22 Januari, 2012

KUTU BAS STAND BUAT KONSERT PULAK! JAMAL ABDILLAH RETURN TO IPOH!

Siapa Sangka dalam teman sibuk-sibuk, geng-geng kutu Bas Stand ipoh yang menggelarkan dema sebagai BBSI melangkah lagi dengan mengadakan konsert SIRIH PULANG KE GANGGANG. Sempena tahun baru cina ni pun teman nak ucapkan KONG HEE FATT CHOY kepada semua rakan-rakan teman yang menyambutnya dan rasanya sesuai benor ler komer santai hujung minggu ni sambil pegi tengok Konsert Jamal Abdillah yang akan diadakan Stadium Indra Mulia pada 28hb January, 2012 (sabtu) jam 8 malam. 

Rasanya Konsert ni jugak bakal jadi reunion kepada sahabat-sahabat lain, almaklumlah bukan senang nak bercuti dan sambil jumpa kawan-kawan, teman nak ucap tahniah kepada warga kerja yang berusaha keras menjayakan perancangan serta kelancaran Konsert yang bakal diadakan ini nanti, Dibelakang tadbir teman nampak banyak lagi kawan-kawan yang kerja kuat, 
Garry sebagai Yang dipertua BBSI (Budak-budak Bas Stand Ipoh) memaklumkan kepada teman tiket Alhamdulillah JALAN dengan baik bro! Jadi bila teman dengor katanya macam tu lega jugak hati teman, bukan setakat itu dema datangziarah teman dan anggap jangan pinggirkan dari BBSI,'Kita berkawan dari Muda sampai sekarang, jangan lah pulak miker dengan hal miker jadikan kita berjauhan, we are the BROTHERS!' tak pa ler selesaikan dulu hal miker, apapun kita kena jaga UKUWAH antara kita, bukan kita tak tau ramai yang tak berapa senang bila sesuatu yang baik tu ada. Sekupang amat berterima kasih dengan Garry yang nampaknya dah rasanya macam adik beradik sendiri, bukan setakt tu jer banyak lagi sahabat teman yang betanya khabor... Kanda Rahman, Nan Urut, Adam dan lain-lain, Bro lu orang memang MY BROTHERS, pesan dema pedulikan dengan yang busuk perut... hehehe

Sekupang ambik kesempatan nak ucap tahniah dengan BBSI terutama Garry yang tak pernah letih, Bombay yang rasanya kali ni bawak tentera dan kelengkapan dia pertama kali ke IPOH, Nan catering yang tak jemu-jemu tamu makan kat kawan-kawan, BBSI sendiri dan lain-lain yang berusaha menjayakan KONSERT JAMAL ABDILLAH di Ipoh. 

PADA SEISAPA YANG MAHU BERTANYAKAN PASAL KONSERT DAN BELUM DAPATKAN TIKET YANG BERMULA RM 80, 140 dan 300 BOLEH HUBUNGI :

AMIRUDDIN (GARRY) 019- 5900077
RAHMAN    017-5650126
NAN URUT 012 - 5208942
ADAM  012-5652221

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND