa lagi lepas? Makanan perasa babi yg halal?

22 Oktober, 2015

LAGI-LAGI SARKIS KAT PARLIMEN...


Besok kita tengok muka beruk yg nak buat sarkis kat Parlirmen bila kononnya nak buat undi tak percaya pasal pembentangan budget. Rakyat jangan bagi dibodohkan lagi, tengok muka sapa yg akan  buat kerja MENGKHIANAT pengundi, kasi ajar sikit bila tiba PRU nanti, biar dia tau macamana rakyat susah disebabkan jenih macam nie... Hidup senang lenang dengan kencing rakyat...

Dari mula kempen sampai sekarang asyik berkempen, dah habis PRU pun masih lagi berkempen, itulah kerja dia orang, asyik kutuk mengutuk, caci mencaci, hina menghina, fitnah mengfitnah, hasut menghasut... Tanpa peduli rakyat susah, berpecah belah dan bertelagah angkara beruk-beruk nie, kata nak jadi pemimpin rakyat tapi mengkhianati rakyat.

Mana janji nak bantu rakyat selain berkempen sepanjang masa... Masa nak undi bagai-bagai la melalaknya, kononnya semua untuk rakyat...
- masa, wang dan kederat untuk rakyat
- memastikan keadilan untuk rakyat
- perjuangkan nasib rakyat
-bantu pulihkan ekonomi rakyat
- akan dekati rakyat 
- 24 jam untuk rakyat mengadu nasib
- banjir, anak sekolah, sakit, bantuan, kemudahan rakyat dibantu
- rumah, sekolah, pasarana, kemudahan adakan dilaksanakan
- Dari tulang, kaki, tangan, kederat sampai apa yg ada pada badan untuk rakyat...

Semua tu janji masa berkempen yg sudahnya sampai sekarang tak habis-habis kempen untuk rakyat, yang sebenarnya... Semua dia kencing rakyat! Apah pun tak buat selain rumah bertambah besar, baju pakai makin mewah, kereta bersusun dalam garaj yg asyik bertukar ikut terkini, makan dah lupa nasi lemak serengget, beg duit memanjang pecah sebab penuh, mata cekap tengok kot ada yg nak mintak-mintak, jalan pun elak dari tempat yg rakyat susah, pejabat pulak kena berkali-kali tapis kalau nak jumpa dan waktu mengadu pulak kena tunggu dekat PRU....

Kalau lah benar esok dia orang buat kerja haram jad nie esok, maka cukup teranglah memang PENGKHIANAT KEPADA RAKYAT! Tah apa sebab nak boikot pembentangan budget yg sebenarnya hak rakyat! Dah la tak buat keja khianat kita lagi ada....pemimpun toya ko la macam nie...
ELOK TENGOK MUKA BERUK SARKIS NIE DAN CAM BETUL-BETUL dan ajar masa PRU nanti, eloknya kalau jatuh dan bukan ADUN atau MP nanti pakat ludah jer muka nie, itu pun kecik tindakannnya pada apa yg dah dia orang khianat dan buat pada rakyat! Kalau kat luar negara jenih nie pakat ramai-ramai angkat buang dalam tong sampah....

Pembentangan BUDGET esok oleh PM adalah yg dinantikan oleh semua rakyat tentang apa yg dirancang dan di HAK kan utntuk rakyat, yang itu pulak yg nak disabotajkan, parlimen nak dibuat Sarkis macam ladang kinzir, kenapa la banyak riuh macam monyet dapat pisang setelah seabad tahun tak jumpa. Dah la tak berbakti kepada rakyat dan berkempen sepanjang tahun bula hak rakyat pun disekat... Apa punya manusia nie, berok kot?

Cukup terang tunjuk lahanat punya kerja, belum bentang. Belum tahu apa yg rakyat akan dapat dah nak boikot, tak ker haram jad, yang di karo yg disamun, yg di untungkan yg buat dia senang lenang tak pulak nak bagitau pada rakyat! Aleh-aleh bila rakyat tunggu berita baik nak diboikot pulak. Apa jenih beruk macam nie?



18 Oktober, 2015

GAMBAR YG AMANAH TENGOK TETIBA JADI AMINAH LA PULAK, ROKET MERAH MUKA LAK!


ini buktinya PAS masih bertahan dengan ahlinya...
pengkhinat mereka parti baru AMANAH yg berbai'ah talak tiga jika keluar parti kini bersama bersengkongkol terang dengan DAP. malah memperlekehkan undi dari PAS sendiri yg ketika itu memberikan mereka nyawa sebagai YB anggukan roket..

mengharapkan kehancuran PAS serta menjadi pak angguk kepada mereka dengan Presidennya si Mat tabu adalah FATWA WAJIB ANGGUK mereka supaya tinggalkan PAS yg kononnya dibawah Tn Guru Haji Hadi yg bakal berkecai bersama perjuangan Allahyarham Tn guru Nik Aziz dan Nik Mat. 

bukan saja Allahyarham direndahkan malah Bai'ah pun di permainkan supaya dilihat PAS memang guna agama untuk dapatkan dunia. Kuat badi dan bahak presiden baru sehingga 7 dari 21 MP meninggalkan perjuangan yg didokong selama ini kerana perjuangkan agama, apa pun kotor dan najis sudah dipalitkan kepada perjuangan asal serta ianya satu penghinaan besar...



Perhimpunan semalam memperlihatkan bukti ahli masih lagi setia kepada PAS manakala kumpulan pengkhinat si Aminah yg cukup kuat menghasut serta menabur fitnah yg dikatakan bapak besar borek dan tentunya mereka lebih bintik malah berbisul dalam kerja seperti nie... roket tentunya tersenyum sebab ada pencacai yg boleh bergelumang dengan najs sebab imbuhan besar jika terjual negara...

Apa pun kita harap nanti jangan lagi PAS berulang kali biar mereka anggukan serta ketuk kepala supaya ikut apa kata mereka lagi, kalau mahu menyatukan umat islam bergabunglah dengan semua umat islam, jangan lagi terpedaya dengan mulut bangkai roket dan parti yg belum tentu amanahnya... yg jeklas pengkhianattan sudah jelas dan terang nampak...

sekalipun masih ragu dengan penyatuan pun jangan sesekali menerima Aib dan lemparan najis mereka lagi... ingatlah sepekara yg memang terjawab, tiada negara di dunia yg akan bangkit atau kembali maju atau aman selepas dihancurkan oleh mereka dengan rusuhan serta kebangkitan yg kononnya kehendak rakyat walhal haloba tembolok mereka...

saya ulangi lagi... kajilah... rujuklah mana-mana negara dalam dunia yg kononnya bangkit dari rampasan kuasa serta demonstrasi menukar kerajaan dengan kerajaan rimba di rusuhan di jalan-jalan yg kini berjaya dan makin maju serta aman...

natijahnya... 7 keturunan tidak akan aman dalam usaha bangkit semula dari kehancuran yg memakan masa paling cepat pernah dibuktikan selama 80 tahun untuk negara pulih kembali selepas dihancurkan oleh fahaman sonsang segelintir pemimpin yg tamak kuasa dan tidak pernah fikirkan genarasi kita terus bertahan...   

11 Oktober, 2015

KENAPA MUSIBAH DI MINA?



Kejadian Di Mina nyata meninggalkan kesan yg amat perit bila di laluan 1 khas bagi kategori jemaah termasuk dari Iran dan negara lain yg Allah swt hadirkan musibah yg kita tahu begitu ramai terbunuh dihari pertama melontar di jamrah, Mina...

Melihat mereka yg tak putus-putus meneruskan perjalanan (jalan kaki) semasa teman di Muzalifah menjadi persoalan teman sendiri. Kenapa merekaa tidak menyinggah setidak-tidaknya dlm tempoh 5 jam di Muzalifah sepatutnya... sepatutnya sebaik keluar dari Arafah?

Siapa yg berada diMuzalifah ketika itu pastinya rasa hairan kenapa begitu ramai yg tak putus-putus meneruskan perjalanan. Kita faham itu salah satu sunnah bila Rasulullah mmg berjalan kaki dari Muzalifah ke Mina. Kenapa tak menyinggah dulu...
Wallahualam...

Kejadian begitu ramai terbunuh terjadi ditingkat paling bawah. Manakala bagi kita (asia) ditingkat 3 saya dan seorang lagi rakan mmg mendengar dari loud speaker supaya jemaah diminta patah balik kerana kesesakan dan panas. Mmgg ada kumpulan dari Malaysia, Indonesia dan lain-lain berpatah balik dan tidak menerskan hasrat melontar atas nasihat kerajaan Arab saudi. Itu budaya dan berhemahnya kita...

Sebaliknya jangan terkejut kejadian terbunuhnya di tingkat paling bawah sebelum terowong laluan utk ke tiga-tiga Jamrah juga memang ketara begitu ramai golongan syiah diantaranya yg menguasai lalaun tersebut. Bagi kerajaan Arab Saudi yg meletakan kuota jemaah bagi negara yg punyai umat Islam berdasarkan jumlah rakyat berugama islam tentulah tidak dapat menjangka golongan syiah diantaranya...

Kepada jemaah Haji yg ada semasa mengerjakan Haji bukan pelik melihat gelagat dan cara mereka berbeza samada beribadat, sembahyang, tawaf, saie dan lain-lain nyata amat jauh dari tuntutan sunnah wal jamaah...

Hanya Allah swt sahaja yg mengetahui musibah yg dia berikan. Tidak pernah mungkiri seperti dia janjikan jika ingkar dgn yg disuruh... Wallahualam bisawab.
Apa pendapat anda?

16 September, 2015

SENYUMAN TERAKHIR DILAMBAIAN AL- HARAM MUKARAMAH


Assalam dari teman si Mekah Mukaramah. Memang tak berhajat utk menulis tetapi hikmah tuhan dengan beberapa Kejadian membuatkan teman terpanggil untuk menulis jua akhirnya...
Bermula bila melihat Keluhan seorang adik dilaman FB dan dengan janji meneruskan penjagaan adik beradik menjadikan semuanya jadi sebak. Bagaimana menceritakan kali akhir pertemuan yg diiringi sebuah senyuman sebelum Arwah terbang ke madinah untuk menziarah makam Rasulullah saw di masjid nabawi sebelum berlepas Ke Mekah Mukaramah... disinilah berakhirnya Syahid seorang kakak, isteri dantetamu Allah swt... Di Al Haram makkah....

Lebih terpanggil bila seorang sahabat menulis dalam group para jemaah haji disini yg juga merupakan seoeang yg bertanggung jawab ukuhwah jemaah iaitu saudara  ZeQZaidi... Begini nukilan beliau...

Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mencuit jiwa saya, dan mungkin anda juga.

Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak ramai yg tunaikan haji pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya juga.

Walaupun meninggal dalam keadaan yang tidak dijangka, dalam keadaan yg mengerikan penuh berlumuran darah dan mayat bergelimpangan, beliau terpilih kerana jasadnya adalah jasad yang paling sempurna. Sempurna, bersih dan indah seperti saat hayatnya di dunia. Dan, jenazahnya dimakamkan di perkuburan kekal Ma'la yang mana tidak semua jemaah yang meninggal di Tanah Suci akan dikuburkan di sana. Perkuburan itu hanyalah untuk para syuhada' sahaja! MasyaAllah indahnya wanita ini dijemput Tuhan.. 

Lihatlah senyumannya saat ingin berlepas ke Tanah Suci. Riang gembira. Seingat saya, antara pengalaman saya menghantar sanak saudara ke dewan pelepasan, suasana yg sering saya lihat penuh dengan linangan air mata dan pelukan erat ahli keluarga. Tapi wanita ini, bahkan ahli keluarganya, tersenyum indah seolah-olah mengerti bahawa wanita kesayangan mereka ini bakal dihantar ke syurga. Wajah wanita ini bersih memancar seri, mungkin tidak sabar bertemu bidadari di sana. Allahu Allah.

Dan saya tidak pernah mengenali wanita ini. Hanya 2 persamaan antara kami berdua: kami rakyat Kelantan dan bergelar seorang guru. Di saat saya mengeluh tentang kerjaya seorang guru dan mengomel tentang anak murid pelbagai ragam, hari ini saya terbayangkan wanita ini saat dia di sekolahnya. Pasti beliau seorang pendidik penyanyang, sabar dan mendidik dengan penuh hikmah. Pasti beliau sentiasa tenang dan tersenyum di sebalik segala ujian. Pasti seluruh rakan sejawat dan anak didik menyenanginya. Dan saya, jauh sekali sepertinya. Allah..

Tadi terbaca nukilan dari adik wanita ini yang menceritakan perihal beliau yang tak pernah meninggalkan solat sunat dhuha dan qiamullail setiap hari. Bagaimana beliau seorang yang berkerjaya mampu mencuri masa untuk menghadap Tuhan di saat guru-guru lain terkejar-kejar ke kelas atau mungkin sedang santai lepak di bilik guru. Dan saya di sini, seringkali punya banyak alasan untuk 2 rakaat dhuha. Sibuk, takde masa, malas nak berwuduk, malas nak mekap banyak kali dan seribu macam alasan lagi. Itu belum masuk soal qiamullail lagi. Astaghfirullah.. 

Dengar kisah wanita ini, mengingatkan saya pada allahyarham Ammar yang syahid di Turki dan juga salah seorang krew pesawat MH17. Keduanya juga terlibat dalam kemalangan yang tidak ingin kita lihat, namun jasad mereka sempurna tanpa cela. Dan kepulangan mereka juga diiringi jutaan doa dari seluruh rakyat dunia, walhal ketika hayat mereka, tidak ramai yang mengenali.

Cikgu, semoga kematian cikgu dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang telah 'mati'. 
Saya cemburu dengan Cikgu. 
Semoga Cikgu damai di sana bersama para bidadari jelita di taman syurga.

"Maka segeralah kembali kepada mentaati Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu." [Az-Zariyat:50]

Alfatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli.



Bagaimana pun Kerajaan Arab Saudi menyediakan pampasan yg begitu tinggi mencapai sejuta Riyal serta kuota istimewa utk  2 orang yg ada kaitan keluarga untuk mengerjakan haji dibawah layanan diraja unttuk tahun depan. Sebanyak 500 ribu riyal bagi yg tercedera... bukan setakat itu malah kerabat @ King Salman juga diantara yg memikul mayat utk dikebumikan selepas disembahyangkan di dalam masjidil Haram...

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND