31 Mac, 2013

Selepas Zulkifli Nordin kali ini nampaknya peguan Nuar lagi yang minta maaf kepada Saiful kerana tindakan beliau yang tidak mempercayai Saiful sebelum ini, malah secara terang Yuktes Vijay katakan mahu bertemu saiful dan memohon maaf kerana perbuatan belaiu yang percaya dengan segala fitnah terhadap saiful yang dirancangkan, ikuti kisahnya...


Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf.

Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.

Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.

“Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.

“Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.

Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.

“Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam,” ujarnya.

Pada 13 Mac lalu, Yuktes telah mendedahkan beberapa ‘cerita dalaman’ berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di http://www.anwaraidc.com dan http://www.mynewshub.com.


Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/sodomy-yuktes-mahu-jumpa-saiful-untuk.html#yrzsXYR9eTztME1d.99

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND