26 Mei, 2012

ANWAR KEMALANGAN TINGGALKAN PEMADU YANG CEDERA?

Teman terbaca dalam satu blog yang ceritakan bagaimana Anwar yang angin satu badan bergegas balik ke Kuala Lumpur selepas yang hadir diceramahnya hanya lebih kurang 80 orang, dalam oerjalanannya semasa di Desaru beliau terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan pemandu nya cedera, dia kemudian nya menyambung semula perjalanan dengan meninggalkan pemandu yang tercedera, cerita lanjut disini (KLIK)

Antara kandungannya...

Berita yang baru diterima, malang sungguh nasib Anwar Ibrahim, kerana kereta yang dinaiki beliau terbabit didalam kemalangan di KM 56.2 Lebuhraya Senai-Desaru yang nyaris meragut nyawanya sendiri.

Sebelum kejadian , Anwar mengamuk di majlis ceramahnya sendiri, akibat yang mendengar ceramahnya hanyalah kerusi yang dibiarkan kosong akibat penduduk berpakat beramai-ramai meninggalkan majlis.

Ceramah yang sepatutnya berakhir jam 12 malam setelah mendapat permit kebenaran berceramah hanya berlalu hanya kira-kira lebih kurang sejam sahaja. Ternyata Anwar semakin binggung kerana niatnya untuk mengucar kacir kubu kuat UMNO di Johor semakin tipis.

Kehadiran tidak sampai 80 orang semakin menyakitkan kepala Anwar,itu pun yang mengikut ceramahnya terdiri dari orang luar dari rombongannya sendiri. Alahai Anwar semakin pandir kerana rakyat kian menolaknya.

Ternyata ceramahnya di Kg Ghani Othman, Johor meninggalkan luka yang mendalam dan semakin serik anwar ingin berceramah disana.

Sikap Anwar hanya membiarkan pemandunya yang cedera ringan terlantar beberapa jam di tepi lebuhraya kerana beliau ingin bergegas balik ke Kuala Lumpur semula menunjukan Anwar seorang yang tiada hati perut.

25 Mei, 2012

NIZAR NIAT SERANG CERAMAH UMNO BONGKAR PEMBOHONGAN NYA DI SG ROKAM?



Nampaknnya Nizar dalam kelam kabut semasa kecoh Samhuri di pejabat tanah Batu Gajah sempat menipu bila si lambei ni kata Samhuri yang talipon dia. Teman yang kebetulan ada disana memang perasan dalam Kantin tu semua yang ada kecuali Samhuri dan tiga rakannya yang hadir, selebihnya semua yang terdiri dari beberapa orang melayu DAP dan Orang PAS, yang nampak mendominasi rasanya India yang hadir bersama Si Siva

Bukan sahaja nizar kata siSamhuri ni talipon dia, siap dia terus menuduh UMNO sebagai punca, ' Kalau beginilah orang UMNO, bukan disini sahaja nampaknya, tapi diseluruh daerah pun macam ni juga, Marilah kita Ubah, tolak kerajaan BN, kita pilih Kerajaan Pakatan Rakyat'

Malam ini di Pekan Razaki, Ipoh bakal ada lagi siri Ceramah Pembongkaran Nizar Pembohong Bersiri, nampaknya siri jeljah membongkar ini menjadikan Nizar makin meroyan, mana tidaknya... Kalau anda berkesempatan hadir pasti akan dapat melihat tayangan Video dia menipu sebagai bukti bukan satu tapi berlambak. Nampaknya rakyat mula sedar dengan sebenarnya identiti Nizar yang sebenar, paling kuat pembohong.

Rakan teman juga menalipon sebentar tadi dan maklum kat teman yang Si Lambei ni merancang untuk serang ceramah pembongkaran dia malam ini, pastinya kehadirannya tentu dirancang, sebab kalau kita tengok sebelum nie memang dia KANTOI HABIS, jadi yang pastinya malam ini tentu dia sudah susun untuk jadi penyebuk sekali lagi.

Isu Samhuri yang pastiya jadi modal beliau, mana tidaknya kalau kita perhatikan dia yang sibuk ketika itu melalak caci UMNO sebaliknya Samhuri tak ada cerita nak join PAS sebaliknya DAP yang dia maksudkan sebagai pilihan. Point untuk di spin dan putar lagi rasanya mestilah isu siSamhuri... Mungkin mengelegak sakit hati bila si Samhuri ni buat PC hentam dia balik.

Apapun dia lupa dan anggap mungkin Isu Samhuri ni boleh dijadikan bahan hujah di majlis Ceramah UMNO malam ini dengan kehadirannya seperti sebelum ini dengan muka tak tau malu, apa-apa pun ramai kengkawan harap sangat dia datang dan kata PAKAT DAPAT SAJA JER DIA, DAH MEMANG TUNGGU SANGAT! BARU ADA AKAI" soal Samhuri ni rasanya komer pun tau bila makin ramai terutama orang UMNO sendiri kata, elok sangat ler Nizar ambik dia, memang macam tu sifat pakatan rakyat hendak dan memang begitu sifat mereka. Malah bukan kerugian sebaliknya banyak yang bersyukur dan kata ELOK LAH BUAT APA SIMPAN PARASIT DALAM UMNO, kalau Nizar nak sangat ambik ler... Stadium Perak ditadahkan. Elok ler... Lagipun cuma dia jer yang kata UMNO ni tempat berniaga Pasir, kena rasuah, sogok betina dan lain-lain. Apa dia ingat UMNO ni kilang pasir dan balak ker? Dah kalau nak sangat dapat kaya dengan jual pasir, balak, projek kalau join DAP dan pakatan rakyat! Sila ler... Tak ada apa rugi pun. Cium molot ler dengan nizar, bukan ker dia kata dia bangi Pasior pada miker?

Teman bukan tak kenal Samhuri nie, tapi apa yang teman kata diatas berdasarkan apa yg teman tengok dan dengar sendiri... Kalau komer ada masa tu apa pulak yang komer rasa? Kahak ptuii!!!

22 Mei, 2012

EHHH DAH TAU PILIHANRAYA WOOO...



TEKA TEKI BILA PILIHARAYA UMUM KE 13. BOLEH RUJUK KER DENGAN VIDEO NIE, NAK SANGAT BUAT SPEKULASI TARIKH PILIHANRAYA, YANG KELAKOR BANYAK BUNYI YANG DATANG PAKATAN RAKYAT BUKAN SEKADAR PASAL TARIKH SEBALIKNYA SIAP BUAT MACAM MACAM TOMAHAN KONONNYA TAKUT LER, TAHU TUMBANGNYA BN LER, TAPI AMBIK VIDEO NI BUAT LER RUJUKAN KOMER HAHAHAHA

21 Mei, 2012

PCT - PERAK CYBER TROOPERS, DEVISYEN PERANG MAYA @ PERAK




Siapa Sangka Akhirnya... Sekumpulan Bloggers di Perak hari ini sudahpun bertaut dan bersedia berhadapan dengan Fitnah Pembangkang Di PRU 13 sebagaimana sebelum ini kita amat cukup faham dengan serangan Pembangkang berunsur Fitnah yang jadikan Rakyat Makin Keliru dengan taburan Fitnah dan Onar bagi menghilangkan kepercayaan Rakyat terhadap Kerajaan.

Kalau dilihat memang ketara serangan yang dilakukan memang dirancang bermula dengan Punaisihat PKR yang kini memperkudi atau mencacaikan Ahli supaya percaya dan yakin apa saja yang keluar dari mulutnya, maklumnya semenjak Aljubri sebaik keluar dari tahanan terus Fokus ke Perancangan yang sedia ada atau sudah diilhamkan. 
Mungkin ramai yang tak sedar bila 6 tahun di tahanan beliau sudah boleh buat pelbagai rancangan sebagai membalas dendam malah menolak ketepi atau tidak peduli kesudahan yang bakal memjadikan hancur serta rosaknya Muhibbah di Malaysia. kelebihan Aljubri mencatur serta merancang segala bentuk kemusnahan demi dendam tanpa memikirkan Negara Bakal Hancur jika berterusan. Paling ketara rakyat sudah boleh menilai bila setiap kali perancangan aljubri tentunya tidak pedulikan kesudahannya

Bukan pelan A atau B sahaja malah hingga ke Z, dan bukan setakat itu sahaja malah audah boleh dikategorikan kesudahannya, tak boleh cara aman akan buat cara kasar... tak boleh juga lagi tidak mustahil biar sampai negara Hancur sekalipun demi Dendamnya dia peduli apa negara akan jadi apa!

Menyedari serta sedar ancaman utama bakal datang dari Orang Muda yang bakal menjadi pengundi besar mereka dicacaikan sebagai soldadu maya untuknya, paling ketara sasaran utamannya ialah pemimpin, Parti pemerintah, pemimpin serta jabatan atau kementerian perlu dilucah dan dikotorkan. Pelik kalau setiap kali aljubri berceramah jika tidak ada caci maki serta fitnah kepada pemimpin dan badan serta jabatan kerajaan. selagi boleh akan dikerah cacaian utk fitnah dan memburukan imej Kerajaan yang sedia ada

Sehubungan itu diatas kesedaran dan merasa tanggungjawab dalam perang maya yang menjadi salur utama Aljubri dan Pakatan Ronggeng maka munculah sekumpulan bloggers sekitar lewat 2008 membentuk kumpulan kecil, Alhamdulillah akhirnya bertanggal 28 April Lalu PCT dilancarkan dengan kehadiran kira-kira 220 yang hadir dari segala pelusuk negeri Perak trampil menjadi pejuang Maya secara sukarela demi memikirkan tanggung jawab terhadap pemfitnah pembangkang. Makin bertambah keahliannya dalam masa yang pendek melegakan banyak pihak tentang kewujudan Divisyen serta menyusun Saf Perang Maya oleh kumpulan yang gelarkan diri mereka PCT.(Perak Cyber Troopers)

Siapa sangka secara luar dugaan bila Konvensyen Media BN Perak pada sabtu lalu sekali lagi memberikan pengiktirafan besar terhadap PCT bila Urusetia Konvensyen PCT juga dilancarkan lagi, kali ini pelancaran oleh Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Kadir sendiri. Dengan disaksikan oleh 1241 pelayar maya pada Jam 9.49 PCT dilancarkan, 

Apapun semangat juang dan gabungan seluruh negeri Perak ternyata bakal mejadi benteng atau serangan komando cyber kepada Pakatan Ronggeng nanti. Demi perjuangan Alif Ba Ta, PCT menjanjikan tentangan dan seranga kepada Pemfitnah Pembangkang.

Tahniah Perak Cyber, BANGKITLAH... INI PERANG KITA!

19 Mei, 2012

KONVENSYEN MEDIA BN PERAK


BERMULA JAM 7.30 PAGI KEHADIRAN MULA DIRASAI, Sehingga ke jam 8 sebentar tadi lebih dari 1000 peserta yang hadir, nampaknya bagai pertemuan bertentang mata bagi pelayar maya yang sebelum ini hanya mengenali dimaya, nampaknya makin meriah bila di tempat pendaftaran dan minum pagi riuh dengan pertemuan sahabat maya yang kebanyakannya baru pertama kali bertentang mata

Jam 8.29 Menteri Besar DS Dr Zambry Abdul Kadir Hadir Awal untuk majlis perasmian, selepas ucapan beliau terus merasmikan majlis dan konvensyen dan serentak merasmikan PCT (Perak Cyber Trooper) dengan tayangan VIdeo Clip, serta penyarungan baju PCT.

PCT juga diantara kumpulan bloggers yang turut hadir bagi menjayakan majlis disamping launcing PCT yang menjadi salah satu gimik bagi menandakan kewujudan Bloggers, Facebooker, Tweeterian dan pelayar tegar maya yang datang dari Perak Darul Ridzuan. Teman harap sangat dengan konvensyen ni dapat cambahkan lagi serta memiadikan PCT menjadi Laman untuk semua pelayar maya, insyallah....

18 Mei, 2012

NAIB KETUA PEMUDA KAMPAR MASUK DAP


Baru sebentar tadi kira-kira jam 12.30 berakhir satu peristiwa bila kantin di pejabat tanah Batu Gajah kecoh bila sdr Syamuri melalak pasal hal permohonan yang tak diluluskan, tanah, doket atau pasir lombong teman tak tahu tapi Apa yang dijeritkan adalah UMNO tak guna dah 26 tahun dia jadi AHLI UMNO bla..bla bla

Pada sebelah pagi tadi memang dia dan rakan-rakan bersarapan dengan tenang dengan rakan-rakannya, difahamkan semalam juga ada dikantin dengan membawa beberapa buah fail ditangan, teman tak amik tahu sangat sebab teman ni bukan orang jual pasir atau mohon doket, jadi pada teman biorler urusan diam tapi pagi tadi dia adalagi...

Tengah teman berborak dengan sahabat teman di pejabatnya yang tak berapa jauh dari kantin, dalam jam 11.30 pagi gamaknya kumer terkejut dengan tetiba terjerit-jerit bunyinya dikantin, buat-buat tak kisah ler teman sebab memang biasa kantin ler katakan... Tertiba terdengor ler pulak HIDUP DAP... BANYAK KALI WEH! Ini rupa UMNO, tak Guna, tolong orang melayu apa? Bla...bla...bla...

Terpanggil dari melihat agak lama berlarutan hinggga nak ke pukul 12 dah kecoh nya makin kuat, teman pun pegiler tengok, rupa-rupanya si Syamuri ni tengah mengamok dan macam biasaler cukup cepat benor disebelahnya ada Nizar popular dan Siva glamour... Siap berdiri disebelah lagi... Apa lagi si syamuri ni lansung tak henti-henti bercakap macam berucap diceramah ler lagaknya
KITA KENA TUKAR! SAYA KELUAR UMNO DAN MASUK DAP! HIDUP DAP, HIDUP DAP,HIDUP DAP! sambil gengam borang DAP

Disambung lak oleh Nizar ' kalau beginiler rupanya UMNO bukan saja disini diseluruh perak pun sama, mari kita tukar! ' biasaler nambahkan marak api yang sedang mara' disambut lagisi syamuri.. Kalau kita tukar bukan tanah lombong jer dapat, lombong EMAS pun kita boleh dapat... Kantin yang sunyi sepi tadi dah mula dikunjungi oleh beberapa kaum india, aji-aji yang bersongkok dan beberapa orang kuat dap dan pas, kelihatan anggota polis pun juga hadir termasuk pegawainya sekali, terdengar sebelah teman tu bebisik, macamana nizar dengan siva ni cepat benor sampai siap ada borang DAP lagi? Rakannya jawab eleh dia orang ni benda macam ni memang suka, macam semut, dua orang akak seorang melayu dan india terus belah sebab nak makan pun susah bila group PAS dan DAP yang penuh di CERAMAH KANTIN...

Akhirnya kira-kira 12.10 kumpulan syamuri ni terus keluar tinggalkan majlis termasuk nizar dan siva dan geng yang masih lagi dikantin, berkompul weh... Itu ayat akhir sebelum geng dema keluar dari kantin tersebut

Hahahaha teman kenai dengan syamuri ni, soal balak, tanah, doket pasir ni memang selalu dia sembang, tapi teman ni tak nak dengor pasal pada teman itu bukan bidang teman, lantak dema ler... Ni yang tak paham bila selalu dapat tak ler kecoh, tang ni pulak yang tak paham, tak dapat ler kot! Adaler yang dia sampai menjerit-jerit kat kantin tu... siap umum keluar UMNO dan masuk DAP, pastu lak bila mula sedar kehadiran beberapa lebai diselang selikan pulak dengan laungan allahuakbar, allahuakbar...


Senang jer bagi Teman, kalau benar lah ada parasit macam dema kata, elok ler, kalau tak betui ada jalannya selain dari kecoh macam nie, tak tahu hujung pangkal tetiba penghujung cerita masuk DAP, pikior komer ler, elok jugak kalau betui ada parasit baik jangan ada dalam UMNO, lagi pun apa yang dimarahkan soal permohonan pasior boleh sebabkan ngaku keluor UMNO, ini yang teman tak paham nie... Hehehehe gamaknya seronok dapat pasir nie tapi marah kalau tak dapat. Tak pa ler yop jual berger lagi elok yop... Bagitau teman nanti teman datang beli....hahahaha

Special Offer... SELANGOR HEBAT!



ADOI POCAH PERUT TEMAN... HEBAT, HEBAT MEMANG HEBAT SELANGOR NIE...

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND