14 Mei, 2014

MENTERI BESAR? HIPOKRIT ATAU BESAR KEPALA?

Kemarahan rakyat ada asasnya... kemelut politik di Terengganu cukup jelas memperlihatkan betapa sikap pemimpin yg sebenar... hipokrit dan Materialistik malah rakyat rasa tertipu dengan wayang MB yg haloba kuasa rupanya...

Semasa dia di lantik sebagai MB apakah dia tak sedar atau tahu bagaimana nasib Dato Idris Jusoh... kenapa dia tak mau ambil sedikit pengajaran dan belajar memahami hati rakyat yg akur menerima beliau sebagai MB. Perit menelan lagi pedih mata melihat...

Nampak nya dia memang tidak belajar malah tidak lansung memahami hati rakyat yg setia memberi undi. Semuanya atas kerana pemimpin yg diangkat kerana kononnya inilah muka pejuang agama dan bangsa demi tanah air.
Bertambah menjengkelkan bila punca atau sebab kenduri anak yg menjadikan Kerajaan Negeri jadi terumbang ambing. Kerana kenduri kawin anak lebih penting soal kesusahan dan harapan rakyat... tau kah dia bagaimana pula hati rakyat? Hati yg menaruh harapan kepada seorang peminpin atau pun pejuang negara... nampaknya mungkin terlupa sepatutnya rakyat hanya boleh memberi undi dan jangan menyanggah terutama soal yg begitu besar... anak kawin dan gadaikan negeri disama ratakan. Jangan sesekali berani mencelah... jangan berani angkat muka...

Itu soal anak kawin... dah boleh disamakan bagai satu negeri ditimpa musibah... Apa pulak soal isu dia kawin atau keramaian yg lagi besar pulak... mahu nilainya cecah 3 atau 4 negeri kalau mahu dibandingkan. Jadi rakyat mesti tahu ada kasta yg sebenarnya untuk rakyat jangan berharap pemimpin pertimbangkan harapan rakyat. Sepatutnya rakyat bersyukur sekali pun harga diri rakyat nilainya masih dibawah  dan tak sama dengan kenduri kawin

Pendapat teman dia hanya berani bertindak keluar parti jadi bebas. Dia tak mungkin akan join PAS sebab jika dia memihak kepada pembangkang maka tamat lah karier dia sebagai wakil rakyat. Malah sampai bila pun semua org UMNO tidak sesekali memaafkan apa yg telah dia buat. RAKYAT amat marah dan sedih sebab di perbodohkan oleh pemimpin hipokrit macam dia. Malah secara tak lansung Tuhan memerlihatkan betapa materialistik dan haloba kuasa yg ada padanya...

Duduk sebagai wakil bebas dan biarkan rakyat menanggung derita dan celaru kerana seimbang kerusi BN dan Pakatan. Dah boleh gelak dengan puas melihat perbalahan. Biarkan Parti kucar kacir dan perjuangan bangsa dan segala kemusnahan mungkin dapat memuaskan hati... ambik la segala nafsu yg boleh jadikan ianya kepuasan untuk siri sendiri....

Terfikir soal harga sebuah kenduri MB yg tinggi mertabat nya sehingga begitu jauh sekali perihal hati rakyat yg tidak ada value sebesar harga sebuah negeri... tertanya didalam hati... Kalau orang kampung yg dipendalaman yg MB tak kenal hantar jemputan kawin... boleh kah dinilaikan lebih penting dari masanya sebagai MB yang sibuk perihal dunia?....

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND