11 Februari, 2011

BIAR BETUL!!! MCAM TAK PERCAYA KUTU HAPRAK 80'S @ KUTU BUS STAND!!!

Sapa sangka KUTU gengon, kutu Haprak, kutu lepak, gengster Bus Stand dan banyak lagi Gelaran dema ni satu ketika dulu bekisar 70-80an lalu yang menguasai Bus stand dulu yang kalau di ingat dah hancor ler... Hehehe memang tak sangka, Ahad ni dema bakal menubuhkan Koperasi KUASA (Koperasi Usaha Antara Sahabat). Rasanya first ever Mat Rock Kapak dalam dunia kot yang berwawasan dan menjaga UKUWAH antara mereka dan genarasi anak-anak mereka terjamin
Semasa Reunion di Hari Raya 2010 yang lalu siapa sangka... pada mulanya menjangka sekitar 200 orang yang akan hadir tetapi sebaliknya hampir 600 yang hadir, teman pun sekadar dapat makan Laksa jer, pelbagai Menu termasuk Kambing Panggang sekadar dapat tengok dapur jer disebabkan bgitu ramai kehadiran yang tidak di jangka.Mat Rock macam ni memang sekupang kena tabik! kini semakin berkembang dan mula menhimpun semula kawan-kawan melalui FB mereka di Head Bangers BBS Bukan itu sahaja... malah dengarnya yang duduk di luar negeri juga telah menyatakan akan Hadir next Reunion 2011 nie, ini sudah bagus!!!

Berbalik pada KUASA ni, teman ikut jugak mesyuarat dema nak menubuhkan Koperasi, memang mereka bersungguh nampaknya sehingga lah AHAD nie menjadi titik permulaannya. pelbagai sudut dibincangkan, Teman cukup bangga dengan otai-otai ni yang mahu memastikan pelbagai aktiviti yang dirancangkan... antaranya membantu ahli yang tercicir, yang berniaga, anak-anak ahli yang dihantar ke pelbagai program motivasi, kejayaan pelajaran anak-anak Ahli, membantu kelurga ahli yang meninggal, bantuan khairat, Reunion yang dijadikan Program tahunan dan pelbagai lagi, 

Mereka juga berharap dan mengkaji agar KUASA dapat membantu bukan memecah belahkan lagi Saliturahim yang telah dijalinkan. teringat teman bila dema pernah nyatakan secara bergurau 'Mana tau kita semua boleh turun Bas Stand balik kot ada kempen JANGAN LEPAK!. Kita jumpa Zainol (YB Dato Zainol  Fadzi Paharuddin) dia kan exco belia... lagi pun dia pun geng bas stand jugak!' mana tau boleh bantu supaya Kempen Remaja yang suka lepak dan buang masa.... Dalam Mesyurat untuk menubuhkan KUASA ni pun beberapa kali mereka sebut-sebut Yb Datuk Zainol kalau diajak sebagai Penaung atau penasihat. jadi kepada Dato.... dah elok sangat tu... sebesar keluarga HBBBSI ni yang makin berkembang, pelbagai Program boleh dilibatkan untuk remaja dan pemuda-pemuda menjadi contoh, Ahad ni sebagai penubuhan Kuasa, kalau dapat hadir pun elok juga, tetapi almaklumlah THE FIRST STEP ni kekadang ada juga yang keciciran, macamanapun teman percaya dema akan mengajak Dato di Mesyuarat Penubuhan Pemilihan yang bakal di adakan nanti. Teman doakan Niat baik kalian semoga Dato bagi perhatian. mana tau, ini juga First Ever Kutu Bas Stand juga boleh berbakti pada Masyarakat! Insyallah!!!
Sekupangdua nak ucap Tahniah kepada Head Bangers Budak Bas Stand Ipoh dan akan sentiasa membantu kalau di perlukan. Kepada Yg Dato jengok-jengok lah dema nie, Rasanya Pelbagai perancangan boleh bersama mereka, kepada semua yang belum maklum, teman cuma nak panjangkan kat komer...

Mesyuarat penubuhan Koperasi KUASA (Koperasi Usaha Antara Sahabat) HBBBSI akan diadakan AHAD ini (13.2.2011) di dewan UMNO Ipoh Barat, Tingkat 4 (atas Bank CIMB) Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak pada Jam 2.30 Petang, SEMUA DIJEMPUT HADIR... tak lupa juga sumbangan Dato Shamsuddin bin Haji Abdul Ghafar yang menyumbang DEWAN dan jamuan untuk majis tersebut, Sekupang do respect U All... dan pada Ayahanda YUS (MAY) Salam Takziah diatas pemergian Ibunda Tecinta, semoga tabah dan Sabar diatas segalanya, Ada hikmah dan tawaduk diatas segala kehendaknya!!! Alfatihah...

 

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

THE FIRST EVER... MACAM TAK PERCAYA

PAK TAM berkata... berkata...

Salam

Pak Tam rasa elok sangat Dato Zainol ambik tahu depa, macam-macam depa buleh buat utk bantu terutama belia-belia sebagai contoh, depa ni kalau ikut cerita buleh kata samseng tu, tapi sapa do sangka saliturahim yang depa jaga sampai la ni bukan semua org buleh buat lagu ni. boh pi sikit kat depa supaya depa ni boleh aktif dalam membangunkan minda remaja tentang apa yang patut dijauhkan dan apa yang patut di ikut.
Apa yang pak tam tau depa ni kebanyakan nya yang dah jadi kumpulan Rock ternama tentu banyak penyokong yang boleh diajak mengikuti program yang memang sudah ada peminat setia seperti... kumpulam MAy, Sofea, Angel hart, Teja, D'riyadh, Ikrar dan banyak lagi
Rugi kalu dok pelepas depa lagu tu ja

ANGKATAN PEMIKIR berkata...

TAHNIAH
SELALUNYA BILA GANGSTER BAKAL WUJUD MAFIA, KAMIKAZI DAN MACAM-MACAM LAGI, TETAPI VERSI MALAYSIA MUNGKIN PERTAMA DALAM DUNIA YANG IKUT LAW WUJUDKAN KOPERASI, SEMOGA BERJAYA

shafinasofians berkata...

tahniah!siapa sangka seorang papa rock ayahanda saya punya wawasan untuk anak-anak seperti saya. anakanda mendoakan segala kejayaan.tahniah HBBBSI

BUDAK BENTENG berkata...

Elok sangat OTAI ROCKERS ni diajak ke BUS STATION dalam program JANGAN LEPAK, paling tidak, yang suka lepak tu boleh di brain WASH, Sesuai sangat bertembung dengan mereka.

Tanpa Nama berkata...

tahniah budak bus stand yang dulu dikenali sebagai kutu sekarang berwawasan...... huhuhu sapa sangka?

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND